The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Berita
  • Politik
  • Ekonomi
  • Teknologi
  • Reviu
    • Reviu Buku
    • Reviu Filem
    • Reviu Muzik
  • Rencana
  • Podcast
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

Strategi Perang Iran Dan Keberkesanan Serangan Peluru Berpandunya Ke Atas Pengkalan Tentera Amerika Syarikat Di Negara-Negara Teluk

May 27, 2026 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Pada 28 Februari 2026, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran yang dikenali sebagai Operation Epstein Fury. Serangan ini antara lain berjaya membunuh pemimpin tertinggi Iran, Asy-Syahid Ali Khamenei. Berbeza dengan serangan Amerika Syarikat dan Israel pada Jun 2025, peperangan yang bermula pada penghujung Februari 2026 menyaksikan Iran bertindak balas hanya selepas beberapa jam serangan dimulakan. Serangan balas Iran tidak terhad ke atas Amerika Syarikat dan Israel tetapi merangkumi negara-negara Arab di sekitar Teluk Parsi yang menjadi tuan rumah kepada pengkalan tentera Amerika Syarikat. Kajian ini bertujuan menganalisis keberkesanan serangan peluru berpandu Iran dengan melakukan battle damage assessment menggunakan metodologi penelitian imej satelit dan juga menggunakan open-source intelligence (OSINT). Kajian ini mendapati strategi keseluruhan Iran adalah dengan menggunakan pendekatan asymmetric warfare iaitu dengan memperluaskan kawasan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron yang effektif dan menyebabkan musuh tidak mampu mempertahankan keseluruhan kawasan mereka. Dengan perluasan kawasan serangan ini juga, Iran berjaya meningkatkan kos perang dan memastikan kesan ekonomi yang tinggi terhadap musuh dan memaksa mereka menghentikan serangan.

Kata kunci: Perang, Iran, Amerika Syarikat, Israel, Negara-negara Teluk, Battle Damage Assessment, Penelitian Imej Satelit, Open-source Intelligence, Operation Epstein Fury

ABSTRACT

On 28 February 2026, the United States and Israel launched a military attack on Iran dubbed Operation Epstein Fury. Among other outcomes, the attack succeeded in killing Iran’s supreme leader, the martyr Ali Khamenei. In contrast to the United States–Israeli attacks in June 2025, the war at the end of February 2026 witnessed Iran responding within only a few hours after the attack began. Iran’s retaliation was not limited to the United States and Israel, but also targeted Arab countries around the Persian Gulf that host United States military bases. This study aims to analyse the effectiveness of Iran’s missile strikes by conducting a battle damage assessment using satellite imagery analysis and open-source intelligence (OSINT). The study finds that Iran’s overall strategy was based on an asymmetric warfare approach effectively using missiles and drones, by expanding the theatre of attacks in a way that prevented the enemy from defending their entire area of operations. Through this expansion of the battlefield, Iran was also able to increase the cost of war and impose significant economic impacts on its adversaries, thereby forcing them to halt their attacks.

Keywords: War, Iran, United States, Israel, Gulf Countries, battle damage assessment, satellite imagery analysis, open-source intelligence, Operation Epstein Fury

PENGENALAN

Serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari 2026 dikenali sebagai Operation Epstein Fury, manakala Iran menamakan konflik bersenjata ini sebagai Perang Ramadan (Ramadan War).[1] Perang ini merupakan susulan ‘Perang 12 Hari’ yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Israel pada Jun 2025 yang tidak mencapai objektif untuk melemahkan Iran dan menukar kerajaan di Iran.[2] Bagi menutup kekalahan ini perang baharu dimulakan.

Serangan pada 28 Februari 2026 bukanlah berlaku secara tiba-tiba, tetapi selama berbulan-bulan sebelum itu Amerika Syarikat dilihat mengumpulkan bala tenteranya di Asia Barat. Konsentrasi military hardware yang beterusan di Asia Barat sebelum serangan menurut sarjana seperti Robert A. Pape, memperlihatkan hampir 40-50% asset tentera udara Amerika Syarikat global digerakkan ke Asia Barat.[3] Hal ini menunjukkan bahawa dalam peperangan moden, pengumpulan konsentrasi asset tentera tidak lagi dapat dilakukan dengan berselindung. Sebaliknya dapat dikesan dan dianalisis melalui teknologi maklumat moden.

Pengumpulan asset besar-besaran ini juga melibatkan operasi logistik besar-besaran. Oleh itu adalah hampir mustahil ia dilakukan tanpa adanya satu perancangan untuk menyerang yang teliti. Dalam kata lain, serangan ini bukan berlaku tiba-tiba, tetapi telah dirancang di belakang tabir. Perjanjian dan diplomasi yang dizahirkan hanyalah tipu muslihat untuk memastikan musuh tidak bersedia apabila diserang. Namun pada serangan kali ini, Iran kelihatan telah bersedia menghadapi serangan kerana Iran berjaya bertindak balas hanya dalam beberapa jam apabila perang bermula.

Imej flight radar tracking dari sumber OSINT yang menunjukkan mobilisasi pesawat perang besar-besaran dari Amerika Syarikat sekitar 19 Februari 2026.

Terdapat desas desus Amerika Syarikat akan menyerang lebih awal, namun serangan awal itu ditangguhkan. Sebahagian penganalisis menyatakan penangguhan serangan dilakukan kerana Amerika Syarikat masih memerlukan masa untuk menyusun asset pertahanan berat mereka apabila Iran bertindak balas dengan serangan peluru balistik. Pape yang mengkaji pergerakan tentera menyatakan melihat sejarah ketenteraan, hampir mustahil tiada serangan akan dilakukan dengan jumlah persediaan besar-besaran yang berlaku. Ini kerana mobilisasi besar-besaran ini menelan kos yang sangat tinggi. Rundingan dan retorik Trump dijangka digunakan bagi memberi kelebihan pada Amerika Syarikat untuk membuat surprise attack. Ternyata analisis Pape ini tepat apabila Amerika Syarikat dan Israel memulakan Operation Epstein Fury pada 28 Februari 2026. Antara serangan pertama yang dilakukan oleh Amerika Syarikat adalah ke atas Sekolah Shajareh Tayyebeh di Minab, Hormozgan, Iran di mana seramai 168 orang terbunuh kebanyakannya merupakan pelajar sekolah berusia 7 hingga 12 tahun.[4] Namun kesan operasi perang Israel-Amerika Syarikat tidak menunjukkan kejayaan yang dikehendaki. Menurut ahli politik veteran Britain, George Galloway, ia adalah kegagalan terbesar selepas kegagalan Hitler. Beliau menulis:

Carnage in Israel. Operation Epstein Fury is the biggest military-political blunder since Hitler’s Operation Barbarossa.[5]

Perang di Iran ini sebenarnya tidak boleh dilihat sebagai satu konflik bersenjata yang terpisah dari pergerakan geopolitik dunia lain. Tetapi bolehlah difahami sebagai kelangsungan kepada resistance (penentangan) kepada kolonialisme zionis dan imperialisme Amerika yang berterusan selepas Operasi Taufan Al-Aqsa oleh pejuang Palestin. Dalam kata lain, resistance ini sudah berbunga dan kini memasuki fasa kematangan yang baharu.[6] Kesinambungan ini dapat dilihat dalam siri serangan balas Iran ke atas Israel, misalnya pada 16 Mac 2026, tentera Iran melancarkan peluru berpandu dan mengumumkan ia adalah untuk memperingati kesyahidan pejuang Hamas iaitu Yahya Sinwar dan Huzaifah al-Kahlout (Abu Ubaidah).[7]

ANALISIS TERHADAP PERMULAAN PERANG

Menurut penganalisis perang dari Brazil, Patricia Marins, perang ini berpotensi menjadi bencana besar buat Amerika Syarikat kerana semua persiapan perang Israel dan Amerika Syarikat telah dibuat tanpa mengambil beberapa langkah berjaga-jaga yang sepatutnya.[8]

Pada 2 Mac 2026, Kementerian Pertahanan Kuwait menyatakan bahawa beberapa pesawat pejuang “jatuh” di wilayahnya. Hal ini diakui oleh Amerika Syarikat yang menyatakan tiga pesawat perang F-15 miliknya musnah.[9] Sementara itu, pada 2 Mac 2026 juga, Iran membedil pangkalan-pangkalan Amerika yang telah diserang selama lebih 60 jam sejak permulaan perang. Bukan itu sahaja, Iran juga menyasarkan kedutaan Amerika di Kuwait.

Pesawat tempur Yak-130 dan MiG-29 terus meronda ruang udara Iran, dan segala petunjuk awal menunjukkan Iran mengekalkan kadar serangan yang sama pada hari ketiga. Perang pada hari ketiga semakin berubah menjadi kegagalan bagi pihak gabungan Israel dan Amerika Syarikat. Dalam masa beberapa hari sahaja, Amerika Syarikat dan Israel mengalami krisis kehabisan stok peluru pertahanan dan tiada sebarang kemajuan besar di medan tempur, ketegangan politik mula memuncak di Washington dan Tel Aviv. Di Amerika Syarikat, ketegangan ini dilihat ketara kerana ia merupakan perang yang tidak popular di kalangan penyokong Presiden Trump.

Berdasarkan jumlah serangan Iran, kecenderungan menunjukkan peningkatan jumlah korban pada tentera musuh, sekali gus meningkatkan tekanan daripada rakyat Amerika. Iran berperang dengan motivasi tinggi, dan pembunuhan yang berlaku kepada pemimpin-pemimpinnya tidak mengubah perancangan dalaman mereka. Selain itu, isyarat GPS diganggu secara besar-besaran di Selat Hormuz, yang menjejaskan ketepatan senjata berpandu pihak gabungan seperti Joint Direct Attack Munition (JDAM), peluru berpandu kruis, dan navigasi dron, sekali gus mengurangkan keberkesanan operasi Israel dan Amerika Syarikat di laluan strategik ini. Pada 2 Mac 2026 juga kelihatan pihak Amerika telah mengundurkan sebahagian besar peralatan dan kakitangan mereka dari Emiriah Arab Bersatu, menandakan satu penyusunan semula besar-besaran dilakukan atau pengunduran defensif di tengah tekanan yang semakin meningkat hasil tindak balas Iran. Analisis permulaan perang menunjukkan Operation Epstein Fury tidak berjaya seperti yang dirancang bagi melumpuhkan kekuatan ketenteraan Iran.

PENGGUNAAN SATELIT DALAM PERANG MODEN

Teknologi satelit merupakan komponen penting bagi operasi ketenteraan moden. Ia digunakan bagi mengenalpasti sasaran serangan, membantu menghalakan sasaran senjata, mengenalpasti lokasi senjata musuh dan melindungi operasi komunikasi. Disebabkan itu, dalam operasi menyerang Iran, pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa divisyen tentera angkasa mereka (space force) adalah unit pertama yang digerakkan (the first movers) dalam kempen terhadap Iran. Ini menunjukkan kepentingan teknologi satelit digunakan dalam memahami strategi peperangan ke atas Iran.

Imej satelit dahulunya merupakan milik eksklusif kuasa besar dunia yang mampu mengawal angkasa, kini ia boleh dicapai melalui syarikat-syarikat komersial. Hal ini menjadikan lapangan ini lebih seimbang kepada kuasa-kuasa ketenteraan lain di dunia. Penggunaan imej satelit menjadikan penyembunyian keupayaan tentera sukar dilakukan.

Disebabkan hal ini, salah satu syarikat pembekal imej satelit, Planet Labs memutuskan untuk menangguhkan penerbitan imej satelit di Asia Barat apabila perang di Iran bermula. Syarikat yang berpengkalan di California ini menangguhkan penerbitan imej satelit komersial sehingga 14 hari bagi melindungi posisi tentera Amerika Syarikat.[10] Penangguhan penerbitan ini juga bertujuan untuk menyembunyikan kemusnahan yang dialami oleh tentera Amerika Syarikat hasil serangan peluru berpandu Iran. Walau bagaimanapun, imej-imej satelit masih dikeluarkan oleh syarikat lain seperti MizarVision.

Kepentingan satelit ini turut digunakan oleh Iran dalam kempen perangnya. Menurut laporan Aljazeera, Iran mungkin menggunakan sistem satelit China bagi mengenalpasti sasaran serangan ke atas Amerika Syarikat dan Israel.[11] Hal ini kerana sasaran serangan Iran semakin tepat berbanding Perang 12-Hari. Ini memberi kelebihan kepada Iran kerana sistem BeiDou milik China tidak dapat diganggu seperti sistem Global Positioning System (GPS) milik Amerika Syarikat. Penggunaan sistem BeiDou ini menandakan berakhirnya monopoli Amerika Syarikat bagi penggunaan real-time satellite intelligence di medan perang.

Penguasaan Iran dalam penggunaan imej satelit bagi tujuan perisikan dan battle-damage assessment dapat dilihat dalam pengeluaran imej kemusnahan pengkalan Amerika Syarikat yang berterusan meski pun syarikat-syarikat komersial telah menghentikan penghasilan imej satelit bagi kawasan perang. Misalnya Iran mengeluarkan visual satelit yang memaparkan kemusnahan pengkalan Amerika Syarikat di Arab Saudi pada 2 April 2026.

BeiDou Navigation Satellite System (BDS) merupakan sistem yang dibangunkan China untuk menyaingi GPS pada 2020. Sistem ini dilancarkan oleh Presiden Xi Jinping di Beijing dan mempunyai satelit yang lebih banyak dari sistem-sistem lain. Sistem BDS juga mempunyai kebolehan untuk mengatasi operasi jamming yang memberi koordinat yang salah kepada peluru berpandu. Penganalisis ketenteraan, Patricia Marins menyatakan bahawa sistem satelit BDS-3 (B3A) tidak dapat diganggu (unjammable).[12] Kerjasama Iran-China dalam teknologi satelit bukanlah merupakan sesuatu yang baharu. Sejak awal Januari 2026, China telah membantu Iran untuk mempertahankan kedaulatan digitalnya (digital sovereignty). Ini kerana penggunaan perisian dan talian yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat mudah ditembusi operasi perisikan CIA dan Mossad.[13] China juga membekalkan radar moden seperti YLC-8B bagi membantunya mengesan stealth aircraft seperti F-35 milik Amerika Syarikat.

Visual satelit yang memaparkan kemusnahan pengkalan Amerika Syarikat di Arab Saudi pada 2 April 2026. Sumber Tasnim via RT.

Menurut pakar hubungan antarabangsa China, Victor Gao, sistem satelit BeiDou merupakan sistem satelit paling canggih di dunia. Sistem ini digunakan secara langsung dan tidak langsung oleh 200 buah negara di dunia. Sistem ini mempunyai stesen darat di pelbagai negara. Maka jika Iran menggunakan sistem BeiDou untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka, hal ini tidaklah menghairankan. Gao menegaskan bahawa China tidak akan menghentikan bekalan teknologi ini kepada mana-mana negara sekali pun ditekan.[14] Penggunaan sistem satelit BeiDou oleh Iran ini sangat signifikan, ia memperlihatkan bagaimana Amerika Syarikat dan Israel tidak lagi memonopoli space intelligence di dalam perang. Perkara ini penting untuk difahami sebagai salah satu faktor kritikal yang menyebabkan Amerika Syarikat tidak lagi mempunyai kelebihan dalam perang moden.

Keupayaan Iran menggunakan imej satelit bagi mengesan dan menyerang posisi tentera Amerika Syarikat telah menyebabkan penganalisis Amerika panik. Ini dapat dilihat dari kenyataan Ryan Fedasiuk yang merupakan felo di American Enterprise Institute.[15] Fedasiuk menyatakan Amerika Syarikat kini tidak lagi memonopoli data imej satelit, mereka boleh memaksa syarikat kawalan mereka seperti Vantor dan Planet Lab untuk menghentikan penerbitan imej di ruang operasi perang. Namun tidak dapat memaksa syarikat komersil lain seperti MizarVision dari China untuk mengikuti arahan yang sama. Fedasiuk melihat pembekalan imej ini merupakan bantuan yang sangat penting kepada Iran untuk menyerang Amerika Syarikat. Beliau berharap China menghentikan servis ini. Walau bagaimanapun China dilihat terus membekalkan maklumat ini kepada Iran yang merupakan sekutunya. China merupakan antara negara yang berterusan membeli minyak yang dihasilkan di Iran. Selain hubungan dagang, China juga mengekalkan hubungan diplomatik yang baik dengan Iran.

Menurut laporan ABC News:

…the US Defense Intelligence Agency (DIA) has assessed that an AI tool used by a Chinese company MizarVision poses a threat to US forces. The technology identifies and tags military bases and other operations across vast areas.[16]

Ketepatan peluru berpandu Iran adalah dalam jarak 0.3 meter persegi, ini dapat dilihat apabila mereka dapat membedil dengan tepat pesawat E-3 milik Amerika Syarikat. Laporan tersebut turut menulis bahawa:

MizarVision has been using the software to identify different military capabilities, including specific types of planes, the location of navy ships, and the deployment of air defence systems across the Middle East.

Di sini kita melihat bagaimana Amerika Syarikat tidak lagi mendominasi ruang angkasa bagi tujuan perang mereka. Penggunaan imej satelit dalam perang moden telah memberi kelebihan bagi Iran untuk memerhatikan pergerakan tentera Amerika Syarikat di Asia Barat. Keupayaan ini sangat signifikan kerana data imej yang diperolehi adalah real-time, dalam kata lain, Iran dapat menyerang posisi Amerika Syarikat yang baru dibina dan mengesan perubahan kedudukan mereka. Keupayaan moden juga membolehkan kecerdasan buatan (AI) mengesan objek ketenteraan (tagging) seterusnya memberikan maklumat perihal target serangan. Jelas sekali perkembangan teknologi terutamanya dalam bidang imej satelit telah mengurangkan monopoli kekuasaan ketenteraan Amerika Syarikat.

KEJAYAAN IRAN MEMBUTAKAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL

Memasuki hari ke sembilan perang, Amerika Syarikat dan Israel dilaporkan telah “buta” kerana sistem radar mereka di negara-negara Arab/Teluk telah musnah. Radar-radar ini merupakan sistem early detection yang dibangunkan untuk menangkis peluru berpandu ke atas Israel. Hari-hari seterusnya menyaksikan peluru berpandu Iran dapat menembusi Israel tanpa halangan yang banyak dari interceptor.

Iran dilihat seolah-olah menjadi “Vietnam Asia Barat”, iaitu sebuah kuasa pertengahan yang berjaya mengalahkan kuasa besar dunia. Kehilangan peralatan ketenteraan dan sistem radar pengesan yang unik ini bernilai berbilion dolar, dan penggantiannya dijangka mengambil masa bertahun-tahun. Kejayaan Iran ini menunjukkan Amerika Syarikat bukanlah sebuah kuasa yang tidak boleh dikalahkan. Kejayaan Iran ini juga akan menjadi motivasi kepada negara-negara lain untuk mempertingkatkan kemampuan mereka dalam mempertahankan kedaulatan mereka dari penguasaan imperialisme Amerika Syarikat.

Kejayaan Iran bukan sahaja berbentuk ketenteraan, ia juga merupakan kejayaan penting buat ideologi anti-imperialisme dan menjadi satu simbol yang sangat kuat bagi menggalakkan perlawanan menentang imperialisme dan kolonialisme Barat. Kemenangan Iran merupakan satu penanda bahawa dominasi hegemoni imperialisme Amerika Syarikat kini menuju kemunduran.

Infratruktur satelit dan radar di sekitar negara-negara Teluk/Arab yang berjaya dimusnahkan menurut laporan yang disahkan oleh media antarabangsa. Sumber: Anadolu Agensi.

Anggaran kemusnahan dan kerugian kewangan Amerika Syarikat berdasarkan serangan-serangan berjaya yang telah disahkan adalah:

  1. Sistem radar pertahanan udara AN/FPS-132 bernilai USD 1.1 bilion di Qatar.
  2. Radar AN/TPY-2 daripada sistem THAAD bernilai USD 500 juta di United Arab Emirates.
  3. Tiga pesawat pejuang F-15E Strike Eagle dengan nilai keseluruhan USD 282 juta di Kuwait.
  4. Tiga terminal komunikasi satelit AN/GSC-52B dengan nilai keseluruhan USD 30 juta di Kuwait.
  5. Dua terminal komunikasi satelit AN/GSC-52B dengan nilai keseluruhan USD 20 juta di Bahrain.
  6. Radar AN/TPY-2 daripada sistem THAAD bernilai USD 500 juta di Jordan.
  7. Tiga dron MQ-9 Reaper dengan nilai keseluruhan USD 90 juta di Iran. (Jumlah dron MQ-9 Reaper yang berjaya dimusnahkan meningkat kepada lebih 12 buah dengan kerugian dianggarkan sekitar USD 330 juta pada 18 Mac 2026).[17]

Dari kemusnahan ini jelas Iran mempunyai keupayaan serangan yang berkesan. Maklumat risikan mereka berjaya mengenal pasti target dengan tepat dan memusnahkan pelbagai asset strategik musuh.

Dron Hermes-900 yang berjaya diturunkan oleh tentera Iran di dalam kawasan mereka. Dron ini berjaya diturunkan lengkap bersama pelancar peluru berpandu dan bom Mikholit bersamanya. Sumber: IRIB/WION.

