The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Home
  • News
  • Politics
  • Economy
  • Technology
  • Review
    • Book Review
    • Movie Review
  • Blog
  • Podcast
  • About Us
  • Contact Us

Cabaran-Cabaran Graduan Dalam Memasuki Alam Pekerjayaan

August 22, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Dunia pekerjaan kini sudah berubah, kecanggihan teknologi hari ini membolehkan kita mencari pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan adanya platform-platform dalam talian, vacancy yang ada dalam pasaran kerja hari ini semakin mudah dilihat. Namun visibility ini datang dengan cabarannya yang tersendiri iaitu sesuatu kekosongan itu akan dimohon oleh lebih banyak calon menjadikan proses merebut sesuatu pekerjaan lebih sukar. Oleh itu anda perlu sentiasa mempunyai skil untuk meletakkan diri anda berbeza dengan calon-calon lain agar anda juga visible.

Bagi graduan yang baru mula mencari pekerjaan. Mereka biasanya tidak mempunyai pengalaman untuk meletakkan tangga gaji yang mereka inginkan juga tiada kemahiran untuk negotiate tangga gaji dengan bakal majikan. Oleh itu anda perlu sentiasa membuat kajian perihal position yang anda mohon agar tangga gaji yang anda minta realistic dengan keadaan pasaran. Anda juga perlu bersedia dengan bidang tugas yang anda perlu jalankan.

Apabila anda diterima bekerja, anda mungkin akan menyedari bahawa apa yang anda bayangkan tidak sama dengan pekerjaan yang akhirnya anda perlu lakukan. Banyak perkara-perkara yang perlu dilakukan namun tidak glamour seperti mengisi boring, menyiapkan laporan, menghadiri mesyuarat, juga menghadapi politik pejabat. Anda mungkin juga akan diarah untuk re-assignment dan melakukan kerja yang tidak sesuai dengan skill utama yang anda ada. Ini mungkin mengurangkan motivasi anda untuk bekerja.

Semasa di universiti kita mungkin mempunyai pilihan dengan siapa kita mahu bersosial dan berkawan. Tetapi alam pekerjaan mempunyai keadaan sosial yang berbeza. Kita tidak boleh memilih siapa rakan-rakan sekerja kita. Dan kita perlu menjaga hubungan dengan mereka 8 jam sehari untuk memastikan kita boleh membina karier yang baik. Disinilah masanya dimana etika profesionalisma kita akan teruji, kita perlu sentiasa mengawal diri agar tidak bersifat emosional dan sentiasa mengurus situasi dengan professional.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Blog

Apa yang Majikan Mahukan dari Graduan

August 22, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Apa yang majikan mahukan? Pertama adalah kemahiran komunikasi, kemahiran komunikasi adalah skil yang sangat penting bagi alam pekerjaan hari ini. Ini termasuk komunikasi verbal, tulisan dan juga body-language yang menunjukkan kita selesa berkomunikasi. Jika anda menulis emel, pastikan anda menyemak apa yang ditulis, baca semula beberapa kali, cuba baca dari sudut pembaca, pastikan mesejnya mudah difahami. Kemahiran komunikasi bukan sekadar kemahiran bertutur, anda juga perlu ada kemahiran mendengar, berinteraksi, dan memberikan pendapat bernas (feedback), komunikasi adalah two-street process.

Majikan juga mahukan pekerja yang jujur, bukan percintaan sahaja yang mendambakan kejujuran. Jangan kita menokok tambah (exaggerate) pengalaman yang kita ada untuk menunjuk-nunjuk. Mungkin anda berjaya dalam proses pemilihan namun lambat laun ia akan terbongkar dan kepercayaan yang telah tercalar sukar diperolehi semula. Pastikan pengalaman dalam resume adalah pengalaman yang jujur. Penemuramah yang berpengalaman boleh melihat sama ada anda jujur atau tidak, pastikan anda original dan genuine. Tidak mengapa untuk mengaku salah dan memperbaiki kesilapan, ia adalah satu karakter yang berguna dan dihargai.

Sesetengah majikan juga mencari pekerja yang setia. Syarikat seperti ini biasanya akan membayar gaji pekerja lebih sedikit dari tangga gaji pasaran untuk retention, bermaksud mereka mahukan pekerja yang setia yang bertahan lama. Ada juga syarikat yang mengamalkan polisi hire and fire untuk membolehkan mereka mengeksploitasi pekerja, terutamanya pekerja muda dengan membayar gaji yang rendah. Nasihat saya kesetiaan itu perlu kita berikan sekiranya kita merasakan kita diberi gaji dan manfaat yang setimpal, juga suasana kerja yang baik. Sekiranya gaji tidak setimpal dan suasana kerja yang toxic, anda perlu keluar segera apabila ada peluang baru yang muncul.

Majikan juga tentunya mencari pekerja yang boleh diharap, yang boleh deliver dengan pengawasan yang minimum dalam kata lain tidak memerlukan micro-management. Proaktif dalam mencari penyelesaian masalah dan sentiasa menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa temuduga tanyakan soalan perihal pekerjaan yang diminta, tanya spesifikasi tugas supaya anda kelihatan proaktif dan berfikiran kehadapan untuk menerima tugas yang bakal diberikan. Walaupun tidak semua jenis pekerjaan memerlukan kemahiran kolaborasi, kemampuan untuk bekerja dalam satu pasukan (teamwork) sangat penting dalam dunia korporat. Malah sesetengah temuduga mempunyai modul dimana calon diminta untuk bekerja dalam kumpulan. Pengalaman-pengalaman menjawat jawatan dalam organisasi, kelab, dan persatuan juga merupakan antara perkara penting yang membuktikan bahawa kita boleh bekerja dalam kumpulan.

Kebolehan pekerja untuk memberi fleksibiliti merupakan antara nilai penting pada permulaan kerjaya. Fleksibiti turut bermaksud cepat menyesuaikan diri dalam suasana baru. Elakkan berkira dengan kerja di awal karier, tumpukan niat untuk belajar dan mencari kemahiran agar anda boleh menjadi competent secepat mungkin. Namun apabila anda sudah semakin stabil dalam dunia pekerjaan, anda mungkin mahu untuk mencari pekerjaan yang memberikan anda work-life-balance, di mana syarikat menghormati masa percutian anda juga masa anda Bersama keluarga.

Antara sikap yang paling penting yang perlu ada pada pekerja baru adalah rendah diri dan sentiasa mahu belajar. Pekerja yang bodoh tetapi mahu belajar lebih berguna dari pekerja yang pandai tetapi belagak dan tak mahu belajar. Sentiasa rendahkan diri dan belajar dari semua orang, baik senior mahupun junior. Apabila ada kursus atau kelas yang ditawarkan oleh majikan semasa bekerja, sentiasalah menyertainya. Kita mesti mempunyai mindset untuk sentiasa up-skill diri kita. Apabila ada tugas baru, jangan menolak dan mengatakan “saya tidak tahu”, terima tugasan itu dan belajarlah untuk menyelesaikannya. Tunjukkan bahawa anda merupakan pekerja yang mencintai ilmu. Semasa temuduga terangkan bagaimana anda merupakan seorang yang minat membaca dan bercita-cita untuk menyambung pengajian pada tingkat yang lebih tinggi.

Untuk kelihatan meyakinkan semasa proses temuduga, anda juga perlu kelihatan konfiden dalam masa yang sama sentiasa genuine. Orang yang konfiden merupakan orang yang tahu apa yang dirinya mahukan. Dalam masa yang sama mereka mampu berkomunikasi dengan jelas perihal idea-idea yang mereka ada. Pastikan anda punyai matlamat yang besar, bukan sekadar mahukan kerja untuk mencari makan. Pastikan anda menerangkan bagaimana pekerjaan yang anda mahukan itu dapat membantu anda merealisasikan cita-cita besar anda. Jika anda sudah bekerja dalam sesuatu bidang dalam tempoh yang lama, anda perlu konfiden untuk menjadi subject-matter-specialist dan mengambil ownership dalam tugas dan bidang anda.

