The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Berita
  • Politik
  • Ekonomi
  • Teknologi
  • Reviu
    • Reviu Buku
    • Reviu Filem
    • Reviu Muzik
  • Rencana
  • Podcast
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

Koleksi Refleksi di IABF: Merayakan Seni dan Sastera

May 24, 2025 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Seni sentiasa menarik saya kepadanya. Namun jodoh saya dengannya selalu tiada. Di sekolah menengah, saya terfikir untuk mengikuti aliran sastera, namun, atas nasihat ibu, saya mengikuti aliran sains. Saya terus mengalir selepas itu hinggalah ke kursus kejuruteraan di St. Petersburg, Russia. Namun, seni tetap sering sahaja menarik saya. Walaupun saya tiada pendedahan pada seni lakonan, teater, tarian, filem dan sebagainya, namun tulisan terus berjaya mengekori saya sepanjang saya mengalir di sungai sains. Saya bermula dengan blog dan kemudian buku. Satu sungai lain mengalir dalam diri saya. Setakat itu sahaja pengalaman saya dengan seni, itu pun jika tulisan bukan fiksyen itu boleh dianggap seni. Mengalir di dalam industri buku, saya sempat menyertai Ipoh Alternative Book Fest (IABF) pada 3-4 Mei 2025. Dalam tulisan kali ini, saya ingin merakamkan sedikit koleksi refleksi sepanjang IABF.

Mengenali Projek Tubuh-Rumah dan Memahami Pengalaman Mereka

Antara pengisian yang sempat saya ikuti di IABF adalah perihal Projek Tubuh-Rumah oleh Dr. Syafiq Faliq (Sefa). Perkongsiannya perihal projek ini didasari konsep amalan sebagai kajian, yang meletakkan praxis sebagai satu perkara yang tidak memisahkan teori dan amalan. Antara konsep yang dibincangkan oleh beliau adalah corporeality, satu konsep ketubuhan.

Saya pertama kali membaca perbahasan perihal corporeality dari tulisan novel-falsafah oleh Ibnu Tufail. Sebuah novel yang mirip dengan kisah Mowgli dan juga Tarzan, cuma watak novel Ibnu Tufail itu dibesarkan oleh seekor ibu rusa. Ibnu Tufail banyak membawa idea solitude dan bagaimana eksplorasi dalaman diri boleh menghasilkan ilmu dan membawa manusia kepada jalan kebenaran.[1]

Sesi Syafiq Faliq semasa IABF diakhiri dengan persembahan teater solo. Mungkin ini kali pertama saya melihat persembahan teater secara langsung di depan mata. Teater solo Syafiq Faliq mempunyai unsur tafakkur dan doa memohon petunjuk dan kefahaman dari Tuhan. Pergerakan badannya pula mempunyai unsur silat, mantera, dan mistik menurut pandangan saya yang buta seni. Hentakkan kaki beliau juga agak kuat, takut saya bangunan kedai berlantai kayu itu akan roboh.

Habis perbentangan dan persembahan, saya sempat berbual ringkas bersama beliau di reruai Tokosue. Saya kemudian mendapatkan buku beliau yang bertajuk Tubuh-Rumah: Kajian dan Nota-Nota Proses.

Dalam nota penyunting makalah tersebut ada disebutkan tentang bagaimana penerbitan akademik mempunyai ruang yang ketat dalam hal penerbitan. Ini menyebabkan intelektual baharu sangat sukar untuk tumbuh dan mendapat tempat.[2]  Saya bersetuju dengan hal ini, apatah lagi dalam bidang seni dan sastera yang sering dianggap sebagai ekspresi dan tidak akademik. Hasilannya juga mungkin kurang tepat untuk diukur menggunakan penerbitan jurnal. Saya kira perlu ada satu medium dan platform yang lebih mesra kepada intelektual baharu dan juga bidang seni, mungkin dalam bentuk catatan yang lebih longgar tapi diterima sebagai satu hasilan seni akademik.

Syafiq di dalam buku yang merekodkan proses-proses Projek Tubuh-Rumah ini ingin mengkaji persoalan bagaimanakah aspek seperti komuniti, lokasi dan etnik boleh digambarkan melalui ekspresi pergerakan badan.[3]  Inilah yang cuba diterokai oleh beliau dalam kajiannya. Manifestasi ini cuba dipersembahkan dalam menggambarkan pengalaman para pelajarnya terhadap Malaysia sebagai sebuah rumah untuk mereka. Syafiq ingin meneroka, apakah yang dirasakan oleh pelajarnya jika dikatakan Malaysia itu sebagai sebuah rumah buat mereka.[4]  Dalam 4 orang pelajar yang dipilihnya, hanya seorang bernama Owen yang memaparkan manifestasi rumahnya dalam sudut yang positif. Owen menggambarkan rumah sebagai tempat untuk bersama keluarga, beliau menghargai momen hari-hari biasa bersama keluarga seperti pengalaman masak bersama.[5]  Catatan yang dilakukan dalam mendokumentasikan pengalaman Owen yang datang dari etnik Murut di Sabah saya kira sangat menarik. Anak-anak mula diajar memasak apabila mereka masuk ke sekolah menengah. Perkara ini saya kira boleh diaplikasikan dalam keluarga termasuk keluarga saya sendiri. Aktiviti memasak ini akan mendedahkan anak-anak dengan pelbagai pengalaman hidup yang pasti berguna dan membekas di dalam hidup mereka.[6]  Dari manifestasi yang digambarkan juga, saya dapat memahami bahawa pembangunan pesat di Malaysia sebenarnya mempunyai kesan negatif terhadap pengalaman memaknakan Malaysia sebagai rumah, ini diperlihatkan dengan Malaysia yang digambarkan sebagai hutan konkrit dengan trafik yang sesak.[7]

Dalam catatan nota proses ini, apa yang menarik perhatian saya adalah adanya penekanan yang diberikan kepada aspek saling-hubung. Iaitu walaupun setiap peserta memanifestasikan pengalaman rumah masing-masing, mereka dihubungkan dengan sebuah kain yang menunjukkan bahawa pengalaman mereka itu sebenarnya bukanlah terpisah, tetapi mempunyai hubung kait dan melambangkan naratif yang lebih besar.[8]  Ini merupakan satu penelitian yang menarik, dalam filem misalnya, kaedah ini sering digunakan, sesuatu peristiwa itu berlaku, dianggap terasing, tetapi kemudiannya didedahkan sebagai mempunyai kesan kepada peristiwa yang lain pula.

Catatan refleksi Lion dan Arissa, juga pada saya sangat menarik.[9]  Mereka melihat proses pembikinan Tubuh-Rumah itu umpama satu proses kehidupan, bagaimana kita menghadapi zaman remaja yang penuh rebel dan keengganan, cuba melepaskan diri dari segala ikatan, hingga akhirnya tersedar bahawa segala ikatan itu mempunyai makna. Akhirnya kita kembali dan menghargai, kita mahu pergi semula ke momen-momen lampau. Catatan-catatan di dalam nota proses ini ditulis tanpa suntingan, oleh itu terdapat banyak kesalahan bahasa dan ejaan, namun ada juga baiknya ia dibiarkan seperti itu, daripada format seperti ini, kita dapat melihat kebolehan sebenar para pelajar yang mencatat, kerana bahasa dan ayat yang digunakan itu asli dan menggambarkan situasi sebenar. Catatan refleksi dan proses penghasilan teater ini juga saya kira sangat baik dan bernilai bagi pelajar akan datang. Mereka akan dapat melihat masalah-masalah yang pernah berlaku dan belajar perihalnya.

Mengolah Sejarah Sebagai Sebuah Fiksyen

Di IABF, saya juga sempat menyertai diskusi buku bersama pengarang fiksyen Salina Christmas dan Zarina Holmes. Perkongsian mereka saya kira sangat menarik kerana mereka banyak berbincang tentang hal-hal sejarah yang menjadi latar novel mereka. Menurut Salina, untuk sesebuah tulisan fiksyen itu menjadi satu tulisan yang baik dan diterima, ia mestilah dibelakangi oleh sejarah yang betul. Disebabkan itu, mereka telah membuat kajian yang terperinci dalam menghasilkan novel mereka.

Mereka juga berkongsikan hakikat bahawa untuk menjadi penulis yang baik, idea sebenarnya ada di sekeliling kita, di museum, di kedai-kedai buku lama, kita hanya perlu memberi perhatian dan melihatnya dengan lebih dekat untuk mengambil inspirasi dan idea. Saya sempat bertanya tentang apakah sumbangan yang fiksyen boleh berikan kepada sejarah sebagai sebuah bidang ilmu. Hal ini saya rasakan menarik kerana sejarah yang bersifat objektif itu boleh digunakan dalam sastera fiksyen yang bersifat subjektif.

Bagi Salina, fiksyen boleh menjadi pintu yang dapat membuka minat pembaca kepada sejarah. Selain itu, fiksyen juga memberi “what-if” kepada pembaca. Ia memberi satu imaginasi kepada pembaca bahawa sejarah itu tidak semestinya bersifat tetap, tetapi ia dapat digunakan untuk kita berimaginasi dan melakukan progres dalam dunia sebenar. Perkongsian mereka ini sangat menarik, saya sempat mendapatkan sebuah novel mereka iaitu The Keeper of My Kin, dan diberikan sebuah lagi novel sebagai hadiah oleh mereka yang bertajuk A Request for Betrayal.[10]

Belajar Menggubah Puisi Dari Jack Malik

Saya secara peribadi tidak menggemari puisi moden yang tidak mempunyai bentuk dengan makna yang terlalu abstrak. Puisi seperti ini biasanya tidak dapat difahami oleh pembaca. Saya akui, puisi itu tafsirannya harus diserahkan kepada pembaca. Namun tanpa satu bentuk yang menarik dan puitis, saya gagal melihat puisi moden itu sebagai sebuah puisi. Misalnya satu muka surat yang dipenuhi huruf “A A A A A”. Ini bagi saya sesuatu yang mengarut dan bukanlah sebuah karya puisi. Pandangan saya ini mungkin bersifat konservatif dan tidak cocok dengan sifat puisi moden yang bebas dan membebaskan. Pandangan saya ini kemudiannya menjadi kendur sedikit apabila saya menyertai sendiri kelas menulis puisi bersama Jack Malik di IABF. Di situ saya belajar bahawa puisi moden ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Dalam kelas tersebut, Jack menghuraikan tentang sejarah puisi moden Melayu Malaysia, beliau memulakan perbahasannya dengan mengkritik puisi healing tahun 2020-an yang baginya terlalu shallow, menggunakan kata-kata klasik tetapi tidak mempunyai makna yang mendalam. Puisi bagi beliau tidak hanya bergantung kepada bahasa klasik seperti “puspa gemala” dan “mustika kanda” tetapi perlu jujur dan mempunyai makna. Walaupun saya memahami maksud kritikan Jack ini, saya masih merasakan bahawa ia kelihatan berlawanan dengan idea puisi bebas yang beliau sendiri bawakan. Jika puisi moden itu bebas dan tiada bentuk, mengapa perlu dikritik jika mereka mahu menggunakan bahasa klasik? Adakah kebebasan itu milik pemuisi tertentu sahaja?

Menurut Jack, sastera Indonesia telah memutuskan tradisi. Puisi moden Indonesia dimulakan oleh Chairil Anwar, puisi-puisi moden Indonesia juga dilihat lebih violent jika dibandingkan dengan puisi Malaysia yang lebih santun. Puisi moden Malaysia bermula agak lewat, lewat 10 tahun berbanding Indonesia. Pelopor puisi moden Malaysia adalah Yassin Makmur yang terkenal dengan nama penanya iaitu Pungguk. Bentuk puisi yang ditulis Pungguk telah dibuang pembayang, puisinya terus kepada pemaksud tetapi masih mengekalkan bentuk pantun. Pantun ini biasanya diolah menggunakan unsur-unsur alam. Dalam menghuraikan kategori dan perbandingan antara puisi dan sajak. Jack menerangkan bahawa puisi adalah sebuah payung besar, manakala sajak adalah puisi moden berbentuk freeform.