Penggantian peralatan ini akan mengambil masa bertahun-tahun dan menjadi lebih rumit kerana 98% bekalan gallium untuk membina fasiliti ini datang dari China. Menurut laporan Bloomberg, radar AN/TPY-2 yang dimusnahkan di Jordan merupakan komponen penting bagi menangkis peluru berpandu dari Iran.[18] Radar ini terletak di Pengkalan Udara Muwaffaq Salti, Jordan. Kemusnahan ini disahkan oleh imej satelit dan kemudian diakui oleh pegawai Amerika Syarikat sendiri.

Projek imperialisme Amerika Syarikat di Asia Barat sebenarnya melalui beberapa fasa. Menurut pengkaji seperti Muhammad Muaz bin Malik, Amerika Syarikat mula muncul sebagai kuasa besar dunia baharu pasca perang Amerika-Sepanyol pada akhir abad ke-19. Selepas Perang Dunia Kedua, kuasa ekonomi dan ketenteraan Amerika Syarikat telah mengatasi semua negara-negara lain. Campur tangan Amerika Syarikat di Asia Barat pada ketika itu bertujuan untuk menjaga akses kepada bekalan tenaga dan mengekang pengaruh kuasa Kesatuan Soviet. Muhammad Muaz juga melihat campur tangan Amerika Syarikat ini berterusan bertujuan untuk memelihara penguasaannya kepada sumber tenaga berbanding keinginan untuk mempromosikan demokrasi.[19] Namun ternyata campur tangan Amerika Syarikat pada zaman moden ini semakin sukar dilaksanakan. Walaupun Amerika Syarikat mempunyai persenjataan yang canggih, peralatan ini tidak mampu mengekalkan hegemoni mereka. Kuasa-kuasa pertengahan baharu seperti Iran sudah mampu mencabar dominasi ini.

Visual kemusnahan di Pengkalan Udara Muwaffaq Salti, Jordan. Sumber: OSINT

Imej satellite menunjukkan kemusnahan radar AN/TPY-2 THAAD di Pengkalan Udara Muwaffaq Salti, Jordan. Sumber: Airbus

Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) merupakan sistem yang digunakan untuk memusnahkan peluru berpandu balistik di atmosfera, dengan kemusnahan radar AN/TPY-2, tangkisan peluru berpandu perlu dilakukan menggunakan sistem Patriot yang mempunyai keupayaan yang lebih pendek dan rendah. THAAD dianggarkan bernilai sekitar 1 billion USD manakala radarnya bernilai 300 juta USD. Kemusnahan ini juga tidak dapat digantikan dengan binaan baharu, sebaliknya Amerika Syarikat perlu mengambil sistem THAAD dari teater Pasifik.

Iran juga berjaya memusnahkan radar AN/FPS-132 di Qatar. Radar ini merupakan struktur tetap (fixed radar structure) yang tidak mobile seperti THAAD. Radar AN-FPS-132 merupakan sistem radar yang mampu mengesan peluru berpandu dari jarak jauh yang sangat ekstrem, namun tidak mempunyai keupayaan memandu interceptor bagi memusnahkan mereka dengan tepat. Bloomberg juga menyatakan bekalan interceptor bagi sistem THAAD dan PAC-3 berada di paras rendah dan bahaya ketika perang berlangsung. Ini memberi kelebihan kepada Iran bagi melancarkan serangan peluru berpandu dan dron dengan lebih efektif.

Imej Satelit menunjukkan kemusnahan radar dome (radome) di pengkalan Amerika Syarikat di Arijfan, Kuwait. Sumber: RT

Akibat dari kemusnahan sistem radar dalam masa hanya seminggu, sistem amaran peluru berpandu di Israel telah berkurangan kepada hanya beberapa saat. Manakala sistem amaran di negara-negara Teluk hampir tidak wujud selepas seminggu perang. Amerika Syarikat dilihat cuba menggantikan sistem yang musnah ini dengan mengambil beberapa radar dari teater di Pasifik, namun jika gantian ini pula dimusnahkan, Amerika Syarikat akan buta sepenuhnya. Amerika Syarikat hanya mempunyai 8 unit sistem THAAD di seluruh dunia, Iran berjaya memusnahkan 4 unit hanya dalam masa seminggu. Iran juga dilihat menggunakan dron dengan lebih efektif dalam kempen perang kali ini, berbeza dengan Perang 12-Hari di mana penggunaan dron sangat terhad.[20]

Akibat serangan ini, negara-negara Arab/Teluk mula menyedari bahawa pengkalan Amerika Syarikat di negara mereka bukanlah satu lapisan keselamatan, sebaliknya liabiliti yang membawa kepada kemusnahan. Serangan Iran juga membuktikan bahawa Amerika Syarikat tidak dapat mempertahankan pengkalan tentera mereka yang sangat banyak di negara-negara Teluk/Arab, ia dapat dimusnahkan dalam masa seminggu sahaja.

Kemusnahan Pengkalan Udara Ali Al-Salem, Kuwait. Sumber: Airbus

Perang 12-Hari pada Jun 2025 telah memberikan pengajaran penting bagi Iran dalam menghadapi perang elektronik. Iran mendapati bahawa sistem GPS merupakan sistem yang mudah dikawal oleh Amerika Syarikat, oleh itu mereka telah berpindah kepada sistem BeiDou-3 (BDS-3) milik China. Sistem ini dapat mengelakkan operasi jamming dan spoofing oleh Israel yang akan memberikan koordinat yang salah kepada peluru berpandu Iran. Sistem BDS-3 juga memberikan Iran kelebihan untuk membedil dengan tepat (surgical strike) dalam lingkungan 5 meter. Sistem satellite China juga mempunyai kapasiti mengesan interceptor dan memberi signal kepada peluru berpandu dan dron bagi mengelak pintasan.

Kemampuan Iran untuk membutakan Israel dan Amerika Syarikat ini secara langsung menafikan dakwaan AS/Israel bahawa mereka berjaya menguasai teater udara (air superiority). Namun perang ini tidak bermakna Iran tidak menanggung apa-apa kemusnahan. Antara kemusnahan teruk yang dialami Iran dalah kemusnahan asset maritimnya. Pengkalan maritimnya di Konarak dan Bandar Abbas berjaya dimusnahkan. Amerika Syarikat juga berjaya menenggelamkan kapal IRIS Dena di perairan antarabangsa berdekatan Galle, Sri Lanka menggunakan torpedo ‘Mark-48’ dan membunuh lebih 80 orang kru kapal Iran pada 04 Mac 2026. Kapal lain yang berjaya dimusnahkan termasuklah IRIS Shahid Sayyad Shirazi (katamaran). Namun, strategi perang asimetri Iran membuktikan di sebalik semua kemusnahan ini, mereka masih mampu bertindak balas dengan efektif dan menghancurkan asset-asset tentera Amerika Syarikat dan Israel di negara-negara Teluk. Strategi asimetri ini tidak bergantung kepada asset-asset konvensional yang besar, sebaliknya menggunakan asset-asset yang lebih kecil, mobile dan agile yang dapat menyaingi asset konvensional.

Imej kapal perang IRIS Shahid Sayyad Shirazi (Shahid Soleimani-class corvette) yang dibedil di Bandar Abbas, Iran. Sumber: Nicole Grajewski

Minggu kedua peperangan menyaksikan operasi tidak lagi terhad kepada sasaran ketenteraan. Ini kerana Amerika Syarikat telah mula menyasarkan fasiliti awam seperti loji desalinasi air Iran di Pulau Qeshm dan Israel menyerang fasiliti minyak Iran.[21] Serangan ini telah menyebabkan Iran bertindak balas dengan mengebom loji pemprosesan minyak di Haifa. Operasi Epstein Fury oleh Amerika Syarikat ke atas Iran dilihat bukan sahaja membawa kerugian ekonomi yang besar kepada Amerika sendiri, ia juga dilihat berpotensi mengubah keseimbangan kuasa di Asia Barat di mana hegemoni Amerika Syarkat/Israel berpotensi untuk ditamatkan.

SERANGAN PASCA KEMUSNAHAN RADAR MUSUH

Selepas kemusnahan sistem radar pengesan Amerika Syarikat di seluruh negara Teluk, Iran dilihat lebih yakin untuk menyasarkan serangan mereka mengikut tempo serangan musuh. Ini boleh dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf di mana beliau menyatakan:

Let the enemy know that whatever they do, we will undoubtedly respond with a proportionate and immediate retaliation; no malice will go unanswered, and today we decree the rule of “an eye for an eye”; bluntly, without exception. If they initiate war on infrastructure, we will undoubtedly target their infrastructure.[22]

Sehingga 11 Mac 2026, Iran telah melancarkan 34 siri serangan dalam operasi pelancaran peluru berpandu yang dinamakan Operation True Promise-4. Serangan ini termasuklah penggunaan peluru berpandu hipersonik ke atas negara haram Israel.[23] Menurut Ghalibaf lagi, serangan peringkat awal Iran adalah untuk membutakan sistem radar dan pertahanan musuh. Apabila musuh telah buta, serangan boleh dilakukan dengan lebih efektif menggunakan peluru berpandu yang sedikit.[24] Pada 22 Mac 2026, Mejar Jeneral Seyed Majid Moosavi mengumumkan bahawa Iran sudah mencapai missile dominance ke atas ruang udara kawasan yang dijajah zionis.[25]

Keberkesanan serangan Iran pasca pembutaan radar Amerika/Israel bukan hanya retorik dari Ghalibaf atau Moosavi, hal ini dapat dilihat daripada serangan kualitatif dari Iran ke atas Israel. Selepas Israel menyerang fasiliti nuklear Iran di Natanz pada 21 Mac 2026, Iran terus menyerang balas hanya selepas beberapa jam ke atas Dimona. Dimona merupakan kawasan yang berdekatan dengan Negev Nuclear Research Center yang merupakan pengkalan program senjata nuklear Israel.[26] Serangan ini sangat signifikan kerana ia menunjukkan bahawa Iran mampu menyerang kawasan sensitif Israel tanpa sebarang halangan. Israel juga tidak dapat menafikan serangan ini kerana beberapa video yang tersebar menunjukkan peluru berpandu Iran berjaya menembusi sasaran (direct hit) tanpa adanya sistem alarm yang dapat mengesan dan memberi amaran kepada penduduk.[27] Selain Dimona, Iran juga menyasarkan Arad di mana Israel melaporkan 200 orang tercedera.[28]

STRATEGI KESELURUHAN IRAN

Berbeza dengan Perang 12-Hari di mana Iran bersetuju dengan genjatan senjata awal. Perang Ramadan menyaksikan Iran menolak genjatan senjata awal. Ini kerana Iran faham strategi penjajahan Israel. Israel akan memulakan peperangan, kemudian meluaskan jajahan dan memaksa negara yang diserang menerima genjatan senjata. Dalam masa genjatan senjata, mereka akan mengumpulkan semula kekuatan untuk memulakan perang baru dan meluaskan lagi jajahan. Strategi ini diulang-ulang hinggalah mereka berjaya menjadi hegemon, dan negara di sekeliling mereka berpecah menjadi failed state atau vassal state, sementara Israel mampu mendominasi kawasan serantau. Iran faham strategi ini, dan akan berperang hingga kitaran ini berjaya dipatahkan. Hal ini dapat difahami dari kenyataan Ghalibaf di mana beliau menulis:

Absolutely, we are not seeking a ceasefire; we believe we must strike the aggressor in the mouth so that it learns a lesson and never again even thinks of aggressing against our dear Iran. The Zionist regime sees its ignoble existence in perpetuating the cycle of “war-negotiation-ceasefire and then war again” in order to consolidate its domination. We will break this cycle.[29]

Menurut Sina Toossi, felo kanan bagi Center for International Policy, strategi serangan Iran dilihat berfokus kepada empat tumpuan. Pertama adalah membutakan musuh dengan memusnahkan radar. Kedua mematahkan jaringan logistik musuh dengan memusnahkan pesawat pengisi minyak, pelabuhan dan markas pelancaran. Ketiga melumpuhkan rangkaian komunikasi dengan memusnahkan infrastruktur telekomunikasi dan radome. Akhir sekali adalah menggunakan tekanan ekonomi dengan membuat sekatan terhadap perkapalan dan bekalan minyak.[30]

Strategi perang Iran juga disebut oleh ahli sains politik, Robert Malley sebagai “guerrilla warfare on a global scale”.[31] Melalui strategi ini, Iran bersedia menerima serangan-serangan besar-besaran Israel-Amerika dalam masa yang sama melancarkan serangan balas pada titik-titik kelemahan musuh mereka di seluruh dunia terutamanya di kawasan serantau.

AMERIKA SYARIKAT TIDAK MENGUASAI PERANG

Kegagalan Amerika Syarikat menguasai perang dapat dilihat dengan jelas hanya setelah beberapa hari Iran memulakan serangan balas. Hal ini diakui oleh Chris Murphy, seorang senator dari Connecticut, Amerika Syarikat. Dalam kenyataannya, beliau menulis bahawa Amerika Syarikat sudah tidak lagi mampu mengawal perang pada 14 Mac 2026.[32] Mereka tidak menjangka kebolehan Iran bertindak balas yang menyaksikan rantau Asia Barat seluruhnya bergolak.

Krisis utama yang dihadapi Amerika Syarikat adalah sekatan Iran ke atas Selat Hormuz yang menyaksikan harga minyak global naik mendadak menyebabkan berlakunya kemerosotan ekonomi dunia serta peningkatan harga makanan. Cubaan Amerika Syarikat untuk membuka semula selat ini tidak berjaya kerana Iran mempunyai ribuan dron, bot pengebom, dan juga periuk api yang bertebaran dan tidak mampu dimusnahkan. Amerika Syarikat juga dilihat masih berperang menggunakan cara konvensional lama, sedangkan Iran kini sudah berperang menggunakan strategi perang baharu iaitu apa yang disebut Murphy sebagai “drone war”. Kebergantungan Amerika Syarikat pada interceptor missiles yang mahal menyebabkan strategi perang ini mudah dikalahkan. Perang ini juga dilihat merebak dengan cepat, jika Amerika Syarikat menghantar tentera darat, kematian tentera mereka akan meningkat dengan berkali ganda lebih tinggi, maka tidak ada cara lain selain dari menarik diri dari terus mengalami kekalahan menurut Murphy.

Analisis Murphy ini dapat dibuktikan dari kenyataan Presiden Trump pada 14 Mac 2026 yang merayu agar negara-negara lain seperti China, Perancis, Jepun, Korea Selatan, dan Britain menghantar kapal perang mereka bagi membantu Amerika Syarikat membuka semula Selat Hormuz.[33] Kegagalan Amerika Syarikat juga dapat dilihat dari kemusnahan asset-assetnya. Selain pengkalan tenteranya yang musnah dan juga pesawat perang F-15 yang musnah di Kuwait, Amerika Syarikat juga kehilangan pesawat pengisi minyak KC-135 Stratotanker yang ditembak jatuh di Iraq. U.S. Central Command pada 13 Mac 2026 mengakui bahawa semua enam krew pesawat ini terkorban dalam nahas tersebut.[34] Selain itu, lima buah KC-135 lagi yang terletak di Pengkalan Udara Prince Sultan di Saudi Arabia dilaporkan rosak dibedil peluru berpandu Iran.[35]

Walaupun Amerika Syarikat tidak lagi mampu mengawal teater perang, menurut sarjana Robert A. Pape, Presiden Trump tidak dapat menghentikan perang ini. Pape menulis bahawa “War termination is multilateral, not presidential”. Sekali pun Trump mengarahkan serangan dihentikan, ini tidak akan menjamin Iran akan menghentikan serangan dan penguasaannya di Selat Hormuz.[36] Kelemahan Amerika Syarikat semakin terserlah apabila negara-negara yang merupakan sekutu tradisinya menolak permintaan Amerika Syarikat untuk menghantar kapal perang untuk membuka Selat Hormuz.[37] Menulis perihal kegagalan Amerika Syarikat menguasai perang, wartawan Amerika Syarikat, Max Blumenthal menulis:

Worse for Trump, he has found no means of opening the Strait of Hormuz, deepening his own personal Suez crisis. His strategic folly has forced 32 nations comprising the International Energy Agency to release their strategic oil reserves to stave off further ruin to the global economy.

Trump has pivoted from attacking the British government to pleading for Starmer to send ships to open the Strait. He’s also begging China for naval help. But China is extracting crucial benefits from the war: the US repositioned THAAD systems from South Korea to the Middle East, and Iran has announced that ships can transit the Strait provided they trade their oil in Chinese yuan. Russia is also making gains from the war Trump launched, such as the lifting of US oil sanctions, allowing it to draw revenue which it can invest back into the Ukraine war.[38]

Kegagalan Amerika Syarikat bukan sahaja boleh dilihat melalui kegagalannya membuka Selat Hormuz. Amerika Syarikat juga tidak dapat melindungi penduduk mereka di Asia Barat dan terpaksa mengeluarkan mereka dari Baghdad, Iraq dan juga Israel.[39]

Mitos bahawa Amerika Syarikat mempunyai air superiority semakin hilang apabila perang berlanjutan. Ini kerana semakin banyak jet Amerika/Israel berjaya ditembak jatuh. Pada 21 Mac 2026, sebuah jet F-16 berjaya ditembak jatuh.[40] Pada 22 Mac 2026, Iran mengumumkan mereka berjaya menembak jatuh pesawat F-15 di Pulau Hormuz.[41] Pengumuman ini turut disertakan dengan visual tembakan.[42] Namun perkembangan yang paling signifikan adalah keupayaan Iran untuk menembak jet F-35 yang merupakan jet paling canggih milik Amerika Syarikat.

Visual pesawat F-35 Amerika Syarikat berjaya ditembak Iran. Sumber: Zhao DaShuai

Perkembangan ini telah menggegarkan dunia kerana buat pertama kalinya, F-35 tidak lagi kebal, ia mampu dikesan dan ditembak. Menurut jurucakap tentera Amerika Syarikat, Tim Hawkins, jet F-35 yang ditembak itu terpaksa mempuat pendaratan cemas.[43]

Keberkesanan peluru berpandu Iran ke atas pengkalan Amerika Syarikat boleh dilihat dengan jelas dari imej kemusnahan yang diterbitkan. Misalnya Dropsite News melaporkan pada 29 Mac 2026 bahawa serangan Iran ke atas Pangkalan Udara Prince Sultan, Arab Saudi telah memusnahkan sebuah pesawat Amerika Syarikat yang kos penggantiannya melebihi USD 1 bilion dan berkemungkinan turut memusnahkan tiga pesawat Stratotanker yang masing-masing bernilai USD 80 juta.

Imej kemusnahan ini menunjukkan sebuah Boeing E-3 Sentry musnah di pangkalan tersebut di Arab Saudi, dengan badan pesawat terkoyak dan hangus terbakar, kerosakan yang berkemungkinan menunjukkan kehancuran menyeluruh (total loss).

Visual kemusnahan pesawat Boeing E-3 Sentry di Pengkalan Udara Prince Sultan, Arab Saudi pada 29 Mac 2026. Sumber Drop Site News.

E-3 ialah pesawat AWACS (Airborne Warning and Control System), sebuah pesawat yang berfungsi sebagai radar dan pusat arahan udara bagi menjejak ancaman serta mengarahkan operasi udara Amerika Syarikat. Amerika Syarikat hanya mempunyai baki kira-kira 16 buah pesawat ini, menjadikan setiap kehilangan amat kritikal. Armada E-3 selepas serangan berada dalam keadaan tertekan, dengan hanya sekitar separuh pesawat yang tersedia untuk misi pada satu-satu masa, menurut Air & Space Forces Magazine. Menggantikan keupayaan ini akan menelan kos melebihi USD 1 bilion bagi setiap pesawat.

Visual kemusnahan pesawat Boeing E-3 Sentry di Pengkalan Udara Prince Sultan, Arab Saudi pada 29 Mac 2026. Sumber Drop Site News.

Serangan juga menyasarkan aset pengisian bahan api. Dilaporkan sebanyak enam buah pesawat KC-135 Stratotanker dilaporkan berada di pangkalan tersebut, dengan dakwaan bahawa tiga telah musnah dan selebihnya rosak. Tanpa pesawat AWACS, Amerika Syarikat berdepan risiko keupayaan penjejakan (tracking) yang merosot, kitaran sasaran (targeting cycles) yang lebih perlahan, serta koordinasi yang lebih lemah di medan pertempuran.[44]

Dengan kemusnahan besar-besaran asset tentera milik Amerika Syarikat, presiden Donald Trump kemudian dilihat cuba mencari jalan keluar yang tidak memalukan. Namun dalam usaha menganalisis strategi perang Amerika Syarikat, kenyataan presidennya Donald Trump hendaklah dilihat sebagai helah untuk memperdayakan musuh, bukan sebagai arah tuju operasi yang muktamad. Perkara ini dilihat dengan jelas dan difahami oleh media Israel sendiri. Misalnya laporan The Times of Israel pada 01 April 2026 menyatakan bahawa:

US president says war ‘coming to an end’ even as he keeps amassing troops for potential invasion…[45]

Hal ini konsisten dengan strategi Amerika Syarikat sebelum ini di mana mereka berpura-pura mengadakan rundingan kemudian menyerang Iran semasa rundingan dijalankan. Kenyataan Presiden Trump Adalah sebahagian dari helah tenteranya untuk memastikan pihak musuh tidak bersedia apabila diserang. Iran memahami perkara ini dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyertai mana-mana rundingan dengan Amerika Syarikat.