Akhir sekali, pekerja yang baik adalah pekerja yang mempunyai etika kerja dan professionalisma yang tinggi. Pamerkan bahawa anda merupakan pekerja yang berprinsip dan berintegriti. Sentiasa menjaga masa dan menyiapkan semua kerja dalam masa yang ditetapkan. Berkerja dengan penuh bangga, bangga dalam erti kata anda merasakan bahawa kerja anda bermakna untuk masyarakat. Dengan ini orang lain dapat melihat kualiti kerja anda.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Blog

Persediaan Graduan Dalam Mencari Pekerjaan

August 22, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Sebelum anda bergraduasi lagi sebenarnya anda sudah perlu bersedia untuk mencari pekerjaan. Antara perkara asas dalam mencari pekerjaan adalah rangkaian hubungan (networking) dan juga temuduga. Apabila anda membuat latihan semasa belajar, internship, practical training, pastikan anda mewujudkan hubungan baik dengan para pekerja yang ada juga pihak pengurusan. Simpan maklumat hubungan mereka kerana ini boleh digunakan di masa hadapan sebagai referal dan rekomendasi. Sebelum bergraduasi juga anda digalakkan untuk mencari pengalaman-pengalaman temuduga dari mereka yang sudah bekerja (senior), anda juga boleh berlatih bertemuramah sesama sendiri (mock-interview) untuk lebih bersedia.

Untuk bersedia ke alam pekerjaan, anda juga perlu mengenali diri sendiri. Apa yang anda mahukan dari pekerjaan? Adakah duit? Pengalaman? Ilmu? Kepuasan? Anda boleh dapatkan nasihat dari kaunselor di universiti. Juga berbincang dengan kawan-kawan, pensyarah, dan keluarga. Jika masih tidak pasti, jangan khuatir, anda boleh gunakan kaedah cuba jaya. Cuba sesuatu kerjaya, jika tidak cocok anda boleh mengubah kerjaya. Tetapi jika anda ingin menjimatkan masa, elok kenali diri dan masuk kedalam pekerjaan yang kena dengan diri anda sejak dari awal.

Anda juga perlu belajar untuk menentukan sempadan peribadi anda. Ada pekerjaan yang memerlukan anda bekerja di waktu malam, jika anda dalam masa yang sama ingin memulakan keluarga dengan anak kecil mungkin pekerjaan yang memerlukan anda untuk sentiasa travel tidak begitu sesuai. Tetapi jika anda masih muda dan solo, dengan keghairahan muda yang masih membara, saya sarankan anda untuk melebarkan sempadan, terima dahulu cabaran-cabaran pekerjaan. Apabila tiba masa dan peluang yang sesuai anda boleh mengubah sempadan peribadi anda, mahu dibesarkan atau dikecilkan. Namun di usia muda, pada saya elok dibuang dahulu sempadan, kerana masa muda adalah zaman penerokaan, belum lagi zaman spesialis.

Anda juga boleh bersedia lebih awal dari orang lain dengan membuat kajian berkenaan dengan syarikat yang anda minati. Hubungi pegawai sumber manusia mereka (HR) dan cuba dapatkan peluang-peluang untuk internship sama ada berbayar atau tidak dalam bidang yang anda minati. Jika tidak berbayar, anda mungkin perlu berkorban dengan melakukan dua kerja, tetapi pengorbanan ini akan membantu anda di masa hadapan. Majikan biasanya akan merasa kagum dengan calon-calon yang proaktif dan menunjukkan minat yang mendalam. Pengalaman-pengalaman awal ini sangat penting bagi anda untuk membina personal branding dan juga resume yang menarik apabila tiba masanya untuk anda mencari pekerjaan nanti.

Untuk mengelakkan anda sentiasa perlu melompat-lompat kerja, jika anda mahu syarikat yang stabil untuk diri anda. Pastikan anda membuat kajian berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai nilai-nilai yang sama seperti anda. Senaraikan syarikat-syarikat ini, mungkin anda boleh shortlisted 10 syarikat dan mulakan kerjaya anda dari senarai itu. Falsafah sesebuah syarikat berbeza-beza, pakej manfaat yang ditawarkan berbeza-beza, budaya syarikat juga berbeza, cuba cari syarikat yang sesuai dengan kehendak anda. Namun jika pasaran kerja berada dalam keadaan depresi, mungkin pilihan yang ada terhad. Anda perlu mengambil sahaja peluang yang ada dan bertukar apabila keadaan berubah kepada lebih baik.

Walaupun kita sudah membuat kajian, namun kebiasaannya kajian kita akan bersifat surface level, terutamanya dalam era limpahan informasi juga perubahan maklumat yang bergerak pantas. Ada kemungkinan kajian yang kita lakukan mempunyai kesilapan, atau maklumat yang kita ada adalah maklumat lama. Jadi penting untuk kita mempunyai sumber dalaman, mereka yang aktif dan berkhidmat di dalam industri kerana mereka mempunyai real-time knowledge. Kita boleh mencari mentor. Saya punya pengalaman dihubungi oleh seorang yang tidak saya kenali melalui LinkedIn, seorang yang muda yang mahu mendapatkan nasihat kerjaya. Saya berikan beliau nombor talifon dan menjawab soalan-soalan beliau. Jangan malu untuk bertanya atau meminta bantuan, tapi mestilah sopan dan professional.

Baru-baru ini saya ada menghadiri webinar bersama seorang jurulatih kerjaya dari Australia bernama Rebecca Allen. Antara nasihat kerjaya beliau adalah untuk belajar positioning. Cari sudut dimana anda kelihatan lain dari yang lain, cipta sesuatu yang membuatkan anda stand-out from the crowd. Masukkan pengalaman sedikit pengalaman yang unik yang anda ada yang tiada pada orang lain. Contohnya pernah mendaki Gunung Everest atau pernah sampai ke Planet Marikh. Masukkan kursus atau kejayaan-kejayaan yang anda ada orang lain tiada. Ini akan menjadikan anda calon yang unik. Tetapi janganlah pula terlalu unik dan berlebih-lebihan.

Zaman kini adalah zaman sosial-media. Jangan fikir bahawa sosial media tidak punyai impak kepada kerjaya anda. Banyak syarikat melakukan audit keatas laman media sosial pekerja mereka sebelum diterima bekerja. Jadi pastikan anda mengaudit dahulu laman media sosial anda. Buang hantaran-hantaran yang boleh merosakkan reputasi professional anda atau tukar kepada mode private. Pastikan anda mempunyai rekod professional yang bersih di alam maya, ini sangat penting buat professional brand. Branding juga termasuk cara kita berkomunikasi, berpakaian, juga cara bersosial.

Dunia sekarang adalah dunia global tanpa sempadan. Untuk masuk ke alam pekerjaan pastikan anda berminda global walaupun anda tinggal di kampung. Saya sendiri tinggal dikampung walaupun bekerja dalam syarikat multi-national yang berpengkalan di United Kingdom. Jika anda mempunyai peluang mengadakan lawatan belajar ke luar negara semasa belajar pastikan anda menyertainya. Tingkatkan kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Banyakkan pembacaan buku-buku internasional. Ini semua akan membantu anda di masa hadapan.

Gunakan masa cuti belajar dan cuti semester untuk volunteering dan mencari pengalaman bekerja. Ini akan membantu anda dengan skil-skil penting dalam organisasi, cara berkomunikasi dan berhubung, juga cara mengurus. Pastikan anda mencari pengalaman-pengalaman yang relevan dengan bidang dan kerja yang anda minati, bukanlah bermakna bekerja di gerai makan atau stesen minyak itu langsung tidak berharga, tetapi cuba lengkapi dengan pengalaman kerja yang relevan.

Akhir sekali, tingkatkan kualiti komunikasi anda, baik komunikasi verbal atau tulisan. Kerana hampir 80% apa yang kita lakukan di alam pekerjaan adalah berkomunikasi antara satu sama lain. Cari peluang untuk bercakap di khalayak umum, membuat presentation, pidato atau debat. Skil komunikasi ini amat penting, ia hanya boleh dipelajari melalui latihan dan praktikal. Cari peluang-peluang yang ada untuk bercakap di khalayak umum.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Blog

Solidariti Hartal Doktor Kontrak 26 Julai 2021

July 26, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Setiap sistem mempunyai penjaganya. Tiada sistem dan polisi yang mampu bergerak dan bertahan tanpa dijaga oleh segolongan manusia yang percaya bahawa sistem dan polisi tersebut merupakan sesuatu sistem dan polisi yang baik. Dalam masyarakat totalitarian, penjaganya mungkin polis, askar, para-militari, polis perisik, atau aparatus kerajaan yang lain yang menjaga sistem tersebut dengan kekerasan dan paksaan. Dalam masyarakat demokratik, sistem dijaga oleh pekerjanya sendiri, tidak perlu kekerasan kerana masing-masing percaya dan mendokong sistem dan polisi yang mereka rasakan baik.