Suasana politik Tanah Melayu mempunyai kesan langsung kepada bentuk puisi yang dihasilkan. Pada tahun 1940-an, kedatangan Jepun sebagai penjajah telah memperlihatkan bagaimana sastera di Tanah Melayu diserapi unsur nasionalisme. Ini misalnya dapat dilihat dari karya seperti Perajurit Negara (1944) oleh Masuri S.N. dan Jiwa Hamba (1949) oleh Usman Awang. Tahun 1960-an dianggap sebagai tahun keemasan puisi tanah air di mana kita melihat sudah ada eksperimen dilakukan dalam sajak-sajak Melayu. Kemuncak kepada sastera puisi Melayu Malaysia adalah pada tahun 1970-an.

Saya sebenarnya telah lama membeli buku puisi Jack Malik, tajuknya Gampang![11] Buku puisi ini saya beli semasa Pesta Buku Kuala Lumpur pada tahun 2023. Selepas sesi kelas puisi bersama Jack di IABF baru saya mula membaca buku puisi ini. Seperti yang disebut-sebut oleh Jack Malik di IABF bahawa puisi itu memerlukan kejujuran, dalam Gampang! Perihal kejujuran ini disebut juga dalam kata mula oleh Affendi Salleh.[12] Ini saya lihat sebagai satu tema yang konsisten. Pada mulanya saya merasakan tajuk buku ini agak kasar dan mungkin tidak begitu sopan. Namun setelah menyelaknya, baru saya sedar perkataan Gampang itu mempunyai dua makna dalam bahasa Melayu.[13] Salah satunya adalah bermakna mudah, makna ini diambil sebagai tema dalam menggambarkan bandar Ipoh sebagai sebuah tempat yang dihuni oleh orang-orang yang hidupnya mudah-mudah (rileks) sahaja.

Selain sebagai apresiasi Jack kepada bandar Ipoh, koleksi puisi ini juga saya lihat sebagai satu bentuk dokumentasi yang merekodkan budaya orang Ipoh terutamanya makanan-makanan yang terkenal di bandar tersebut.[14] Namun kerana terlalu banyak kali diulang-ulang perihal cheong fun, new hollywood, dan kastard karamel, lama-lama saya merasakan puisinya agak membosankan. Mungkin sedikit sisi kritis yang ada dalam sajak Jack Malik dalam naskah Gampang! adalah kritikan beliau pada puisi Lutfi Ishak perihal penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa cinta. Jack tidak bersetuju, baginya “language is personal”.[15] Maka orang yang bercinta boleh menggunakan apa-apa bahasa pun, tidak semestinya bahasa Melayu.

IABF Sebagai Medan Bertemu Karyawan

Acara seperti IABF bagi saya merupakan acara yang sangat sesuai untuk bertemu dan berkenalan dengan para karyawan. Berbeza dengan vibe PBAKL yang sesak dan gamat, IABF suasananya tenang dan chill sahaja. Oleh itu banyak masa dan ruang yang ada yang boleh digunakan untuk duduk, bersembang, dan berkenalan.

Antara karyawan yang sempat saya temui adalah Beduk Logam.[16] Saya sebenarnya telah lama bersahabat dengan beliau di alam maya, dalam acara ini baharu saya sempat berkenalan dan bertegur sapa. Jika dilihat di gambar profil di media sosial, saya ingatkan Beduk Logam ini seorang yang garang. Namun ternyata benar pepatah “don’t judge people by its social media”. Beduk Logam merupakan seorang penulis yang mesra dan mudah sahaja bersembang. Saya sempat mendapatkan naskah kumpulan cerpen terbitannya dengan tanda tangan.[17] Kami juga sempat makan cendol di tepi jalan bersama.

Para peserta, pengkarya, penulis, penganjur, pemuisi, penerbit, pembaca, penjual buku bergambar di hujung acara IABF pada 4 Mei 2025.

Saya juga sempat duduk bersembang bersama M Farez yang mengusahakan penerbitan Kaukab, saya sudah beberapa kali bertemu Farez di acara buku, namun kali ini baru ada ruang tersedia untuk duduk bersembang dengan lebih lama. Dalam persembangan, baru saya ketahui bahawa beliau berasal dari Kedah. Saya juga sempat mendapatkan buku kumpulan puisi M Farez bertajuk Nuzentara dengan tanda tangan.[18]

Di IABF juga saya berkesempatan bersembang dan berjenaka dengan teman yang datang dari Kuala Lumpur iaitu Benz Ali dan isterinya Kia Syakira. Mereka datang membuka reruai di IABF menerusi perusahaan Toko Buku Rakyat. Banyak juga yang saya sembangkan dengan Benz termasuklah persediaan beliau ke PBAKL, perihal jual buku “yang-aku-suka-sahaja”, buku baru terbitannya, dan juga seni memahami art berat. Ada satu buku menarik yang saya jumpai di meja jualan Toko Buku Rakyat, iaitu sebuah memoir oleh Zin Mahmud, kerana tajuknya seperti ingin membahaskan buku-buku yang menarik sepanjang hidupnya, maka saya beli senaskah.[19] Saya memang meminati penulisan yang menceritakan kisah peribadi seseorang dan interaksinya dengan buku sepanjang hidup. Malah saya pernah menulis sebuah artikel di jurnal perihal hal ini, penulisan perihal buku ini saya termakan sebagai “persuratan bibliofil”.[20] Tulisan Zin Mahmud ini saya sempat belek-belek, ia mengadunkan pengalaman hidup bersama buku-buku yang dibacanya. Menarik.

Demokrasisma: Membahaskan Masalah Demokrasi

Di IABF juga saya sempat berbual santai bersama Ku Syafiq membincangkan buku Demokrasisma: Masalah-Masalah Dalam Sistem Demokrasi yang baru diterbitkan oleh Rabak-Lit. Buku ini sebenarnya telah saya mulakan penulisannya sejak tahun 2019 lagi. Saya sentiasa merasakan ia tidak cukup mantap untuk diterbitkan menyebabkan saya memeram manuskrip tersebut agak lama. Sehinggalah saya bersembang dengan Cikgu Afiq Rostam pada PBAKL 2024 di mana beliau meyakinkan saya untuk menerbitkannya. Selepas itu baru saya nilai semula dan tambah baik manuskrip tersebut. Manuskrip tersebut juga mendapat komen penambahbaikan oleh Izzat Amir yang merupakan ketua penerbitan bagi buku tersebut.

Dalam buku tersebut, saya melihat demokrasi itu bermasalah sebagai satu sistem, bukan sekadar dari segi falsafah dan perlaksanaannya. Ini kerana saya mendapati banyak kritikan yang diberikan kepada demokrasi dilakukan untuk menambah baik sistem, saya pula mengkritik dari perspektif menolak ia sebagai sebuah sistem. Dalam sesi soal jawab, Azan Safar dari Kawah Buku ada bertanya perihal apakah alternatif yang kita ada jika kita mahu menolak sistem demokrasi. Saya merasakan tidak ada satu sistem universal yang boleh dikatakan sesuai untuk semua masyarakat. Sebaliknya setiap masyarakat perlu membangunkan sistemnya secara tersendiri.[21] Diskusi ini turut mendapat liputan dari portal Story of Books di mana mereka menulis:

“Writer and historian Syed Ahmad Fathi debuted his new book about the challenges of democracy, Demokrasisme, published by Rabak Lit. Fathi hypothesised that Western-style democracy is a hegemony that’s biased towards European values, but at the same time it’s also responsible for the demise of older civilisations.”[22]

Saya melihat demokrasi liberal yang dipaksakan kepada negara-negara dunia pada hari ini adalah sambungan kepada sistem kolonial dan imperial lama. Sistem-sistem pemerintahan negara-negara Timur diperlihatkan dalam lensa yang buruk seperti bersifat feudal, asiatik, autokratik, dan menindas. Walhal sistem yang paling kejam dan membunuh manusia dalam skala industri adalah sistem demokrasi liberal Barat. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam jenayah genosida yang berlaku di Gaza bermula Oktober 2023. Cuma mungkin deskripsi Story of Books itu agak terlebih sedikit, saya bukan historian, tetapi saya adalah student of history.

Penutup: Perayaan Sastera Dan Seni Yang Mengasyikkan

Secara keseluruhan saya merasakan penganjuran IABF 2025 ini telah berlangsung dengan jayanya. Ia telah menjadi satu ruang yang segar dan selamat untuk para pengkarya berkongsi ekspresi, eksperimen, dan kajian mereka. Ekspresi ini termasuklah dalam bentuk audio, gerakan badan (teater), penulisan fiksyen, puisi, penulisan non-fiksyen dan lain-lain. Selain itu, ia juga adalah satu ruang yang sangat kondusif bagi sekalian pengkarya untuk saling mengenal antara satu sama lain dan membincangkan kolaborasi bersama dalam suasana yang aman dan harmoni. Semoga perayaan sastera dan karya yang segar dan menyegarkan ini akan kita temui lagi di masa hadapan.

Bibliografi

Beduk Logam. 2024. Humoria. Kuala Krai: Ani Aziz.

Christmas, Salina. 2023. A Request for Betrayal. London: Story of Books.

—. 2023. The Keeper of My Kin. London: Story of Books.

Ibnu Tufail, Abu Bakar . 2020. The History of Hayy Ibn Yaqzan (Translated by Simon Ockley and with introduction by Bakhtyar Husain Siddiqi). Islamic Book Trust, 2020.

Jack Malik. 2023. Gampang! Kumpulan Pomes Jack Malik 2019-2022. Seremban: Rabak-Lit.

M Farez. 2013. Nuzentara: 45 Lorekan Sajak. Penerbit Kaukab.

Story of Books. 2025. “IABF 2025: A charm offensive of authors and poets.” 17 May.

Syafiq Faliq bin Alfan. 2024. Tubuh-Rumah: Kajian dan Nota-Nota Proses. Terbitan Langit.

Syed Ahmad Fathi. 2025. Demokrasisma: Masalah-Masalah Dalam Sistem Demokrasi. Seremban: Rabak-Lit.

Syed Ahmad Fathi. 2024. “Meneliti Karya-Karya Persuratan Bibliofil di Malaysia.” Jawhar: Jurnal Kajian Ketamadunan 20 83-97.

Zin Mahmud. 2025. Memoir: Hidup Kerana Buku Vol. 2. Kuala Lumpur: Fajar Kiri.


[1] Abu Bakr Ibn Tufail. The History of Hayy Ibn Yaqzan. Translated from the Arabic by Simon Ockley. Islamic Book Trust, Kuala Lumpur, 2020.

[2] Syafiq Faliq bin Alfan. Tubuh-Rumah: Kajian dan Nota-Nota Proses. Terbitan Langit, 2024.

[3] Ibid., hlm. 7.

[4] Ibid., hlm. 8-9.

[5] Ibid., hlm. 11.

[6] Ibid., hlm. 42-46.

[7] Ibid., hlm. 13.

[8] Ibid., hlm. 18.

[9] Ibid., hlm. 21-22.

[10] Dua novel ini ditulis oleh Salina Christmas dan diterbitkan oleh Story of Books pada tahun 2023 dengan Zarina Holmes sebagai editor.

[11] Jack Malik, Gampang! Kumpulan Pomes Jack Malik 2019-2022. Seremban: Rabak-Lit, 2023.

[12] Ibid., hlm. 9.

[13] Ibid., hlm. 16.

[14] Ibid., hlm. 20, 48.

[15] Ibid., hlm. 31-32.

[16] Beduk Logam adalah nama pena bagi Ani Aziz, graduan UiTM dalam bidang penulisan kreatif dan berasal dari Kelantan.