Menurut laporan The Intercept, Amerika Syarikat menyembunyikan korban tenteranya di medan perang.[46] Siasatan mereka pada awal April 2026 mendapati seramai 750 askar Amerika Syarikat terbunuh sejak Oktober 2023 namun hal ini tidak diakui oleh Amerika. Angka yang dikeluarkan oleh pusat kawalan perang Amerika Syarikat, Centcom adalah angka lama dan tidak memaparkan situasi semasa. Serangan balas Iran juga telah menyebabkan Amerika Syarikat terpaksa mengosongkan pengkalan-pengkalan mereka di negara-negara Teluk dan memindahkan askar mereka ke hotel dan pejabat.

KEMUSNAHAN MITOS AIR SUPERIORITY DAN AIR DOMINANCE

Amerika Syarikat sering mengulang-ulang dalam kenyataan dan propaganda rasmi mereka bahawa mereka menguasai ruang udara Iran (terma yang selalu digunakan adalah air superiority dan air dominance). Namun kenyataan ini hanyalah propaganda kerana ia tidak diterjemahkan di medan perang. Pesawat-pesawat Amerika Syarikat terus ditembak jatuh sepanjang perang berlangsung. Antara kejayaan Iran yang signifikan adalah apabila mereka berjaya menembak jatuh pesawat perang F-15E pada 3 April 2026. Situasi ini telah menyebabkan Amerika Syarikat panik dan memulakan operasi menyelamat bagi mendapatkan semua dua orang pemandu pesawat mereka.

Visual penyasaran A-10 Warthog oleh Iran pada 4 April 2026. Sumber: Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB)

Selain dari pesawat ini, Dropsite News melaporkan pada 4 April 2026, Iran juga berjaya menembak dua helikopter HH-60W Jolly Green II. Sebuah pesawat A-10 Warthog juga berjaya ditembak dan terhempas di Teluk Parsi. Beberapa pesawat lain yang ditembak dan terpaksa melakukan pendaratan cemas termasuklah sebuah A-10, sebuah pesawat tempur F-16, dan sebuah pesawat pengisi minyak KC-135 Stratotanker.[47] Semua ini menunjukkan bahawa dakwaan Amerika Syarikat bahawa mereka mempunyai air superiority dan air dominance di Iran adalah sebuah mitos palsu.

Visual awal pada 03 April 2026 memaparkan serpihan pesawat F-15 yang berjaya ditembak jatuh oleh Iran. Serpihan ini menunjukkan logo ‘Lakenheath’ dengan slogan “U.S. Air Forces in Europe” pada logo bersamanya. Sumber: Patarames

Amerika Syarikat kemudiannya berjaya menyelamatkan dua orang pemandu pesawat F-15E yang ditembak jatuh pada 3 April 2026. Namun operasi ini menyebabkan Amerika Syarikat kehilangan lebih banyak pesawat. Dalam operasi tersebut dua pesawat C-130 Hercules dan sebuah helikopter MH-6 Little Bird berjaya ditembak jatuh dan dimusnahkan oleh Iran.

Imej kemusnahan pesawat C-130 dan helicopter MH-6 di Iran pada 5 April 2026. Sumber: Dropsite News

Semua kemusnahan ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat tidak menguasai ruang udara Iran. Bukan itu sahaja, Iran juga mengekalkan keupayaannya membedil Israel dengan peluru berpandu balistik. Pada 02 April 2026, Iran berjaya memusnahkan kilang dron Israel milik Aero Sol Aviation di Petah Tikva. Kilang ini membekalkan dron untuk tentera Israel. Menurut pemilik kilang tersebut, kemusnahan yang berlaku adalah total loss di mana kilang tersebut tidak dapat meneruskan operasi.[48] Iran juga berjaya memusnahkan kilang kimia di Ne’ot Hovav di Negev.[49]

GENJATAN SENJATA DAN PENGUMUMAN KEKALAHAN AMERIKA SYARIKAT

Pada 06 Mei 2026, akhirnya Amerika Syarikat melalui setiausahanya, Marco Rubio mengumumkan bahawa Operasi Epstein Fury telah tamat walaupun Amerika Syarikat tidak mencapai objektif asal mereka.[50] Dalam kata lain, Amerika Syarikat tewas dalam perang kali ini dan Iran kekal berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat. Iran juga masih mengekalkan kebolehannya untuk memperkaya uranium dan masih menyimpan stok uranium yang sudah diperkaya.

Sementara itu, usaha Amerika Syarikat untuk membuka semula Selat Hormuz yang dikawal oleh Iran juga menemui kegagalan. Hal ini menyebabkan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terpaksa membuat pengumuman yang memalukan bahawa Operasi Project Freedom bagi membolehkan kapal-kapal dagang melintasi Selat Hormuz terpaksa dihentikan.[51] Ini bermakna, kapal-kapal yang ingin melalui selat ini perlu mengkoordinasi pergerakan mereka dengan Iran yang mempunyai kawalan ke atas mereka.

Bekas komander tentera Iran, Mohsen Rezaee menyatakan bahawa jika Amerika Syarikat meneruskan peperangan, Nasib mereka tidak akan serupa dengan perang di Normandy atau Sicily, sebaliknya mereka akan mengulangi situasi di Tabas di mana pada tahun 1980, Amerika Syarikat cuba menyelamatkan tawanan mereka di Tehran dalam operasi yang digelar Eagle Claw. Operasi ini menemui kegagalan yang memalukan apabila tentera Amerika Syarikat mengalami kerosakan mekanikal dan pesawat mereka bertembung di udara menyebabkan kematian lapan tentera Amerika Syarikat.

KEJAYAAN STRATERI PERANG ASIMETRI IRAN

Dari analisis ini kita dapat melihat bagaimana Iran sebagai sebuah kuasa pertengahan dalam arena geopolitik dunia berjaya mengalahkan sebuah global superpower. Iran tidak bergantung kepada kekuatan tentera dan strategi konvensional, sebaliknya menggunakan strategi perang asimetri. Strategi ini bukanlah strategi yang baharu, tetapi pernah dibentangkan oleh komander Iran, Hossein Salami di universiti ketenteraan Iran pada tahun 1990-an. Hossein Salami menyatakan:

Kita tidak menyatakan bahawa kita boleh menang seratus peratus, tetapi kita menyatakan bahawa perang perlu diperluaskan lapangannya supaya kita boleh melaksanakan strategi perang asimetri. Jika musuh hanya menggunakan serangan udara, keupayaan tentera yang berlawan dengan Amerika Syarikat di rantau ini sangat terhad dalam menangkis serangan ini. Tetapi jika perang diperluaskan dari udara ke darat dan laut, peluang untuk memenangi perang akan wujud. Ini memerlukan strategi di mana kita mengalihkan peperangan dengan Amerika Syarikat ke lapangan yang kita kuasai dan di lapangan di mana Amerika Syarikat mempunyai kelemahan. Peluang untuk menang dalam situasi ini sama seperti di Vietnam. Kelebihan perang asimetri adalah sifat efisien dan efektif di mana sistem persenjataan moden mereka berjaya dilumpuhkan dan tidak berkesan. Sebagai contoh, jika Amerika Syarikat menggunakan kapal perang besar di Teluk Parsi yang dibina untuk menyerang kapal besar yang sama milik Soviet. Kapal ini akan kehilangan kelebihan efisien dan efektifnya apabila berdepan dengan boat-bot laju yang kecil. Di sini kita melihat strategi asimetri dapat melumpuhkan strategi simetri. Kelebihan strategi asimetri lain adalah dari sudut ekonomi, dengan memanjangkan perang dan menghakis kelebihan musuh. Kuasa besar seperti Amerika Syarikat akan cuba memendekkan tempoh operasi kerana perang jarak jauh memakan kos yang sangat tinggi. Juga jumlah kecederaan dan kematian akan meningkat tinggi dan kos kemanusiaan ini tidak dapat mereka tanggung. Hal ini akan mewujudkan krisis domestik di Amerika Syarikat di mana tekanan dalaman akan mengubah presiden sedia ada.[52]

Strategi perang asimetri Iran turut merangkumi doktrin perang yang dipanggil Mosaic Doctrine di mana struktur pemerintahan tentera tidak dipusatkan. Sebaliknya sistem pemerintahan dipecahkan kepada 31 sistem pemerintahan ketenteraan yang lebih kecil dan tidak bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, sebarang usaha untuk mencantas lapisan komander tidak dapat dilakukan dengan mudah. Selain itu, pasukan tentera juga dipecahkan dan tidak hanya tertumpu kepada satu pasukan tentera nasional. Sebaliknya mempunyai pelbagai cabang seperti IRGC, Basij, dan Artesh.[53] Susunan kompleks ini diwujudkan bagi menyukarkan proses melumpuhkan hiraki tentera Iran.

KESIMPULAN

Melalui penulisan ini dapatlah kita fahami bahawa strategi perang Iran melalui strategi asimetri dan dokrin Mosaic berjaya mengalahkan strategi peperangan simetri Amerika Syarikat dan Israel yang masih menggunakan pendekatan perang konvensional. Strategi Iran ini berjaya melumpuhkan pertahanan Amerika Syarikat dan Israel di mana sistem pertahanan mereka termasuk radar canggih berjaya dibutakan. Perang ini juga menyaksikan Amerika Syarikat dan Israel tidak lagi memonopoli lapangan udara dan angkasa. Perang ini berjaya membuktikan bahawa apabila Amerika Syarikat tidak lagi memonopoli imej-imej satelit, pergerakan ketenteraan mereka mudah dibaca dan dipatahkan. Kehadiran kuasa besar lain seperti China juga telah memberi kelebihan kepada Iran untuk mendapatkan perkhidmatan data satelit alternatif melalui sistem BeiDou-3 (BDS-3). Dengan wujudnya space intelligence alternatif ini, Iran dapat membedil markas-markas tentera Amerika Syarikat di negara-negara Arab/Teluk dengan tepat dan berkesan. Hasilnya, markas-markas Amerika Syarikat/Israel di negara-negara Arab/Teluk ini bukan lagi menjadi satu bentuk pertahanan, sebaliknya merupakan liabiliti bagi negara serantau. Dengan wujudnya penguasaan alternatif dalam sistem imej satelit, markas-markas ini dengan mudah dapat dimusnahkan. Kajian ini mendapati serangan peluru berpandu Iran ke atas negara-negara Arab/Teluk sememangnya berkesan, hal ini dapat dilihat dari imej-imej kemusnahan hasil data-data satelit yang telah dianalisis. Perang ini membuktikan bahawa strategi perang asimetri dapat mengalahkan kuasa besar yang melancarkan perang dengan cara konvensional. Iran juga membuktikan bahawa kuasa pertengahan serantau sebenarnya mampu menewaskan kuasa imperialis Amerika Syarikat/Israel apabila perancangan yang teliti dan berkesan dilaksanakan. Iran telah muncul sebagai kuasa besar baharu dan telah membuktikan keupayaan pertahanan mereka.

BIBLIOGRAFI

AFP News Agency. 2026. X. 16 Mac. https://x.com/AFP/status/2033364942250725858.

Al Jazeera English. 2026. X. 10 Mac. https://x.com/AJEnglish/status/2031385432718475508.

Al Jazeera. 2026. X. 16 Mac. https://x.com/AJENews/status/2033392890194370723.

Al Mayadeen English. 2026. “Planet Labs expands restrictions on West Asia satellite imagery.” 11 Mac.

Aljazeera. 2026. X. 15 Mac. https://x.com/AJENews/status/2032870695185563703.

Bailey, Joanna. 2026. “Five US Air Force KC-135 tankers hit and damaged in Iran strike on Saudi air base.” Aerospace Global News, 14 Mac.

Baroud, Ramzy, and Romana Rubeo. 2026. “Iran “gone wild” in Dimona: Is Tehran using Israel-US ‘Madman Doctrine’?” Middle East Monitor, 22 Mac.

Blumenthal, Max. 2026. X. 10 Mac. https://x.com/MaxBlumenthal/status/2031363991423885712.

—. 2026. X. 16 Mac. https://x.com/MaxBlumenthal/status/2033216806823821653.

Britzky, Haley , and Oren Liebermann. 2026. “US F-35 damaged by suspected Iranian fire makes emergency landing, sources say.” CNN, 20 Mac.

Capaccio, Tony , and Gerry Dyle. 2026. “Iran Hits Key US Radar, Deepening Gulf Missile Defense Woes.” Bloomberg, 7 Mac.

Carvalho, Andre , and Joao Rego. 2026. “Mosaic Defense and Dispersed Command: Iran Strikes Back.” Small Wars Journal, 21 Mei .

Dropsite News. 2026. X. 29 Mac. https://x.com/DropSiteNews/status/2038083000395534658.

—. 2026. X. 4 April. https://x.com/DropSiteNews/status/2040160825890213943.

—. 2026. X. 5 April. https://x.com/DropSiteNews/status/2040757143985344568.

Fabian, Emanuel , Diana Bletter, and Sam Sokol. 2026. “Almost 200 injured, 11 seriously, in Iranian missile strikes on southern cities of Arad, Dimona.” The Times of Israel, 23 Mac.

Fabian, Emanuel. n.d. https://x.com/manniefabian/status/2035408207082881243.

Fedasiuk, Ryan. 2026. X. 06 April. https://x.com/RyanFedasiuk/status/2041137824913670251.

Galloway, George. 2026. X. 15 Mac. https://x.com/georgegalloway/status/2033042172618969212.

Gao, Victor, interview by Sharmine Narwani. 2026. The Cradle and Thinkers Forum: Victor Gao: “You DARE to invade Iran. Be prepared for the CONSEQUENCES” (18 Mac).

Ghalibaf, Mohammad Bagher. 2026. X. 10 Mac. https://x.com/mb_ghalibaf/status/2031379855451869353.

—. 2026. X. 11 Mac. https://x.com/mb_ghalibaf/status/2031756618128396457.

—. 2026. X. 10 Mac. https://x.com/mb_ghalibaf/status/2031277205540544892.

Helmy, Nadia. 2026. “How Iran Gained the Ability to Track Stealth Aircraft: China Deal and the YLC-8B system.” Modern Diplomacy, 10 Februari.

Iran International. 2026. “US hit desalination plant on Qeshm Island, Iran FM says.” 7 Mac.

Iranian Armed Forces Comm. 2026. X. 16 Mac. https://x.com/ArmedForcesIR09/status/2033341418501022187.

Magid, Jacob , and Lazar Berman. 2026. “Trump doubts Iran can reach buried uranium; Netanyahu: Nuke production abilities ‘smashed’.” The Times of Israel, 1 April.

Magid, Jacob. 2026. “Rubio says Iran offensive ‘has concluded,’ insists US accomplished its operational aims.” Times of Israel, 6 Mei.

Malley, Robert. 2026. X. 14 Mac. https://x.com/Rob_Malley/status/2032749833531044022.

Marins, Patricia. 2026. X. 2 Mac. https://x.com/pati_marins64/status/2028404540370764186.

Mizrahi, Alon. 2026. X. 15 Mac. https://x.com/alon_mizrahi/status/2032881624774488240.

Montagu-Smith, Nina. 2026. “Could Iran be using China’s highly accurate BeiDou navigation system?” Aljazeera, 11 Mac.

Moosavi, Seyed Majid. 2026. X. 22 Mac. https://x.com/smajid_moosavi/status/2035412828631302326.

Muhammad Muaz bin Malik. 2025. “Liberalisme Dan Campur Tangan Amerika Syarikat Antara Abad Ke-18 Hingga Abad Ke-20.” In Inspiring The Pursuit of Postgraduate Excellence Through Inclusive Research, by Phayilah Yama, Sahlawati Abu Bakar and Noor Raudhiah Abu Bakar, 518-564. Universiti Islam Selangor: Penerbit PPS.

Murphy, Chris. 2026. X. 14 Mac. https://x.com/ChrisMurphyCT/status/2032803960239595562.

Pape, Robert A. 2026. X. 21 Februari. https://x.com/ProfessorPape/status/2025214568050446627.

—. 2026. X. 14 Mac. https://x.com/ProfessorPape/status/2032803663136116900.

Press TV. 2026. “195 students, teachers killed in US-Israeli strikes, 68 schools seriously damaged.” 7 Mac.

—. 2026. “Over a dozen US Reaper drones valued at $330 million destroyed by Iran: Report.” 18 Mac .

Seyed Mohammad Marandi. 2026. X. 3 Mei. https://x.com/s_m_marandi/status/2050704105442550223.

Shahaf, Tal. 2026. “‘Total loss’: Drone factory in Petah Tikva hit by Iranian missile.” Ynet News, 5 April.

Sio, Mohammad. 2026. “Israel hits oil storage tanks in Tehran: Israeli media.” Anodolu Ajansi, 7 Mac.

Syed Ahmad Fathi. 2025. “Analisis Berakhirnya Perang 12 Hari Israel-Amerika Syarikat dan Iran.” Substack. 26 Jun . https://syedahmadfathi.substack.com/p/analisis-berakhirnya-perang-12-hari .

—. 2024. Resistance Sudah Berbunga. Sungai Petani: Tochka Press.

Tasnim News Agency. 2026. “Iranian Air Defenses Hit Intruding F-15 Fighter Jet.” 22 Mac.

Times of Israel. 2026. “Claiming ‘great progress’ in Iran talks, Trump says US pausing naval escorts in Hormuz.” 6 Mei.

Toossi, Sina. 2026. X. 14 Mac. https://x.com/SinaToossi/status/2032813323301896268.

Turse, Nick. 2026. ““Casualty Cover-Up”: The Pentagon Is Hiding U.S. Losses Under Trump in the Middle East.” The Intercept, 01 April.

U.S. Central Command. 2026. Three U.S. F-15s Involved in Friendly Fire Incident in Kuwait; Pilots Safe. 2 Mac. https://www.centcom.mil/MEDIA/PRESS-RELEASES/Press-Release-View/Article/4418568/three-us-f-15s-involved-in-friendly-fire-incident-in-kuwait-pilots-safe/.

—. 2026. X. 13 Mac. https://x.com/CENTCOM/status/2032460946770202725.

White House. 2026. X. 14 Mac. https://x.com/WhiteHouse/status/2032821840633077851 .

Zwartz, Henry. 2026. “Chinese AI satellite intelligence helping Iran target US forces with ‘incredible precision’, analysts say.” ABC News, 6 April.


[1] Nama Operation Epstein Fury ini merupakan nama yang dipopularkan oleh wartawan Amerika Syarikat Max Blumenthal. Nama ini popular di kalangan rakyat Amerika Syarikat kerana ia mengaitkan Presiden Donald Trump dengan skandal seksual pedofilia Jeffrey Epstein. Menurut laporan akhbar The Washington Post, nama Operation Epstein Fury disebut sebanyak 90,000 kali di platform X. Nama ini lebih terkenal berbanding nama rasmi perang ini iaitu Operation Epic Fury. Lihat kenyataan Max Blumenthal pada 10 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/MaxBlumenthal/status/2031363991423885712

[2] Serangan untuk menukar kerajaan di negara lain sering disebut sebagai “regime-change war” di mana Amerika Syarikat menyerang sesebuah negara untuk menukar kerajaannya kepada kerajaan yang lebih patuh kepadanya. Ini boleh dilihat dari serangan ke atas Muammar Gaddafi di Libya dan Saddam Husin di Iraq.

[3] Kenyataan Robert A. Pape pada 21 Februari 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/ProfessorPape/status/2025214568050446627

[4] Press TV, ‘195 students, teachers killed in US-Israeli strikes, 68 schools seriously damaged’, 07 Mac 2026. Pautan: https://www.presstv.ir/Detail/2026/03/07/765074/195-students-teachers-killed-in-US-Israeli-strikes-68-schools-seriously-damaged

[5] Kenyataan George Galloway pada 15 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/georgegalloway/status/2033042172618969212

[6] Perbahasan perihal kematangan perjuangan penentangan ini saya telah bahaskan di dalam buku Resistance Sudah Berbunga (Sungai Petani: Tochka Press, 2024).

[7] Kenyataan Iranian Armed Forces Comm pada 16 Mac 2026, pautan: https://x.com/ArmedForcesIR09/status/2033341418501022187

[8] Lihat analisis yang diterbitkan oleh Patricia Marins di X pada 2 Mac 2026, pautan: https://x.com/pati_marins64/status/2028404540370764186

[9] U.S. Central Command, ‘Three U.S. F-15s Involved in Friendly Fire Incident in Kuwait; Pilots Safe’, 02 Mac 2026. Pautan kenyataan media: https://www.centcom.mil/MEDIA/PRESS-RELEASES/Press-Release-View/Article/4418568/three-us-f-15s-involved-in-friendly-fire-incident-in-kuwait-pilots-safe/

[10] https://english.almayadeen.net/news/politics/planet-labs-expands-restrictions-on-west-asia-satellite-imag

[11] Nina Montagu-Smith, ‘Could Iran be using China’s highly accurate BeiDou navigation system?’, Aljazeera, 11 Mac 2026. Pautan: https://www.aljazeera.com/features/2026/3/11/could-iran-be-using-chinas-highly-accurate-beidou-navigation-system

[12] Nina Montagu-Smith, ‘Could Iran be using China’s highly accurate BeiDou navigation system?’.