Namun jika penjaga dan pekerja ini mula merasakan sesuatu sistem itu tidak baik, menindas, merosakkan, tidak adil, dan mereka mula meninggalkan penjagaan dan pekerjaan mereka, sistem dan polisi tersebut akan jatuh. Ini memberikan kemungkinan untuk dibangunkan sistem yang lebih baik dan adil di atas runtuhan sistem lama. Tidak ada satu pun kerajaan atau kekuasaan, sekejam mana, sehebat mana apparatusnya, setinggi mana tamadunnya, yang boleh bertahan apabila penjaganya berhenti menjaganya. Ia akan runtuh seperti selalunya, begitulah hukumnya sepanjang zaman.

Sejarawan Howard Zinn, dalam kitabnya A People’s History of The United States ada menulis satu bab yang bagi saya sangat berbahaya. Sangat berpengaruh dalam memercikkan api perubahan. Tajuk bab itu adalah The Coming Revolt of The Guards. Setelah membahaskan sejarah penindasan sepanjang zaman, bermula dari pembunuhan Kaum Arawak hinggalah penindasan pekerja di zaman moden, Zinn menulis bab ini untuk memberikan harapan buat manusia, ia bukanlah jaminan bahawa situasi akan bertukar lebih baik, tetapi ia adalah harapan bahawa situasi boleh bertukar kepada lebih baik.

Saya nukilkan satu petikan yang paling membakar dari tajuk ini buat pedoman kita semua.

The Establishment cannot survive without the obedience and loyalty of millions of people who are given small rewards to keep the system going: the soldiers and police, teachers and ministers, administrators and social workers, technicians and production workers, doctors, lawyers, nurses, transport and communication workers, garbagemen and firemen. These people – the employed, the somewhat privileged – are drawn into alliance with the elite. They become the guards of the system, buffers between the upper and lower classes. If they stop obeying, the system falls.

Howad Zinn. A People’s History of The United States. Harper Perennial Modern Classics, 2015. Pg. 635.

Ada yang menyatakan bahawa jika kita ber-hartal kita akan menyebabkan kesusahan pada masyarakat. Jika doktor berhartal ia adalah tidak bermoral kerana ia akan membahayakan pesakit. Pendapat peribadi saya, masa-masa genting adalah masa yang paling sesuai. Tidak ada masa yang lebih sesuai dari sekarang. Penguasa yang duduk di kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin tidak akan mengubah polisi kerana moral. Namun, apabila keadaan sudah tidak terkawal, kuasa dan kedudukan mereka terancam, mereka akan menggelabah dan mengubah sistem dan polisi. Bukan kerana moral tetapi untuk menyelamatkan kerusi mereka. Perubahan menurut Zinn sentiasa perlu “dipaksa”, ia tidak akan berlaku dengan perbincangan mesra sambil minum secawan kopi.

Adakah terus menindas pekerja yang bekerja siang malam menjaga masyarakat itu bermoral? Soal moral ini perlu dihadapkan pada penguasa bukan pekerja. Pekerja yang ber-hartal bukan pengkhianat atau perosak, mereka adalah perubah. Mereka adalah manusia yang mahu hak-hak diberi secara adil dan manusiawi. Orang yang tidak bermoral adalah orang yang mempertahankan sistem yang menindas mereka.

Mari kita hayati sebuah kisah di Bairro da Boavista semasa Revolusi Portugis pada tahun 1975.

Dikisahkan oleh Paul D’Amato dalam kitabnya berkenaan keluarga-keluarga miskin di sebuah pekan kecil Bairro da Boavista yang terletak di pinggir Lisbon, mereka berpindah masuk ke satu kawasan perumahan yang dibiarkan kosong selama tiga tahun. Sebuah pasukan tentera diarahkan untuk mengosongkan semula perumahan tersebut dan menghalau penduduk miskin kembali ke pondok-pondok usang mereka.
Seorang pegawai tentera yang mengetuai pasukan tersebut memulakan langkah pengusiran dengan memilih sebuah keluarga yang paling lemah, baginya ini merupakan permulaan yang paling mudah bagi proses pengusiran. Keluarga itu adalah keluarga seorang janda tua bersama enam orang anak, mereka baru sahaja berpindah masuk ke rumah berbilik dua yang mempunyai bekalan elektrik.

Janda tersebut berkata “Lebih baik engkau tembak dan bunuh saja diriku di sini. Seumur hidupku, aku hanya hidup berlantaikan tanah, sekurang-kurangnya sekarang aku akan mati di atas lantai yang baik”.

Pegawai tersebut terkesima dan berfikir. Di luar rumah tersebut, orang-orang miskin mula berkumpul, lelaki, wanita, kanak-kanak, mereka semua berkumpul bagi melawan pengusiran paksa dan untuk berbincang dengan pihak tentera.

Mereka berkata “Pekan ini boleh jadi merupakan tempat tinggal kamu! Ingatlah wahai tentera, bahawa kamu juga sebahagian dari rakyat jelata! Halakan senapangmu kepada mereka yang menindas rakyat, golongan spekulator bukan kepada saudara-saudaramu sendiri!”. Pegawai tersebut faham bahawa dia adalah sebahagian dari rakyat, dia kemudian meninggalkan penduduk itu di situ, dan beredar bersama pasukannya.

During the 1975 Portuguese Revolution, the families living in the shantytown of Bairro da Boavista in the outskirts of Lisbon took over a housing estate that had stood empty for three years…An army company…was deployed to force the families back to the corrugated lean-tos of the shantytown. The officer in charge…went straight to what he thought was the weakest link, an old widow who had just moved with her six sons to a two-bedroom flat with electricity. She replied: “You better shoot me right here. All my life I have had the earth for a floor. At least I will die on a proper floor.” The officer stood there for a moment. Outside, the men, women, children who had assembled to resist any eviction were speaking to the soldiers: “This could be your shantytown! Remember that you, too, are the people! Turn the guns on speculators and not your brothers and sisters!” The officer understood, and, taking the company with him, left the estate.

Paul D’Amato. The Meaning of Marxism . Haymarket Books, 2014. (Chapter Democracy, Reform, and Revolution. Pg. 128)

Kita sentiasa perlu bersama golongan yang tertindas. Memanjangkan suara mereka dan memperbaiki keadaan mereka. Kebaikan dan keadilan buat mereka adalah kebaikan dan keadilan buat kita semua. Mana-mana sistem dan polisi yang tidak adil perlu diubah, jika ia tidak diubah, maka tanggungjawab kita untuk “memaksanya” untuk diubah.

Terima kasih buat para doktor-doktor muda yang berkhidmat buat negara. Doktor-doktor kontrak yang tekun bekerja siang dan malam dengan gaji yang rendah dan sistem penggajian yang tidak setara. Doktor-doktor muda yang berpanas dan berpeluh di wad meninggalkan keluarga dan bayi kecil mereka di rumah. Solidariti buat para doktor kontrak. Ayuh. Hartal.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Konflik Geo-Politik di Laut China Selatan

May 31, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Buku Asia’s Caulderon: The South China Sea and the End of a Stable Pacific tulisan Robert D. Kaplan ini sebenarnya telah lama saya beli. Sekian lama ia duduk terperam di almari bacaan saya. Seingat saya, saya membelinya seiring dengan minat saya pada satu ketika dahulu untuk memahami ekonomi, juga ekonomi negara-negara di Asia Tenggara. Walaupun setelah beberapa ketika minat itu pudar, di pertengahan 2021 baru saya sempat membuka naskah ini dan merenung isi-isinya dalam setiap helaian mukasurat. Saya membaca buku ini sejurus selepas saya menghabiskan bacaan perihal Orientalism yang ditulis oleh Edward Said, pengaruh Orientalism masih tebal dan segar dalam minda saya, oleh itu, tidak dapat tidak pandangan saya terhadap buku ini perspektifnya tebal melalui lensa metodologi yang digariskan Edward Said, tambahan pula buku ini ditulis oleh orang Barat perihal bangsa Timur.

