The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Home
  • News
  • Politics
  • Economy
  • Technology
  • Review
    • Book Review
    • Movie Review
  • Blog
  • Podcast
  • About Us
  • Contact Us

Pilihanraya Negeri Sabah 2020 Satu Tragedi

October 3, 2020 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Jika pilihanraya negeri Sabah pada tahun 2020 boleh disimpulkan dengan satu perkataan, ia adalah tragedi. Ia merupakan satu pilihanraya yang tidak perlu, malah ia patutnya tidak dilakukan sekiranya golongan elit politik negara mempunyai sekelumit rasa prihatin kepada negara. Pilihanraya negeri Sabah dilakukan dengan penuh tidak bertanggugjawab ketika pandemik Covid-19 sedang merebak pantas di Sabah. Kesan dari pada tindakan tidak bertanggungjawab ini, pandemik Covid-19 meletup dan merebak ke seluruh Malaysia, ia tidak lagi dapat dihadkan hanya dalam satu negeri.

Tragedi ini bermula sejak awal lagi, selepas pilihanraya umum ke-14, Barisan Nasional menang tipis mengalahkan Parti Warisan. Walaupun telah menang, Shapie yang mengetuai Warisan yang kalah telah mengadakan skim di belakang untuk mengumpan “katak-katak” politik untuk masuk ke kem beliau. Umpan ini berjaya kerana di peringkan persekutuan Warisan mempunyai rakan sekutu yang menguasai Putrajaya, Pakatan Harapan. Akhirnya Shapie berjaya melakukan coup d’etat menumbangkan kerajaan sah pimpinan Musa Aman. Shapie berjaya menjadi ketua menteri.

Namun skim kerajaan katak pimpinan Shapie tidak bertahan lama, ia sama rapuh dengan sekutu mereka di persekutuan. Apabila kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya tumbang, beberapa negeri lain turut tumbang dan bertukar tangan. Termasuk Johor, Perak, Kedah dan Melaka. Ketua Menteri Melaka pada ketika itu menasihatkan agar DUN dibubarkan, tetapi Tun Khalil, TYT Melaka ketika itu menolak cadangan itu. Hasil kebijakan beliau, Melaka bertukar tangan tanpa tragedi.

Apabila angin perubahan sampai ke negeri di bawah bayu, Shapie yang mengetuai kerajaan katak akhirnya mendapat karma. Ternyata senjatanya makan tuan, ADUN dibawah kerajaannya pula menjadi katak dan melompat masuk ke kem Musa Aman yang mempunyai sekutu di persekutuan kini, kerajaan Perikatan Nasional. Shapie tidak mahu kalah, tidak rela melepaskan kuasa dengan aman seperti 4 negeri lain. Shapie memohon TYT Sabah, Tun Juhar untuk membubarkan DUN dan ia diterima.

Pada 20 September, KP Kesihatan, Dr. Noor Hisham mengumumkan bahawa Sabah sedang menjatatkan kes Covid-19 tertinggi. Namun Shapie tidak peduli akan hal ini, dia terus berkempen malah mencadangkan mereka yang positif Covid-19 dibenarkan mengundi. Gabungan PN-BN cuba untuk menghentikan pilihanraya tersebut kerana ia bakal membahayakan kesihatan awam melalui mahkamah tetapi ditolak. Maka berkempenlah semua parti, kesana kesini, dari semenanjung semua turun ke Sabah yang sedang merebak virus Covid-19. Bagi ahli politik SOP hanyalah pemanis mulut untuk rakyat biasa, kuarantin 14 hari hanya sandiwara untuk rakyat, bukan untuk mereka. Apabila mereka pulang, ahli politik membawa bersama virus Covid-19 ke semenanjung. Nasi sudah menjadi bubur, tragedi telah terjadi, Covid-19 kini merebak ke seluruh negara.

Shapie pula tewas di Sabah, sama sahaja jika dia menyerahkan kuasa tanpa pilihanraya, dia tetap tewas. Dia memohon maaf tetapi sudah terlambat, sikap tamak untuk keinginan berkuasa akhirnya menyebabkan negara diselubungi tragedi. Selepas pilihanraya, pada 2 Oktober 2020, 287 kes baharu dilaporkan, ia merupakan angka tertinggi sejak negara dilanda pandemik Covid-19. Pada hari yang sama bekas menteri undang-undang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru. Negara kini kembali berdepan dengan kemungkinan perintah berkurung, yang mungkin akan melumpuhkan ekonomi negara buat beberapa generasi mendatang. Jika tidak berkurung, nyawa-nyawa rakyat dipertaruhkan.