[13] Nadia Helmy, ‘How Iran Gained the Ability to Track Stealth Aircraft: China Deal and the YLC-8B system’, Modern Diplomacy, 10 Februari 2026, pautan: https://moderndiplomacy.eu/2026/02/10/how-iran-gained-the-ability-to-track-stealth-aircraft-china-deal-and-the-ylc-8b-system/

[14] Temubual Victor Gao bersama Sharmine Narwani terbitan The Cradle dan Thinkers Forum pada 18 Mac 2026. Video bertajuk ‘Victor Gao: “You DARE to invade Iran. Be prepared for the CONSEQUENCES.” | Ep. 15’, pautan: https://www.youtube.com/watch?v=gexeyFBsrQg

[15] Kenyataan Ryan Fedasiuk di X pada 06 April 2026, pautan: https://x.com/RyanFedasiuk/status/2041137824913670251

[16] Henry Zwartz, “Chinese AI satellite intelligence helping Iran target US forces with ‘incredible precision’, analysts say”, ABC News, 06 April 2026, pautan https://www.abc.net.au/news/2026-04-06/chinese-satellite-intelligence-helping-iran-target-us-forces/106535420

[17] Press TV, ‘Over a dozen US Reaper drones valued at $330 million destroyed by Iran: Report’, 18 Mac 2026. Pautan: https://www.presstv.ir/Detail/2026/03/18/765530/over-dozen-us-reaper-drones-destroyed-war-against-iran-multimillion-dollar-blow

[18] Tony Capaccio dan Gerry Dyle, ‘Iran Hits Key US Radar, Deepening Gulf Missile Defense Woes’, Bloomberg, 7 Mac 2026, pautan: https://www.bloomberg.com/news/articles/2026-03-06/iran-hits-key-us-radar-deepening-gulf-missile-defense-woes?taid=69ab4df9155caf0001a25031&utm_campaign=trueanthem&utm_content=business&utm_medium=social&utm_source=twitter&embedded-checkout=true

[19] Muhammad Muaz bin Malik, ‘Liberalisme Dan Campur Tangan Amerika Syarikat Antara Abad Ke-18 Hingga Abad Ke-20’ di dalam Inspiring The Pursuit Of Postgraduate Excellence Through Inclusive Research oleh Phayilah Yama, Sahlawati Abu Bakar, dan Noor Raudhiah Abu Bakar (Penerbit PPS: Universiti Islam Selangor, 2025)., hlm. 551-552.

[20] Untuk memahami peristiwa Perang 12-Hari, lihat Syed Ahmad Fathi, ‘Analisis Berakhirnya Perang 12 Hari Israel-Amerika Syarikat dan Iran’, Analisis Perang, 26 Jun 2025, pautan: https://syedahmadfathi.substack.com/p/analisis-berakhirnya-perang-12-hari

[21] Lihat laporan Iran International, ‘US hit desalination plant on Qeshm Island, Iran FM says’ pada 07 Mac 2026, pautan: https://www.iranintl.com/en/202603072697 Laporan serangan Israel ke atas fasiliti minyak Iran dilaporkan oleh Mohammad Sio, ‘Israel hits oil storage tanks in Tehran: Israeli media’, Anodolu Ajansi, 7 Mac 2026, pautan: https://www.aa.com.tr/en/middle-east/israel-hits-oil-storage-tanks-in-tehran-israeli-media/3854490#

[22] Kenyataan Mohammad Bagher Ghalibaf pada 10 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/mb_ghalibaf/status/2031379855451869353

[23] Laporan Al Jazeera English pada 10 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/AJEnglish/status/2031385432718475508

[24] Mohammad Bagher Ghalibaf menulis “US claims that has destroyed Iran’s missile capabilities. The initial waves of large-scale missile launches were intended to blind enemy radars and defense systems. Now, Iran can target any location it chooses with fewer missiles. Today, the “Iron Dome” appears to be an irony.” Lihat kenyataan di X pada 11 Mac 2026. Pautan: https://x.com/mb_ghalibaf/status/2031756618128396457

[25] Seyed Majid Moosavi menulis “From this moment, I declare the missile dominance of Iran’s sons over the skies of the occupied territories. The new tactics and launch systems employed in the upcoming waves will leave the American-Zionist commanders dumbfounded. Tonight, the skies over the south of the occupied territories will remain illuminated for hours.” Pautan: https://x.com/smajid_moosavi/status/2035412828631302326

[26] Ramzy Baroud dan Romana Rubeo, ‘Iran “gone wild” in Dimona: Is Tehran using Israel-US ‘Madman Doctrine’?’ Middle East Monitor, 22 Mac 2026. Pautan: https://www.middleeastmonitor.com/20260322-iran-gone-wild-in-dimona-is-tehran-using-israel-us-madman-doctrine/

[27] Lihat video yang diterbitkan oleh wartawan Israel, Emanuel Fabian: https://x.com/manniefabian/status/2035408207082881243

[28] Emanuel Fabian, Diana Bletter, Sam Sokol, ‘Almost 200 injured, 11 seriously, in Iranian missile strikes on southern cities of Arad, Dimona’, The Times of Israel, 23 Mac 2026. Pautan: https://www.timesofisrael.com/over-100-injured-11-seriously-in-iranian-missile-strikes-on-southern-cities-of-arad-dimona/?utm_source=article_hpsidebar&utm_medium=desktop_site&utm_campaign=liveblog-march-22-2026

[29] Kenyataan Mohammad Bagher Ghalibaf pada 10 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/mb_ghalibaf/status/2031277205540544892

[30] Kenyataan Sina Toossi pada 14 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/SinaToossi/status/2032813323301896268

[31] Lihat kenyataan Robert Malley pada 14 Mac 2026 di platform X. Malley merupakan ketua negosiasi perjanjian nuklear dengan Iran pada 2015 yang dikenali sebagai Joint Comprehensive Plan of Action. Pautan: https://x.com/Rob_Malley/status/2032749833531044022

[32] Kenyataan Chris Murphy pada 14 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/ChrisMurphyCT/status/2032803960239595562

[33] Hantaran White House pada 14 Mac 2026 yang menyiarkan kenyataan Donald Trump dari Truth Social di platform X. Pautan: https://x.com/WhiteHouse/status/2032821840633077851

[34] Kenyataan U.S. Central Command pada 13 Mac 2026 di platform X. Pautan:

https://x.com/CENTCOM/status/2032460946770202725

[35] Joanna Bailey, ‘Five US Air Force KC-135 tankers hit and damaged in Iran strike on Saudi air base’, Aerospace Global News, 14 Mac 2026. Pautan: https://aerospaceglobalnews.com/news/us-air-force-kc-135-tanker-damaged-saudi/

[36] Kenyataan Robert A. Pape pada 14 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/ProfessorPape/status/2032803663136116900

[37] Antara negara yang menolak secara terbuka permintaan Amerika Syarikat adalah Australia. Rujuk laporan Al Jazeera pada 16 Mac 2026. Pautan: https://x.com/AJENews/status/2033392890194370723 Jepun juga menolak secara terbuka untuk menghantar kapal perang, rujuk laporan AFP News Agency, 16 Mac 2026. Pautan: https://x.com/AFP/status/2033364942250725858

[38] Lihat kenyataan Max Blumenthal pada 16 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/MaxBlumenthal/status/2033216806823821653

[39] Aktivis Alon Mizrahi menulis “The US is also evacuating American citizens from Israel. Some people don’t get it yet, but the story of a US-dominated West Asia is over, and Iran accomplished that in one week of direct war”. Kenyataan Alon Mizrahi pada 15 Mac 2026 di platform X. Pautan: https://x.com/alon_mizrahi/status/2032881624774488240 Gesaan rakyat meninggalkan Baghdad melalui laporan Aljazeera “BREAKING: US embassy in Baghdad says US citizens ‘should leave Iraq now’”, lihat Aljazeera, 15 Mac 2026, pautan: https://x.com/AJENews/status/2032870695185563703

[40] https://www.tasnimnews.ir/en/news/2026/03/21/3546288/iran-hits-israeli-f-16-fighter-jet

[41] Tasnim News Agency, ‘Iranian Air Defenses Hit Intruding F-15 Fighter Jet’, 22 Mac 2026, pautan: https://www.tasnimnews.ir/en/news/2026/03/22/3546776/iranian-air-defenses-hit-intruding-f-15-fighter-jet

[42] Visual di pautan: https://x.com/s_m_marandi/status/2035666390925906226

[43] Haley Britzky dan Oren Liebermann, ‘US F-35 damaged by suspected Iranian fire makes emergency landing, sources say’, CNN, 20 Mac 2026. Pautan: https://edition.cnn.com/2026/03/19/politics/f-35-damage-iran-war

[44] Laporan Dropsite News di platform X pada 29 Mac 2026. Pautan: https://x.com/DropSiteNews/status/2038083000395534658

[45] Jacob Magid dan Lazar Berman, “Trump doubts Iran can reach buried uranium; Netanyahu: Nuke production abilities ‘smashed’”, The Times of Israel, 01 April 2026, pautan: https://www.timesofisrael.com/trump-doubts-iran-can-reach-buried-uranium-netanyahu-nuke-production-abilities-smashed/

[46] Nick Turse, ““Casualty Cover-Up”: The Pentagon Is Hiding U.S. Losses Under Trump in the Middle East”, The Intercept, 01 April 2026. Pautan: https://theintercept.com/2026/04/01/iran-war-us-casualty-numbers-trump-hegseth/

[47] Laporan Dropsite News di X pada 04 April 2026, pautan: https://x.com/DropSiteNews/status/2040160825890213943

[48] Tal Shahaf, “’Total loss’: Drone factory in Petah Tikva hit by Iranian missile”, Ynet News, 5 April 2026. Pautan: https://www.ynetnews.com/business/article/byrlihj2bl

[49] Laporan Dropsite News di X pada 5 April 2026, pautan: https://x.com/DropSiteNews/status/2040757143985344568

[50] Jacob Magid. “Rubio says Iran offensive ‘has concluded,’ insists US accomplished its operational aims” Times of Israel, 6 Mei 2026. Pautan: https://www.timesofisrael.com/liveblog_entry/rubio-says-iran-war-has-concluded-insists-us-accomplished-its-operational-aims/

[51] Times of Israel. “Claiming ‘great progress’ in Iran talks, Trump says US pausing naval escorts in Hormuz”, 6 Mei 2026. Pautan: https://www.timesofisrael.com/liveblog-may-06-2026/?utm_source=article_hpsidebar&utm_medium=desktop_site&utm_campaign=liveblog_entry

[52] Hossein Salami syahid dalam serangan Israel pada 13 Jun 2025 di dalam Perang 12 Hari. Video syarahan Hossein Salami di IRGC University of Command and Staff pada zaman mudanya  diterbitkan oleh Seyed Mohammad Marandi pada 03 Mei 2026. Pautan video: https://x.com/s_m_marandi/status/2050704105442550223

[53] Andre Carvalho dan Joao Rego. ‘Mosaic Defense and Dispersed Command: Iran Strikes Back’. Small Wars Journal, 21 Mei 2026.

STRATEGI-PERANG-IRAN-DAN-KEBERKESANAN-SERANGAN-PELURU-BERPANDUNYA-KE-ATAS-PENGKALAN-TENTERA-AMERIKA-SYARIKAT-DI-NEGARADownload
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Rencana Tagged With: amerika syarikat, Iran, israel, operation epstein fury

Pelajaran Utama Dari Perang Amerika/Israel-Iran

April 12, 2026 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Bagi saya, pelajaran utama dari perang Iran adalah negara yang bergantung kepada Amerika Syarikat bagi melindungi keselamatan negara mereka telah melakukan kesilapan besar dan merupakan langkah tidak strategik yang paling berbahaya.


Jika mereka belajar dari sejarah, mereka tidak akan membuat kesilapan ini. Amerika Syarikat hanya akan melindungi kepentingannya. Ini sangat jelas dalam sejarah. Apabila tidak lagi menguntungkan, Amerika Syarikat meninggalkan Vietnam Selatan dan berundur, membiarkan sekutunya dikalahkan oleh Vietnam Utara. Begitu juga di Ukraine, apabila perang mengalami tekanan ekonomi yang kuat, Amerika Syarikat berundur, dan membiarkan Eropah menanggung kos perangnya.


Ini telah difahami oleh bangsa Kurdi, yang selama ini dipergunakan oleh Amerika Syarikat dalam ambisi imperial mereka. Dalam perang kali ini, bangsa Kurdi menerima persenjataan dari Amerika Syarikat tetapi mereka memilih untuk tidak menyertai perang. Mereka tidak mahu menjadi “gun for hire” kerana sudah berkali-kali dikhianati Amerika Syarikat.


Inilah yang tidak dipelajari oleh negara-negara Arab di Teluk. Yang mengharap kepada Amerika Syarikat sebagai penyelamat mereka. Apabila serangan bermula, Amerika mengosongkan markas tentera mereka, tidak bersedia mempertahankan negara-negara Arab dari serangan Iran. Amerika Syarikat boleh angkat kaki bila-bila masa, tetapi Iran tetap akan menjadi jiran mereka beribu-ribu tahun lagi. Dalam perang kali ini, selepas Israel, negara-negara yang mengalami kekalahan strategik yang memalukan adalah negara-negara Arab di teluk.


Di sini kita melihat negara seperti Oman mengambil langkah yang bijak, Oman memilih untuk tidak menjadi proksi zionis dan Amerika Syarikat sebaliknya bekerjasama dengan Iran. Oman faham, geografi telah mengikat mereka sebagai jiran Iran oleh itu lebih strategik mengekalkan hubungan baik dengan Iran berbanding Amerika Syarikat yang terletak beribu batu jauhnya.


Saya bersetuju dengan pandangan sarjana seperti Robert Pape bahawa Iran akan keluar dari perang ini sebagai kuasa dunia baharu. Kini Iran berkuasa penuh di Selat Hormuz, di mana sebelum perang penguasaan mereka adalah terhad. Kebanyakan markas tentera Amerika di Teluk telah musnah, Amerika Syarikat telah dimalukan, hegemoninya kini luput, imejnya musnah. Perangnya gagal. Pada pandangan saya, kemenangan Iran ke atas Amerika merupakan permulaan kepada kebangkitan umat Islam, ini mungkin kali pertama, setelah sekian lama, sebuah negara Islam berjaya mengalahkan “superpower” dunia.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Politik Tagged With: amerika syarikat, arab, Iran, israel, nuklear, palestin, Perang

Analisis Permulaan Perang Amerika Syarikat-Israel Ke Atas Iran Pada Bulan Jun 2025

June 14, 2025 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Pendahuluan

Perang Amerika Syarikat dan Israel ke atas negara-negara Arab bukan merupakan perkara yang baru. Ia mempunyai sejarah yang panjang. Peperangan-peperangan ini dilancarkan bagi memastikan negara-negara di sekeliling Israel kekal lemah, terpecah dan tidak boleh menggugat projek kolonial dan genosida Israel di Palestin. Negara-negara Arab termasuk Libya, Iraq, Syria, Lubnan, Mesir, Jordan, dan Iran perlu dipastikan duduk di bawah telunjuk hegemoni Amerika Syarikat dan tidak mempunyai kekuatan ketenteraan. Disebabkan itulah, Israel dan Amerika Syarikat telah memulakan kempen perang ke atas Iran setelah mereka berjaya memusnahkan negara-negara lain di sekelilingnya.

Pada hari Jumaat, 13 Jun 2025 Israel telah mengebom Iran menggunakan jet pejuangnya. Agen-agen Mossad dilaporkan melakukan sabotaj dari dalam bagi memastikan sistem pertahanan udara Iran tidak berfungsi semasa serangan dilakukan. Serangan ini telah membunuh komander penting Iran termasuk Komander Kor Pengawal Revolusi Iran, Hossein Salami. Komander Kanan Iran, Gholam Ali Rashid turut terbunuh. Selain itu, dua orang saintis nuklear Iran, Fereydoun Abbasi-Davani dan Mohammad Mehdi Tehranchi turut terkorban.[1] Kematian ini disahkan sendiri oleh pemimpin tertinggi Iran, Sayyed Ali Khamenei.[2] Ketua Angkatan Tentera Iran, Mohammad Bagheri turut terkorban.[3] Strategi membunuh kepimpinan utama musuh ini sering digunakan Israel dan dinamakan “decapitation”.

Helah Diplomasi Amerika Syarikat

Peperangan ini mustahil dimulakan tanpa pengetahuan dan bantuan dari Amerika Syarikat. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita menganalisis perkembangan 24 jam sebelum perang ini bermula untuk mempelajari kelicikan Amerika Syarikat menipu Iran dengan “element of surprise”. Dengan menggunakan helah diplomasi, Iran berjaya ditipu oleh Amerika Syarikat dan Israel menyebabkan mereka tidak bersedia dengan serangan yang dilakukan. Walaupun Amerika Syarikat menghantar delegasi untuk berdiplomasi, namun di belakang tabir mereka berkomplot untuk menyerang Iran.

Pertama, Amerika-Syarikat dan Israel telah membuat satu wayang dua hari sebelum serangan dilakukan di mana bahawa Amerika Syarikat telah berlakon melarang Israel menyerang Iran. Wayang ini ditayangkan melalui laporan perbualan telefon antara dua penjenayah perang iaitu Donald Trump dan Benjamin Netanyahu di mana kononnya Trump memberitahu Netanyahu untuk menamatkan perang di Gaza dan tidak menyerang Iran. Trump menyatakan Amerika Syarikat masih ingin melakukan rundingan diplomatik untuk menyelesaikan pertikaian nuklear bersama Iran.[4] Menurut sumber tentera Yaman, mengakuan Iran bahawa komander dan saintis mereka terbunuh menunjukkan mereka tidak bersedia untuk serangan pada skala dan masa ini.[5] Iran merasakan bahawa serangan tidak akan dilakukan semasa proses diplomatik masih berlangsung. Ini merupakan helah Amerika Syarikat yang selalu digunakan sebagai strategi mereka menghancurkan negara-negara Arab sejak tahun 1967.

Perkara ini juga disahkan oleh Tentera Penjajahan Israel (TPI) melalui akhbar The Times of Israel yang menyatakan bahawa mereka bekerjasama dengan Amerika Syarikat bagi memerangkap Iran untuk memastikan mereka tidak bersedia dan tidak mengagak bahawa serangan akan dilakukan.[6] Sejurus selepas Israel melancarkan serangan, Amerika Syarikat membuat kenyataan bagi menutup helah mereka bahawa serangan Israel tersebut adalah bersifat “unilateral” bagi memberi bayangan bahawa Amerika Syarikat tidak terlibat dalam masa yang sama memberi amaran supaya Iran tidak menyerang posisi tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah.[7] Seperti biasa, Amerika Syarikat menyatakan jika Iran menyerang balas, Amerika Syarikat akan membantu Israel mempertahankan diri.[8] Helah diplomasi ini berjaya menipu Iran menyebabkan mereka menghadapi serangan mengejut dengan impak yang maksimum. Pemilihan masa yang tepat ini sangat penting bagi memastikan target-target yang dikenal pasti tidak bersedia dan memudahkan serangan dilakukan dengan kemusnahan yang maksimum.

Walaupun Amerika Syarikat menyatakan bahawa Israel membuat serangan secara “unilateral”. Tindak tanduknya sebelum serangan bermula menunjukkan bahawa Amerika Syarikat mempunyai maklumat awal bahawa serangan akan dilancarkan. Ini dapat dilihat dari tindakan mereka mengarahkan pegawai kedutaan mereka di Iraq dan Timur Tengah untuk berundur.[9] Beberapa jam sebelum serangan, Donald Trump juga memaklumkan bahawa serangan “mungkin berlaku” menunjukkan bahawa mereka telah mendapat signal dan berkoordinasi.

Dalam masa yang sama, serangan ini dilakukan bagi melindungi Benjamin Netanyahu yang mengalami krisis dalaman bagi mempertahankan kerajaannya. Hari di mana serangan itu dilakukan merupakan hari di mana parlimen Israel, Knesset, akan menganjurkan undian untuk membubarkan kerajaan.[10] Undian ini disokong oleh Parti ortodoks Yahudi, Shas, yang kecewa kerana kerajaan Netanyahu tidak memasukkan di dalam undang-undang pengecualian komuniti Haredim dari penglibatan di dalam tentera. Golongan Haredim adalah golongan ortodoks yang mempercayai bahawa orang Yahudi yang menjadi pelajar kitab Torah tidak boleh menjadi tentera. Selain Shas, Parti United Torah Judaism turut mahukan kerajaan dibubarkan.[11] Maka serangan ke atas Iran ini juga boleh dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan kerajaan Netanyahu runtuh. Dengan memulakan perang, kritikan terhadap kerajaan dapat dialihkan di mana rakyat difokuskan untuk melawan musuh atas semangat nasionalisma.

Iran juga dilihat mempercayai bahawa fasa yang sedang mereka lalui adalah fasa perang saraf bukan fasa perang kinetik. Disebabkan itulah sebelum serangan, Iran dilihat sibuk menerbitkan dokumen-dokumen sulit yang berjaya mereka perolehi hasil perisikan mereka. Dari dokumen sulit yang diperolehi, Iran telah mendedahkan bahawa ketua kepada International Atomic Energy Agency (IAEA), Rafael Grossi bekerjasama dengan agensi perisikan Israel, ini dilihat dari surat menyuratnya dengan agen Israel iaitu Meirav Zafary-Odiz.[12]

Naratif Serangan Israel

Israel dalam strategi perangnya terus mengekalkan propagandanya bagi memastikan naratif mereka dapat diketengahkan. Serangan ke atas Iran ini dipanggil sebagai “Operation Rising Lion”.[13] TPI dalam siaran medianya menyatakan bahawa serangan mereka merupakan serangan “pre-emptive” dan “offensive” ke atas fasiliti nuklear, kilang peluru berpandu dan asset ketenteraan Iran. Serangan ini dilakukan di pelbagai lokasi di Iran.[14]

Menurut penjenayah perang yang dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Benjamin Netanyahu, serangan dilakukan ke atas fasiliti nuklear Iran di Natanz dan juga fasiliti peluru berpandu Iran.[15] Netanyahu menyatakan falsafah jenayahnya bahawa serangan perlu dilakukan sebelum musuh berjaya mengumpulkan kekuatan mereka. Di sini kita perlu akui bahawa kelebihan Israel adalah mereka tidak teragak-agak untuk mengambil inisiatif. Pejuang Palestin telah mempelajari hakikat ini, disebabkan itu mereka tidak teragak-agak dalam memulakan inisiatif pada Oktober 2023.