Dalam prolognya, Kaplan memulakan analisanya dengan membahaskan kemusnahan tamadun Champa, The Ruins of Champa tulis Kaplan. Saya tidak dapat lari dari merasakan jelik apabila beliau menggunakan pendekatan yang reductionist dalam menggambarkan masyarakat Champa sebagai bangsa pelaut dan bangsa lanun, “Champa represents a seafaring, piratical race” tulis beliau. Perkara ini menjadi objek kritikan Said dalam makalah beliau, bagaimana bangsa Eropah sering membuat generalisasi yang buruk terhadap ketamadunan Timur. Mungkin ada sebahagian orang-orang Champa yang menjadi lanun, tetapi menggambarkan seluruh bangsa Champa sebagai lanun bagi saya tidak masuk akal. Beliau juga menulis bagaimana legasi Champa “diselamatkan” oleh arkeologis Perancis, seolah-olah Champa tidak mampu menjaga dirinya sendiri dan sentiasa perlu berharap kepada Eropah untuk “diselamatkan”.

Begitu juga dalam membincangkan kebudayaan Melayu, beliau meminjam kata-kata Owen Harries dan menggambarkan bahawa budaya melayu penuh dengan budaya kroni dan korupsi. Saya tidak mempunyai masalah jika dikatakan dalam masyarakat Melayu ada banyak elemen kroni dan korupsi. Tetapi untuk reduce the whole Malay culture wholesale as “easygoing cronyism that shaded into corruption” is simply reductionist, yang mana tidak lain dan tidak bukan berakar dari lensa Orientalism barat yang penuh prejudis dan stereotype.

Saya sedar bahawa setiap orang mempunyai pandangan masing-masing, melihat kepada latar belakang karier Kaplan, sudut pandang beliau tidaklah begitu sukar untuk ditafsirkan. Memang sepanjang membaca buku ini, tulisan beliau dipenuhi dengan ideologi American exceptionalism, juga perspektif bahawa interaksi antara tamadun sentiasa bersifat antagonistik, sebuah pemikiran yang saya kira susur galurnya akan sampai kepada thesis Clash of Civilisazion Samuel Huntington. Ketiadaan peperangan dan konflik akan menyebabkan kontraktor-kontraktor tentera, juga komentator konflik antara-negara seperti beliau kehilangan kerja dan relevansi.

Kaplan juga pada saya lihat sering menyamakan apa yang berlaku di Asia Tenggara dengan pengalaman Amerika dan Eropah. Mungkin ini dilakukan bagi memudahkan kefahaman bagi pembaca Barat. Namun saya melihatnya sebagai kegagalan Kaplan untuk melihat Asia sebagai unik. Seolah-olah Asia tidak original dan sentiasa mengikuti Barat. Misalnya, posisi tentera China di Laut China Selatan disamakan dengan pengalaman Amerika di Caribbean, manakala Taiwan diumpamakan seperti Berlin di Asia. Walaupun saya kritikal terhadap perspektif dan sudut pandang beliau, tidaklah bermakna buku ini tiada langsung kebaikan yang boleh dipelajari.

Sentral kepada thesis buku ini adalah bagaimana geografi menjadi faktor penting dalam konflik di Asia Tenggara. Berbeza dengan konflik Eropah yang memfokuskan peperangan darat, Asia Tenggara akan menyaksikan konflik di laut. Beliau memetik pandangan saintis politik Amerika, John Mearsheimer yang membawakan idea “stopping power of water”, yang menyukarkan logistik peperangan terutamanya untuk membawa askar bagi menawan mana-mana kawasan pantai. Bagi Kaplan peperangan merupakan sesuatu yang mempunyai moral, hal ini sangat berbeza dengan pemahaman ahli sejarah lain. Howard Zinn sebagai contoh sering mengutarakan bahawa terdapat seribu cara lain untuk menyelesaikan konflik selain dari berperang, perang menurut Zinn adalah kegagalan manusia menggunakan kreativiti mereka untuk menyelesaikan masalah. Perang sentiasa mempunyai hujah moral menurut Kaplan, untuk melawan fasis, komunis, genocide, teroris, serta memperjuangkan demokrasi. Ketiadaan hujah moral untuk perang di Asia Tenggara menurut Kaplan adalah kerana negara-negara didalamnya hanya memfokuskan usaha mereka kepada bisnes dan perniagaan, jadi tiada hujah humanis yang boleh digunakan untuk justifikasi perang. Kaplan memetik kata-kata Kenneth N. Waltz bahawa perang adalah perkara biasa dalam fitrah alam.

Thucydides menulis bahawa “the strong do what they can and the week suffer what they must”, bagi Kaplan inilah strategi China dalam menekan negara-negara kecil di Asia Tenggara bagi menjayakan polisi mereka. Memetik Machiavelli, bagi Kaplan konflik tidak dapat dipisahkan dari manusia, konflik adalah kenderaan yang membawa progress kepada kemanusiaan. Dengan nada penuh Machiavellian Kaplan mengungkapkan bahawa apa yang penting bukanlah nilai kita, tapi kekuatan ketenteraan yang boleh menegakkan nilai tersebut. Tulisan Kaplan juga penuh dengan self-congratulation dan American exceptionalism, beliau menulis bagaimana terima kasih kepada Amerika, dunia berada dalam keadaan aman (tiba-tiba beliau terlupa perang-perang yang dimulakan Amerika), tanpa Amerika globalisasi tidak akan berlaku tulis beliau lagi, semua ini hanya dapat dikecapi melalui keamanan yang dijaga oleh Amerika. Menurut Kaplan, China tidak boleh mendominasi dunia, kerana ia secara semulajadi akan menatijahkan dunia yang lebih teruk dari dominasi Amerika, bagi saya Kaplan tidak menerangkan dengan lengkap mengapa dominasi China lebih buruk dari Amerika. Adakah kita hanya harus menerima apa yang dikatakannya sebagai fakta? Tulisan Kaplan juga seolah-olah mahu Amerika terus berbelanja dalam industri ketenteraan, ia memberi justifikasi bahawa Amerika perlu kekal militeristik untuk kestabilan dunia. Logik Kaplan ini bertentangan dengan apa yang diungkapkan Noam Chomsky, bagi Kaplan untuk menjaga keamanan perlu lebih militaristik manakala bagi Chomsky adalah sebaliknya, kata Chomsky “how to stop terrorism? Stop participating in it”.

Kaplan meminjam banyak tulisan Mearsheimer di dalam buku ini, selain the stopping power of water, beliau juga meminjam pandangan Mearsheimer yang beranggapan bahawa dengan peningkatan kuasa China, Amerika akan dihalau keluar dari Laut China Selatan sama seperti kuasa-kuasa Eropah dihalau keluar apabila Amerika memegang tampuk hegemoni di Laut Carribean. Apakah sebab bagi China untuk bertindak berlainan? tanya Mearsheimer, adalah mereka lebih beretika? berprinsip? atau kurang nasionalistik? soal Mearsheimer lagi penuh retorik.

Antara kekuatan buku ini adalah kebolehan Kaplan dalam memberikan snapshot sejarah moden bagi negara-negara Asia tenggara serta pemimpinnya. Dalam membincangkan sejarah moden Vietnam, beliau memuji Ho Chi Minh sebagai pemimpin yang pragmatik yang berjaya mencantumkan Marxism, Confucianism dan nationalism sebagai senjata untuk mengusir keluar penjajahan Perancis, China, dan Amerika. Namun bagi Kaplan, memetik tulisan wartawan David Lamb, penduduk Vietnam terutamanya golongan muda menyukai Amerika, bagi beliau mereka sanggup meletakkan sejarah perang dengan Amerika di belakang bagi menghadapi ancaman China. Ia mengingatkan saya tentang sebuah novel yang ditulis oleh Mitch Albom, tentang bagaimana seorang askar yang pernah membakar kanak-kanak di Vietnam akhirnya masuk ke syurga. Seolah-olah segala kekejaman Amerika, senjata kimia seperti Agent Orange yang digunakan ke atas populasi Vietnam, semuanya sudah diampunkan, ianya hanya “beberapa halaman dalam 2,500 tahun sejarah Vietnam”. Kaplan bukan sahaja menulis dengan nada self-congratulation, tetapi juga self-apology.

Sebagai rakyat Malaysia, tentulah saya tertarik apabila negara saya dibincangkan di dalam buku ini. Apabila membincangkan Malaysia, beliau membincangkan bagaimana Islam dilihat dalam bentuk sebuah tamadun. Beliau memetik pemikiran antropologis Ernest Gellner yang mengatakan bahawa Islam lahir di luar empayar zamannya, tidak seperti Kristian yang lahir di dalam empayar Rom. Oleh itu Islam tidak mempunyai beban sejarah dari empayar lalu tetapi dapat membangunkan empayarnya yang tersendiri. Apabila melihat kemodenan Malaysia, Kaplan tidak mengaitkannya dengan Islam tetapi mengaitkannya fitrah manusia, beliau meminjam frasa Clifford Geertz “basic unity of mankind”, iaitu walaupun mempunyai budaya dan tamadun berbeza, Malaysia tetap mempunyai fitrah manusia seperti masyarakat dunia lain, fitrah ini terzahir dalam bentuk consumerism.