Jadi hasil pilihanraya Sabah adalah Shapie tetap kalah, dan virus Covid-19 merebak keseluruh negara. Pilihanraya Sabah 2020 adalah satu tragedi yang harus dipelajari oleh generasi akan datang.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran. Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Adakah Politik Islam telah berjaya di Malaysia?

September 13, 2020 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Setelah sekian lama parti Islam yang dominan di Malaysia diejek dengan pelbagai nama, mereka diejek bahawa hanya pandai beretorik dan tidak realis sebab itu mereka tidak pernah menjadi sebahagian dari kerajaan pusat. Namun dari segi sejarah ejekan ini tidak begitu tepat, PAS pernah berada dalam kerajaan dalam kerajaan campuran Perikatan dari tahun 1973 hingga 1974 dan dalam kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1974 hingga 1977. Dan kini setelah 43 tahun parti Islam ini kembali di dalam kerajaan.

Namun artikel dan analisis ini bukan tentang parti Islam semata-mata, tetapi untuk meninjau dalam kacamata yang lebih luas, iaitu gerakan politik Islam yang mana parti Islam merupakan sebahagian darinya, dan adakah dengan kemasukan mereka di dalam kerajaan perjuangan politik Islam telah berjaya.

Politik Islam melahirkan pelbagai wadah, ada yang langsung menubuhkan parti, ada yang moderat, ada yang mempunyai pendekatan yang perlahan, ada yang mahu kembalikan sistem Khalifah, ada yang berpendapat ia perlu dimulakan dengan ekonomi, dan mungkin seribu satu penafsiran lagi. Persoalan adakah Islam perlu ditegakkan sebagai kuasa politik, adakah Islam itu sebenarnya adalah agama bukan perjuangan yang bermatlamatkan politik, adalah perbahasan klasik yang telah didebatkan lebih seribu tahun. Namun mungkin apa yang pasti adalah politik merupakan sebahagian dari Islam, atau sekurang-kurangnya Islam memberi panduan berkenaan dengan kaedah berpolitik.

Slogan yang digunakan oleh gerakan Islam hari ini merupakan slogan-slogan lama, yang mungkin relevan pada zaman kolonial, tetapi kedengaran janggal pada zaman dan situasi masa kini. Kebanyakannya membawakan pemikiran bahawa sistem politik kita belum cukup-Islam. Untuk kekal relevan gerakan politik Islam perlu mencari gaya fikir yang baharu.

Dengan mengatakan kita perlu mencari gaya fikir baharu bukan bermakna kita menolak pemikiran-penulisan generasi awal gerakan Islam seperti Syed Qutb, Hasan Al-Banna, Maududi dan sealiran dengannya, kita masih boleh membaca, mengambil ibrah, dan mengkaji penulisan mereka. Tetapi dalam masa yang sama kita harus sedar generasi, geografi, dan keadaan kita hari ini tidak sama dengan mereka, jadi pendekatan kita tidak boleh ditiru 100 peratus, ia perlu disesuaikan dengan waqi semasa.

Situasi Islam di Malaysia hari ini sudah jauh berbeza dari era kolonial. Ustazah hari ini tidak lagi free-hair seperti zaman dahulu. Pelajar sekolah tidak lagi memakai seluar pendek. Bank-bank sudah mempunyai pilihan untuk pembiyaan patuh syariah. Malah simpanan KWSP juga sudah punyai pilihan simpanan patuh syariah. Dalam konteks negara Islam hari ini bukan lagi Islam yang ada pada zaman kolonial.

Baik, mari kita kembali kepada persoalan asal kita.

Francis Fukuyama dalam kitabnya perihal berakhirnya sejarah ada membincangkan tentang dilemma yang dihadapi manusia. Manusia mahukan sesuatu untuk diperjuangkan, sesuatu yang lebih besar dari dirinya. Apabila dunia telah aman, tiada lagi perbezaan, diskriminasi, tiada lagi penindasan, atau dalam kata lain manusia telah sampai ke puncak perjuangan, atau dalam bahasa Fukuyama “manusia telah sampai ke hujung sejarah”, tiada apa lagi yang perlu diperjuangkan. Hidup akan terasa biasa, lama kelamaan manusia akan bosan dan mereka akan mencari semula sesuatu untuk diperjuangkan, kemudian peperangan dan penindasan bermula semula.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Fukuyama ini hanya falsafah, tetapi ia merupakan soalan yang menarik untuk ditinjau, ketika parti politik yang mengaku mewakili Islam telah sampai ke puncak kuasa adakah boleh kita katakan perjuangan telah selesai? Adakah aspirasi politik Islam telah berjaya?

