The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Berita
  • Politik
  • Ekonomi
  • Teknologi
  • Reviu
    • Reviu Buku
    • Reviu Filem
    • Reviu Muzik
  • Rencana
  • Podcast
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

Impak Pelarian Kepada Ekonomi Malaysia

October 25, 2026 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Kajian IDEAS: The Economic Impact of Granting Refugees in Malaysia the Right to Work (2019)

Kita sering dimokok-momokkan kononnya pelarian Rohingya ini akan merosakkan ekonomi negara. Namun momokan ini hanyalah cakap-cakap mulut dari aktivis terjah yang disifatkan polis sebagai “jahil”. Mereka bukan sahaja tidak faham undang-undang. Mereka juga tidak faham macam mana ekonomi berfungsi.


Adakah ada kajian tentang impak ekonomi hasil dari kita membenarkan pelarian bekerja di Malaysia?


Jawapannya, ada.


Antaranya kajian yang dilakukan oleh IDEAS pada tahun 2019 oleh Laurence Todd, Adli Amirullah dan Wan Ya Shin. Dapatan mereka:

  1. Jika pelarian dibenarkan berkerja, sumbangan tambahan kepada KDNK negara Malaysia adalah lebih dari 3 billion (bukan juta, tetapi billion) menjelang 2024. Akan meningkat hingga lebih RM6.5 billion setahun menjelang 2040!
  2. Polisi ini juga akan mencipta 4,000 pekerjaan tambahan pada RAKYAT MALAYSIA.
  3. Penambahan kutipan cukai lebih RM50 juta setiap tahun menjelang 2024.

Sebab kajian ini dilakukan pada 2019, unjurannya hingga 2024. Bayangkan berapa banyak kerugian dari “loss of opportunity” kita? Malah hasil polisi lapuk, kita pula menghabiskan sumber tenaga kita hendak buat operasi sita setiap tahun. Walhal tenaga itu boleh digunakan dengan lebih produktif pada ekonomi negara. Sebab itu polisi negara Malaysia ini tak boleh dirangka berdasarkan momokan aktivis terjah yang jahil, dan emosi netizen yang jahil. Tapi perlu dirangka berdasarkan kajian dan data.

Dapatan utama kajian IDEAS 2019.
P60_Refugee-V6Download
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Ekonomi Tagged With: Ekonomi, Malaysia, Pelarian, Rohingya

Recent Posts

  • Impak Pelarian Kepada Ekonomi Malaysia
  • Muallaf Suman Sivam Sindir Mahasiswa Melayu Sebagai Geng Long Tiger
  • Kumpulan Samseng Haram ‘Skuad Langgar’ Mengganas, Dikecam Teruk Netizen
  • Ucapan “Assalamulaikum” Dalam Dunia Yang Kian Bergolak
  • Skuad Langgar Menyamun, Akhirnya Ditangkap Polis

Archives

Copyright © 2026 The Independent Insight