Mayat seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa serangan Israel ke atas iran.

Kesilapan dan Kelemahan Iran

Antara kesilapan Iran adalah tidak mengambil inisiatif awal sebelum musuh bertindak, Operasi True Promise 3 yang dirancang sebelum ini tidak dilaksanakan. Operasi ini dikatakan ditangguhkan dan tidak dibatalkan.[16] Ini menunjukkan bahawa Iran mengambil langkah tunggu dan lihat. Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai kelebihan strategik dan terpaksa menjadi reaktif dan tidak mempunyai kelebihan inisiatif. Situasi yang sama turut berlaku kepada Hizbullah sebelum ini di mana kepimpinan mereka berjaya dimusnahkan sebelum mereka dapat melakukan serangan yang signifikan.

Selain itu, kejayaan serangan Israel juga menunjukkan kelemahan serius dalam pertahanan udara Iran. Pertahanan udara Iran kelihatan tidak berfungsi apabila jet Israel dapat masuk ke dalam ruang udaranya dan melancarkan serangan. Ini membuktikan bahawa kenyataan Israel bahawa mereka berjaya memusnahkan pertahanan udara Iran pada bulan Oktober 2024 bukan merupakan satu retorik tetapi adalah kenyataan yang benar. Israel mendakwa mereka berjaya memusnahkan empat sistem pertahanan udara S-300 yang dibekalkan Rusia kepada Iran pada bulan April dan Oktober 2024.[17]

Kesimpulan

Kesimpulannya, kita dapat melihat bagaimana Amerika Syarikat telah menggunakan helah diplomasi mereka bagi mengelakkan Iran mengetahui bahawa mereka akan diserang. Amerika Syarikat menghantar delegasi berunding dalam masa yang sama berkomplot dengan Israel dan melancarkan serangan. Iran dilihat berjaya ditipu oleh helah Amerika Syarikat ini. Kesilapan Iran adalah mereka mempercayai helah diplomasi Amerika Syarikat. Selain itu, dengan tidak mengambil inisiatif dan membuat serangan awal telah menyebabkan mereka terdedah kepada “element of surprise”. Selain dari kelemahan-kelemahan taktikal ini, Iran juga dilihat melakukan kesilapan dengan tidak memperbaiki keupayaan pertahanan udara mereka. Mereka juga gagal menghidu operasi Mossad yang dilakukan di dalam kawasan Iran yang telah memastikan sistem pertahanan udara Iran tidak berfungsi ketika serangan Israel dilakukan. Perang ini kemungkinan besar akan berlangsung dalam jangka masa yang panjang.


[1] “Komander Kor Pengawal Revolusi Iran maut dalam serangan Israel”. Berita Harian, 13 Jun 2025. Pautan: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2025/06/1407527/komander-kor-pengawal-revolusi-iran-maut-dalam-serangan-israel?source=widget

[2] Lihat kenyataan Sayyed Ali Khamenei “In the enemy’s attack, a number of commanders and scientists were martyred. Their successors and colleagues will immediately carry out their duties, God willing.” Pautan: https://x.com/TheCradleMedia/status/1933361055935144327

[3] Emanuel Fabian. “Report: Iran’s military chief Bagheri killed in Israeli strike”. The Times of Israel, 13 June 2025. Pautan: https://www.timesofisrael.com/liveblog_entry/report-irans-military-chief-bagheri-killed-in-israeli-strike/

[4] Eugenia Yosef dan Oren Liebermann. “Trump tells Netanyahu to end Gaza war and stop Iran threats, source says, as US ramps up pressure on Israel”. CNN, 11 Jun 2025. Pautan: https://edition.cnn.com/2025/06/11/middleeast/us-ramps-up-pressure-as-trump-tells-netanyahu-to-end-gaza-war-and-stop-threatening-iran-intl

[5] Analisis tentera Yaman perihal bagaimana Iran ditipu oleh diplomasi Amerika Syarikat, lihat pautan: https://x.com/Yemenimilitary/status/1933345912438374839

[6] Lihat laporan pengakuan ini di pautan: https://x.com/infolibnews/status/1933330997912949018/photo/1

[7] Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio. Lihat pautan: https://x.com/RapidResponse47/status/1933324586214395966/photo/1

[8] Temu bual Bret Baier dengan Donald Trump, lihat pautan: https://www.aljazeera.com/news/liveblog/2025/6/13/live-explosions-reported-in-iran-amid-israel-tensions?update=3771312

[9] Laporan Al Jazeera, lihat pautan: https://www.aljazeera.com/news/liveblog/2025/6/13/live-explosions-reported-in-iran-amid-israel-tensions?update=3771264

[10] Lihat kenyataan Muhammad Shehada di pautan: https://x.com/muhammadshehad2/status/1933322737574965450

[11] Sam kokol. “Shas to back preliminary vote to dissolve Knesset, citing stalled draft exemption law”. The Times of Israel, 09 Jun 2025. Pautan: https://www.timesofisrael.com/shas-to-vote-in-favor-of-dissolving-knesset-citing-stalled-draft-exemption-law/

[12] Lihat dokumen sulit yang didedahkan oleh Tasnim News Agency di pautan: https://x.com/Tasnimnews_EN/status/1933119110667456713?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1933119110667456713%7Ctwgr%5E562c1c2c97d5aac1f17ade1dfb20c136f68bdfef%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.iranintl.com%2Fen%2F202506127234

[13] Laporan Al Mayadeen English, lihat pautan: https://x.com/MayadeenEnglish/status/1933329843976057246

[14] Kenyataan media TPI, lihat pautan: https://x.com/IDF/status/1933324595471454495

[15] Siaran rakaman sidang media Benjamin Netanyahu, lihat rakaman: https://www.youtube.com/watch?v=b3nXp0Ua1OU

[16] “Iran to stage Operation True Promise III against Israel”. MEHR News Agency, 29 March 2025. Pautan: https://en.mehrnews.com/news/230027/Iran-to-stage-Operation-True-Promise-III-against-Israel

[17] “Israel took out primary Iranian air defenses, left it ‘essentially naked’ – report”. The Times of Israel, 30 Oktober 2024. Pautan: https://www.timesofisrael.com/israel-strike-on-iran-took-out-radar-sets-to-guide-ballistic-missiles-report/

Analisis-Permulaan-Perang-Amerika-Syarikat-Israel-Ke-Atas-Iran-Pada-Bulan-Jun-2025
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: amerika syarikat, Iran, israel

Adakah Serangan Iran Ke Atas Israel Hanya Wayang?

April 16, 2024 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Selepas 6 bulan rakyat Gaza dibantai dan dibunuh, tiada negara-negara Arab atau negara Islam termasuklah yang kuat bersuara seperti Turki dan Malaysia yang menghantar bantuan ketenteraan, tentera pengaman/pelindung kepada rakyat Gaza. Bukan itu sahaja, malah menghantar tepung dan bantuan asas makanan pun mereka tidak mampu dan terpaksa meminta belas ihsan dari Israel dan sekutunya Amerika Syarikat untuk membantu membuka sempadan. Sebelum kita mula membahaskan subjek ini, saya mahu letak konteks itu terlebih dahulu.

Selepas Israel mengebom konsulat Iran di Damsyik, Syria pada 01 April 2024 dan membunuh 7 warganya termasuklah 2 orang jeneralnya. Akhirnya pada 14 April 2024, Iran melakukan serangan langsung ke Israel menggunakan dron dan peluru berpandu dalam operasi yang disebut sebagai Operation True Promise. Israel dan konco-konconya menyatakan bahawa 99 peratus dari projectile dari Iran ini berjaya dimusnahkan dengan bantuan dari UK, USA, Perancis dan juga negara Islam Jordan.[1] Ya, Jordan telah membantu untuk menghalang peluru berpandu dari sampai ke Israel.

Persoalan yang timbul, adakah serangan ini hanya wayang?

Jika kita melihat serangan ini dari lensa agamawan yang bermain isu sunni-syiah, ya, ia adalah satu wayang sahaja. Saya dahulu juga melihat konflik ini dari kaca mata sunni-syiah ini. Tapi saya telah lama meninggalkan paradigma ini, termasuk apabila Qasem Soleimani dibunuh dahulu, ramai yang bersorak kerana beliau adalah syiah.[2] Tapi apa yang tidak mereka sebut adalah antara yang hadir memberi penghormatan kepada Jeneral Soleimani adalah Ismail Haniyeh sendiri, di mana beliau menyatakan bahawa Soleimani adalah seorang “syahid”.

Perbahasan sunni-syiah, dalam pertarungan geo-politik melawan hegemoni Amerika Syarikat dan Israel sudah tidak menarik minat saya. Bagi saya secara peribadi, permusuhan sunni-syiah ini sudah lama berlalu, tiada keuntungan untuk umat bermusuh dan membunuh sesama sendiri. Jika kita boleh bersahabat dengan rakan-rakan Buddha, Hindhu, Kristian dan lain-lain, saya tidak nampak masalah untuk kita berkawan dengan Syiah. Kita boleh tidak setuju dari sudut akidah dan teologi, tetapi kita tidak perlu bermusuh.

Berbalik kepada persoalan “wayang Iran”. Saya telah mendengar dan membaca pelbagai analisis. Namun yang saya kira paling menarik adalah dari Dr. Mohammad Marandi dari Tehran.[3] Kebanyakan analisis yang cuba untuk merendahkan operasi serangan Iran ini adalah dari media Barat dan sumber Israel sendiri. Dari 6 bulan pembunuhan di Gaza, semua orang sedia maklum bahawa media ini kerap berbohong.[4] Jadi tidak mengejutkan jika angka “99%” itu juga adalah propaganda sahaja. Jika benar pengkalan tentera yang dibedil Iran itu tidak mengalami kemusnahan teruk, Israel boleh membenarkan wartawan melawat pengkalan ini untuk membuat pengesahan. Namun mereka tidak berani, mereka hanya mengeluarkan kenyataan, dan media Barat hanya mengulang cetak kenyataan mereka.

Bagi saya, serangan ini bukan wayang. Tetapi adalah peluang Iran untuk menguji keberkesanan pertahanan udara Israel. Iran dalam operasi ini mengumumkan sejak awal bahawa mereka akan bertindak balas, dan memberikan garis masa (time frame) untuk Israel bersedia. Iran tidak menggunakan peluru berpandu hipersonik mereka, sebaliknya menggunakan peluru berpandu generasi lama dan juga dron kos rendah “Shahed” sebagai decoy.

Di sini kita dapat memahami beberapa perkara.

Pertama, dari operasi ini, Iran dapat memahami bagaimana Israel bertindak balas. Ternyata Israel tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri dan terpaksa bergantung kepada kuasa asing untuk membantunya termasuk dari USA, UK, Perancis dan Jordan.

Kedua, walaupun Israel diberi amaran awal dan mempunyai masa untuk bersedia, termasuklah melakukan jamming ke atas sistem GPS di negara mereka, ternyata sistem peluru berpandu Iran masih dapat menembusi pertahanan mereka. Israel sendiri kemudiannya mengakui bahawa peluru berpandu Iran berjaya membedil dua markas tentera mereka termasuk lapangan terbang tentera Nevatim.[5] Kebanyakan dron dan peluru berpandu yang berjaya dipintas adalah decoy. Ini menunjukkan, jika serangan dibuat secara mengejut, tidak diumumkan dan tidak diberi sebarang garis masa, kemusnahan yang lebih besar dapat dilakukan.

Ketiga, dari operasi ini, Iran memberi signal bahawa percaturan defensif mereka telah tamat, kini adalah fasa baharu di mana Iran boleh melakukan serangan ofensif. Amerika Syarikat juga tidak berani melakukan serangan balas terhadap Iran, malah mendesak Israel untuk tidak bertindak balas. Amerika Syarikat menyatakan jika Israel bertindak balas, mereka tidak akan bersama membantu Israel.[6] Ini kerana Amerika Syarikat sedar bahawa banyak pengkalan tentera mereka di Timur Tengah dengan mudah dapat dimusnahkan oleh Iran. Semua ini ini menunjukkan kepada saya bahawa serangan Iran bukanlah satu wayang. Tetapi mereka menggunakan peluang yang ada untuk menguji sistem pertahanan Israel. Dari operasi ini mereka dapat memahami dinamik jika serangan sebenar perlu dilakukan. Seperti yang saya tulis dalam buku saya Resistance Sudah Berbunga, perjuangan melawan Israel kini sudah memasuki fasa baharu.[7] Ia akan mengambil masa untuk memastikan Israel semakin lama semakin lemah. Di sini kita melihat bagaimana Iran melakukan long-game dan tidak tergopoh gapah. Iran sedar, Israel akan kalah juga akhirnya. Oleh itu, lebih baik ia dikalahkan dengan lebih strategik tanpa perlu perang yang lebih besar.

Bibliografi

“Breaking news and analysis on day 191 of Gaza’s Al-Aqsa Flood.” The Electronic Intifada Podcast. April 15, 2024. Accessed April 16, 2024. https://www.youtube.com/watch?v=PSEIoHJmSok&t=1s.

Fabian, Emanuel. 2024. “Visiting targeted air base, IDF chief promises response to Iranian attack.” The Times of Israel, April 15.

Hamza Ali Shah. 2024. “‘Beheaded Babies’ – How Uk Media Reported Israel’s Fake News As Fact.” Declassified UK, January 04.

Marandi, Mohammad, interview by Ali Abunimah. 2024. Why Iran supports Palestine (April 8).

Syed Ahmad Fathi. 2020. “Qasem Soleimani: Dimana letaknya pendirian kita?” Meniti Jambatan Masa, January 08.

—. 2024. Resistance Sudah Berbunga. Tochka Press.

Vasilyeva, Nataliya. 2024. “Israel admits Iranian ballistic missiles struck two military bases.” The Telegraph, April 15.


[1] Emanuel Fabian. “Visiting targeted air base, IDF chief promises response to Iranian attack”. The Times of Israel, 15 April 2024. Pautan: https://www.timesofisrael.com/idf-chief-visits-airbase-hit-in-iranian-attack-says-it-will-be-met-with-a-response/

[2] Qasem Soleimani telah dibunuh oleh Amerika Syarikat pada tahun 2020. Pada Ketika itu, saya juga telah mengkritik pendekatan yang melihat kejadian itu dalam konteks sunni-syiah. Seharusnya semua umat Islam bersatu melawan hegemoni Amerika Syarikat dan juga penjajahan Israel. Rujuk Syed Ahmad Fathi. “Qasem Soleimani: Dimana letaknya pendirian kita?”. Meniti Jambatan Masa, 08 Januari 2020. Pautan: https://bersamakepuncak.blogspot.com/2020/01/qasem-soleimani-dimana-letaknya.html

[3] Terdapat beberapa analisis dari Dr. Marandi yang saya tekuni. Pertama adalah sesi podcast beliau bersama Ali Abunimah di Electronic Intifada di mana beliau menerangkan sejarah hubungan luar Iran dengan dunia sebelum serangan Iran ke atas Israel. Siaran ini bertajuk “Why Iran supports Palestine, with Ali Abunimah and Mohammad Marandi” dan boleh dilihat di pautan: https://www.youtube.com/watch?v=n2WNlRwoyUg&t=1202s . Analisis kedua beliau selepas serangan Iran ke atas Israel boleh dilihat melalui pautan: https://www.youtube.com/watch?v=PSEIoHJmSok

[4] Contoh paling jelas adalah propaganda bahawa 40 bayi telah dipenggal oleh Hamas semasa Operasi Taufan Al-Aqsa. Rujuk artikel oleh Hamza Ali Shah. “‘Beheaded Babies’ – How Uk Media Reported Israel’s Fake News As Fact”. Declassified UK, 04 Januari 2024. Pautan: https://www.declassifieduk.org/beheaded-babies-how-uk-media-reported-israels-fake-news-as-fact/ Ini hanyalah satu sahaja contoh dari pelbagai contoh lain di mana media Barat menjadi mulut propaganda bagi jenayah genocide Israel.

[5] Nataliya Vasilyeva. “Israel admits Iranian ballistic missiles struck two military bases”. The Telegraph, 15 April 2024.

[6] “U.S. will not join any retaliatory action by Israel on Iran: White House”. Nikkei Asia, 15 April 2024. Pautan: https://asia.nikkei.com/Spotlight/Iran-tensions/U.S.-will-not-join-any-retaliatory-action-by-Israel-on-Iran-White-House

[7] Syed Ahmad Fathi. Resistance Sudah Berbunga. Tochka Press, 2024.

Adakah-Serangan-Iran-Ke-Atas-Israel-Hanya-WayangDownload
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: Iran, israel, War

Any external presence in Gaza to be considered occupying force: Hamas

March 31, 2024 By Editor The Independent Insight

The Alliance of Palestinian Resistance factions denounced on Saturday the Israeli proposal that suggests foreign Arab forces should govern the Gaza Strip, warning that such proposals aim to trap Aab countries in serving “Israel’s” agendas in Gaza, amid its drastic failure on the battlefield.

The factions also warned, in a statement in Damascus, of the dangers of complying with such proposals, affirming that they embody “a new Zionist trap and lie” that the United States and “Israel” try to impose to shift their defeat in Gaza.

“Turning to certain Arab countries for help, it [Israel], together with the US, seeks to avoid the horrible defeat they have suffered… to get the occupation army out of the huge moor it finds itself trapped in the Gaza Strip,” the statement read.

They also stressed that the Palestinian people can choose their own leadership to govern the Strip to maintain its national sovereignty and foil all Israeli-American plots to undermine its independence. The proposal, according to the Resistance actions, was put forward by Israeli Security Minister Yoav Gallant before Antony Blinken, Jake Sullivan, and Lloyd Austin.

Moreover, Arab nations must beware of getting caught in the “Zionist trap”, according to the factions’ alliance, through the promotion or support of Israeli-American plots.

Hamas also issued a statement by the Supreme Follow-up Committee of the Palestinian National and Islamic Forces stressing that the occupation leaders’ talks regarding the formation of an international or Arab force for the Gaza Strip are “a delusion and a mirage,” stressing that any “force entering the Gaza Strip is rejected, unacceptable, and would be considered an occupying force, which we will deal with accordingly.”

The Resistance movement also appreciated the Arab nations’ refusal and rejection of the Israeli proposal, vowing that governing the Palestinian reality is purely an internal national affair that does not allow any force’s intervention. All attempts, according to Hamas, to instate alternative authorities that do not consider the Palestinian people’s will, “will die before its birth” and will not succeed.

Hamas also addressed the United States and its president, Joe Biden, condemning his intention to send new shipments of weapons, including missiles and warplanes, to the criminal zionist entity, which confirms the full partnership of this administration in the brutal war of extermination waged by the Nazi-zionist occupation against our Palestinian people in the Gaza Strip.

“The insistence of Biden’s administration on its biased position and its unlimited political and military support for the occupation and its fascist policies, which seek to exterminate our people and displace them from their land, confirms the lie of the American positions regarding the humanitarian situation in the Gaza Strip, and the catastrophe caused by the American-backed zionist killing machine,” the statement read.

Hamas added that the ideas it proposes to protect civilians are aimed at misleading and covering up the ongoing crimes of the occupation against our people in the Gaza Strip. The movement called on the international community and the United Nations to impose a complete ban on the supply of weapons to the criminal zionist entity, and to take steps to stop the aggression, leading to holding the occupation and its leaders accountable for the violations and crimes against humanity they have committed.

Source: Al Mayadeen

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: gaza, genocide, hamas, israel

Kesan Perang Pembersihan Etnik di Gaza Pada Oktober 2023 Terhadap Sokongan Kepada Israel Dalam Politik Domestik di Amerika Syarikat

December 6, 2023 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Perang Israel ke atas Palestin telah bermula sejak tahun 1948 di mana pembersihan etnik telah berlaku secara besar besaran, kampung-kampung dibakar, dan kebanyakan populasi peribumi Palestin telah dihalau ke luar menjadi pelarian.[1] Sejak dari itu, Israel tidak pernah berhenti dari percubaannya untuk membersihkan Palestin dari kaum Arab, membunuh mereka, dan juga merampas tanah-tanah mereka. Israel merupakan kuasa ketenteraan ke-18 terkuat di dunia.[2] Israel juga mendapat bantuan berbillion dollar setiap tahun dari segi ketenteraan dari kuasa ketenteraan nombor satu di dunia iaitu Amerika Syarikat.

Israel begitu yakin dengan kekuatan ketenteraannya dan merasakan mereka telah berjaya mengalahkan kaum peribumi Palestin. Walaupun setelah sekian lama ditindas, bangsa Palestin tidak pernah menyerah kalah. Pada 07 Oktober 2023, pejuang pembebasan Palestin dari pergerakan Hamas telah berjaya menembusi tembok-tembok kolonial Israel dan melakukan operasi ketenteraan yang dipanggil “Al-Aqsa Flood”. Serangan pembebasan ini telah menunjukkan kepada dunia bahawa Israel bukanlah kuasa yang hebat seperti yang disangka. Israel telah mendapat kemaluan yang besar dari serangan ini kerana ramai anggota tenteranya yang terbunuh, malah ramai yang berjaya ditangkap dan menjadi tawanan perang oleh Hamas.