Analisa nasionalisme di Malaysia oleh Kaplan bagi saya merupakan analisa yang tepat. Beliau mengungkapkan bagaimana Malaysia tidak mempunyai satu identiti yang boleh membentuk semangat patriotisme nasionalisme. Kepelbagaian kaum, Melayu, Cina, India, kaum dan suku Sabah dan Sarawak, masing-masing mempunyai identiti dan budaya yang berbeza. Semangat nasionalisme anti-China seperti yang ada di Vietnam tidak wujud di Malaysia menurut Kaplan. Malaysia terdiri dari komuniti berbeza yang hidup secara harmoni bersama. Malaysia is beyond nationalism without having ever experienced it.

Kaplan menghuraikan bagaimana Mahathir berjaya membangunkan Malaysia dengan model “reverse of Kemalism”, di mana Ataturk membangunkan Turki dengan sekularisma, Mahathir membangunkan Malaysia dengan Islamisasi. Mahathir berjaya membuktikan bahawa V.S. Naipaul salah, beliau membuktikan bagaimana Islam sesuai dengan pembangunan ekonomi dan sosial yang dinamik. Malaysia berjaya melahirkan sebuah negara yang moderate dengan teknokrat muslimnya sendiri. Mahathir berjaya mengajar dunia bagaimana untuk menjadi moden tanpa menjadi western. Atas kejayaan model Malaysia ini, Mahathir disanjung oleh negara-negara Arab dan Iran.

Pada penghujung buku ini, ketika membicarakan tentang Sabah, Kaplan menulis dengan penuh romantik kononnya penduduk tempatan sangat merindui pemerintahan Syarikat Borneo Utara British dimana setiap kaum tahu tempat masing-masing, Cina di bandar, Melayu di kampung, dan India di ladang, semunya gembira di bawah payung kolonial Eropah. Mungkin ini adalah kenyataan yang paling bodoh dalam buku ini, realitinya tiada siapa yang mahu duduk dibawah payung Eropah. Malah semua rakyat berjuang untuk menghalau British dan untuk merdeka.

Antara perbahasan menarik yang saya minati dalam naskah ini adalah masalah dalam sistem demokrasi, ketika beliau membahaskan pemerintah autokrat yang baik seperti Mahathir dan Lee Kuan Yew dan membawakan pemikiran John Stuart Mill. Bagi Mill, kebebasan hanya bermakna selepas masyarakat mampu berdiskusi dengan bebas, sebelum dari itu kebebasan tidak bermakna, malah masyarakat perlu mematuhi pemimpin autokrat yang ada. Bagi Mill, authoriti perlu diasaskan dahulu sebelum dibataskan untuk mencipta masyarakat yang bebas. Kerana tanpa authoriti yang mampu menjaga keamanan, masyarakat tidak mampu untuk kedepan dan progress. Bagi Kaplan, Mahathir dan Lee berjaya membentuk authoriti ini tanpa menjadi begitu oppressive seperti Sadam untuk menyediakan masyarakat kepada situasi yang lebih bebas.

Kaplan menyambung perbahasan ini dengan mengetengahkan pemikiran Isaiah Berlin yang mengungkapkan bahawa manusia yang hidup tanpa makanan, tempat tinggal, juga keperluan dan keselamatan asas tidak akan mengambil peduli perihal kebebasan bersuara. Tidak semua orang merasakan kebebasan individu adalah perkara terpenting, malah bagi Berlin kebebasan individu tidak punya kaitan dengan demokrasi, ada kemungkinan seorang pemerintah yang tidak demokratik yang membenarkan masyarakat hidup dengan kebebasan individu yang luas. Malah kerajaan yang berbentuk demokratik juga seringkali perlu menggunakan kekerasan dan paksaan, kerana masyarakat mungkin tidak bersedia dengan perubahan progresif dan visi pemerintah, mereka perlu dipaksa kearah itu. Bagi Kaplan, inilah yang dilakukan Mahathir dan Lee. Namun, seperti juga adanya pemerintah demokratik yang baik dan buruk, pemerintahan autokratik juga mempunyai varian yang baik dan buruk.

Namun menurut Kaplan, pemerintahan autokratik kapitalisma seperti yang dilakukan oleh Mahathir dan Lee, mempunyai batas. Ia akan kekal mendapat legitimasi selagi ekonomi berkembang. Namun apabila ekonomi berhenti berkembang, masalah legitimasi akan kembali timbul. Bagi Kaplan model pemerintahan Mahathir dan Lee bukanlah alternatif kepada demokrasi ala Barat, tetapi hanya sekadar fasa dalam mematangkan masyarakat, menyediakan mereka untuk pemerintahan yang lebih demokratik.

Bagi saya buku ini terlalu melihat situasi di Laut China Selatan dengan lensa antagonistik. Hujah-hujahnya dibuat dengan hipothesis bahawa China merupakan ancaman untuk negara-negara serantau dan Amerika adalah pembela yang dapat mengimbangi China. Ada perbahasan-perbahasan yang menarik perihal sifat demokrasi juga bentuk pemerintahan autokrat yang berjaya membangunkan ekonomi dengan pesat. Namun dari sudut menggambarkan budaya timur, banyak kenyataan beliau yang reductionist dan juga stereotyping.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Book Review

Pilger, Kanafani & Peranan Kita Buat Palestin

May 26, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Ghassan Kanafani (kiri) dan John Pilger (kanan).

Saya ada menemuramah aktivis yang pernah menjejakkan kaki ke Gaza, saudara Umar Ismail dalam Kultura Podcast pada Episod Ke-23. Antara yang kami bincangkan adalah media, media mana yang kita boleh percaya dalam kita cuba hendak memahami penjajahan kolonial zionis ke atas Palestin. Dalam perbualan itu, saya mengutarakan pandangan bahawa media seperti Russia Today (RT) boleh kita dengar laporan mereka kerana mereka neutral dalam isu ini, jadi laporan mereka lebih kritikal dan objektif. Walaubagaimanapun dalam isu politik antarabangsa yang lain seperti Kesatuan Eropah, Ukraine, Brexit pandangan mereka dan framing dia aka pro-Rusia. Dalam isu Palestin, RT boleh diharapkan untuk memberi analisis yang kritikal seperti Aljazeera.

Saya ada mendengar analisa Afshin Rattansi dalam segmen Going Underground terbitan RT bersama wartawan legenda John Pilger. John Pilger merupakan antara wartawan yang melaporkan kejadian pembunuhan beramai-ramai di Kemboja dari 1975 hingga 1979 oleh Pol Pot. Pilger juga banyak menerbitkan filem dokumentari. Antara buku Pilger yang terkenal adalah “The New Rulers of the World” dan “Tell Me No Lies: Investigative Journalism and its Triumphs”.

Bagi Pilger, pengeboman dan pembunuhan yang dilakukan keatas Palestin bukanlah semata-mata dari Israel. Ia bukanlah perang Israel terhadap Palestin sahaja. Tetapi ia adalah peperangan antara Palestin melawan Israel, British, dan Amerika. Tentera British menurut Pilger sudah lama berintegrasi dengan tentera Israel. Kenyataan Pilger ini tidaklah jauh dari kebenaran. Israel memang mempunyai program ketenteraan yang dipanggil “Mahal” dimana warga bukan Israel boleh menyertai tentera Israel. Pada 2014, sekitar 100 rakyat Britain berkhidmat untuk tentera Israel. Pilger memetik bagaimana Sir Nick Carter, anggota tentera senior British, pergi ke Israel dan mengadakan kerjasama ketenteraan. Menurut Pilger, Hamas mempunyai hak dari sudut moral dan undang-undang untuk melawan penjajahan dan jenayah yang dilakukan ke atas mereka.

Menariknya, Pilger turut mengkritik penggunaan bahasa seolah-olah dua parti yang berkonflik ini mempunyai kekuatan yang sama, perkara yang dikritik juga oleh ahli komedi Amerika seperti John Oliver dan Trevor Noah. Terma seperti “two-sides” menggambarkan bahawa seolah-olah kedua-dua pihak adalah sama. Walhal apa yang terjadi sebenarnya adalah Palestin merupakan mangsa penjajahan brutal Zionis. Kenapa pengunaan bahasa ini penting? Kenapa penting kita katakan ia adalah penjajahan kolonial bukan “konflik”? Ghassan Kanafani, seorang sasterawan Palestin yang juga merupakan pejuang PFLP pernah ditanya oleh wartawan Richard Carleton dalam sebuah wawancara pada tahun 1970 tentang konflik yang berlaku.