[17] Kumpulan cerpen Beduk Logam bertajuk Humoria diterbitkan secara mandiri pada tahun 2024.

[18] M Farez, Nuzentara: 45 Lorekan Sajak. Penerbit Kaukab, 2013.

[19] Zin Mahmud, Memoir: Hidup Kerana Buku Vol. 2, Kuala Lumpur: Fajar Kiri, 2025.

[20] Syed Ahmad Fathi. “Meneliti Karya-Karya Persuratan Bibliofil di Malaysia”. JAWHAR: Jurnal Kajian Ketamadunan 20: 83-97, 2024.

[21] Jawapan penuh bagi sesi soal jawab, dan rakaman keseluruhan sesi boleh diakses dalam video Diskusi di Ipoh Alternative Book Fest (IABF) 2025 perihal buku DemokRasisma: Masalah-Masalah Dalam Sistem Demokrasi bersama Syed Ahmad Fathi dengan Ku Syafiq sebagai moderator bertempat di Moody Kafe, Ipoh pada hari Ahad, 4 Mei 2025. Pautan rakaman diskusi: https://www.youtube.com/watch?v=LjvCb0S78jI

[22] “IABF 2025: A charm offensive of authors and poets”. Story of Books, 17 May 2025. Pautan: https://storyofbooks.co.uk/2025/05/17/iabf-2025-a-charm-offensive-of-authors-and-poets/

Koleksi-Refleksi-di-IABF-Merayakan-Seni-dan-SasteraDownload
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024) and Homo Historikus (2024). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: Azan Safar dari Kawah Buku, Beduk Logam, Benz Ali, Demokrasisma: Masalah-Masalah Dalam Sistem Demokrasi, Dr. Syafiq Faliq (Sefa), Ipoh Alternative Book Fest (IABF), Jack Malik, Kaukab, M Farez, Projek Tubuh-Rumah, Salina Christmas, Story of Books, Toko Buku Rakyat, Zarina Holmes

Dar al-Suhyuni: Apabila Ulama Islam Menjadi Neo-Orientalis

April 9, 2025 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Ketika artikel ini ditulis, angka korban di Gaza akibat dari jenayah genosida zionis sudah mencecah 50,810 orang.[1] Seramai 2.1 juta rakyat Gaza tidak menerima sebarang makanan, bekalan ubat-ubatan, dan bantuan kemanusiaan selama sebulan akibat dari kepungan yang dilakukan zionis Israel.[2] Selama 18 bulan, penduduk Gaza terus dibiarkan dibunuh, dibakar, dan dibom setiap hari. Negara-negara Arab dan negara-negara Islam tidak berbuat apa-apa kecuali beberapa negara iaitu Lubnan, Yaman, dan Iran. Walaupun tiga negara ini cuba membantu Gaza dengan bantuan ketenteraan, ia tidak berjaya menghentikan jenayah genosida di Gaza, sementara negara-negara lain tunduk ketakutan di bawah telunjuk imperialis Amerika Syarikat yang bersama-sama Israel membunuh anak-anak di Gaza.

Akhirnya pada 01 April 2025, Ali al-Qaradaghi yang mengetuai Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) mengeluarkan fatwa keperluan jihad untuk mempertahankan umat Islam di Gaza.[3] Al-Qaradaghi menyeru negara-negara Islam masuk campur secara ketenteraan, ekonomi, dan politik bagi menghentikan jenayah genosida yang berlangsung di Gaza selama 18 bulan. Beliau disokong oleh 14 ulama lain juga menyeru negara-negara Islam menilai semula perjanjian damai mereka dengan Israel. Fatwa ini antara lain menyebut:

“…Building upon our previous detailed fatwas since the beginning of this genocidal war, we reiterate that it is obligatory for all Muslims and Muslim nations to engage in jihad against the Zionist entity and all those collaborating with it in the occupied land—be they mercenaries or soldiers from any nation.

Military intervention, as well as supplying the mujahideen with weapons, expertise, and intelligence, is a binding duty—firstly upon the people of Palestine, then the neighboring countries (Egypt, Jordan, and Lebanon), followed by all Arab and Muslim nations. Jihad against the occupation is an individual obligation (fard ‘ayn) upon every capable Muslim.

It is likewise the duty of Muslim governments to intervene immediately—militarily, economically, and politically—to stop this genocide. Abandoning Gaza during its annihilation is a grave sin.

… The Committee rules that it is obligatory for Muslim and Arab states to form a unified military alliance to defend Islamic lands and safeguard their religion, lives, wealth, sovereignty, and honor. This obligation is urgent and must not be delayed, as delay leads to corruption and widespread fitnah.”[4]

Fatwa jihad ini telah disokong penuh oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI), ketua hubungan luar negerinya, Sudarnoto Abdul Hakim menyatakan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh IUMS untuk jihad melawan Israel harus didukung secara meluas. Beliau berkata:

“Khususnya oleh dunia Islam dalam melawan sekaligus menundukkan Israel, sekaligus mewujudkan kemerdekaan Palestina. Kita tidak boleh membiarkan pembunuhan dan penghancuran besar-besaran yang dilakukan oleh teroris terbesar abad ini yaitu Israel dan didukung oleh Amerika terus menerus dilakukan… Menyaksikan dukungan kuat Amerika terhadap kejahatan Israel ini, diserukan terutama kepada negara-negara Muslim untuk mempertimbangkan ulang kehadiran/keberadaan kedutaan besar Amerika di negara-negara Muslim”.[5]

Kedua-dua fatwa ini merupakan perkembangan yang sangat baik kerana ia menunjukkan satu urgensi kepada umat Islam bagi menghentikan jenayah genosida di Gaza. Selama 18 bulan, umat Islam menyaksikan negara-negara Islam tidak dapat berbuat apa-apa. Maka pandangan ulama-ulama ini adalah benar, kerana sekian lama ulil amri itu diberikan peluang untuk menyelesaikan masalah umat tetapi tidak berjaya. Maka mereka mengeluarkan fatwa bagi membuka pintu lain agar nyawa umat Islam di Gaza dapat diselamatkan. Moga Allah merahmati usaha dan pemikiran ulama-ulama ini, mereka merupakan penyambung suara kebebasan bagi umat dalam sejarah perjuangan mereka yang panjang.

Respon dari Malaysia pula agak mengecewakan dan memperlihatkan ketiadaan urgensi dalam keadaan yang sangat genting ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar menyatakan perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan diadakan dalam meneliti fatwa IUMS.[6] Bayangkan selepas 50,810 jiwa umat dibunuh, perbincangan masih belum selesai.

Ulama Pro-Zionis dan Neo-Orientalis

Namun tidak semua ulama itu ikhlas dan mahu melihat umat Islam diselamatkan dan dibebaskan. Apa yang paling mengecewakan adalah penolakan fatwa ini oleh ulama dari Dar al-Ifta al-Misriyyah yang menyatakan:

“Tidak ada mana-mana individu atau kumpulan yang berhak mengeluarkan fatwa atau menyeru kepada jihad bersenjata tanpa autoriti dan ilmu yang sah… sokongan itu mesti diberikan dalam bentuk yang membawa manfaat sebenar kepada mereka. Bukan dalam bentuk tindakan tergesa-gesa yang akhirnya hanya menambahkan penderitaan rakyat Palestin sendiri”. [7]

Bayangkan selepas 50,810 jiwa umat Islam dibunuh, panggilan untuk berjuang menyelamatkan mereka dikatakan “tergesa-gesa”. Kegilaan apakah ini? Benarkah mereka ini ulama? Mufti Mesir, Nazir Ayyad mengatakan fatwa IUMS tersebut “tidak bertanggungjawab”.[8] Kenyataan Mufti Mesir yang menyokong zionis ini tentulah menggembirakan pihak zionis. Ahli politik zionis Israel, Ayoob Kara, yang merupakan ahli kepada Parti Likud (parti yang sama dengan Benjamin Netanyahu) telah memuji kenyataan Mufti Mesir ini. Kara menulis di laman media sosial rasminya:

“The Egyptian Mufti’s remarks against the “World Association of Muslim Scholars” based in Qatar are welcome and logical…”[9]

Maka di sini jelas menunjukkan ulama Mesir ini merupakan ulama pro-zionis. Fatwanya menyebelahi projek kolonial zionis. Adakah selepas 50,810 jiwa umat Islam dibunuh ulama-ulama ini masih hanya menyeru kita untuk qunut dan berdoa? Jika inilah pemikiran mereka, tidak hairanlah umat Islam hilang khilafahnya. Pada pandangan saya, debu di Gaza itu lebih mulia dari mufti dan ulama seperti ini, debu di Gaza juga lebih mulia dari fatwa dan pena pro-zionis mereka. Kalau beginilah fatwanya, alangkah lebih bagus jika namanya ditukar kepada “Dar al-Suhyuni”. Dunia Islam hari ini menyaksikan bahawa bukan pemimpin-pemimpin mereka sahaja menjadi talibarut dan penakut, golongan ulama dan intelektual mereka juga merupakan talibarut dan golongan penakut. Pemimpin Islam yang korup itu lahir dari pena pengecut ulama yang membenarkannya.

Selama ini, umat Islam dimomokkan bahawa jihad mempertahankan diri itu sesuatu yang buruk. Golongan yang berjihad ditulis oleh para orientalis dan sekutu mereka dalam media Barat sebagai golongan yang ekstrimis, teroris dan pengganas. Kini, kita tidak memerlukan lagi para orientalis, kerana peranan mereka telah diambil oleh ulama Islam sendiri. Mereka menakutkan umat dan menghalang mereka dari berjihad. Ulama seperti ini telah menjadi neo-orientalis.

Seperti juga dalam sejarah umat Islam yang panjang. Di dalam masyarakat Islam sendiri pasti ada suara-suara sumbang golongan yang tidak berguna. Hari ini misalnya kita membaca penulisan sumbang yang berbunyi:

“Tertarik dengan banyak status yang berkobar-kobar untuk berjihad dan menyalahkan orang lain itu dan ini… Soal gw.. Kenapa anda tidak pergi terus? Kenapa masih nak menunggu orang lain dan menyalahkan orang lain yang pengecut.”[10]

Pada pandangan saya memang betul mereka yang menyokong jihad mempertahankan saudara di Palestin itu pengecut andai mereka menyokong sahaja dan tidak pergi ke sana. Tetapi suara sumbang seperti ini adalah dua kali ganda lebih pengecut. Berjuang pun tidak berani, menyokong perjuangan pun tidak berani. Bagi saya, suara sumbang seperti ini tidak relevan pun, kerja mereka seharian pun hanya menonton Netflix dan mengulas filem sahaja. Tidak ada apa yang boleh diharapkan sangat.

Maka kesimpulannya, langkah pertama dalam membuang sifat pengecut dalam diri umat ini adalah mengeluarkan fatwa jihad yang jelas. Semua badan fatwa dalam dunia perlu menyokongnya. Selepas itu, umat Islam perlu merancang dan bekerjasama bagaimana untuk melaksanakannya bersama-sama. Kerajaan-kerajaan Islam perlu digerakkan dan didesak bagi menjayakan gerakan pembebasan ini. Masa untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan sudah lama berlalu. Kita perlu bertindak segera, membuka kepungan di Gaza dan membebaskan Palestin dari penjajahan yang sudah berlangsung selama seratus tahun.


[1] Angka dari Kementerian Kesihatan Gaza pada 08 April 2025.