Untuk menutup kemaluan besar hasil kegagalan perisikan dan ketenteraan mereka, Israel telah memulakan serangan ganas pengeboman dari utara sebagai usaha pembersihan etnik besar-besaran terhadap penduduk awam di Gaza. Ketika artikel ini ditulis, Israel telah membunuh dengan kejam sejumlah 15,200 rakyat awam di Gaza di mana 70% darinya adalah wanita dan kanak-kanak.[3] Pembunuhan besar-besaran ini telah memburukkan nama Israel di mata antarabangsa dengan banyak negara memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Israel dan menarik semula duta mereka.[4] Dalam penulisan kali ini, saya ingin mengkaji kesan perang pembersihan etnik yang dilakukan Israel di Gaza ini terhadap sokongannya dalam politik domestik di Amerika Syarikat. Saya akan meninjau bagaimana reaksi awal pemimpin Amerika Syarikat terhadap perang ini berubah apabila tekanan-tekanan domestik mula dirasai. Penulisan ini turut akan meninjau perubahan dan reaksi yang berlaku dalam kalangan rakyat di Amerika Syarikat. Bagaimana desakan, tekanan, dan kempen anti-perang mereka membawa kepada perubahan retorik pemimpin di Amerika Syarikat.

Perubahan Reaksi dan Retorik Amerika Syarikat

Pada peringkat permulaan, reaksi Amerika Syarikat adalah reaksi tipikal sebagai sekutu kuat Israel. Para pemimpinnya semuanya menjadi burung kakak tua dan mengulangi ayat “Israel has the right to defend itself”. Ayat yang sama juga diulang-ulang secara distopia oleh pemimpin-pemimpin Eropah termasuklah di Britain, Perancis, Jerman, dan lain-lain. Hampir semua pemimpin hipokrit Eropah ini menolak bulat-bulat sebarang cadangan genjatan senjata pada peringkat awal Perang Oktober 2023.

Namun reaksi dan retorik pemimpin-pemimpin hipokrit ini akhirnya berubah. Sebagai contoh, Lloyd Austin yang merupakan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat pada 2 Disember 2023 mengancam Israel bakal menghadapi “kekalahan strategik” jika mereka berterusan membunuh dengan kejam kanak-kanak, wanita, dan masyarakat awam di Gaza.[5] Namun ucapan Austin ini mestilah difahami sebagai reaksi daripada tekanan domestik yang dihadapi oleh Amerika Syarikat dan bukanlah sebagai satu kenyataan ikhlas yang bersimpati dengan nasib masyarakat awam di Palestin. Ia hanya merupakan kenyataan untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh mereka dari masyarakat domestik.

Jika Amerika Syarikat benar-benar mahu menyelamatkan nyawa masyarakat awam Palestin, mereka tidak akan membekalkan senjata moden bagi membolehkan Israel melakukan kekejaman itu sejak awal lagi. Perang ke atas Palestin sebenarnya bukanlah perang Israel ke atas Palestin sahaja, ia juga adalah perang Amerika Syarikat ke atas Palestin. Bom dan peluru yang membunuh rakyat Palestin adalah bom dan peluru yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat dan dibekalkan setiap hari kepada Israel semasa perang berlangsung. Menurut laporan Wall Street Journal, sejak 07 Oktober 2023, Amerika Syarikat membekalkan 57,000 artillery shells dan 15,000 bom termasuk lebih 5,000 warheads seberat 2,000-pound kepada Israel.[6] Untuk memahami perubahan reaksi dan retorik ini, kita perlu meninjau tekanan domestik yang ada di Amerika Syarikat.

Dari Genocide Joe Kepada #AbandonBiden

Pada peringkat awal Perang Oktober 2023, Amerika Syarikat melihat protes besar-besaran di seluruh negara mereka. Lebih 10,000 rakyat Amerika Syarikat berdemonstrasi menentang perang di Washington, manakala di New York, demonstrasi telah dikoordinasikan oleh kumpulan Jewish Voice for Peace.[7] Ini adalah sebahagian contoh dari pelbagai protes lain yang telah meletus di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat. Malah di peringkat awal, ahli pentadbiran Amerika Syarikat sendiri telah menentang sokongan ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Israel yang bersifat genocidal (pembersihan etnik). Ini dapat dilihat dari perletakan jawatan Josh Paul di mana beliau mengkritik polisi bantuan persenjataan Amerika Syarikat kepada Israel.[8]

Apabila Presiden Joe Biden berulang kali menolak cadangan genjatan senjata, demonstran telah memberikan beliau nama baharu iaitu Genocide Joe.[9] Hal ini kerana, Biden bukan sahaja bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, beliau dan juga Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken, terlibat secara langsung dalam pembunuhan beramai-ramai ini. Dalam kata lain, Biden dan Blinken boleh dikatakan sebagai penjenayah perang yang telah secara aktif membunuh lebih 15,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.

Blinken sendiri lahir dalam keluarga zionis yang merupakan penyokong kuat Israel. Atuknya Maurice Blinken merupakan seorang yahudi dari Hungary yang telah menubuhkan American Palestine Institute selepas perang dunia ke-2, atuknya telah meyakinkan kerajaan Amerika Syarikat untuk menubuhkan negara buat orang yahudi. Dalam ucapannya di dalam majlis yang dianjurkan oleh American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), iaitu sebuah badan lobi utama Israel di Amerika Syarikat, Anthony Blinken dengan bangganya memuji sumbangan Amerika Syarikat terhadap Israel. Ini termasuklah 3.3 billion bantuan kewangan tahunan, 500 juta dollar bantuan untuk roket perang, dan juga 1 billion dollar bagi memastikan bekalan sistem Iron Dome Israel mencukupi.[10] Oleh itu tidak hairanlah mengapa Blinken tidak begitu kisah dengan ribuan kanak-kanak yang dibunuh oleh tentera zalim Israel. Mereka yang berharap Blinken akan membantu perjuangan Palestin adalah naif.

Polisi genocide yang diamalkan Biden dan Blinken ini telah menyebabkan rakyat Amerika Syarikat semakin marah. Daripada demonstrasi-demonstrasi yang melaungkan slogan “Genocide Joe has got to go” yang dianjurkan secara berasingan di bandar-bandar utama, kini rakyat Amerika Syarikat telah bergerak dengan lebih tersusun dan teratur dengan kempen yang lebih spesifik.

Antara kempen peringkat kebangsaan yang telah dilancarkan adalah kempen #AbandonBiden yang dilancarkan di Dearbon, Michigan oleh pemimpin-pemimpin Muslim di Amerika Syarikat pada 12 Disember 2023. Kempen ini dilaksanakan bagi memastikan Presiden “Genocide” Joe Biden kalah pada pilihanraya semula yang bakal berlangsung pada tahun 2024. Kempen ini dianjurkan di beberapa negeri yang dipanggil “swing-state” di mana undi dari masyarakat Arab dan Muslim akan menentukan calon mana yang dapat memenangi pilihanraya. Negeri-negeri ini adalah Michigan, Minnesota, Arizona, Wisconsin, Florida, Georgia, Nevada dan Pennsylvania. Jika kempen ini berjaya, Genocide Joe hanya dapat menjadi presiden bagi satu penggal sahaja.

Kempen yang telah diadakan oleh masyarakat Arab dan Muslim ini akan mencabar kebolehan Genocide Joe dalam pilihanraya pada tahun 2024, negeri-negeri swing-state ini mempunyai banyak blok yang dikuasai pengundi Arab dan Muslim. Populasi Arab Muslim di Amerika Syarikat kini mencecah 3.45 juta orang, menurut Arab American Institute, pada pilihanraya 2020, 59% pengundi Arab Muslim telah memilih Biden sebagai presiden.[11] Menurut Hassan Abdel Salam yang merupakan Professor di Universiti Minnesota dan ahli Pakatan Kebangsaan Abandon Biden, masa telah tamat untuk Biden, walaupun dia mengumumkan genjatan senjata pada masa akan datang, ia sudah terlambat, dan kempen #AbandonBiden untuk memastikan kekalahannya tetap akan terus berlangsung.[12]

Daripada hal ini, kita melihat bagaimana politik domestik Amerika Syarikat berubah apabila Israel meneruskan kempen pembersihan etniknya di Gaza. Jika selama ini politik di Amerika Syarikat dikuasai kumpulan lobi zionis seperti AIPAC, kini kita melihat kesan dari perang yang dilancarkan Israel, suara-suara masyarakat Muslim di Amerika Syarikat mula melancarkan jentera yang tersusun bagi memecahkan dominasi zionis. Tekanan dari kempen #AbandonBiden ini akan memberi kesan langsung terhadap Parti Demokrat yang sedang memerintah Amerika Syarikat. Tekanan domestik seperti inilah sebenarnya yang mengubah reaksi dan retorik golongan penguasa di Amerika Syarikat. Dan perubahan-perubahan ini sebenarnya merupakan riak-riak kecil, yang menandakan bahawa ombak besar bakal tiba. Ombak ini bakal mengubah lanskap politik Amerika Syarikat seterusnya mengubah corak hubungan luarnya dengan Israel. Semakin hari, sebenarnya, peluang Israel untuk mengekalkan penjajahan dan dasar rasis apartheid mereka semakin mengecil. Hal ini akhirnya akan membawa kepada pembukaan jalan ke arah pembebasan Palestin.

Canary Mission dan Kempen Anti Zionist Hate

Selain kempen #AbandonBiden yang bersifat politikal dan kebangsaan, terhadap kempen-kempen kecil lain yang tumbuh secara organik untuk melawan organ-organ zionis yang menekan aktivis Palestin. Sebahagiannya merupakan reaksi balas terhadap intimidasi golongan zionis. Antara teknik yang dilakukan oleh Israel bagi mengekang sebarang kritikan yang dilemparkan kepada jenayah perang dan apartheid yang dilakukannya adalah dengan menyerang dan memfitnah sesiapa sahaja yang berani mengkritiknya. Teknik yang digunakan adalah dengan menubuhkan satu laman web anonymous yang mendokumentasikan aktivis Palestin dengan tuduhan-tuduhan palsu seperti rasisme dan anti-semitisme. Laman web ini diberi nama Canary Mission.[13] Tujuan utama dokumentasi ini dilakukan adalah sebagai satu bentuk intimidasi kepada aktivis Palestin untuk merosakkan nama mereka agar mereka tidak mendapat tempat dalam masyarakat, dibuang dari institusi pengajian atau pekerjaan. Target mereka adalah pelajar, professor, dan juga individu berkerjaya yang mengkritik polisi jenayah Israel.

Canary Mission dimiliki oleh Howard Davis Sterling yang merupakan seorang peguam yang menyokong Israel. Menurut Al Jazeera, ia mendapat dana dari Adam Milstein dan juga persatuan pro-Israel seperti Helen Diller Family Foundation dan Jewish Community Foundation of Los Angeles.[14] Canary Mission sangat berhati-hati dalam memadam segala jejak digital mereka untuk memastikan penderma dan staf mereka tidak berjaya dijejaki. Menurut Josh Nathan-Kazis, Canary Mission dioperasikan oleh badan yang dipanggil sebagai Megamot Shalom, yang merupakan badan yang membantu menyalurkan duit cukai rakyat Amerika Syarikat kepada organisasi ekstrimis di Israel. Antara individu yang terlibat di belakang Megamot Shalom termasuklah Jonathan Bash dan Zahava Raymond, Zahava dikenal pasti pernah bekerja dengan organisasi pro-Israel.[15] Walaupun ia cuba bergerak secara rahsia, berdasarkan siasatan sedia ada, Canary Mission dapat dikatakan sebagai organisasi yang dibiyai oleh organisasi yahudi yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Respon kepada Canary Mission kebanyakannya bersifat defensif. Erwin Chemerinsky yang merupakan dekan Sekolah Undang-Undang, Universiti Berkeley menyifatkan Canary Mission sebagai laman web ekstrimis dan tidak patut digunakan dalam proses pemilihan individu dalam sektor pekerjaan.[16] Namun selepas perang pembersihan etnik yang dilakukan oleh Israel pada Oktober 2023, respon terhadap kumpulan seperti Canary Mission telah berubah kepada ofensif.

Pada November 2023, sebuah akaun di laman Twitter (yang kini dikenali sebagai X) muncul dengan menggunakan taktik yang sama seperti Canary Mission, ia adalah respon kepada sebuah akaun lain yang kerap menyerang aktivis Palestin dengan memusnahkan kareer mereka. Akaun ini bernama Stop Zionist Hate, ia merupakan akaun untuk melawan akaun Stop Antisemites di Twitter. Namun cubaan mencari akaun Stop Antisemites tidak berjaya pada 06 Disember 2023, besar kemungkinan ia sudah dipadamkan. Stop Zionist Hate menurut kenyataannya pada 13 November 2023 telah berjaya menyerang beberapa orang zionis dan menyebabkan mereka dibuang kerja.[17] Di sini kita melihat perang yang berlaku di Gaza bukan sekadar mengubah dinamik di peringkat nasional. Selain kempen-kempen yang berbentuk politik, rakyat Amerika Syarikat kini turut menubuhkan kumpulan perjuangan yang lebih kecil, yang bersifat organik, untuk melawan organ-organ zionis terutamanya di dalam talian. Ini semua merupakan bentuk tekanan yang apabila dikumpulkan, akan memberi satu tekanan yang signifikan terhadap penyokong Israel yang duduk di kerusi politik serta lobi utama mereka iaitu AIPAC.

Kesimpulan

Melalui analisa ini, dapatlah kita perhatikan bagaimana perang pembersihan etnik oleh Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin pada Oktober 2023 sedang mengubah corak politik domestik Amerika Syarikat. Kita melihat kempen-kempen yang bersifat nasional sudah tumbuh dan menjadi penggerak suasana politik dalaman yang akan lebih memihak kepada Palestin. Selain itu tumbuh juga kumpulan-kumpulan kecil organik yang bangun menentang organ-organ zionis. Perubahan ini, walaupun dilihat masih kecil, sebenarnya sangat signifikan dan mampu menjadi kuasa politik yang lebih besar. Ia akan membuka ruang untuk memecahkan dominasi lobi zionis di Amerika Syarikat yang dipelopori oleh AIPAC. Kehilangan sokongan Amerika Syarikat akan menatijahkan berakhirnya kolonialisme terakhir yang masih wujud di dunia, iaitu penguasaan kolonial zionis di Palestin. Jenayah-jenayah yang dilakukan oleh zionis Israel sebenarnya tidak akan bertahan lama, malah dari perkaitan yang telah kita lihat, ia sebenarnya perlahan-lahan menyatukan komuniti dunia, melahirkan gerakan penentangan yang semakin lama semakin meningkat maju dan tersusun. Semua ini akhirnya akan menyumbang kepada pembebasan sepenuhnya Palestin dari penjajahan, kolonialisme, dan apartheid.

Bibliografi

2023. “2023 Military Strength Ranking.” Global Fire Power Index. https://www.globalfirepower.com/countries-listing.php.

2023. “Anthony Blinken 3rd most influential Jew in the World, Zelensky dropped from the list.” Helsinki Times. Oktober 26 . https://www.helsinkitimes.fi/world-int/24380-anthony-blinken-3rd-most-influential-jew-in-the-world-zelensky-dropped-from-the-list.html.

Anzalone, Kyle. 2023. “US Sent Israel 15,000 Bombs Since October 7.” Anti War. Disember 1. https://news.antiwar.com/2023/12/01/us-sent-israel-15000-bombs-since-october-7/ .

n.d. Canary Mission. Accessed Disember 6, 2023. https://canarymission.org/about.

Chemerinsky, Erwin. 2023. “Dean’s Statement: Condemning Canary Mission.” Bekeley Law. Jun 1. https://www.law.berkeley.edu/article/deans-statement-canary-mission/ .

Irwin, Lauren. 2023. “Israel risks ‘strategic defeat’ if civilians aren’t protected, Pentagon chief says.” The Hill. Disember 2. https://thehill.com/policy/defense/4339335-lloyd-austin-israel-risks-defeat-if-civilians-not-protected/ .

Kiczma, Łukasz , and Sułek Mirosław. 2020. “National power rankings of countries 2020.” Oficyna Wydawnicza ASPRA-JR.

Nathan-Kazis, Josh. 2018. “REVEALED: Canary Mission Blacklist Is Secretly Bankrolled By Major Jewish Federation.” Forward. Oktober 3. https://forward.com/news/411355/revealed-canary-mission-blacklist-is-secretly-bankrolled-by-major-jewish/ .

O’Donoghue, Saskia. 2023. “Israel-Hamas war: Death toll surpasses 15,000 and new truce deemed ‘unlikely’ as talks break down.” Euro News. Disember 2. https://www.euronews.com/2023/12/02/israel-hamas-war-israeli-bombing-of-gaza-intensifies-as-truce-comes-to-an-end .

Pappe, Ilan. 2006. The Ethnic Cleansing of Palestine. Oneworld Publications.

Rothchild, Alice. 2019. “Cyber Bullies at Canary Mission Muzzle Free Speech.” Washington Report on Middle East Affairs. Disember 06. https://www.wrmea.org/2020-january-february/cyber-bullies-at-canary-mission-muzzle-free-speech.html .

n.d. “Stop Zionist Hate.” Twitter. Accessed Disember 6, 2023. https://twitter.com/StopZionistHate.

Syed Ahmad Fathi. 2023. “Josh Paul Meletakkan Jawatan Kerana Tidak Mahu Amerika Syarikat Menghantar Senjata Ke Israel Bagi Membunuh Rakyat Gaza.” Isu Semasa.

Syed Ahmad Fathi. 2023. “Kesan Jenayah Yang Dilakukan Oleh Israel Pada Perang Oktober 2023 Di Gaza Terhadap Hubungan Diplomatiknya Dengan Negara-Negara Lain.” Kajian Hubungan Antarabangsa.

Umar A Farooq. 2023. “Muslim leaders in key US swing states launch ‘Abandon Biden’ campaign for 2024 election.” Middle East Eye. Disember 4. https://www.middleeasteye.net/news/muslim-leaders-key-us-swing-states-launch-abandon-biden-campaign-2024-election .

Ward, Myah. 2023. “Swing-state Muslim leaders launch campaign to ‘abandon’ Biden in 2024.” Politico. Disember 02 . https://www.politico.com/news/2023/12/02/swing-state-muslim-leaders-biden-00129758 .


[1] Pembersihan etnik ini telah didokumentasikan oleh ahli sejarah Israel dengan begitu teliti dan terperinci. Militia Yahudi pada tahun 1948 yang diketuai oleh Ben Gurion mempunyai perancangan teliti untuk membersihkan Palestin dalam rangcangan yang dipanggil Rancangan Dalet (Plan D). Mereka telah mengumpul data setiap kampung untuk dibersihkan dalam data yang dipanggil “Village Files”. Rujuk tulisan Ilan Pappe, The Ethnic Cleansing of Palestine. Oneworld Publications, 2006.

[2] Israel menduduki tempat ke-18 dalam ranking yang dikeluarkan oleh Global Fire Power Annual Ranking 2023 dengan PowerIndex sebanyak 0.2757. Tempat pertama adalah Amerika Syarikat (0.0712), Rusia di tangga ke-2 (0.0714), dan China di tangga ke-3 (0.0722). Rujuk laman web Global Fire Power Index, 2023 Military Strength Ranking, pautan: https://www.globalfirepower.com/countries-listing.php Kajian yang dibuat oleh Universiti Warsaw pada tahun 2020 meletakkan Israel di tempat yang ke-29, rujuk Łukasz Kiczma dan Sułek Mirosław. “National power rankings of countries 2020.” Oficyna Wydawnicza ASPRA-JR, Warszawa (2020).

[3] Saskia O’Donoghue. Israel-Hamas war: Death toll surpasses 15,000 and new truce deemed ‘unlikely’ as talks break down. Euro News, 02 Disember 2023. Pautan: https://www.euronews.com/2023/12/02/israel-hamas-war-israeli-bombing-of-gaza-intensifies-as-truce-comes-to-an-end

[4] Hubungan antarabangsa Israel terjejas teruk hasil dari pembersihan etnik kejam yang dilakukan mereka pada bulan Oktober 2023. Antara negara awal yang memutuskan hubungan dengan Israel adalah Bolivia, manakala negara-negara yang menarik semula duta mereka termasuklah Chile, Colombia, Jordan, Turki, Chad, dan Afrika Selatan. Rujuk tulisan Syed Ahmad Fathi. “Kesan Jenayah Yang Dilakukan Oleh Israel Pada Perang Oktober 2023 Di Gaza Terhadap Hubungan Diplomatiknya Dengan Negara-Negara Lain.”. Kajian Hubungan Antarabangsa, 2023.

[5] Ucapan Lloyd Austin ini adalah semasa Reagan National Defense Forum di Simi Valley, California. Rujuk Lauren Irwin. “Israel risks ‘strategic defeat’ if civilians aren’t protected, Pentagon chief says”. The Hill, 02 Disember 2023. Pautan: https://thehill.com/policy/defense/4339335-lloyd-austin-israel-risks-defeat-if-civilians-not-protected/

[6] Antara jenis senjata yang dibekalkan adalah 5,000 MK82, 5,400 MK84 2,000-pound warhead, 1,000 GBU-39, dan 3,000 JDAM. Laporan penuh perihal senjata yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Israel boleh dirujuk dalam tulisan Kyle Anzalone, “US Sent Israel 15,000 Bombs Since October 7”, Anti War, 01 Disember 2023. Pautan: https://news.antiwar.com/2023/12/01/us-sent-israel-15000-bombs-since-october-7/

[7] Untuk memahami reaksi awal rakyat Amerika Syarikat terhadap perang pembersihan etnik yang dilakukan regim zionis yang rasis ke atas rakyat awam di Gaza, rujuk Syed Ahmad Fathi, “Kesan Jenayah Yang Dilakukan Oleh Israel Pada Perang Oktober 2023 Di Gaza Terhadap Hubungan Diplomatiknya Dengan Negara-Negara Lain.”. Kajian Hubungan Antarabangsa, 2023.