Kanafani membetulkan Carleton “ia bukan konflik tetapi perjuangan pembebasan untuk keadilan”.

Carleton menjawab “baik apa sahaja terma yang paling baik untuk digunakan..”

Pantas Kanafani menerangkan “ia bukan ‘apa sahaja’, kerana inilah titik bermulanya semua masalah, penggunaan bahasa yang betul penting supaya kamu boleh bertanya soalan yang betul, dan mendapat jawapan yang betul, ini masalahnya, masalah bagai mana satu bangsa didiskriminasi dan berjuang untuk hak mereka, ini cerita yang sebenar…jika kamu mengatakan ia konflik tentu kamu akan merasa pelik terhadap apa yang terjadi!”.

Kanafani faham, bahasa yang salah akan melahirkan pemahaman, analisa dan kesimpulan yang salah. Sebab itu kita lihat media-media pro-Zionis menggunakan terma yang salah. Tembok pemisah untuk mengasingkan populasi ditulis sebagai pagar atau “fence”. Pembersihan etnik di Sheikh Jarrah ditulis sebagai pertikaian harta atau “property dispute”. Oleh itu kita kena berhati-hati, bahasa yang salah akan melahirkan naratif yang salah, ini difahami Zionis, dan boleh dilihat dalam media antarabangsa yang menyokong mereka.

Kanafani dibunuh Mossad pada tahun 1972 menggunakan bom kereta di Beirut. Dalam obituari akhbar Daily Star mengenang kematian Kanafani, beliau diungkapkan sebagai “seorang komando yang tidak pernah menembak menggunakan senapang, senjata beliau adalah mata pena, dan arena beliau adalah helaian akhbar”.

Melalui analisa dari Pilger, juga buah fikir dan kehidupan Kanafani, kita dapat faham apa tugas kita dalam membantu perjuangan pembebasan Palestin dari penjajahan. Jika Kanafani dahulu memerlukan surat khabar, hari ini kita semua adalah surat khabar, akaun sosial media kita adalah surat khabar. Tugas kita adalah memahami penjajahan ini dengan betul, menggunakan bahasa yang betul, dan menyambung suara bagi mereka yang tertindas. Facebook mungkin boleh menutup satu dua akaun, namun jika berbillion akaun menyambung suara mereka, menutup akaun mereka bererti Facebook menutup bisnes mereka sendiri.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Perubahan Sensitiviti Dunia Terhadap Apartheid Israel

May 20, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Saya menonton perbincangan Prof. Norman Finkelstein bersama wartawan Harry Fear. Jika sebelum ini saya ada menulis sedikit perihal optimisma dalam renungan sebelum tidur saya, perbincangan antara Finkelstein dan Fear ini menambah lagi optimisma saya. Ada beberapa perkara menarik yang ingin saya ketengahkan hasil dapatan saya dari perbualan mereka.

Pertama, adalah bagaimana China kini mengambil peluang untuk menggunakan isu Palestin untuk membalas dendam pada Amerika Syarikat. Setelah beberapa lama mereka ditekan, terutamanya semasa pentadbiran Trump terutamanya dalam bidang ekonomi. Kali ini China berjaya memalukan Amerika Syarikat dengan mencadangkan gencatan senjata melalui UNSC namun ditolak Amerika Syarikat. Menteri luar Wang Yi berkata “Kami kesal, majlis ini gagal mencapai kata sepakat apabila Amerika Syarikat berdiri melawan dan tidak membenarkan keadilan sejagat ditegakkan”.

Saya tertarik dengan proposal China dan ingin mengetahui lebih lanjut. Menariknya adalah point ke-2 dalam proposal China, iaitu mengangkat semua sekatan keatas Gaza serta merta. Sebelum ini suara untuk mengangkat sekatan keatas Gaza ini hanya suara marginal dari kalangan aktivis. Paling kuat pun dari negara-negara Islam. Hari ini, kuasa ekonomi kedua dunia juga menyokong penamatan sekatan ke atas Gaza. Ini merupakan perubahan besar dalam polisi antarabangsa.

Kedua, apa yang menarik adalah perubahan sensitiviti dunia, juga bahasa yang digunakan dalam perbahasan antarabangsa. Jika sebelum ini sesiapa yang berani mengatakan Israel adalah negara yang bersifat rasis seperti apartheid di Afrika Selatan akan menerima kecaman yang hebat. Namun hari ini dunia menerima bahawa Israel adalah negara apartheid. Kenyataan ini malah diiktiraf oleh persatuan kemanusiaan antarabangsa seperti Human Right Watch (HRW) juga persatuan Israel sendiri iaitu B’tselem. Israel tidak dapat lagi mengawal imejnya yang sudah tercalar, ia sudah merebak dengan terlalu cepat, dan diterima oleh dunia. Israel tidak mampu lagi mengawal bagaimana media boleh dimanipulasikan, tidak dapat lagi mengawal bahasa yang digunakan dalam mengecam mereka. Tembok yang menghalang kritikan kepada Israel telah roboh.

Sensitiviti masyarakat dunia juga sekarang sudah berubah terutamanya selepas tercetusnya demonstrasi seperti Black Lives Matter (BLM). Keinginan Israel untuk mencipta majoriti Yahudi dengan melakukan pembersihan etnik tidak lagi diterima sebagai hujah yang valid. Ia dilihat dengan penuh jijik dan menjengkelkan. Malah kritikan terhadap polisi rasis kini bukan lagi terhad kepada ahli politik, ia telah merebak kepada atlet antarabangsa, selebriti, dan artis. Malah baru-baru ini, John Oliver turut menyatakan bahawa Israel melakukan jenayah perang dalam segmen beliau. Segmen yang beberapa kali memenangi anugerah Emmy Award. Kerosakan imej Israel tidak dapat dikawal lagi. Mungkin Israel berfikir bahawa mereka boleh membunuh sesuka hati tanpa kritikan, namun era itu telah berakhir. “its a new day” kata Finkelstein. Ini adalah kemenangan besar buat Palestin. Jenayah terbaru Israel ini juga menghasilkan ledakan informasi, dari video, gambar, perbincangan, kontroversi, penulisan yang meletakkan Palestin dimuka depan. Palestin dimanusiakan setelah sekian lama mereka dipandang sebagai bukan manusia oleh lobi Israel dan media antarabangsa.

Pengakhiran rejim apartheid ini adalah pasti, kita hanya perlu menunggu masa.

Nelson Mandela pernah menyebutkan bahawa “Yasser Arafat is our comrade in arm”. Hari ini, persepsi dunia berubah dan menyatakan bahawa Palestin adalah saudara semanusia mereka, we are brother in arm.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Idées Reçues Dalam Dunia Buku

May 2, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Baru-baru ini saya ada membaca sebuah status yang bagi saya jelik yang ditulis oleh orang yang dikatakan sebagai ‘orang lama’ dalam industri buku. Bagi saya ia merupakan satu musibah yang melanda, kerana pada saya orang-orang buku, tidak kiralah penulis atau penerbit merupakan barisan intelektual yang mencerahkan masyarakat, bukan fungsinya menyebarkan atau menormalisasikan pemikiran pervert dan kotor. Jika ada budaya atau pemikiran yang tidak sihat dan tidak sepatutnya berlegar dalam industri buku tanah air, penulis dan penerbit lain wajar mencabar pemikiran itu, bukannya membiarkan ia berlegar tanpa cabaran hanya kerana dituturkan oleh ‘orang lama’.

Antara tokoh pemikir yang saya minati adalah Edward W. Said dan baru-baru ini saya diizinkan Allah untuk menghabiskan bacaan dan meneliti buah karya beliau yang bertajuk Orientalism. Edward Said merupakan seorang tokoh pemikir yang besar, sehingga sebahagian dari sarjana mengatakan secara metafora bahawa beliau bukan merupakan penulis tetapi beliau adalah sebuah universiti.