[2] Menurut UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA) pada 08 April 2025. Pautan: https://x.com/UNOCHA/status/1909311129924313449

[3] “Muslim scholars issue ‘fatwa’ calling for ‘jihad’ against Israel as strikes pummel Gaza”. Middle East Eye, 04 April 2025. Pautan: https://www.middleeasteye.net/news/muslim-scholars-issue-fatwa-calling-jihad-against-israel-strikes-pummel-gaza

[4] Fatwa penuh bertajuk “Fatwa of the Committee for Ijtihad and Fatwa at the International Union of Muslim Scholars regarding “The Ongoing Aggression on Gaza and the Suspension of the Ceasefire”” oleh International Union of Muslim Scholars pada 01 April 2025 boleh dirujuk di pautan: https://iumsonline.org/en/ContentDetails.aspx?ID=38846

[5] Dede Bustomi. “MUI Berikan Dukungan Terhadap Fatwa Jihad Melawan Israel IUMS”. Kabar Nusa 24, 08 April 2025. Pautan: https://kabarnusa24.com/2025/04/08/mui-berikan-dukungan-terhadap-fatwa-jihad-melawan-israel-iums/

[6] “Muzakarah MKI akan teliti fatwa ulama sedunia mengenai pencerobohan di Gaza”. Astro Awani, 07 April 2025. Pautan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/muzakarah-mki-akan-teliti-fatwa-ulama-sedunia-mengenai-pencerobohan-di-gaza-515422

[7] Khadijah Mohamad Nor. “Jihad ke bumi Palestin: Seruan perlu disandarkan kepada ilmu, autoriti sah”. Malaysia Tribune, 07 April 2025. Pautan: https://malaysiatribune.news/agama/jihad-ke-bumi-palestin-seruan-perlu-disandarkan-kepada-ilmu-autoriti-sah/

[8] “Egypt’s grand mufti rejects fatwa for jihad against Israel as ‘irresponsible’”. Middle East Eye, 08 April 2025. Pautan: https://www.middleeasteye.net/news/egypts-mufti-opposes-calls-armed-jihad-against-israel

[9] Laman Facebook rasmi איוב קרא – Ayoob kara dalam hantaran bertarikh 08 April 2025. Pautan: https://www.facebook.com/photo?fbid=1183836096440533&set=a.482046996619450

[10] Status sumbang yang ditulis di laman Facebook pada 09 April 2025.

Dar-al-Suhyuni-Apabila-Ulama-Islam-Menjadi-Neo-OrientalisDownload
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024) and Homo Historikus (2024). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: Ali al-Qaradaghi, Ayoob Kara, Dar al-Ifta al-Misriyyah, gaza, IUMS, Majlis Ulama Indonesia, Mohd Na'im Mokhtar, MUI, Nazir Ayyad, neo-orientalis, Sudarnoto Abdul Hakim

Alip Moose: “Beginilah Bila Bercakap Tak Tahu Apa-Apa”

March 22, 2025 By Editor The Independent Insight

Seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama Alip Moose telah berkongsikan di media sosial perihal rasa tidak puas hatinya berkenaan dengan sebuah artikel yang ditulis oleh Syed Ahmad Fathi bertajuk “Peranan Satira Dalam Memahami Politik di Malaysia” yang tersiar dalam Zine Dari Johor. Artikel ini merupakan ulasan kepada buku yang ditulis oleh wartawan veteran Malaysia, saudara Wan Hamidi yang bertajuk Harapan Sang Pesimis. Alip Moose menulis:

Beginilah bila bercakap tak tahu apa-apa, tapi nak kata diri sudah serba tahu. Entah macam mana sebenarnya mereka berdua ini memahami DIAMAT & Kapital sebaiknya. Tapi tak hairan kalau seorang itu masuk parti DAP, seorang lagi lalang. ????
Membaca Zine Dari Johor, #01, 2025. Redo

Alip Moose, 20 Mac 2025.

Tulisan ini menunjukkan bahawa Alip Moose lebih mahir dalam memahami idea-idea Karl Marx seperti dialectic materialism (yang disingkatkan sebagai ‘diamat’) dan juga idea Marx dalam bukunya Kapital. Bagi beliau, tindakan Wan Hamidi bersama dengan Parti DAP dan Syed Ahmad Fathi yang bersifat ‘lalang’ menunjukkan mereka tidak memahami idea yang dibincangkan. Gelaran ‘lalang’ ini merupakan reference kepada buku yang ditulis oleh Syed Ahmad Fathi bertajuk Lalang di Lautan Ideologi. Bagi menguatkan hujahnya, Alip Moose telah menambah sebuah emoji bersama love bagi menunjukkan komen yang dibuat dilakukan dengan tenang dan cool.

Alip Moose juga berkongsikan sebuah paparan gambar cebisan tulisan Syed Ahmad Fathi dalam perkongsiannya. Walau pun tidak disebutkan secara jelas bahagian mana yang tidak dipersetujuinya, ini dapat ditelah dari cebisan penulisan yang dikongsikan. Dalam cebisan tersebut, Syed Ahmad Fathi bersetuju dengan kritikan Wan Hamidi yang menyatakan gerakan kiri hari ini sudah menjadi caca merba kerana percampuran ideologi wokism, politik alam sekitar, politik identiti, politik bilik tidur, dan intersectionality. Percampuran ini menyebabkan ia telah lari dari idea politik kiri asal yang memperjuangkan hak pekerja dan petani.

Perenggan ZDJ yang dikongsikan oleh Alip Moose pada 20 Mac 2025.

Sebelum ini, Alip Moose pernah bertukar-tukar kritikan dengan Syed Ahmad Fathi dalam soal cancel culture. Walau pun pada peringkat awal beliau cuba mempertahankan cancel culture, namun akhirnya Alip Moose mengakui bahawa “cancel culture adalah toksik”. Debat perihal cancel culture ini direkodkan dalam Zine Dari Johor Bil. 07 pada tahun 2022.

Komen Alip Moose yang mengkritik Syed Ahmad Fathi dan Wan Hamidi ini walau bagaimanapun tidak dipersetujui oleh pengguna media sosial lain. Sebuah komen telah ditulis di sebuah hantaran oleh Syed Ahmad Fathi di Facebook oleh seorang pengguna media sosial dari Austria, Jefry Musa, beliau menulis:

Hg lalang ka, sampah ka, hg ada buku. Tulis buku bukan senang. Cuba tanya mamat ni pulak sepanjang dia hidup dia buat apa? Kalau hg dia kata lalang, mamat ni tak lebih dari debu, ada menyemak, takdak nyaman.

Jefry Musa, 22 Mac 2025.

– Artikel tamat/ The Independent Insight.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: Alip Moose, Jefry Musa, syed ahmad fathi, Wan Hamidi, ZDJ, Zine Dari Johor

Naquib al-Attas: Kritikan, Pengalaman dan Syarahan

January 28, 2025 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Pendahuluan

Tulisan ini adalah catatan pengalaman oleh seorang pelajar sejarah yang tidak pernah membaca sehingga habis satu pun buku Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Penulis juga langsung tidak mahir dalam aspek-aspek falsafah, kajian ilmu Alam Melayu, metafizik, pengajian Islam, ilmu epistemologi, mahu pun apa-apa bidang kajian yang telah dikaji berdekad-dekad dengan tekun oleh Prof. al-Attas. Oleh itu, dapatan dan tinjauan yang dimuatkan dalam penulisan ini adalah pemerhatian pembaca awam sahaja, ianya tidak berautoriti dan tarafnya sekadar observasi umum. Penulisan ini akan memuatkan beberapa perkara. Pertama, kritikan terhadap pemikiran Prof. al-Attas. Kedua, pengalaman dan catatan nota penulis dalam pengalaman singkat mendengar syarahan Prof. al-Attas.

Latar Belakang Ringkas Pendidikan

Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor pada tahun 1931. Beliau menimba ilmu di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, England. Mempunyai ijazah dari Universiti McGill, Montreal dan juga ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari Universiti London.[1]

Kritikan Terhadap Pemikiran Naquib al-Attas

Kritikan merupakan perkara yang asas dalam tradisi ilmu. Ia merupakan elemen penting dalam memastikan bahawa sesuatu ilmu itu mempunyai asas yang kukuh dan dapat dipertahankan. Selain itu kritikan juga penting dalam melahirkan satu tradisi ilmu yang sihat. Jika kritikan tidak dibuka, tradisi ilmu boleh berubah menjadi jumud, fanatik hizbi, juga berlakunya pengkultusan tokoh. Dengan adanya kritikan, sesuatu kelemahan itu dapat dilihat dan diperbaiki, perkara ini tentulah akan melahirkan bangunan keilmuan yang lebih kukuh dan dapat dipertahankan. Sebelum saya menghadiri syarahan Prof. al-Attas, saya sempat bertemu seorang sarjana yang mengkaji sejarah pemikiran Islam di Alam Melayu di Universiti Malaya.[2] Saya memaklumkannya tentang perancangan saya untuk menghadiri syarahan Prof. al-Attas. Maka kami mula berdiskusi tentang gagasan pemikiran al-Attas.

Menurut sarjana tersebut, Islam yang datang di Alam Melayu pada abad ke-5 itu masuk ketika Mekah dikuasai golongan sufi, disebabkan itu, versi Islam yang berkembang di Alam Melayu ini mempunyai pengaruh sufi yang kuat. Selain itu, berlaku juga percampuran dengan budaya dan kepercayaan Hindu-Buddha yang sedia ada di Alam Melayu pada ketika itu. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa pemikiran yang bersifat sufi ini mendapat tempat di Alam Melayu hingga ke hari ini, ia mempunyai akar yang dalam dan panjang.

Antara kritikan beliau terhadap pemikiran Prof. al-Attas adalah penggunaan hadith yang tidak sahih dalam penyampaian. Beliau juga menyatakan bahawa pelajar-pelajar al-Attas yang tahu akan perkara ini tidak menegur dan membetulkan kesilapan ini. Bagi beliau sesuatu itu tidak menjadi sahih kerana ia banyak disebutkan oleh guru kita, sebaliknya ia sahih setelah diabsahkan menggunakan metodologi yang betul. Beliau juga berpandangan jalur pendidikan formal al-Attas itu lebih dekat dengan pemikiran tokoh-tokoh Orientalis. Bagi beliau, manhaj pemikiran kita perlulah berdasarkan nas al-Qur’an dan hadith yang sahih disamping mengutip ilmu dari tradisi Islam yang jernih.

Selepas dari pertemuan saya bersama sarjana di Universiti Malaya tersebut, saya bertemu dengan seorang lagi sarjana yang aktif menganjurkan wacana falsafah.[3] Saya meminta pandangan beliau berkenaan dengan falsafah pemikiran Prof. al-Attas. Bagi beliau, setelah membaca penulisan dan bahan rujukan al-Attas, beliau mendapati tulisan al-Attas adalah sekadar pengulangan bahan yang dibaca beliau dari sumber-sumbernya. Selain itu, perihal kajian manuskrip Melayu, menurut beliau kajian terhadap beberapa manuskrip Melayu sahaja tidak mencukupi untuk kita melahirkan satu pemikiran perihal pemikiran orang Melayu di zaman silam. Beliau berhujah bahawa terdapat lebih 30,000 manuskrip Melayu yang wujud, membaca beberapa manuskrip sahaja tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan yang bermakna.

Saya walau bagaimanapun berpandangan bahawa tugas mengkaji ribuan manuskrip Melayu itu bukan tugas yang boleh dipikul oleh seorang sarjana sahaja. Hal ini kerana hayat manusia itu sangat singkat, pastilah dia harus memilih skop dan batasan kajian yang munasabah sesuai dengan umur, keupayaan, dan jangka masa yang dipunyainya. Bagi saya, mengkaji beberapa manuskrip itu sudah menjadi satu sumbangan ilmu, maka tanggungjawab seterusnya mestilah diteruskan oleh generasi sarjana dan pengkaji terkemudian.