Jika dilihat dari sudut Islam itu sendiri, tentulah jawapannya tidak, kerana Islam bukan hanya politik, politik hanya sebahagian dari Islam. Masih ada banyak ruang dalam Islam yang perlu dijayakan, kerana Islam merangkumi semua bidang hidup, ini bermakna ia termasuk ruang ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan, keilmuan dan lain-lain.

Namun dalam bidang politik adakah kita boleh katakan kita telah berjaya? Parti Islam sudah berada dalam kerajaan, Islam diiktiraf dalam perlembagaan negara sebagai agama rasmi. Institusi-institusi Islam telah diwujudkan baik dalam bidang pendidikan, dakwah, undang-undang, makanan. Jika kita kata kita sudah berjaya ini akan membuatkan kita mengatakan sudah tiada apa yang perlu diperjuangkan.

Jika anda membaca artikel ini dan merasakan ia berpusing-pusing dan tidak menjawab soalan asas yang ditanyakan jangan gelisah. Kerana persoalan ini mustahil dijawab oleh artikel pendek ini. Artikel ini hanya ingin meletakkan soalan ini di meja perbincangan. Melarikan diri dari menjawab persoalan ini akan menyebabkan gerakan Islam semakin hari hilang relevannnya dalam masyarakat, menjadikan mereka memperjuangkan perjuangan lama dan menyebabkan mereka hilang semangat dan idealisme golongan muda yang merasakan perjuangan mereka tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Namun jika persoalan ini dibincangkan, jika ia cuba dijawab dengan serious, ia akan memberi nafas baru kepada gerakan Islam, membantu mereka dalam proses transisi dari ideologi politik lama kepada pemikiran politik yang lebih segar, yang lebih murni dengan idealisme generasi muda, sesuai dengan keadaan dan kehendak zamannya. Semoga kita diberi kesempatan untuk melihat hari-hari yang lebih baik pada masa hadapan.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran. Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Impasse: Antara Realis dan Idealis

June 20, 2020 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Di blok pembangkang hari ini kita lihat keadaan masih kucar-kacir. Pada mulanya mereka kelihatan konfiden, katanya ada 129 kerusi, kemudian katanya mahu mengumumkan calon perdana menteri untuk counter-coup dalam seminggu, namun selepas seminggu, hanya mampu tampil dengan permohonan maaf kerana tiada kata sepakat boleh dicapai, dalam kata lain mereka sekarang dalam impasse.

Dalam impasse ini kita melihat dua blok. Satu blok adalah blok realis yang mahukan Mahathir, sosok negarawan untuk diangkat sebagai perdana menteri kali ketiga. Hujah mereka, walaupun sudah berkali-kali kombinasi ini gagal, hanya dengan sosok negarawan ini mereka boleh mengumpul kerusi yang cukup. Walaupun pembaca yang cermat mungkin akan bersoalan, dimana mandat rakyat yang mereka laungkan jika kerusi tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan? Apa-apa pun, Parti Aksi Demokratik (DAP) dalam hal ini duduk bersama kelompok realis, dan apabila mereka telah menyatakan kedudukan mereka, Parti Amanah istiqomah mengekori rapat keputusan tuan mereka. Formula yang telah gagal pada 1998 dan 2020 harus dicuba lagi. Mantan Menteri Pendidikan yang gagal menghapuskan tol di Simpang Renggam juga duduk dalam lingkungan kem realis ini, maka beliau terpaksa menjaja “teori galah”.

Kem kedua adalah kem idealis, kem ini dipenuhi oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu menaikkan Anwar Ibrahim. Antara yang awal menulis karangan adalah angkatan muda, katanya “sudah-sudahlah memilih lesser between two evils” sudah tiba masanya berprinsip walaupun kemenangan memakan masa. Pengikut yang cermat mungkin bersoalan, dahulu ketika ramai anak muda yang kecewa dengan hujah lesser of two evils ini, atau dalam bahasa yang lebih Islamik “mudharat yang lebih kecil”, dan anak muda ketika itu protes dengan membawa idea undi rosak, angkatan muda-lah yang menjaja idea memilih lesser evil ini di pentas-pentas forum. Mengangkat semula rangka yang sudah ditinggalkan. Hari ini mereka sudah tidak beriman dengan hujah yang mereka sendiri dahulu jaja.

Impasse ini kelihatannya belum berakhir. Realis dan idealis masih belum mencapai kata sepakat, walaupun nama mereka pakat-an. Jika orang tanya saya, antara idealis dan realis ini siapa yang akan menang?