Dalam Orientalism beliau ada membahaskan perihal “idées reçues”, sebuah terma yang beliau pinjam dari penulis orientalis Perancis bernama Gustave Flaubert. Terma ini jika di tafsir secara literal membawa maksud “accepted ideas” atau idea-idea yang sudah sekian lama diterima dalam kalangan masyarakat. Karya Orientalism beliau sendiri merupakan karya rintis dalam mencabar idea-idea Eropah yang telah sekian lama diterima tanpa kritik dalam penulisan dan dunia akademik terutamanya perihal representasi orang timur (Orientals) dalam tulisan Barat. Karya ini merupakan pintu yang membuka bidang kajian post-colonial studies. Beliau mencabar idées reçues sarjana-sarjana Barat yang membuat generalisasi dan kesimpulan yang bersifat reductionist terhadap sifat dan peradaban orang Timur. Orang Timur sering digambarkan sebagai bangsa yang lebih primitif dan terkebelakang berbanding bangsa Eropah. Gambaran ini sering menggunakan hujah-hujah akademik dan sains, seolah-olah ianya merupakan fakta yang bersifat objektif.

Dalam kesimpulan beliau, beliau menyatakan akan tugas manusia yang mempunyai intelektual untuk melawan idées reçues yang telah lama berlegar dalam masyarakat tanpa adanya pemikiran yang kritikal. Maka tugas yang sama pada hari ini perlu digalas oleh barisan penulis, penerbit, ‘orang-orang buku’ dan orang yang punya intelektual untuk melawan idées reçues yang lapuk dan kotor yang berlegar dalam masyarakat. 

Jika kita hanya mengangguk, diam (tanda setuju), dan membiarkannya atas dasar hormat orang lama, maka tidak adalah apa pencerahan yang kita mampu bawa dalam masyarakat. Jadilah kita hanya seperti mesin fotostat, mengitar semula apa yang ada, sekadar memuntahkan apa yang diberi pada kita oleh orang lama, jika sampah yang diberi sampah yang keluar, rubbish in rubbish out. 

Atau mungkin justifikasi yang diberikan adalah ia sekadar gimik untuk menarik perhatian orang pada industri buku yang suram dan kelam. Bad publicity is also a publicity. Saya faham akan hal itu, mungkin buku yang baik untuk dibaca perihal hal bad publicity ini adalah buku karangan Ryan Holiday bertajuk Trust Me, I’m Lying. Namun saya kira industri buku punya nilai intelektual, sebagai khazanah bangsa, pencapaiannya tidak harus diukur dalam skala dollar and cents sahaja. Tugasnya untuk memandaikan bangsa bukan sekadar menghiburkan bangsa. Maka nilai itu perlu dijaga, jika industri buku suram sekali pun, banyak lagi perkara kreatif yang boleh kita lakukan untuk memajukannya, bukan mengambil jalan mudah dengan melacurkannya untuk sedirham dua.

Pada pandangan saya, orang-orang buku, baik penulis mahupun penerbit perlu kritikal dan melawan idées reçues yang lapok, kotor dan pervert dalam masyarakat. Jika itu tidak berani dilakukan, mereka akan mereput dan hilang relevensi dalam masyarakat, mereka akan ditinggalkan kerana masyarakat akan pergi kepada mereka yang lebih progresif dengan idea yang lebih segar. Kerana mereka yang tidak berani ini tiada apa yang mahu ditawarkan kepada masyarakat.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Blog

Kerajaan Tidak Popular Yang Menghalang Rakyat Balik Raya

May 2, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Pada 28 April 1996, seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke atas pelancong di Tasmania, Australia menggunakan senapang semi-automatik. 35 orang maut dan 19 orang cerdera dalam kejadian yang dikenali sebagai Port Arthur Massacre. Kejadian ini merupakan kejadian berdarah pembunuhan beramai-ramai yang tragis dalam sejarah Australia.

Selepas tragedi ini, Australia memperkenalkan gun control law, mengharamkan  automatik, semi-automatik dan self-loading rifles dan shotguns untuk kegunaan awam. Perdana Menteri Australia ketika itu adalah John Howard, walaupun polisi ini tidak popular, ia ditentang oleh rakan-rakan dalam koalasi politiknya sendiri, beliau juga ditentang beberapa kerajaan negeri, namun beliau tetap tegas melaksanakan polisi ini. Akibatnya, pada pilihanraya 1998, kerajaannya kehilangan 12 kerusi kepada parti lawan, parti pro-gun One Nation.

Sejak dari itu, tiada lagi mass shooting dilaporkan di Australia. Keadaan ini berbeza dengan Amerika Syarikat yang sehingga hari ini masih melaporkan kejadian mass-shooting di sekolah. Elit politik Amerika masih belum berjaya keluar dari cengkaman lobi dari National Rifle Association (NRA) yang menunggang Second Amendment Rights untuk memastikan industri senjata kekal terpelihara. Melawan NRA akan menjadikan ahli politik tidak popular dan terkuburnya kerjaya politik mereka.

Dari hal ini, kita memahami bahawa ada kalanya kerajaan perlu untuk mengambil langkah tidak popular untuk keselamatan dan kesejahteraan jangka panjang. Melihat situasi Covid-19 yang sudah tidak dapat dikawal kerajaan di India hari ini, membuatkan saya merasakan tidak dapat balik raya merupakan pengorbanan yang kecil jika dibandingkan dengan bencana yang bakal menyusul. Keadaan di India sekarang sudah tidak terkawal hasil mutasi variant Covid-19 terbaru. Perkhidmatan kesihatan awam mereka telah lumpuh, pesakit tidak mampu lagi dirawat dan terpaksa mencari sendiri tanki-tangki oksigen bagi kes-kes serious. Malah crematorium mereka kini membakar mayat tanpa henti.

Ya, kita boleh salahkan kerajaan hari ini kerana tidak dapat membendung penularan wabak Covid-19 selepas kejayaan kecil yang kita kecapi semasa PKP 1.0. Banyak tindakan kerajaan yang tidak cekap menyumbang kepada gelombang baharu Covid-19 hari ini, bermula dengan PRN Sabah, polisi PKP separuh masak, teladan yang tidak baik dari pimpinan perihal pematuhan SOP, semuanya menyumbang kepada faktor kegagalan polisi kerajaan. Namun saya kira, keadaan hari ini memaksa kita untuk melakukan pengorbanan, tidak guna lagi untuk kita bertelingkah mengapa keadaan ini berlaku, kerana ia sudah berlaku dan sedang berlaku. Yang kita perlukan adalah solusi untuk menyelesaikannya. Kita berdepan dengan kemungkinan PKP 3.0.

Namun ini tidak bermakna kita tidak boleh mengkritik jika implementasinya nanti berbentuk hipokrit, selektif, dan tiada nilai kasih sayang. Semua polisi yang berat sebelah wajib dikritik, setiap ketidak adilan perlu dibela.  Dalam masa yang sama juga kita harus menimbang antara kebebasan dan keselamatan. Terlebih bebas sehingga situasi tidak lagi selamat pun salah, terlebih ketat sehingga keselamatan tidak dapat memberi erti juga salah. Maka oleh itu kita harus meniti diatas tali dengan berhati-hati.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Perjalananku Ini: Sebuah Naskah Nostalgia Menggetar Jiwa – Reviu Buku

April 20, 2021 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Kredit Gambar: Facebook Khidmat Bakti Sukarelawan Pendidikan – Sabah

Sebenarnya memang terlalu banyak buku yang saya mahu baca, entah sempat entah tidak dihabisi semua sebelum saya meninggal dunia, ada sebahagiannya yang saya sudah beli 5-6 tahun yang lalu, namun masih belum dibuka plastiknya. Namun kehadiran buku kecil bertajuk “Perjalananku Ini: Himpunan Puisi SukaDidik” yang ditulis oleh Annaky Abolmujahid ini mengusik jiwa kecil saya.

Pertamanya kerana ia ditulis oleh guru saya yang banyak mencorak kehidupan saya. Kedua, kerana naskah ini bagi saya secara peribadi, merupakan genre buku yang paling dalam di hati saya. Genre buku yang merupakan sebahagian dari korpus sejarah sekolah tercinta iaitu Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI). Yang ketiga, ia adalah koleksi puisi gurindam jiwa, yang tentulah enak dinikmati sambil menghirup secawan kopi dan terbang dalam kenangan. Jadi buku ini berjaya memotong barisan dalam senarai bacaan saya.

Walaupun ia bukanlah buku perihal sejarah definitif dan autoritif berkenaan sejarah MATRI (kita belum punyai naskah seperti itu setakat ini, menunggu siapa yang berani menyambut obornya), ia mempunyai kaitan erat dengan MATRI, pelajarnya, murobbinya, dan aktivitinya, jadi ia bolehlah diletakkan sebaris dengan naskah-naskah yang pernah ditulis sebelum ini perihal MATRI seperti Murobbiku tulisan Hilal Asyraf dan Sejarah Awal Matri tulisan Ghazali Saad.