Pengalaman Mengikuti Syarahan “Islam: The Covenants Fulfilled”[4]

Syarahan pada 26 Januari 2025 ini merupakan syarahan pertama Prof. al-Attas yang saya hadiri. Sebelum syarahan bermula lagi, saya dapat merasakan seolah-olah acara ini mempunyai auranya yang tersendiri. Aura ini dapat dilihat dengan kehadiran para intelektual, tokoh masyarakat, menteri, komuniti buku, dan juga golongan pelajar. Ia seolah-olah merupakan malam yang menghimpunkan orang-orang yang berfikir, seolah-olah kita berjalan di tengah dewa-dewi. Selain itu, majlis ini juga terasa seperti begitu kuat unsur-unsur elitnya. Ditengah-tengah khalayak ini, saya merasakan begitu kerdil sekali, juga sedikit kekok, kerana saya hanya rakyat marhaen biasa sahaja. Saya tertanya-tanya juga, adakah saya di acara yang betul? Kerana biasanya, acara yang saya sertai hanya duduk di kerusi plastik sahaja.

Walaupun saya tidak pernah membaca sehingga habis buku Prof. al-Attas, saya ada membeli buku tulisan beliau bertajuk Islam and Secularism. Saya cuba membacanya, namun di bahagian awal, ketika mula menyelak naskah tersebut, saya terus dibawa ke dalam pertikaian akademik oleh Prof. al-Attas dengan orang lain. Ini membuatkan saya turned-off dan tidak menyambung bacaan. Mungkin sepatutnya saya bersifat lebih terbuka dan tidak cepat berputus asa. Selepas ini mungkin saya akan cuba menyambung bacaan.

Majlis bermula dengan ucapan perdana menteri, Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan bahawa Prof. al-Attas merupakan guru besar bangsa dan kemudian mendakwa bahawa beliau merupakan anak murid Prof. al-Attas di Universiti Malaya dahulu. Ini diikuti oleh ucapan Prof. Alparslan Açıkgenç yang telah memperkenalkan pemikiran Prof. al-Attas.

Menurut Açıkgenç, pemikiran al-Attas merangkumi pemikiran logik dan supra-logik yang membentuk sistem falsafahnya. Sistem ini merangkumi hal-hal ontologi, kosmologi, dan lain-lain termasuklah hubungan covenental manusia dan Tuhan. Syarahan al-Attas bagi Açıkgenç tidak hanya bersifat intelektual tetapi turut bersifat spiritual. Dalam menghadam pemikiran al-Attas, bagi Açıkgenç, penyakit yang paling besar yang menjalari umat Islam hari ini adalah kerosakan ilmu (corruption of knowledge) yang membawa kepada loss of adab.[5]

Selepas dua ucapan ini, barulah Prof al-Attas dibawa ke atas pentas, proses membawa beliau ke atas pentas ini agak lama juga kerana usianya yang sudah lanjut dan perlu ditolak menggunakan kerusi roda. First impression saya, saya dapati Prof. al-Attas agak garang, beliau menyuruh beberapa lampu ditutup kerana menganggu penglihatannya, dan juga ada sesuatu yang menganggu kakinya menyebabkan beliau sakit ketika susunan kedudukan beliau dilakukan.[6] Pada peringkat awal juga kedengaran suara beliau agak perlahan dan uzur, namun setelah beberapa ketika, mikrofon diperbetulkan dan Prof. al-Attas juga kedengaran lebih bertenaga.[7] Ketika memulakan ucapan, beliau berulangkali meminta maaf kerana tidak dapat mengingati bahagian salutasi yang dibekalkan kepadanya, juga beliau tidak mengingati nama dan jawatan menteri, Zamry Abdul Kadir.[8]

Prof. al-Attas memulakan syarahannya dengan menghuraikan makna “deenul haq”. Perkataan al-Haq menurut beliau membawa dua maksud iaitu kebenaran (truth) dan benar (true). Beliau kemudian menghuraikan tentang apakah itu “deen” dan juga tentang perbezaan konsep ketuhanan dalam Islam dan fahaman lain. Diterangkan tentang bagaimana konsep ini berubah apabila berlalunya zaman oleh kerana manusia perlu memahami lebih banyak perkara.

Menurut Prof. al-Attas, “millah is the prelude to the deen”. Deen ini disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW yang telah membawa konsep Tuhan yang bersifat universal, bukan konsep Tuhan yang bersifat tribal, nasional, atau mitologikal. Menurut beliau lagi, walaupun kita melihat banyaknya agama-agama, kekufuran itu hakikatnya merupakan satu perkara yang sama. Prof. al-Attas mengkritik penafsiran Seyyed Hossein Nasr di dalam The Study Quran yang disifatkan beliau sebagai satu penafsiran yang berbahaya.

Melalui kajiannya, Prof. al-Attas berpandangan bahawa nabi-nabi sebelum ini belum lagi Muslim sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Namun mereka berdoa untuk menjadi Muslim. Beliau berhujah bahawa perkataan “Muslim” itu tidak ditemui dalam vokabulari Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Selain itu, penelitian terhadap ayat-ayat al-Qur’an juga mendapati bahawa nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW berdoa untuk menjadi Muslim tetapi mereka tidak disebut sebagai Muslim. Hanya selepas kedatangan Nabi Muhammad SAW, mereka menjadi Muslim, beliau menyebut:

“Muhammad came and confirmed this Muslim covenant”.

Prof. al-Attas telah membangkitkan persoalan sama ada perkataan “aslama” itu wujud pada zaman awal dalam pembendaharaan kata bahasa Arab terutamanya dalam bidang agama. Bagi beliau, kebolehan beliau untuk bertanyakan soalan ini adalah melalui ilham yang diterimanya. Setelah melakukan kajian, beliau mendapati perkataan ini tidak wujud dalam bahasa Arab kuno. Menurut Prof. al-Attas, Allah yang menjadikan seseorang itu Muslim, ia bukanlah proses yang bersifat gradual seperti yang difahami oleh penafsiran biasa. Tetapi tentulah ada syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu untuk menjadi Muslim, syarat-syarat ini boleh kita ketahui dari ayat-ayat al-Qur’an.

Dalam syarahannya juga, Prof. al-Attas menegaskan bahawa asal-usul manusia bukanlah dari monyet, tetapi dari Allah yang telah memulakan segala-galanya. Selain itu, beliau juga menyentuh tentang persoalan bahasa. Perkataan “Allah” misalnya, bukan merupakan kata yang wujud dari bahasa manusia, ia bukan berasal dari perkataan “ilah”. Dalilnya adalah dari ayat al-Qur’an dari Surah Taha ayat ke-14. Bahasa menurut Prof. al-Attas boleh dibahagikan kepada beberapa sifat. Pertamanya yang bersifat umum disebut sebagai lughoh. Kemudian bersifat percakapan dan disebut sebagai lisan.[9] Ketiga adalah bahasa yang berbentuk kalam, yang merupakan ucapan berdasarkan logik dan mempunyai tujuan. Prof. al-Attas juga menyatakan ketidaksetujuan beliau dengan al-Baydawi yang menafsirkan al-Qur’an berdasarkan tatabahasa (grammatical).

Walaupun saya merasakan first impression saya terhadap Prof. al-Attas adalah sebagai orang yang garang, dalam syarahannya saya juga mendapati beliau merupakan seseorang yang merendah diri. Banyak ketika beliau meminta maaf jika beliau terlupa akan satu perkara. Perkara ini merupakan perkara yang baik, kerana ada sebahagian sarjana yang tidak akan meminta maaf di pentas umum kerana takut akan aura autoritinya akan hilang. Di penghujung syarahan beliau, Prof. al-Attas memohon maaf kepada hadirin atas segala kesilapannya dan juga perkara-perkara yang beliau tidak ingati (lupa).

Sebenarnya ada lagi ulasan dan rumusan syarahan yang lebih lengkap dan teratur, namun di dalam tulisan ini, saya sekadar membahaskan apa yang sempat saya tangkap dan faham sahaja.[10] Perkara ini dilakukan bagi menunjukkan level kefahaman saya dalam subjek ini yang tidak terlalu tinggi dan mendasar.

Penutup

Saya tertanya juga apakah kegunaan penafsiran terhadap perkara-perkara harfiah ini. Dalam diskusi pasca-syarahan saya bersama Izzuddin Khalis, beliau menerangkan bahawa sebenarnya perbahasan seperti ini mempunyai nilainya yang tersendiri. Terutamanya dalam menolak hujah dan teori Orientalis yang menyatakan Islam sebagai hanya sebuah agama dari banyak agama-agama yang berkembang dalam sejarah manusia. Dengan perbahasan ini, ia dapat menjadi hujah yang meletakkan Islam sebagai agama yang benar dan bukan berkembang seperti berkembangnya agama-agama yang lain.

Walaupun saya tidak begitu berminat dengan perbahasan falsafah sufi, namun ada juga perbahasan-perbahasan Prof. al-Attas yang mempunyai silangan dengan bidang sejarah. Bahagian ini mungkin lebih dekat dengan saya dan menarik untuk saya baca dan tekuni dengan lebih lanjut. Walaupun saya bukan peminat, pengkagum, atau pengikut pemikiran Prof. al-Attas, saya kira wajar juga saya tuliskan catatan saya sebagai pandangan dari orang luar, kerana mungkin akan ada aspek-aspek yang tidak akan dicatatatkan oleh pengikutnya. Perkara ini bagi saya penting sebagai satu sudut pandang rujukan di masa hadapan.

Penghargaan

Saya ingin merakamkan penghargaan buat sahabat saya Mohd Shafiq bin Abas yang telah mengajak saya untuk menyertai syarahan ini.


[1] Nota tepi di kulit buku Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sejarah Islam di Alam Melayu: Antara Fakta dan Rekaan. (terjemahan oleh Khalif Muammar A. Harris). Penerbit UTM Press dan Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), 2025.

[2] Perjumpaan bertarikh 23 Januari 2025 bersamaan 23 Rejab 1446.

[3] Pertemuan di Kajang pada 26 Januari 2025 bersamaan 26 Rejab 1446.

[4] Syarahan bertajuk Extempore speech on “Islam: The Covenants Fulfilled” oleh Royal Laureate Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas pada 26 Januari 2025 di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur.

[5] Huraian ucapan Alparslan Açıkgenç berdasarkan nota catatan peribadi saya.

[6] Terdengar beliau menyebut “eh, what is that, hurt my leg!”.

[7] Pada peringkat awal, saya takut juga, kerana saya fikir keuzuran mungkin menyebabkan syarahan beliau sukar di dengari dan difahami. Namun setelah beberapa ketika, ucapannya jelas dan terang.

[8] Beliau menyebut “I’m so sorry, I can’t remember, this paper you given me”.

[9] Contoh bentuk lisan ini dapat difahami melalui kitab Ibnu Manzur iaitu Lisanul Arabiy.

[10] Untuk rumusan yang lebih lengkap, rujuk misalnya tulisan yang dihasilkan oleh Naqiuddin Said di laman Facebooknya. Lihat pautan.

Naquib-al-Attas-Kritikan-Pengalaman-dan-Syarahan-V2Download
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024) and Homo Historikus (2024). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: Extempore speech on “Islam: The Covenants Fulfilled”, Syed Muhammad Naquib al-Attas

SIBF 2024: Forum Cakna Sejarah

November 18, 2024 By Editor The Independent Insight

Sempena Selangor International Book Fair (SIBF) 2024, akan berlangsung “Forum Cakna Sejarah” anjuran bersama Penerbitan Cakna dengan rakan kerjasama dari Pelita Dhihin di Piano Lounge, Pusat Konvensyen Setia City 2, Shah Alam. Forum ini akan berlangsung pada 30 November 2024 bermula 5 petang hingga 6 petang.

Forum ini akan menampilkan Firdaus Zainal, penulis buku Kejatuhan Kuasa Politik Melayu yang juga merupakan Ketua Editor Cakna selaku moderator. Saudara Nomy Nozwir, penulis buku Sunda: Pemberontakan Gelanggayu sebagai penelis pertama dan saudara Syed Ahmad Fathi, penulis buku Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia sebagai panelis kedua. Selain forum, penampilan istimewa saudara Affan Yunus turut akan berlangsung. Beliau akan mendendangkan Syair Sunda.