[8] Syed Ahmad Fathi. “Josh Paul Meletakkan Jawatan Kerana Tidak Mahu Amerika Syarikat Menghantar Senjata Ke Israel Bagi Membunuh Rakyat Gaza.” Isu Semasa, 2023.

[9] Ibid.

[10] Antara individu lain yang disenaraikan dalam senarai yahudi paling berpengaruh oleh The Jerusalem Post termasuklah Janet Yellen, Setiausaha Pembendaharaan Amerika Syarikat, dan Mark Zuckerberg, CEO Meta yang memiliki Facebook, rujuk artikel “Anthony Blinken 3rd most influential Jew in the World, Zelensky dropped from the list”, Helsinki Times, 26 Oktober 2023. Pautan: https://www.helsinkitimes.fi/world-int/24380-anthony-blinken-3rd-most-influential-jew-in-the-world-zelensky-dropped-from-the-list.html

[11] Myah Ward. “Swing-state Muslim leaders launch campaign to ‘abandon’ Biden in 2024”. Politico, 02 Disember 2023. Pautan: https://www.politico.com/news/2023/12/02/swing-state-muslim-leaders-biden-00129758

[12] Umar A Farooq. “Muslim leaders in key US swing states launch ‘Abandon Biden’ campaign for 2024 election”. Middle East Eye, 04 Disember 2023. Pautan: https://www.middleeasteye.net/news/muslim-leaders-key-us-swing-states-launch-abandon-biden-campaign-2024-election

[13] Menurut laman web Canary Mission mereka mahu mendokumentasikan kebencian yang dilakukan oleh aktivis anti-Israel. Mereka juga mengatakan bahawa kempen Boycott, Divestment, and Sanction yang ditujukan kepada Israel sebagai anti-semitik. Rujuk web mereka di pautan: https://canarymission.org/about

[14] Untuk mengelakkan tindak balas, Canary Mission melakukan kerja fitnahnya secara anonymous, ia bergerak di belakang tabir dengan menyerang dan membuli aktivis-aktivis Palestin. Rujuk Alice Rothchild. “Cyber Bullies at Canary Mission Muzzle Free Speech”. Washington Report on Middle East Affairs, 06 Disember 2019. Pautan: https://www.wrmea.org/2020-january-february/cyber-bullies-at-canary-mission-muzzle-free-speech.html

[15] Walaupun Canary Mission cuba untuk merahsiakan organisasinya di belakang tabir. Terdapat usaha-usaha untuk menjejaki identiti mereka. Rujuk siasatan yang dibuat oleh Josh Nathan-Kazis. “REVEALED: Canary Mission Blacklist Is Secretly Bankrolled By Major Jewish Federation”. Forward, 03 Oktober 2018. Pautan: https://forward.com/news/411355/revealed-canary-mission-blacklist-is-secretly-bankrolled-by-major-jewish/

[16] Surat yang ditulis oleh Erwin Chemerinsky kepada komuniti undang-undang. Rujuk “Dean’s Statement: Condemning Canary Mission”. Bekeley Law, 01 Jun 2023. Pautan: https://www.law.berkeley.edu/article/deans-statement-canary-mission/

[17] Akaun Twitter Stop Zionist Hate boleh dirujuk di pautan https://twitter.com/StopZionistHate . Manakala kenyataan mereka berjaya menyerang zionis dan melawan akaun Stop Antisemites boleh dirujuk di pautan https://twitter.com/StopZionistHate/status/1723847691363377455

Kesan-Perang-Pembersihan-Etnik-di-Gaza-Pada-Oktober-2023Download
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Politik Tagged With: amerika syarikat, gaza, genocide joe, israel, palestin

Kesan Jenayah Yang Dilakukan Oleh Israel Pada Perang Oktober 2023 di Gaza Terhadap Hubungan Diplomatiknya Dengan Negara-Negara Lain

November 11, 2023 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Kekejaman ke atas bangsa Palestin bermula pada tahun 1947-1948 apabila militia-militia Zionis mula membakar kampung-kampung dan mengusir penduduk Palestin. Sebanyak 418 kampung Palestin telah dibakar dan dihancurkan oleh militia Zionis.[1] Di atas kemusnahan kampung-kampung inilah Israel ditubuhkan. Sejak dari itu, perang Israel ke atas bangsa Palestin tidak pernah berhenti. Kekejaman, pembunuhan beramai-ramai, peperangan, pengusiran, kolonialisasi, dan pelbagai jenayah lain terus dilaksanakan oleh Israel ke atas penduduk Palestin sehinggalah ke tahun 2023. Dari kekejaman Israel ini lahirlah pelbagai bentuk gerakan perjuangan pembebasan dalam kalangan rakyat Palestin. Hari ini, mungkin gerakan Islam Hamas lebih dikenali sebagai gerakan perjuangan pembebasan Palestin, namun sebenarnya terdapat gerakan-gerakan lain termasuklah dari gerakan kiri yang memperjuangkan pembebasan Palestin.[2] Pada 07 Oktober 2023, Hamas yang merupakan salah satu gerakan pembebasan Palestin telah melancarkan serangan ke atas Israel melalui laut, darat, dan udara.[3] Oleh kerana tidak mampu mengalahkan Hamas, tentera Zionis Israel telah mengebom penduduk awam di Gaza. Pengeboman Israel ke atas penduduk awam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak ini telah mendapat kecaman dunia. Penulisan ini akan melihat bagaimana jenayah Israel ke atas Palestin terutamanya pada Perang Oktober 2023 mempengaruhi hubungan diplomatik Israel dengan negara-negara lain.

Pemutusan Hubungan Diplomatik Dan Penarikan Duta Negara

Negara pertama yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan keganasan yang dilakukan di Gaza pada Oktober 2023 adalah Bolivia. Pada 31 Oktober 2023, Timbalan Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani berkata tindakan tersebut dilakukan sebagai penolakan dan kecaman terhadap tindakan agresif dan keterlaluan oleh tentera Israel di Gaza.

Tekanan diplomatik ke atas Israel ini diikuti oleh negara Chile apabila presidennya, Gabriel Boric telah memanggil semula dutanya dari Tel Aviv pada 31 Oktober 2023. Menurut Boric apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza adalah pelanggaran kepada Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa yang tidak boleh diterima. Boric mengecam tindakan tentera Israel yang telah melakukan serangan dan hukuman kolektif terhadap penduduk Gaza.

Selepas Chile, negara lain yang memanggil semula duta mereka adalah Colombia. Presiden Gustavo Petro mengumumkan penarikan semula duta Colombia. Menurut beliau, Colombia tidak boleh terus bersama Israel jika mereka tidak menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di Palestin.[4]

Negara Arab pertama yang memanggil semula duta mereka dari Israel adalah Jordan. Sejak tahun 1994, Jordan telah mengikat perjanjian damai dengan Israel. Pada 01 November 2023, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi telah memanggil semula dutanya sebagai kecaman kepada pembunuhan penduduk awam di Gaza.[5] Selepas Jordan, Bahrain menjadi negara Arab kedua yang mengambil tindakan diplomatik. Pada 02 November 2023, Parlimen Bahrain dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa mereka telah memanggil pulang duta mereka dan memutuskan semua hubungan ekonomi dengan Israel. Duta Israel di Bahrain juga telah dihalau keluar. Bahrain menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel bermula pada tahun 2020 dalam siri perjanjian yang dikenali sebagai Abrahamic Accords.[6]

Negara Amerika Latin selepas Bolivia, Chile, dan Colombia yang mengenakan tindakan diplomatik ke atas Israel adalah Honduras. Pada 03 November 2023, Honduras telah memanggil semula dutanya, Roberto Martinez untuk mengadakan konsultasi dengan Presiden Xiomara Castro di Tegucigalpa perihal situasi kemanusiaan yang merungsingkan di Gaza yang berlaku pada penduduk Palestin.[7]

Pada 04 November 2023, Turki telah menarik semula dutanya dari Israel kerana keengganan Israel untuk menghentikan keganasannya di Gaza. Menurut kenyataan Menteri Luar Turki, dutanya Sakir Ozkan Torunlar telah dipanggil pulang atas tragedi kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel di Gaza. Walaubagaimanapun, menurut Presiden Erdogan, pemutusan hubungan diplomatik sepenuhnya tidak dapat dilakukan.[8] Pada tarikh yang sama, Chad juga telah memanggil semula diplomatnya dari Israel. Dalam kenyataan Menteri Luar Chad, pegawai chargé d’affaires mereka di Israel telah dipanggil pulang. Chad dalam kenyataannya mengutuk pembunuhan orang awam yang tidak bersalah oleh Israel.[9]

Negara seterusnya yang memanggil semula duta dan misi diplomatik di Israel adalah Afrika Selatan. Kerajaan Afrika Selatan mengecam keras pengeboman Israel terhadap penduduk awam di Gaza sebagai satu jenayah “genocide”, iaitu satu usaha pembersihan etnik. Presidennya Khumbudzo Ntshavheni telah mengambil keputusan untuk memanggil semula semua diplomatnya dari Israel, beliau juga memberi amaran kepada duta Israel di Afrika Selatan atas tindak tanduknya. Sementara itu, rakyat Afrika Selatan telah berdemonstrasi di kedutaan Amerika Syarikat dan Israel di Pretoria dan Cape Town dan mendesak duta Israel diusir keluar dari Afrika Selatan.[10]

Gusar dengan keadaan ini, di mana Israel semakin hari semakin dipulau oleh negara-negara di seluruh dunia, perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengumpulkan dan memanggil semua duta-duta negara luar di Israel pada 06 November 2023 di Tel Aviv. Netanyahu merayu agar negara-negara lain bersama-sama dengannya menyokong Israel.[11] Semasa ucapan Netanyahu mengajak dunia bersama Israel, mereka telah berjaya membunuh penduduk Palestin secara beramai-ramai. Menurut data dari Menteri Kesihatan di Gaza, pada 07 November 2023, Israel telah berjaya membunuh 10,022 orang manusia, dari angka ini 4,100 adalah kanak-kanak yang tidak berdosa.[12]

Pudarnya Sokongan Terhadap Israel di Amerika Syarikat

Perang yang dilancarkan kepada Gaza tidak boleh difahami sebagai hanya perang oleh Israel terhadap penduduk Palestin. Perang ini sebenarnya merupakan perang oleh Amerika Syarikat terhadap Palestin. Apabila perang Oktober 2023 bermula, Amerika Syarikat menghantar bom dan senjata setiap hari ke Israel. Menurut jurucakap Amerika Syarikat di Pentagon, Sabrina Singh, Amerika Syarikat tidak meletakkan apa-apa syarat ke atas senjata ini dan terpulang kepada tentera penjajahan Israel untuk menggunakannya sesuka hati mereka.[13] Sokongan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya terutamanya Eropah tidaklah menghairankan. Kerana Israel merupakan satu projek kolonial Eropah, oleh itu orang-orang Eropah merasakan Israel itu sebahagian dari mereka dan perlu dipertahankan. Namun pemikiran sempit kolonial ini sudah ketinggalan zaman, ia ditolak oleh keseluruhan dunia, bahkan rakyat di negara-negara Eropah sendiri menolaknya.

Di Amerika Syarikat sendiri, rakyat Amerika Syarikat telah berdemonstrasi secara luar biasa menolak sokongan Presiden Joe Biden kepada Israel. Pada 04 November 2023, seramai lebih 10,000 rakyat Amerika Syarikat telah berdemonstrasi di Freedom Plaza, Washington mendesak Presiden Joe Biden segera melakukan genjatan senjata dan menghentikan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan ke atas kanak-kanak Palestin di Gaza. Presiden Joe Biden telah digelar dengan nama barunya iaitu “Genocide Joe”, yang membawa maksud Joe si pembunuh beramai-ramai. Demonstran telah bersorak:

“Biden, Biden, you can’t hide! We charge you with genocide!”

“Hey hey! Ho ho! Genocide Joe has got to go!”[14]

Selain Washington, demonstrasi turut meletus di pelbagai ceruk di Amerika Syarikat. Di New York, ratusan demonstran dari gerakan Jewish Voice for Peace telah mengadakan demonstrasi di kawasan ikonik Statue of Liberty pada 06 November 2023 bagi menuntut genjatan senjata serta merta.[15] Mereka juga telah berdemonstrasi di Grand Central, New York pada 27 Oktober 2023 di mana peristiwa ini menyaksikan 350 orang aktivis mereka ditahan. Para aktivis membawa sepanduk “ceasefire now” dan “let Gaza live”.[16]

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza yang bermula pada Oktober 2023 juga menyaksikan pertembungan sengit antara solidariti Palestin melawan simpatisan apartheid Israel di kampus-kampus pengajian tinggi di Amerika Syarikat. Ratusan pelajar berdemonstrasi di Universiti Columbia, New York bagi menyatakan solidariti kepada Palestin dan mendesak agar penjajahan Israel ditamatkan.[17] Di Universiti Havard, 34 persatuan pelajar telah mengeluarkan kenyataan menyokong Palestin dan mengecam polisi rasisme apartheid yang diamalkan oleh Israel.[18]

Kerajaan Amerika Syarikat yang diperintah oleh Parti Demokrat yang diketuai “Genocide Joe” juga menghadapi masalah dari sudut politik. Ini kerana pakatan mereka bergantung kepada undi yang signifikan dari masyarakat Amerika berketurunan Arab. Sokongan masyarakat Arab Amerika terhadap “Genocide Joe” turun kepada hanya 29% pada tahun 2023 berbanding dari 74% pada tahun 2020 menurut Institut Arab Amerika. Penurunan ini disebabkan kekecewaan mereka terhadap polisi Joe Biden yang menyokong pembunuhan beramai-ramai Israel ke atas Gaza. Populasi Arab di Amerika Syarikat berjumlah 3.7 juta orang, dan undi mereka akan mempengaruhi kawasan-kawasan yang dipanggil “swing states” seperti Michigan, Ohio, dan Pennsylvania. Jika dikira bersama populasi Muslim di Amerika Syarikat, jumlah mereka adalah sekitar 7 juta orang. Jika situasi ini berterusan, “Genocide Joe” dijangka akan kalah teruk dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada 05 November 2024.[19]

Sokongan terhadap “Genocide Joe” bukan hanya menurun dikalangan bakal pengundinya. Malah terdapat pegawai-pegawai dalam pentadbirannya sendiri yang juga tidak menyokong polisi ketenteraan Amerika Syarikat kepada Israel. Pada peringkat awal perang, apabila Amerika Syarikat bersetuju menghantar senjata kepada Israel, Josh Paul yang merupakan direktor di Biro Hal Politik-Ketenteraan di Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meletakkan jawatan sebagai protes. Menurut beliau tiada perbincangan yang menyeluruh dilakukan sebelum kerajaan memutuskan untuk menghantar senjata ke Israel. Hal ini berbeza dengan kes-kes lain di mana ada perbincangan menyeluruh sebelum senjata dibekalkan kepada negara luar.[20] Sebanyak lebih 1,000 pegawai yang bertugas di dalam Agensi Bantuan Kemanusiaan Amerika Syarikat (USAID) menandatangan gesaan agar genjatan senjata segera dilaksanakan. Mereka menuntut Israel diheret ke muka pengadilan dan penjajahan Israel ditamatkan.[21]

Dalam satu memo yang dibocorkan, diplomat Amerika Syarikat sendiri telah mengkritik pentadbiran “Genocide Joe” atas sokongan tidak berasas yang diberikan kepada Israel. Mereka mengutuk serangan kejam Israel ke atas Palestin.[22] Ini menunjukkan bahawa kepudaran sokongan terhadap Israel di Amerika Syarikat sebenarnya lebih besar dari apa yang disangkakan. Ini dapat dilihat dalam kalangan sentimen rakyat, pengundi, dan juga bibit-bibit kritikan yang mula keluar dari pegawai pentadbiran Amerika Syarikat sendiri. Suara rakyat Palestin juga kini sudah memasuki dewan-dewan kuasa di Amerika Syarikat. Walaupun suara mereka masih kecil jika dibandingkan dengan suara pro-Israel yang lebih kuat hasil dari lobi gerakan seperti AIPAC, ini merupakan satu perkembangan positif yang melihatkan sudah ada sedikit perubahan dalam dewan-dewan kuasa. Suara Palestin di US House of Representatives dibawa oleh Rashida Tlaib yang mewakili Michigan. Suara beliau sangat ditakuti sehingga dewan di Amerika Syarikat pada 07 November 2023 meluluskan usul agar beliau dikecam (censure).[23] Kecaman ini hanya membuktikan bahawa lobi pro-Israel di Amerika Syarikat mula kehilangan pengaruh, suara-suara Palestin yang tumbuh terpaksa dihalang dengan kuasa. Namun ini hanya akan menyebabkan orang mula bersimpati dengan Palestin, mereka akan melihat bagaimana kuasa digunakan untuk menutup jenayah perang. Situasi ini hanya akan menyebabkan suara Palestin semakin kuat dan berkembang. Lebih kuat kuasa yang menindasnya, maka lebih kuat reaksi penentangan akan berlangsung.

Reaksi Negara-Negara Lain Ke Atas Israel

Selain tindakan diplomatik yang jelas seperti pemutusan hubungan dan penarikan duta. Jenayah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel kepada Gaza turut mendapat reaksi dari negara-negara dunia. Tindakan ketenteraan Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza mendapat sokongan yang kuat dari Amerika Syarikat. Amerika bukan sahaja membekalkan senjata kepada Israel, tetapi memberikan perlindungan diplomatik kepada Israel dalam forum antarabangsa. Amerika Syarikat menolak sebarang usaha genjatan senjata bagi membenarkan Israel terus membunuh kanak-kanak di Gaza.[24] “Genocide Joe” malah meminta tambahan 14.3 billion Dollar dari duit cukai rakyat Amerika Syarikat untuk membantu Israel membunuh rakyat Gaza.[25] 

Namun sokongan Amerika Syarikat ini mula menampakkan tentangan dari beberapa negara Barat yang secara tradisinya menyokong dan bersekutu dengan Amerika Syarikat. Parlimen Wales sebagai contoh telah mengutuk serangan di Gaza dan mendesak agar genjatan senjata segera dibuat.[26] Desakan ini bertentangan dengan posisi Amerika Syarikat yang mahukan Israel terus membunuh rakyat Palestin.

Menteri Hak Sosial Sepanyol, Ione Belarra menggesa Israel dikenakan sekatan (sanction) atas jenayah pembunuhan beramai-ramai terancang (planned genocide) yang dilaksanakannya.[27] Gesaan Belarra ini diikuti dengan gesaan yang sama oleh Timbalan Perdana Menteri Belanda, Petra De Sutter. Beliau menggesa sekatan dikenakan ke atas Israel dan siasatan hendaklah dijalankan atas tindakan Israel mengebom hospital dan kem pelarian. Menurut De Sutter pengeboman Israel ini tidak berperikemanusiaan dan jelas Israel tidak peduli gesaan masyarakat antarabangsa yang mahukan genjatan senjata segera dilaksanakan.[28] Malah sokongan Israel semakin merosot hingga Belgium dan beberapa negara Eropah lain sedang mempertimbangkan dasar untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.[29]

Walaupun pada mulanya, sekutu-sekutu Amerika Syarikat di Barat, sama-sama berkokok bahawa “Israel has the right to defend itself”, konsensus ini semakin lama semakin goyah. Imej kematian kanak-kanak yang keluar telah memuncakkan perasaan penduduk dunia. Protes besar-besaran berlangsung di bandar-bandar besar Eropah. Konsensus ini akhirnya pecah apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada 11 November 2023 berkata dalam satu temu ramah bahawa “Israel perlu berhenti membunuh bayi dan perempuan”. Macron menyatakan bahawa pembunuhan yang dilakukan Israel tidak dapat dijustifikasikan dan beliau menggesa segera dilakukan genjatan senjata. Seruan ini bertentangan dengan posisi “Genocide Joe” yang mahukan Israel meneruskan kekejaman penjajahannya. Di sini kita melihat, sekutu Amerika Syarikat sendiri sudah tidak dapat bertahan dengan tekanan domestik dan antarabangsa. Ini akan membawa kepada isolasi Israel dan Amerika Syarikat secara keseluruhan di arena antarabangsa.[30]

Israel Merasai Tekanan Antarabangsa

Semua tekanan antarabangsa ini dirasai oleh Israel, dalam satu analisis yang ditulis oleh Amos Harel dalam Haaretz pada 09 November 2023, beliau menyatakan bahawa penjajahan Israel ke atas Gaza pada Perang Oktober 2023 perlu berlumba dengan tekanan masyarakat antarabangsa. Hamas menurut beliau, melihat kepada mobilisasi Israel secara besar-besaran memilih strategi menunggu di dalam terowong mereka.[31] Strategi Hamas ini ada logiknya kerana mereka akan mempunyai kelebihan dalam perang jangka masa panjang. Selain tekanan antarabangsa yang kian memuncak semakin lama Israel meneruskan penjajahan, Israel juga mengalami tekanan ekonomi. Anggaran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan Israel, kos peperangan dijangka berjumlah 200 billion Shekels bersamaan dengan 51 billion Dollar. Anggaran ini dibuat dengan anggapan perang tidak melebihi 1 tahun dan perang tidak merebak ke kawasan-kawasan lain.[32]

Selain dari tekanan antarabangsa dan ekonomi, Israel juga berhadapan dengan tekanan domestik. Angka kematian yang ramai akan menyebabkan perang yang dilancarkan oleh Israel semakin tidak popular dikalangan rakyatnya sendiri. Berbanding dengan peperangan pada tahun 2014, perang yang bermula pada Oktober 2023 menyaksikan korban tentera Israel naik mendadak sebanyak dua kali ganda. 67 tentera Israel mati semasa perang 2014 yang berlangsung selama 7 minggu. Manakala pada Perang Oktober 2023, Israel merekodkan kematian 26 tentera hanya dalam masa satu minggu.[33] Angka ini bagaimanapun tidak tepat sepenuhnya kerana Israel tidak mengesahkan banyak kematian, angka sebenar kemungkinan jauh lebih tinggi. Pada 10 November 2023, angka kematian tentera penjajahan Israel yang diumumkan meningkat kepada 38 orang.[34] Peningkatan angka kematian tentera setiap hari akan memberi tekanan domestik kepada Israel untuk menghentikan penjajahan di Gaza.