Buku ini berkonsepkan nasihat yang diberikan melalui genre puisi. Walaupun puisi boleh terjatuh kedalam daerah yang sukar difahami oleh penerimanya, ia tetap diteruskan begitu oleh penulis. Beliau mengiktiraf masalah ini tetapi meneruskannya kerana bagi beliau nasihat itu tidak boleh diberi dengan gelojoh. Beliau lebih meminati gaya imejan, yang membawa anak didiknya bersiar-siar menikmati keajaiban alam sebelum isi nasihat itu meresap perlahan-lahan ke dalam jiwa mereka. Ia bukan seperti naskah puisi biasa, naskah puisi biasa terus terjun pada bait-bait aksara sambil pembaca terpaksa meneka makna dan latarnya. Dalam naskah ini, sebelum pembaca dihidangkan dengan bait aksara, diceritakan dahulu latar peristiwa, watak dan tempat dimana lahirnya puisi-puisi ini. Jadi pembaca boleh membaca tanpa meneka latar puisi tersebut dan menjadikan pembacaan lebih mudah difahami.

Latar buku ini adalah program SukaDidik yang merupakan misi pendidikan yang dijayakan oleh pelajar lepasan Matri di Sabah selepas mereka menamatkan peperiksaan STAM. Penulis merupakan pendidik dan koordinator misi ini, yang dirangka sebagai medan amali bagi anak didiknya selepas mereka mengutip mutiara-mutiara di Matri. Di medan inilah mereka perlu menyebarkan mutiara yang sudah diterima, jauh masuk ke jiwa-jiwa di dasar perdalaman Sabah.


Kredit Gambar: Facebook Khidmat Bakti Sukarelawan Pendidikan – Sabah

Misi sukarelawan ini dilaksanakan di Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) yang merupakan institusi alternatif pendidikan bagi masyarakat Sabah yang ketinggalan dari sistem pendidikan arus perdana. Mereka tercicir kerana taraf hidup, jarak ke sekolah, kemudahan, juga masalah ketiadaan dokumen kewarganegaraan. Antara lokasi mereka menyumbang bakti mendidik masyarakat setempat adalah seperti di Kampung Tandoan, Kampung Hidayat, Pulau Mabul, Kampung Tagupi Laut, Kampung Paman Hutan, Simuning, dan Kampung Langkabong. Puisi-puisi di helaian awal juga menggambarkan kegusaran penulis meninggalkan anak-anaknya di pedalaman Sabah kerana kawasan ini merupakan kawasan keselamatan (ESSZONE).

Mungkin bagus kiranya untuk saya memetik satu bait puisi dari naskah yang kemas ini, sekadar untuk memberi gambaran kepada kita keindahan lantunan bahasanya.

“Belumpun habis secangkir bicara
saatnya sudahpun tiba
melepaskan ke dunia nyata
membawa risalah mulia;
merawat buta aksara,
membanteras jahil agama
membebaskan minda terpenjara.”

Banyak lagi bait-bait yang mengasyikkan, namun tidak bolehlah saya muntahkan semua disini kerana boleh menyebabkan saya terjatuh ke lembah pelanggaran hak cipta. Anda perlu dapatkan sendiri naskah ini untuk menghayati bait-bait aksara yang digarap dengan indah. Selain membicarakan subjek misi pendidikan di Sabah, dalam naskah ini juga kita dapat mengenali penulis dengan lebih intim. Contohnya bagaimana penulis mengimbau pengalaman beliau sendiri membaca dan menghayati puisi tulisan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad dalam kolum Pabila Hujan Turun di dalam Dewan Sastera. Disini kita dapat kenali bahawa penulis sememangnya peminat bahan-bahan sastera.

Antara pesan yang saya kira berbekas di hati saya sepanjang membaca adalah puisi Hujan dan Kemarau, dalam puisi ini kita diingatkan akan sentiasa mengambil jalan tengah. Tidak terlalu jumud sehingga berlakunya kemarau, tidak juga terlalu ekstrem dalam berlepas-lepasan sehingga ditenggelami banjir. Walaupun nasihatnya khusus kepada pendidik, ia juga boleh diaplikasikan kepada kehidupan kita rakyat biasa.

Apabila penulis membicarakan bahawa pendidik nilainya tinggi, dan untuk mencapai ketinggian nilai itu ada tenaga yang perlu dikorbankan, ada usaha yang perlu dilakukan dalam mendaki untuk mencapai ketinggian. Hanya orang yang sampai ke puncak sahaja dapat menikmati keindahan permandangan. Bait-bait ini mengingatkan buku yang pernah saya tulis, bertajuk Gunung Tahan Hiking Log, saya dapat merasai maksud yang digarap penulis. Teringat saya pada cabaran dan keperitan mendaki Gunung Tahan, namun apabila tiba dipuncak, melihat buana luas terbentang indah diselimuti kabus, terasa manisnya kejayaan, segala penat lelah hilang seperti mimpi semalam.

Saya juga sangat terkesan membaca bagaimana sukarelawan yang berbaki disana bergaul dengan masyarakat dan anak didik sehingga tumbuh perasaan kasih dan sayang. Apabila tiba saat pulang, ada yang merayu untuk tinggal lebih lama. Saya juga pernah menjadi pendidik sebentar beberapa kali dalam hidup dan menyelami perasaan ini. Ya, apabila kita bersama anak-anak murid, melihat mereka belajar dan menjadi insan yang lebih baik, ia membungakan bahagia, sungguh kerjaya pendidik adalah kerjaya yang penuh percintaan. Saya sendiri dahulu menangis apabila berhenti menjadi cikgu. Saya ada membeli naskah Lemoi Praaq yang ditulis oleh Cikgu Bungo Lale perihal pengalaman beliau mengajar anak-anak orang asli Lemoi, saya kira naskah tersebut merupakan naskah yang baik untuk menyambung pembacaan perihal indahnya menjadi warga pendidik.

Maka penulis menulis dalam puisi Gurindam Rasa Hati, “andai jelma rasa sedih, itulah fitrah orang berkasih”, begitu menusuk bait ini.

Sebelum saya mengakhiri ulasan saya terhadap naskah istimewa ini, saya ingin berkongsikan sebuah lagi tema yang berjaya saya kutip dalam makalah ini. Iaitu perihal minda yang dibiasakan berfikir tentang ilmu dan pendidikan pastilah tidak sama dengan minda yang hanya disuap hiburan-hiburan ringan. Seperti jasad yang banyak berehat, pasti tidak sama dengan jasad yang kuat bersukan dan beriadah. Tema ini dibicarakan penulis diakhir naskah dalam bahagian penutup. Apabila dibaca, ia seakan pesanan buat diri ini, apakah kita banyak bekerja dan menyumbang, atau sekadar berehat-rehat, memilih kerja-kerja yang senang dan mudah sahaja. Tentulah ia memerlukan satu muhasabah yang panjang.

Perjalananku Ini (Himpunan Puisi SukaDidik) tulisan Annaky Abolmujahid.
(ISBN: 9789671914700)

Naskah ini bagi saya bukan sahaja indah, ia juga penting dalam erti memelihara sejarah persuratan akan sekolah yang kita semua semat di hati. Ia pastilah lebih penting dan indah buat sukarelawan yang pernah sendiri turun dan berbakti di sana. Semoga kita akan dihadiahkan lebih banyak naskah dalam genre ini, yang memelihara kisah, peristiwa, dan sejarah kita. Namun, sebelum kita diberikan hadiah-hadiah seterusnya, haruslah kita menikmati naskah yang telah tersedia ini. Penulis menutup makalah ini dengan baris akhir “doakan untuk penerbitan seterusnya”, maknanya ada sinar cahaya bahawa kita akan diberkati dengan karya penulis di masa akan datang.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Book Review

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • …
  • 14
  • Next Page »

Recent Posts

  • Penghancuran Dunia Klasik Romawi & Yunani Oleh Agama Kristian
  • Persejarahan Melayu Tradisional
  • Renung: Metodologi Fikir Dalam Pencarian Makna
  • Perihal Penyebaban Dalam Sejarah
  • Historiografi Astronomi: Paradoks Dalam Pensejarahan Tamadun Barat

Archives

Copyright © 2023 The Independent Insight