Semua sidang pembaca dijemput hadir!

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: Cakna, Forum, Homo Historikus, Nomy Nozwir, Pelita Dhihin, Penerbitan Cakna, Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia, sejarah, SIBF, SIBF2024, Sunda, syed ahmad fathi

Strengthen the BDS Movement: ASEAN Youth Gather in Conference

November 10, 2024 By Editor The Independent Insight

As already know, Palestinian people are still facing the genocidal war conducted by Israel Zionists for the last year. There are many efforts launched by international organizations such as the United Nation and International Court Justice to stop this tragedy, but it is always end in failure. And even worse the Israeli government try to escalate the war by attacking Lebanon.

The Palestinian dream of being free and having normal life is still far away, particularly for Gaza City. The death toll because of this war has already surpassed 40.000 citizens, including babies, children, elderly and innocent civilians, and apparently will not stop soon.

As a response to that situation, ASEAN Youth in Cooperation with Hidayatullah Youth of East Java and the Islamic College of Luqman al-Hakim Surabaya (STAIL) initiated a small conference to find out the way to contribute to Palestinian freedom. The forum which took place on Zoom meeting with the topic ‘The BDS Movement for Palestine Freedom’ was attended by delegations from 4 countries in Southeast Asia, namely Indonesia, Malaysia, Philippines, and Cambodia on Saturday, 9th November 2024.

The organizing committee, Basitul Yadain said in his opening speech that this event aims to connect the youth in ASEAN and to extend support for Palestine’s freedom.

“We are from Hidayatullah Youth of East Java want to say big appreciation to every participant of each country for gathering here and I hope we can strengthen our bond for the freedom of Palestine.”

Meanwhile, the representative of Philipine Youth (Bangsamoro), Sufly Abbas encouraged the youth of ASEAN to stand for Palestine’s freedom even though with small actions such as Boycotting Israel Affiliated Companies.

“I know it is hard for us as a student to continue advocating this movement, but that kind of little thing can promote of the struggle of Palestinians.” He said.

Fahzy, a Cambodian Youth representative, Syed Ahmad Fathi, as a Malaysian Youth representative and Muhammad Faruq, an Indonesian Youth representative share the same spirit. For them, it is very important to stand with Palestine since many media try to distort the facts and report bias about Palestine. Also, since there is no power in the world that can stop the war, the youth of ASEAN should speak louder and mobilize the people to join the BDS movement as one the the ways to weaken Israel Zionists.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: ASEAN Youth, BDS Movement, gaza, palestine

Guru Gembul versus Ustadz Nuruddin: Pentingnya Berbicara Sesuai Kapasitas

October 16, 2024 By Editor The Independent Insight

Oleh: Muhammad Nur

Baru-baru ini, dunia maya digemparkan oleh sosok Guru Gembul, seorang guru mata pelajaran PKN dan sejarah di salah satu sekolah di Bandung, yang menjadi viral di media sosial terutama karena konten-kontennya di platform YouTube. Guru Gembul ini dikenal aktif berbicara tentang berbagai topik yang sangat luas mulai dari ilmu agama, sejarah, sains, hingga filsafat. Meski topik-topik tersebut memiliki cakupan yang kompleks dan mendalam, Guru Gembul kerap kali mengangkatnya dengan cara yang terkesan asal-asalan dan tanpa dukungan referensi yang memadai. Kondisi ini menimbulkan pertanyaan mengenai apakah ia sebenarnya berbicara di luar kapasitasnya sebagai seorang guru PKN dan sejarah?

Pada tahun 2023, Guru Gembul menuai kontroversi setelah mengkritik pendidikan di Indonesia dalam gelar wicara di BTV. Lima aktivis pendidikan melayangkan somasi karena menilai kritiknya terhadap kompetensi guru melecehkan profesi tersebut. Guru Gembul kemudian mengklarifikasi bahwa kritiknya ditujukan pada Lembaga Pendidikan dan Tenaga Kependidikan (LPTK), bukan pada individu guru. Masalah ini akhirnya diselesaikan dengan damai. Di tahun 2024, Guru Gembul kembali memicu kontroversi dengan menyatakan bahwa sistem indrawi manusia tidak layak menjadi sumber informasi terpercaya. Pernyataan ini ditanggapi oleh Abdul Muin Banyal, yang menegaskan bahwa meski indra manusia terbatas, keterbatasan ini justru mendorong inovasi dalam menciptakan alat bantu untuk memperluas kemampuan indra, yang tetap mengandalkan observasi manusia. Bukan berarti indra manusia tidak dapat dijadikan sumber informasi

Belakangan ini, Guru Gembul juga terlibat dalam kontroversi dengan beberapa habib atau habaib terkait masalah nasab Ba’alawi—sebuah topik yang cukup sensitif dalam diskursus Islam. Kemudian baru-baru ini, dalam pernyataannya, Guru Gembul menantang publik dengan argumen bahwa akidah tidak dapat dibuktikan secara ilmiah. Tantangan ini mendapat tanggapan dari Ustadz Nuruddin, seorang tokoh yang memiliki latar belakang ilmu agama yang mumpuni. Ustadz Nuruddin akhirnya mengundang Guru Gembul untuk berdebat secara langsung mengenai topik yang dia lontarkan.

Namun, ketika debat antara keduanya berlangsung, Guru Gembul tampak tidak siap menghadapi hujan referensi dan dalil yang dibawakan oleh Ustadz Nuruddin. Alih-alih merespons dengan argumen yang terstruktur dan berbasis ilmu, Guru Gembul lebih banyak membahas hal-hal di luar topik debat, mengalihkan pembicaraan, dan bahkan tidak menghormati moderator yang bertugas menjaga kelancaran diskusi. Gaya berbicaranya yang terkesan asal, tanpa dasar yang kuat, serta kurangnya referensi ilmiah yang mendukung pernyataannya, semakin memperlihatkan bahwa ia tidak memiliki pemahaman mendalam mengenai topik yang sedang dibahas.

Debat ini menjadi contoh yang jelas tentang pentingnya berbicara sesuai dengan kapasitas dan kompetensi yang dimiliki. Guru Gembul, dengan latar belakang sebagai seorang guru PKN dan sejarah, tentunya memiliki keahlian dalam bidang tersebut. Namun, ketika ia mencoba membahas topik yang berada di luar bidang keahliannya, seperti akidah dan nasab dalam Islam, tanpa dasar ilmu yang kuat atau referensi yang memadai, hasilnya adalah pernyataan-pernyataan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah. Inilah yang menyebabkan perdebatan tersebut menjadi tidak produktif dan tidak menghasilkan kesimpulan yang bermanfaat.

Peran seorang guru atau pendidik seharusnya menjadi teladan dalam berbicara dan berargumen berdasarkan ilmu yang dapat dipertanggungjawabkan. Sayangnya, Guru Gembul tidak hanya mengabaikan hal ini tetapi juga cenderung memaksakan opininya tanpa memberikan ruang untuk dialog yang sehat dan ilmiah. Sebaliknya, Ustadz Nuruddin dalam perdebatan tersebut tetap berpegang pada data, referensi, dan argumen yang logis, meskipun upayanya untuk menjelaskan sering kali terganggu oleh respons yang tidak relevan dari lawan debatnya.

Kontroversi ini menggarisbawahi pentingnya bagi setiap individu untuk berbicara sesuai dengan kapasitasnya, terutama ketika mengangkat topik yang berhubungan dengan ilmu agama atau hal-hal yang memerlukan pemahaman mendalam dan kajian yang serius. Dalam dunia akademis maupun kehidupan sehari-hari, adalah hal yang bijak untuk mengakui keterbatasan diri dan menyerahkan pembahasan topik-topik tertentu kepada mereka yang benar-benar ahli di bidangnya.

Berbicara tanpa kapasitas yang memadai tidak hanya merugikan diri sendiri, tetapi juga dapat menyesatkan orang lain yang mungkin mempercayai informasi yang disampaikan. Ketika seseorang dengan kepercayaan diri yang tinggi menyampaikan argumen yang tidak didasari ilmu atau referensi yang tepat, dampaknya bisa memicu kebingungan bahkan kesalahpahaman di kalangan publik.

Oleh karena itu, permasalahan ini seharusnya menjadi pembelajaran penting bagi kita semua tentang pentingnya berbicara sesuai dengan kapasitas kita. Menghargai ilmu pengetahuan, bersedia belajar dari orang-orang yang lebih ahli, serta selalu mencari referensi yang tepat adalah kunci untuk memastikan diskusi atau perdebatan yang sehat dan produktif. Mari kita jadikan momen ini sebagai pengingat untuk tidak terjebak dalam fanatisme opinional tanpa dasar dan selalu berusaha untuk berbicara dengan landasan yang kokoh.

Tentang Penulis

Muhammad Nur merupakan seorang mahasiswa jurusan Bahasa dan Sastra Arab di UIN Maulana Malik Ibrahim Malang. Motivasi utama beliau dalam menulis adalah untuk memberikan manfaat, tidak hanya bagi dirinya sendiri tetapi juga bagi orang lain. Beliau percaya bahwa tulisan memiliki kekuatan untuk menyebarkan ilmu, menggugah pemikiran, dan mendorong perubahan positif dalam masyarakat. Dengan semangat ini, beliau berusaha menjadikan setiap karya beliau sebagai kontribusi yang berarti, baik dalam ranah akademik maupun dalam kehidupan sehari-hari.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: Guru Gembul, Indonesia, Ustadz Nuruddin

Seminar Kebangsaan Sejarah Sosioekonomi Malaysia (SKSSM 2024)

July 5, 2024 By Editor The Independent Insight

Seminar Kebangsaan Sejarah Sosioekonomi Malaysia (SKSSM) 2024 akan diadakan secara dalam talian pada 9-10 Julai 2024. Seminar kali ini membawakan Prof. Madya Dr. Nazarudin Zainun yang akan membentangkan ucaptama bertajuk “Sejarah Sosioekonomi dan Ilmu Bantunya: Antara Faham dan Salah Faham”. Selain itu seminar kali ini turut membawakan Madam Khoo Salma yang akan memberikan ucaptama bertajuk “Penang Port, Cosmopolitan History”. Seminar ini membawakan pelbagai pengkaji yang akan membentangkan tajuk seputar dasar kolonial British, perburuhan, ekonomi, warisan negara, hubungan luar Malaysia, dan pelbagai topik menarik lagi. Bagi mereka yang berminat mengikuti seminar ini bolehlah merujuk kepada buku program di bawah untuk pautan seminar.

Buku-Program-Seminar-Kebangsaan-Sejarah-Sosioekonomi-Malaysia-1874-1990-SKSSM-2024Download
Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: sejarah, seminar, skssm, sosioekonomi, usm

Adab & Perdebatan Sivil Ketika Pembunuhan Beramai-ramai?

May 17, 2024 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Melihat klip video Cornel West terbaru dalam program Piers Morgan sangat menyegarkan. Nampak perubahan ketara Dr. West berbanding kemunculan beliau sebelum ini. Sebelum ini beliau tenang dan sopan sahaja menjawab soalan berat sebelah Piers. Ternyata tidak kali ini, West “goes ballistic” dan berterus terang menyebut bahawa Piers adalah seorang yang rasis. Yang mana saya bersetuju, saya telah lama berhenti dari menonton Piers, walaupun kononnya beliau memberi platform yang besar kepada suara pro-Palestin, saya dapati Piers adalah seorang rasis dan islamofobik, dan buang masa sahaja memberi beliau klik dan view.