Rumusan

Menurut John Mearsheimer, Israel tidak mungkin akan dapat mengalahkan Hamas.[35] Perang gerila menggunakan terowong akan memberikan banyak kelebihan pada Hamas, dan menatijahkan korban yang sangat banyak kepada tentera Israel. Sekali pun Israel berjaya memusnahkan kebolehan ketenteraan Hamas, mereka tidak akan dapat menghapuskan Hamas kerana Hamas adalah idea pembebasan. Penghapusan Hamas hanya akan melahirkan Hamas 2.0 dan seterusnya. Ia tidak akan berhenti sehingga penjajahan terhenti dan hak mereka dikembalikan. Penulisan ini telah meninjau bagaimana pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza memberikan implikasi buruk pada Israel di dalam arena diplomasi antarabangsa. Sokongan terhadap Israel oleh sekutu tradisi mereka iaitu Amerika Syarikat juga semakin hari semakin terhakis. Tanpa Amerika Syarikat, Israel akan jatuh dengan cepat seperti mana runtuhnya kerajaan boneka di Afghanistan dalam hanya beberapa jam selepas Amerika Syarikat meninggalkannya. Israel akan semakin terisolasi dan hilang sekutu-sekutu tradisi mereka. Dari analisa ini, dapatlah kita fahami bahawa kejatuhan Israel itu pasti. Cuma yang belum pasti adalah garis masa tentang bila ia akan berakhir.

Nota: Tulisan ini diterbitkan pada 11 November 2023. Pada ketika ini perang antara Hamas dan Israel masih berterusan dan memasuki hari yang ke-35. Setakat artikel ini ditulis, perang ini masih berlangsung dan pastilah banyak lagi perkara yang akan terjadi dan tidak dimuatkan dalam penulisan kali ini. Data-data harian seperti jumlah rakyat Palestin yang dibunuh Israel dan juga jumlah askar Israel yang terbunuh dalam pertempuran pasti akan meningkat setiap hari.


[1] Walid Khalidi. All That Remains: The Palestinian Villages Occupied and Depopulated by Israel in 1948. Berkeley: University of California Press, 1991. Senarai 418 kampung yang dimusnahkan oleh militia Zionis boleh dilihat di laman web Palestine-Israel Journal. Pautan: https://pij.org/articles/224/the-418-destroyed-villages-of-palestine

[2] Syed Ahmad Fathi. “Perjuangan Palestin Daripada Sisi Golongan Kiri.” Neo-Melayu, 2021.

[3] Muhammad Fauzi Asmuni. “Taufan Al-Aqsa: Perubahan Kedudukan Kuasa Palestin-Israel”. ISMA, 09 Oktober 2023. Pautan: https://isma.org.my/taufan-al-aqsa-perubahan-kedudukan-kuasa-palestin-israel/

[4] Antoinette Radford. “Bolivia severs diplomatic ties with Israel over Gaza war”. BBC, 01 November 2023. Pautan: https://www.bbc.com/news/world-latin-america-67281584

[5] “Jordan recalls ambassador to Israel to protest Gaza ‘catastrophe’.” Aljazeera, 01 November 2023. Pautan: https://www.aljazeera.com/news/2023/11/1/jordan-recalls-ambassador-to-israel-to-protest-gaza-catastrophe

[6] Sneha Swaminathan. “After Jordan, Bahrain recalls ambassador to Israel, cuts economic ties”. WION, 02 November 2023. Pautan: https://www.wionews.com/world/after-jordan-bahrain-recalls-ambassador-to-israel-cuts-economic-ties-654405

[7] “Honduras recalls ambassador to Israel, following Chile and Colombia’s lead” Buenos Aires Herald, 03 November 2023. Pautan: https://buenosairesherald.com/world/international-relations/honduras-recalls-ambassador-to-israel-following-chile-and-colombias-lead

[8] Brian Bushard. “Turkey Latest Pulling Ambassador From Israel — Joining These 6 Other Countries”. Forbes, 04 November 2023. Pautan: https://www.forbes.com/sites/brianbushard/2023/11/04/turkey-latest-pulling-ambassador-from-israel—joining-these-6-other-countries/?sh=69e4848411b1

[9] David McKenzie, Sarah Dean, Joseph Ataman and Maya Szaniecki. “South Africa and Chad recall diplomats from Israel”. CNN, 06 November 2023.

[10] Mogomotsi Magome. “South Africa recalls ambassador and diplomatic mission to Israel and accuses it of genocide in Gaza”. AP News, 06 November 2023. Pautan: https://apnews.com/article/south-africa-israel-palestine-diplomats-withdraw-7a1a0ab8524a8d35fa05c1215766853c

[11] “WATCH: Netanyahu to foreign ambassadors: ‘There is no substitute for victory. We will defeat Hamas. We will dismantle Hamas.’” All Israel News, 06 November 2023. Pautan: https://allisrael.com/netanyahu-to-foreign-ambassadors-there-is-no-substitute-for-victory-we-will-defeat-hamas-we-will-dismantle-hamas

[12] Najib Jobain, Jack Jeffery and Lee Keath. “Israeli forces cut off north Gaza to isolate Hamas as an advance on the urban center looms”. AP News, 06 November 2023. Pautan: https://apnews.com/article/israel-hamas-war-news-11-6-2023-51286d15dddd77ae0dd7ea76ee52bc71

[13] “Pentagon says US sending almost daily weapons shipments to Israel” The Times of Israel, 30 Oktober 2023. Pautan: https://www.timesofisrael.com/liveblog_entry/pentagon-says-us-sending-almost-daily-weapons-shipments-to-israel/?fbclid=IwAR27FZwLNCj3y82nIQzgIv5iNbGzfAWZsT15wW79Ik9sN2K-tK9XOda3Sjg

[14] Jack Crosbie. “‘Genocide Joe’: Massive D.C. Cease-Fire Protest Directs Its Rage at Biden”. Rolling Stone, 05 November 2023. Pautan: https://www.rollingstone.com/politics/politics-features/palestine-protest-dc-directs-rage-joe-biden-1234870593/

[15] “JVP took over the Statue of Liberty to demand a ceasefire”. Jewish Voice for Peace, 07 November 2023. Pautan: https://www.jewishvoiceforpeace.org/2023/11/07/wire-statue-of-liberty/

[16] “Shut it down: JVP’s Grand Central action demanding ceasefire generated wall-to-wall coverage”. Jewish Voice for Peace, 30 Oktober 2023. Pautan: https://www.jewishvoiceforpeace.org/2023/10/30/shut-it-down-grand-central-coverage/

[17] Kayla Epstein. “Israel and Gaza on campus: Tumult at US colleges as two sides dig in”. BBC, 16 Oktober 2023. Pautan: https://www.bbc.com/news/world-us-canada-67114291

[18] “Harvard students blame ‘apartheid regime’ for Israel-Gaza war, alumni react”. Aljazeera, 10 Oktober 2023. Pautan: https://www.aljazeera.com/news/2023/10/10/harvard-students-blame-apartheid-regime-for-israel-gaza-war-alumni-react

[19] Darren Lyn. “Crisis for US Democrats as Arab American voters ditch Gaza ‘genocide accomplice’ Biden”. Anadolu Agency, 06 November 2023. Pautan: https://www.aa.com.tr/en/americas/crisis-for-us-democrats-as-arab-american-voters-ditch-gaza-genocide-accomplice-biden/3045299#

[20] Syed Ahmad Fathi. “Josh Paul Meletakkan Jawatan Kerana Tidak Mahu Amerika Syarikat Menghantar Senjata Ke Israel Bagi Membunuh Rakyat Gaza.” Isu Semasa, 2023.

[21] Ali Harb. More than 1,000 USAID employees sign letter backing Israel-Gaza ceasefire. Aljazeera, 08 November 2023. Pautan: https://www.aljazeera.com/news/2023/11/8/more-than-1000-usaid-employees-sign-letter-backing-gaza-ceasefire

[22] “New leaked memo sees US diplomats call for ceasefire in Gaza and public criticism of Israel”. The New Arab, 07 November 2023. Pautan: https://www.newarab.com/news/us-diplomats-call-gaza-ceasefire-criticism-israel

[23] Clare Foran, Melanie Zanona, Annie Grayer and Morgan Rimmer. “House passes resolution to censure Tlaib over Israel comments”. CNN, 08 November 2023. Pautan: https://edition.cnn.com/2023/11/07/politics/rashida-tlaib-censure-vote/index.html

[24] “Blinken rejects push by Arab states for immediate Gaza ceasefire”. Aljazeera, 05 November 2023. Pautan: https://www.aljazeera.com/program/newsfeed/2023/11/5/blinken-rejects-push-by-arab-states-for-immediate-gaza-ceasefire

[25] Farrah Hassen. “Americans Want A Ceasefire. It’s Our Politicians Who Are Out Of Touch”. Foreign Policy in Focus. 08 November 2023. Pautan: https://fpif.org/americans-want-a-ceasefire-its-our-politicians-who-are-out-of-touch/

[26] David Deans. “Gaza: Welsh Parliament calls for ceasefire”. BBC, 09 November 2023. Pautan: https://www.bbc.com/news/uk-wales-politics-67357824

[27] Graham Keeley. “Spain’s Ione Belarra: Israel must end ‘genocide’ of Palestinians in Gaza”. Aljazeera, 08 November 2023. Pautan: https://www.aljazeera.com/news/2023/11/8/deafening-silence-spanish-minister-calls-on-europe-to-sanction-israel

[28] “Belgium wants sanctions against Israel for Gaza bombings – deputy PM”. Middle East Monitor, 08 November 2023. Pautan: https://www.middleeastmonitor.com/20231108-belgium-wants-sanctions-against-israel-for-gaza-bombings-deputy-pm/

[29] Safaa Kasraoui. “Belgium Considers Recognizing State of Palestine, Vows Sanctions Against Israel”. Morocco World News, 09 November 2023. Pautan: https://www.moroccoworldnews.com/2023/11/358862/belgium-considers-recognizing-state-of-palestine-vows-sanctions-against-israel

[30] “Macron calls on Israel to stop killing Gaza’s women and babies”. BBC, 11 November 2023. Pautan: https://www.bbc.com/news/world-europe-67356581

[31] Amos Harel. “As Israeli Troops Push Into Gaza City, the International Clock Is Ticking”. Haaretz, 09 November 2023. Pautan: https://www.haaretz.com/israel-news/2023-11-09/ty-article/.premium/as-israeli-troops-push-into-gaza-city-the-international-clock-is-ticking/0000018b-b089-df42-a78f-bdcb20530000

[32] Abdel Ra’ouf Arnaot. Initial cost of Gaza war for Israel amounts to $51B: Report. Anadolu Agency. 05 November 2023. Pautan: https://www.aa.com.tr/en/middle-east/initial-cost-of-gaza-war-for-israel-amounts-to-51b-report/3044401

[33] Hamas Has Deadlier Weapons Than the Last Time Israel Invaded Gaza. The Wall Street Journal, 06 November 2023. Pautan: https://www.wsj.com/livecoverage/israel-hamas-war-gaza-strip-2023-11-04/card/hamas-has-deadlier-weapons-than-the-last-time-israel-invaded-gaza-Ee1MMVvCFa4SCEQIMOK0?fbclid=IwAR1SlWdMhAMYUehls5N_g5MoWbCjQDNl5qZneOJ-wKDqSQlJg4pxRj8qiqc

[34] Abdelraouf Arna’out. Another Israeli soldier killed in Gaza brings death toll since start of ground operation to 38. Anadolu Ajansi, 10 November 2023. Pautan: https://www.aa.com.tr/en/middle-east/another-israeli-soldier-killed-in-gaza-brings-death-toll-since-start-of-ground-operation-to-38/3049461

[35] Syed Ahmad Fathi. “Israel Tidak Mungkin Akan Berjaya Menghapuskan Hamas Melalui Perang Darat Menurut John Mearsheimer.” Isu Semasa, 2023.

Kesan-Jenayah-Perang-Yang-Dilakukan-Oleh-Isarel-di-Gaza-Terhadap-Hubungan-Diplomatiknya-Dengan-Negara-Download
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: amerikasyarikat, gaza, hamas, hubungan antarabangsa, hubungan diplomatik, idf, israel, palestin

Propaganda Kolonial Dalam Dunia Pasca-Kolonial

May 13, 2022 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Antara buku awal yang saya tekuni perihal propaganda dan manipulasi media adalah buku tulisan Herman dan Chomsky berjudul Manufacturing Consent, naskah milik saya direka agar pembaca dapat melihat tajuk tersebut dengan dua makna, makna lain boleh dilihat sebagai “manufacturing content”. Buku tersebut adalah analisa Herman dan Chomsky perihal tingkah laku media perdana Amerika yang dianggap “bebas” dalam mempertahankan kekejaman dan kejahatan yang dilakukan kerajaan mereka terutamanya semasa perang di Indo-China. Menurut Herman dan Chomsky, media-media ini tidaklah bebas seperti yang disangka, sebaliknya mereka menjadi alat propaganda kerajaan, bukan alat untuk memberi kebenaran pada masyarakat. Antara yang dibahaskan adalah penggunaan perkataan, pemilihan ayat, dan bagaimana ia dapat digunakan dalam menyampaikan berita yang mempunyai isi yang sama dengan impresi dan naratif yang berbeza.


Hari ini kita melihat pelbagai wacana yang ingin membebaskan masyarakat secara keseluruhannya dari cengkaman kolonialisma. Walaupun negara kita sudah pun bebas dari menjadi sebuah tanah koloni British, banyak pemikir yang beranggapan banyak lagi kesan-kesan kolonial yang wujud dalam masyarakat di negara kita. Contohnya bagaimana sejarah negara sendiri ditulis, kebanyakannya memfokuskan apa yang berlaku semasa penjajahan British dan apa yang British buat semasa mereka menduduki Malaya. Walhal sejarah tanah air jauh lebih panjang sebelum kedatangan British. Dari lensa ini banyak pemikir yang merasakan sejarah kita terlalu memfokus pada sejarah kolonial, sepatutnya fokusnya adalah pada sejarah tanah air. Kolonial British bagi mereka selayaknya dilayan sebagai titik kecil sahaja dalam lautan sejarah kita yang lebih luas.


Tetapi sebenarnya, dunia hari ini masih belum bebas sepenuhnya dari kolonialisma. Walaupun sering kita bawakan wacana pasca-kolonialisma, ada negara yang masih bergelut dengan kolonialisma sehingga hari ini. Antara yang paling lama, brutal, dan komprehensif didokumentasikan adalah settler-colonialism yang berlaku di Palestin yang kini memasuki tahun ke-74. Bagaimana dunia yang moden, yang sering mengangkat nilai keadilan dan kemanusiaan di abad yang ke-21 ini masih wujud di dalamnya kolonialisma yang masih aktif? Yang sepatutnya sudah berkubur dan hanya dibaca dalam helaian-helaian kitab sejarah?


Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sistem propaganda yang efektif.


Seperti mana Herman dan Chomsky yang menganalisa kandungan media di Amerika semasa peperangan di Indo-China, saya kira media arus perdana Barat hari ini tidak kurang tingkah lakunya dalam menjadi ejen propaganda. Walaupun di dalam korpusnya ada wartawan-wartawan yang jujur. Contohnya Robert Fisk, sosok yang saya kagumi, yang meninggalkan The Times apabila ia dibeli oleh Rupert Murdoch. Ketokohan Robert Fisk ini ada saya coretkan dalam buku terbaharu saya Lalang di Lautan Ideologi. Tingkah laku media arus perdana Barat terutamanya dari Amerika banyak dikritik oleh Fisk sendiri. Tingkah laku mereka sebagai ejen propaganda begitu jelas ketika berlakunya pembunuhan keatas wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh baru-baru ini. Shireen telah ditembak tepat di kepala oleh sniper tentera kolonial Israel pada 11 Mei 2022 ketika membuat liputan keganasan tentera kolonial Israel di Kem Pelarian Jenin. Shireen pada ketika itu jelas berpakaian vest wartawan yang memaparkan perkataan “PRESS” dan juga berhelmet.


Kementerian Luar Kolonial Israel pantas mengeluarkan sebuah video bagi menimbulkan keraguan dalam pembunuhan Shireen, kononnya Shireen ditembak oleh pejuang Palestin. Walhal bukti video kejadian jelas menunjukkan Shireen berada di kawasan lain yang lebih terbuka, dan wartawan lain yang ada di tempat kejadian mengesahkan tembakan tersebut datang dari tentera kolonial Israel. Malah persatuan kemanusiaan kolonial Israel, Bt’selem sendiri mengeluarkan kenyataan mustahil peluru yang membunuh Shireen datang dari pejuang Palestin seperti propaganda yang dikeluarkan oleh video Kementerian Luar Kolonial.


Walaubagaimanapun, strategi propaganda kolonial Israel ini terbukti berkesan dan ditelan bulat-bulat oleh jaringan media perdana Barat. The Associated Press misalnya menulis “Shireen was killed in gunfire in West Bank”. Dari tulisan ini kita dapati nama penjenayah tidak disebutkan. Shireen mati ditembak, tetapi tidak diberi tahu siapa yang menembaknya? Begitu juga laporan dari The New York Times yang menulis Shireen “Dies at 51” dalam tajuk mereka. Ini lebih parah. Tidak dinyatakan terus sebab kematiannya. Adakah dia mati kerana serangan jantung semasa memancing atau terkena wabak Covid-19? Tidak ditulis dalam tajuk. Nama penjenayah tidak disebut, kerana kononnya tak dapat dipastikan siapa yang membunuh beliau. Saksi di tempat kejadian tidak diambil kira kerana pejabat Menteri Kolonial Israel tidak (mahu) mengesahkan fakta ini. Walhal, logiknya, mengapa pengesahan perlu didapatkan dari penjenayah sendiri?


Ini diulang oleh pelbagai media-media gergasi. Contohnya BBC menulis dalam tajuknya “leading Palestinian journalist shot dead”, sekali lagi, siapa yang menembak dihilangkan. Jika pun dinyatakan bahawa yang menembak adalah tentera kolonial Israel, ia ditulis dengan penuh ambiguiti dan keraguan. Contohnya, The Guardian menulis dalam tajuk berita mereka “Al Jazeera accuses Israeli forces of killing journalist in West Bank”. Beritanya bukan perihal kolonial Israel membunuh wartawan, tetapi tentera kolonial Israel “dituduh” membunuh wartawan. Jadi fokusnya bukan pada pembunuhan tapi pada “tuduhan”.


Jadi disini kita dapat melihat bagaimana kolonial Israel menggunakan propaganda dalam menutup jenayah mereka. Mereka pantas bertindak dalam memasukkan kekaburan dalam laporan rasmi mereka. Ia kemudiannya akan “dimakan” oleh media-media Barat yang menjadi penyambung lidah dan ejen propaganda buat mereka. Beginilah sebenarnya teknik dalam mengekalkan kolonialisma dalam dunia pasca-kolonialisma hari ini. Fakta-fakta perlu dikaburkan, keyakinan perlu disuntik dengan keraguan, dan media perlu digunakan sebagai alat untuk menanam didalam minda masyarakat bahawa projek kolonial mereka tidaklah seburuk yang disangka. Lebih menjengkelkan adalah negara-negara Barat yang kononnya begitu “tercerah”, inklusif, egalitarian, dan pelbagai jargon bombastik lain, dapat menerima projek kolonial ini. Kolonial Israel malah dibenarkan masuk ke dalam pesta dan temasya Eropah seperti Eurovision dan UEFA Euro Cup. Jika kita gemar membaca tulisan-tulisan Nelson Mandela yang melawan apartheid, kita seharusnya mempunyai semangat yang sama dalam menolak propaganda dan kolonial Israel yang rasis ini.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: israel, palestine, shireen abu akleh

Recent Posts

  • Strategi Perang Iran Dan Keberkesanan Serangan Peluru Berpandunya Ke Atas Pengkalan Tentera Amerika Syarikat Di Negara-Negara Teluk
  • Caste: The Origin of Our Discontents
  • Pelajaran Utama Dari Perang Amerika/Israel-Iran
  • Persediaan Menghadapi Krisis Tenaga Kesan Perang Amerika/Israel-Iran
  • Amerika Mulakan Penjajahan Ke Atas Venezuela

Archives

Copyright © 2026 The Independent Insight