Disini saya melihat satu perkara yang menarik. Golongan kolonial sentiasa mahu kita berdebat dengan sivil dan penuh sopan dan hormat. Kita disuruh meraikan kebebasan bersuara sementara mereka membunuh kanak-kanak, merampas tanah, dan menghancurkan kehidupan orang lain. Sebab itu bagi saya intelektual yang kononnya menyokong kebebasan suara pro-kolonial ini bodoh. Mereka ada “useful idiot” kepada ideologi kolonial. Mereka akan menyuruh orang lain duduk berdebat dengan sopan dan meraikan kebebasan bersuara, sementara golongan kolonial secara aktif membunuh dan menghancurkan manusia.

Baru-baru ini kerajaan Malaysia Madani telah mengalu-alukan kedatangan syarikat BAE System dan Lockheed Martin yang membekalkan senjata kepada Israel untuk membunuh anak-anak di Gaza dalam pameran DSA2024. Saya merasa terhina dan kecewa dengan perkara ini dan telah merakamkan rasa tidak puas hati saya di dalam Diaspora Podcast bersama Saudara Nazreen.

Namun kritikan saya terhadap kerajaan Malaysia Madani ini tidak disenangi oleh seorang penulis. Pada mulanya saya juga hairan kenapa dia beriya-iya mempertahankan tindakan yang jelas salah oleh kerajaan ini. Namun selepas mengetahui bahawa beliau mendapat jawatan sebagai ahli lembaga pengarah bagi sebuah agensi kerajaan, barulah saya faham mengapa beliau beriya-iya sangat. Begitulah habuan dan jawatan membutakan manusia. Maka disini saya ingin merakam soal jawab saya dengan beliau.

Dr. Fatimah S: Mohon semak dan imbang. (Sambil memberikan link laporan berita jawapan Anwar).

Syed Ahmad Fathi: Syarikat berdaftar atau tidak di Israel tidak relevan selagi syarikat tersebut membekalkan bom untuk membunuh anak-anak saya.

Dr. Fatimah S: Malaysia Madani mengalu-alukan? “Tak ada (syarikat) yang berdaftar… kita tak benarkan. Yang benarkan (tahun) 2002 Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) bawa (kapal) Zim. Kita dah batalkan … ingat 2002 yang benarkan kapal Israel masuk itu adalah Tun Mahathir masa jadi Perdana Menteri. Tiada bagi alasan apa pun. Kemudian diteruskan. “Saya batalkan kepada Jemaah Menteri, itu pendirian kita (untuk) tak izinkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024 – 2028 di sini, pada Selasa. Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir agar kerajaan perlu segera mengusir dua syarikat tersebut yang kini berada di Malaysia untuk menyertai pameran Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 di ibu negara. Dakwa Dr Mahathir, Lockheed Martin dan BAE System merupakan pembekal senjata terbesar kepada rejim Zionis yang melakukan serangan dan pengeboman ke atas rakyat Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu. Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai sebuah negara perdagangan bebas, Malaysia memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini. Sehubungan itu, Malaysia, katanya lagi, mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.

Syed Ahmad Fathi: Ya mengalu-alukan. Bagi kebenaran buat pameran, sambut, ambil gambar bersama. Pada pandangan saya (semua tindakan ini adalah) mengalu-alukan. Petikan yang di-copy paste tak relevan. Isu dia bukan pendaftaran syarikat. Isu dia syarikat tersebut adalah pembekal senjata secara langsung yang membunuh anak-anak di Gaza. Menghancurkan kepala mereka, memburai perut mereka, membakar mereka hingga mati. Semua dari senjata Lockheed Martin dan BAE System. Dia daftar syarikat dia kat mana TIDAK RELEVAN.Kalau saya bunuh anak orang, relevan ke saya daftar IC saya kat mana?

Dr. Fatimah S: Kerajaan Madani amat tegas membela Palestin di pentas dunia termasuk bersuara di German dan perhimpunan International Religious Leaders. Kenyataan ‘mengalu alukan’ boleh mengapi apikan fitnah tanpa bersikap semak imbang pada saat masyarakat antarabangsa melihat Malaysia sangat berani bersuara membela Palestin.

Syed Ahmad Fathi: Ya, masa mereka tegas kita akan puji. Masa mereka buat salah kita perlu kritik. Kalau mereka buat salah kita tidak boleh kritik, itu namanya taksub buta. “Mengalu-alukan” itu adalah satu fakta, sangat jelas dari gambar, sambutan, video, dan juga kebersamaan dengan syarikat membekal senjata pada Israel. Ia hipokrit dan memalukan. Tak perlulah bermain sentimen “api fitnah”, semuanya terang dan bersuluh.

Dr. Fatimah S: Jika pembunuh Israel terlepas ke Malaysia dengan menyamar passport negara lain, adakah itu tandanya kerajaan Malaysia mengalu-alukan pembunuh Israel datang? Jika anda di tempat kerajaan, anda yakin pemerintahan anda tiada sebarang ‘khoto’? Apa beza khoto’ dan khotiah (sengaja buat salah??” Nabipun tak terlepas dari hal yang khoto’. Begitu juga para sahabat. Mereka tetap saling syura dan bertanya, bukan melabel segera.

Syed Ahmad Fathi: Hujah puan sangat bermasalah dan tidak relevan. Pada hal lain yang baik, kita puji, pada hal yang salah kita akan kritik. Basic amar ma’aruf nahi munkar. Tak perlu kaitkan dengan kes lain, yang tak relevan. Tak perlu juga samakan kerajaan dengan nabi. Kalau saya kerajaan, saya buat salah, saya akan terima kritikan, dan ubah. Itu sahaja, tidak perlu hipokrit bersuara di tempat lain, tapi alu-alukan syarikat pembekal senjata Israel masuk Malaysia. MEMALUKAN. Kalau orang yang membekal senjata untuk membunuh dan membakar anak puan, puan sudi bergambar happy ambil video dengan dia senyum-senyum bersama? Saya anggap anak-anak di Gaza anak saya. Jadi saya tak dapat terima syarikat pembunuh seperti Lockheed Martin dan BAE System. Itu sahaja. Saya ada perasaan. Lain-lain tak relevan bagi saya.

Dr. Fatimah S: Pameran tu bukan dianjurkan oleh kerajaan tapi pihak swasta. Kerajaan tidak membelanjakan duit untuk pameran itu. Ada tempat yang kerajaan tak campur tangan seperti urusan teknikal pasaran global seperti ia tak boleh campur tangan dalam urusan mahkamah. Kerajaan tegas tidak membenarkan syarikat yang berdaftar Israel untuk buat pameran. Penyertaan datang dari banyak negara kecuali Israel seperti Turki, UAE, dll. Apabila terdapat juga pameran oleh syarikat yang ‘bantu’ Israel di sebalik negara negara lain, kerajaan ada dua pilihan:

  1. Menghalau mereka tanda benci.
  2. ⁠Berstrategi mengetahui senjata terkini yang mereka pamerkan untuk persiapan jangka panjang. Dalam Bahasa Arab strategi ni disebut, معرفة الاعداء. Mengenal taktik musuh. Mereka sendiri yang datang pamerkan senjata mereka dan terpaksa keluar duit untuk Malaysia bagi tujuan itu. Bagaimana nak kalahkan musuh jika kita tak tahu senjata mereka? Strategi biasanya dirahsiakan dan tidak diwarwar kepada umum.

Justeru, mana manapun pilihan yang dibuat, ia cuma ijtihad politik. Ia ada pro dan kontranya. Usah kita dipecahkan hanya kerana ijtihad politik. Usah kita berani melabel munafik pada sesama muslim hanya kerana cara fikir dan cara urus yang berbeza.

Syed Ahmad Fathi: Saya rasa puan tak faham isu. Sejak bila saya tuduh orang munafik? Pelik benar hujah-hujah puan ni, terlalu sangat hendak mempertahankan kerajaan sampai sebut benda yang saya tak sebut pun. Kalau menghalau mereka tanda benci, baguslah, saya memang benci syarikat senjata yang membekal bom untuk membunuh anak saya di Gaza. Tak perlulah nak berlindung di sebalik syarikat swasta, banyak sahaja syarikat swasta yang tidak dibenarkan beroperasi atas pelbagai alasan. Nak tak nak sahaja. Pergi baca dekat website DSA2024, pameran tu dianjurkan oleh kerajaan, terang-terang tertulis “hosted, supported, co-organised by Ministry of Defense dan Ministry of Home Affairs”. Tak payah la nak berpusing-pusing nak mempertahankan syarikat membekal senjata untuk Israel. Ijtihad politik boleh dikritik, ia bukan ayat Al-Qur’an. Saya pun tak faham kenapa puan beriya-iya sangat nak mempertahankan syarikat bekal senjata buat Israel.

Dr. Fatimah S: Saya tak kata tuan tuduh munafik. Itu yang diperkakan oleh masyarakat umum kerana ada pihak pihak yang terlalu menyalahkan kerajaan Madani secara tidak berada dalam kasut mereka. Ajarlah juga masyarakat tentang adabul ikhtilaf dalam situasi muslim sangat perlu bersatu padu saat ini. Setiap ijtihad ada pro kontranya. Perpecahan hanya akan merugikan kita sendiri.

Syed Ahmad Fathi: Mengkritik kerajaan perkara biasa. Kita tidak perlu pun berada dalam kasut mereka. Kalau guna alasan kasut, sampai bila-bila pun rakyat tidak boleh kritik kerajaan. Polisi salah wajar dikritik, tak ada masalah.

Dr. Fatimah S: Tiada masalah juga saya mengkritik perkataan yang digunakan dalam posting tuan ini apabila melihat perpecahan semakin bersemarak dalam masyarakat saya. Jika perkataan straight to the point, mengajak untuk menghalau pihak tertentu (ijtihad 1), mungkin lebih jelas. Namun jika perkataan mengundang sangkaan buruk terhadap pihak yang sejak awal membela Palestin hingga kini, ia juga wajar dikritik.

Syed Ahmad Fathi: Ya, tidak ada masalah nak mengkritik saya. Cuma kelakar pemikiran yang rasa perkataan lebih penting untuk dikritik dari syarikat yang membekal senjata membunuh dan memecahkan kepala anak-anak saya di Gaza. Nampak kelakar kritikannya, nampak pemikiran yang tidak faham aulawiyat.

Dr. Fatimah S: Awlawiyat saya adalah menjaga perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang tercinta dengan menyebarkan ilmu “Adab Berbeza Pendapat”. Perpaduan adalah kekuatan untuk membela Palestin kerana kita sudah hidup berpecah dan bercakaran sekian lama kerana tiada adab memilih perkataan.

Syed Ahmad Fathi: Baru tahu mengkritik syarikat yang membunuh anak Gaza adalah tidak beradab. Kalau begitu logiknya, saya doakan warga Malaysia semakin tidak beradab dalam menolak pembunuhan anak Gaza. Moga Allah rahmati semua yang tidak beradab dalam menolak pembunuh anak Gaza dan mereka yang mengalu-alukannya. Saya akan terus bersuara dan memastikan orang Islam terus tidak beradab dalam mengkritik mereka yang mengalu-alukan pembunuh anak Gaza. Saya juga berjanji akan bekerja lebih keras lagi agar orang Malaysia terus tidak beradab dalam mengalu-alukan pembunuh anak-anak Gaza. Insha’Allah.

Dr. Fatimah S: A053 Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia (Al Israk).

Syed Ahmad Fathi: Moga Allah beri istiqomah kepada saya untuk terus tidak beradab dengan pembunuh anak-anak Gaza. Mengkritik mereka yang mengalu-alukan pembunuh, dan tidak termasuk dalam golongan yang buta kerana mereka mendapat jawatan.

Dr. Fatimah S: Boleh jadi orang yang dikritik dan dihina lebih baik pembelaannya dan strateginya dalam membela Palestin, maka jagalah adab berbeza pendapat dalam perkara ijtihad. Selalu ingat pesan Allah dalam Surah Al-Hujurat terhadap sesama manusia.

Syed Ahmad Fathi: Saya hanya mengkritik tindakan kerajaan yang mengalu-alukan syarikat pembekal senjata yang membunuh anak-anak Gaza. Orang yang dapat habuan dan jawatan tidak selesa dengan kritikan saya, saya tidak peduli. Mereka hendak mempergunakan ayat Al-Qur’an untuk menghalalkan tindakan mereka yang salah juga tidak akan membuatkan saya senyap. Saya sudah terbitkan artikel mengkritik kerajaan Madani mengalu-alukan syarikat pembekal senjata yang membunuh anak-anak Gaza. Jemput baca. Di Twitter juga orang sudah mula menyebarkan kritikan terhadap Madani yang mengalu-alukan syarikat senjata pembunuh anak-anak Gaza. Alhamdulillah, moga kritikan ini terus tersebar.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024) and Homo Historikus (2024). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: Anwar, Cornel West, Diaspora Podcast, dsa2024, gaza, genocide, malaysia madani, Piers Morgan

Adakah Serangan Iran Ke Atas Israel Hanya Wayang?

April 16, 2024 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Selepas 6 bulan rakyat Gaza dibantai dan dibunuh, tiada negara-negara Arab atau negara Islam termasuklah yang kuat bersuara seperti Turki dan Malaysia yang menghantar bantuan ketenteraan, tentera pengaman/pelindung kepada rakyat Gaza. Bukan itu sahaja, malah menghantar tepung dan bantuan asas makanan pun mereka tidak mampu dan terpaksa meminta belas ihsan dari Israel dan sekutunya Amerika Syarikat untuk membantu membuka sempadan. Sebelum kita mula membahaskan subjek ini, saya mahu letak konteks itu terlebih dahulu.

Selepas Israel mengebom konsulat Iran di Damsyik, Syria pada 01 April 2024 dan membunuh 7 warganya termasuklah 2 orang jeneralnya. Akhirnya pada 14 April 2024, Iran melakukan serangan langsung ke Israel menggunakan dron dan peluru berpandu dalam operasi yang disebut sebagai Operation True Promise. Israel dan konco-konconya menyatakan bahawa 99 peratus dari projectile dari Iran ini berjaya dimusnahkan dengan bantuan dari UK, USA, Perancis dan juga negara Islam Jordan.[1] Ya, Jordan telah membantu untuk menghalang peluru berpandu dari sampai ke Israel.

Persoalan yang timbul, adakah serangan ini hanya wayang?

Jika kita melihat serangan ini dari lensa agamawan yang bermain isu sunni-syiah, ya, ia adalah satu wayang sahaja. Saya dahulu juga melihat konflik ini dari kaca mata sunni-syiah ini. Tapi saya telah lama meninggalkan paradigma ini, termasuk apabila Qasem Soleimani dibunuh dahulu, ramai yang bersorak kerana beliau adalah syiah.[2] Tapi apa yang tidak mereka sebut adalah antara yang hadir memberi penghormatan kepada Jeneral Soleimani adalah Ismail Haniyeh sendiri, di mana beliau menyatakan bahawa Soleimani adalah seorang “syahid”.

Perbahasan sunni-syiah, dalam pertarungan geo-politik melawan hegemoni Amerika Syarikat dan Israel sudah tidak menarik minat saya. Bagi saya secara peribadi, permusuhan sunni-syiah ini sudah lama berlalu, tiada keuntungan untuk umat bermusuh dan membunuh sesama sendiri. Jika kita boleh bersahabat dengan rakan-rakan Buddha, Hindhu, Kristian dan lain-lain, saya tidak nampak masalah untuk kita berkawan dengan Syiah. Kita boleh tidak setuju dari sudut akidah dan teologi, tetapi kita tidak perlu bermusuh.

Berbalik kepada persoalan “wayang Iran”. Saya telah mendengar dan membaca pelbagai analisis. Namun yang saya kira paling menarik adalah dari Dr. Mohammad Marandi dari Tehran.[3] Kebanyakan analisis yang cuba untuk merendahkan operasi serangan Iran ini adalah dari media Barat dan sumber Israel sendiri. Dari 6 bulan pembunuhan di Gaza, semua orang sedia maklum bahawa media ini kerap berbohong.[4] Jadi tidak mengejutkan jika angka “99%” itu juga adalah propaganda sahaja. Jika benar pengkalan tentera yang dibedil Iran itu tidak mengalami kemusnahan teruk, Israel boleh membenarkan wartawan melawat pengkalan ini untuk membuat pengesahan. Namun mereka tidak berani, mereka hanya mengeluarkan kenyataan, dan media Barat hanya mengulang cetak kenyataan mereka.

Bagi saya, serangan ini bukan wayang. Tetapi adalah peluang Iran untuk menguji keberkesanan pertahanan udara Israel. Iran dalam operasi ini mengumumkan sejak awal bahawa mereka akan bertindak balas, dan memberikan garis masa (time frame) untuk Israel bersedia. Iran tidak menggunakan peluru berpandu hipersonik mereka, sebaliknya menggunakan peluru berpandu generasi lama dan juga dron kos rendah “Shahed” sebagai decoy.

Di sini kita dapat memahami beberapa perkara.

Pertama, dari operasi ini, Iran dapat memahami bagaimana Israel bertindak balas. Ternyata Israel tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri dan terpaksa bergantung kepada kuasa asing untuk membantunya termasuk dari USA, UK, Perancis dan Jordan.

Kedua, walaupun Israel diberi amaran awal dan mempunyai masa untuk bersedia, termasuklah melakukan jamming ke atas sistem GPS di negara mereka, ternyata sistem peluru berpandu Iran masih dapat menembusi pertahanan mereka. Israel sendiri kemudiannya mengakui bahawa peluru berpandu Iran berjaya membedil dua markas tentera mereka termasuk lapangan terbang tentera Nevatim.[5] Kebanyakan dron dan peluru berpandu yang berjaya dipintas adalah decoy. Ini menunjukkan, jika serangan dibuat secara mengejut, tidak diumumkan dan tidak diberi sebarang garis masa, kemusnahan yang lebih besar dapat dilakukan.

Ketiga, dari operasi ini, Iran memberi signal bahawa percaturan defensif mereka telah tamat, kini adalah fasa baharu di mana Iran boleh melakukan serangan ofensif. Amerika Syarikat juga tidak berani melakukan serangan balas terhadap Iran, malah mendesak Israel untuk tidak bertindak balas. Amerika Syarikat menyatakan jika Israel bertindak balas, mereka tidak akan bersama membantu Israel.[6] Ini kerana Amerika Syarikat sedar bahawa banyak pengkalan tentera mereka di Timur Tengah dengan mudah dapat dimusnahkan oleh Iran. Semua ini ini menunjukkan kepada saya bahawa serangan Iran bukanlah satu wayang. Tetapi mereka menggunakan peluang yang ada untuk menguji sistem pertahanan Israel. Dari operasi ini mereka dapat memahami dinamik jika serangan sebenar perlu dilakukan. Seperti yang saya tulis dalam buku saya Resistance Sudah Berbunga, perjuangan melawan Israel kini sudah memasuki fasa baharu.[7] Ia akan mengambil masa untuk memastikan Israel semakin lama semakin lemah. Di sini kita melihat bagaimana Iran melakukan long-game dan tidak tergopoh gapah. Iran sedar, Israel akan kalah juga akhirnya. Oleh itu, lebih baik ia dikalahkan dengan lebih strategik tanpa perlu perang yang lebih besar.

Bibliografi

“Breaking news and analysis on day 191 of Gaza’s Al-Aqsa Flood.” The Electronic Intifada Podcast. April 15, 2024. Accessed April 16, 2024. https://www.youtube.com/watch?v=PSEIoHJmSok&t=1s.

Fabian, Emanuel. 2024. “Visiting targeted air base, IDF chief promises response to Iranian attack.” The Times of Israel, April 15.

Hamza Ali Shah. 2024. “‘Beheaded Babies’ – How Uk Media Reported Israel’s Fake News As Fact.” Declassified UK, January 04.

Marandi, Mohammad, interview by Ali Abunimah. 2024. Why Iran supports Palestine (April 8).

Syed Ahmad Fathi. 2020. “Qasem Soleimani: Dimana letaknya pendirian kita?” Meniti Jambatan Masa, January 08.

—. 2024. Resistance Sudah Berbunga. Tochka Press.

Vasilyeva, Nataliya. 2024. “Israel admits Iranian ballistic missiles struck two military bases.” The Telegraph, April 15.


[1] Emanuel Fabian. “Visiting targeted air base, IDF chief promises response to Iranian attack”. The Times of Israel, 15 April 2024. Pautan: https://www.timesofisrael.com/idf-chief-visits-airbase-hit-in-iranian-attack-says-it-will-be-met-with-a-response/

[2] Qasem Soleimani telah dibunuh oleh Amerika Syarikat pada tahun 2020. Pada Ketika itu, saya juga telah mengkritik pendekatan yang melihat kejadian itu dalam konteks sunni-syiah. Seharusnya semua umat Islam bersatu melawan hegemoni Amerika Syarikat dan juga penjajahan Israel. Rujuk Syed Ahmad Fathi. “Qasem Soleimani: Dimana letaknya pendirian kita?”. Meniti Jambatan Masa, 08 Januari 2020. Pautan: https://bersamakepuncak.blogspot.com/2020/01/qasem-soleimani-dimana-letaknya.html

[3] Terdapat beberapa analisis dari Dr. Marandi yang saya tekuni. Pertama adalah sesi podcast beliau bersama Ali Abunimah di Electronic Intifada di mana beliau menerangkan sejarah hubungan luar Iran dengan dunia sebelum serangan Iran ke atas Israel. Siaran ini bertajuk “Why Iran supports Palestine, with Ali Abunimah and Mohammad Marandi” dan boleh dilihat di pautan: https://www.youtube.com/watch?v=n2WNlRwoyUg&t=1202s . Analisis kedua beliau selepas serangan Iran ke atas Israel boleh dilihat melalui pautan: https://www.youtube.com/watch?v=PSEIoHJmSok

[4] Contoh paling jelas adalah propaganda bahawa 40 bayi telah dipenggal oleh Hamas semasa Operasi Taufan Al-Aqsa. Rujuk artikel oleh Hamza Ali Shah. “‘Beheaded Babies’ – How Uk Media Reported Israel’s Fake News As Fact”. Declassified UK, 04 Januari 2024. Pautan: https://www.declassifieduk.org/beheaded-babies-how-uk-media-reported-israels-fake-news-as-fact/ Ini hanyalah satu sahaja contoh dari pelbagai contoh lain di mana media Barat menjadi mulut propaganda bagi jenayah genocide Israel.

[5] Nataliya Vasilyeva. “Israel admits Iranian ballistic missiles struck two military bases”. The Telegraph, 15 April 2024.

[6] “U.S. will not join any retaliatory action by Israel on Iran: White House”. Nikkei Asia, 15 April 2024. Pautan: https://asia.nikkei.com/Spotlight/Iran-tensions/U.S.-will-not-join-any-retaliatory-action-by-Israel-on-Iran-White-House

[7] Syed Ahmad Fathi. Resistance Sudah Berbunga. Tochka Press, 2024.

Adakah-Serangan-Iran-Ke-Atas-Israel-Hanya-WayangDownload
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024) and Homo Historikus (2024). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: Iran, israel, War

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »

Recent Posts

  • Koleksi Refleksi di IABF: Merayakan Seni dan Sastera
  • Book Review: The Devided State: Factional Structures and the Crisis of Democracy (2025) by Joonhong Park
  • Ulasan Buku: Feudalisme: Sejarah dan Persejarahan
  • Dar al-Suhyuni: Apabila Ulama Islam Menjadi Neo-Orientalis
  • Alip Moose: “Beginilah Bila Bercakap Tak Tahu Apa-Apa”

Archives

Copyright © 2025 The Independent Insight