Saya akan menjawab, Azmin Ali telah menang, kerana dia opportunis.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran. Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Sains Politik: Memahami “Kerajaan Pintu Belakang”

March 13, 2020 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan dihadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah / Foto BERNAMA (2020)

Dengan perlantikan perdana menteri baharu maka secara rasmi kita menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang hanya mampu bertahan 22 bulan. Selepas menyaksikan “drama” dan “plot twist” yang berlaku, kita dapat gambaran yang lebih tepat berkenaan dengan situasi ini apabila habuk telah mendarat “dust have settled”.

Setelah perletakan jawatan perdana menteri, adegan kejar mengejar, drama air mata setia berprinsip, adegan lopat melompat, pertandingan matematik mengira kerusi, mesyuarat tengah malam, adengan video “bye-bye PKR”, akhirnya kita sampai ke titik equilibrium dengan pembentukan kerajaan baru hasil proses tawar menawar dan kompromi beberapa parti.

Bagi yang terjatuh dari buaian takhta, ia adalah aksi pengkhianatan kepada “mandat rakyat”. Bagi yang menerima kuasa dan laba, mereka berhujah bahawa mereka mengikut perlembagaan dengan mengumpulkan sokongan ahli-ahli yang sudah menang pilihanraya, mereka selaku ahli parlimen mewakili rakyat untuk menyokong seorang perdana menteri. Apa pun pendirian kita, saya bersetuju dengan saranan Tun Mahathir dalam wawancara terbarunya bersama Sinar Harian bahawa rakyat perlu belajar dengan episod ini. Ia adalah kuliah demokrasi yang praktikal bagi mereka yang mahu menjadi pelajar kepada sejarah.

Jika benar kuasa politik direbut melalui perang persepsi, ia memerlukan lebih 60 tahun untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan UMNO-BN, dan hanya 22 bulan untuk membina persepsi dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan. Dalam bahasa matematik hanya 3.05% sahaja masa yang diperlukan dalam perang persepsi untuk menjatuhkan PH berbanding BN. Tetapi saya tidak percaya 1 faktor sahaja yang menyebabkan kerajaan ini jatuh. Jadi ia lebih dari sekadar persepsi.

Discourse berkenaan dengan kejatuhan PH di dalam bulatan liberal, jemaah yang menyokong PH, pejuang sosial media PH, kebanyakannya berorbitkan “pengkhianatan”. Ya betul, perubahan pendirian sebilangan besar ahli parlimen PH, serta Parti Bersatu ini adalah faktor yang zahir yang menyebabkan kerajaan mereka jatuh. Tetapi pada saya observasi zahir ini tidak menceritakan keseluruhan cerita. Persoalan besar yang perlu ditanya adalah ini “Kenapa perlu ‘khianat’ apabila sudah di puncak kuasa?”. Dalam bahasa ekonomi kita perlu mencari apa “insentif” dari perbuatan ini. Jika lompatan ketua pemuda parti kalah untuk masuk parti menang itu mudah difahami, tapi kenapa perlu “khianat” jika sudah pun menjadi menteri?

Persoalan ini adalah persoalan yang menjadikan teori “khianat” ini benar tapi simplistik, true but not the whole truth, ataupun boleh dikata “half-truth“.

Untuk menjawab persoalan ini kita perlu cuba menjenguk sedikit kehadapan dan melangkah sedikit ke belakang. Kita boleh melemparkan banyak teori, tetapi bagi tulisan ini cukuplah kita menimbang dua teori. Teori pertama memerlukan kita untuk meninjau ke hadapan, teori strategi yang bersifat Machiavellian, yang mana keperluan strategi mengatasi neraca moral. Pakatan Harapan dari awal bukanlah pakatan yang stabil untuk jangka panjang, dari awal pakatan yang didominasi PKR-DAP ini memerlukan parti pro-Melayu untuk memenangi pilihanraya yang masih bersifat identity politics walaupun ia merupakan antonim kepada naratif multi-culturism mereka. Di sini Bersatu masuk mengisi ruang itu.

Tetapi Bersatu tidak mempunyai pegangan yang kuat dalam PH. Walaupun mengisi banyak jawatan penting seperti PM dan MB, kerusi mereka terlalu tidak signifikan jika hendak dibandingkan dengan penguasaan kerusi PKR-DAP. Situasi ini dipanggil “punya jawatan tetapi tidak punya kuasa”. Maszlee merupakan contoh yang sangat baik dalam hal ini, walaupun dia menteri, hendak laksanakan dasar pun ditentang oleh komponen sendiri. Jadi apabila didesak untuk menyerahkan jawatan PM, Bersatu sedar bahawa survival mereka terancam. Jika hilang jawatan, maka mereka bukan sahaja tidak punya kuasa dengan penguasaan kerusi, mereka juga tiada kuasa dari jawatan. Jadi buah catur perlu digerakkan untuk memastikan mereka dapat mengekalkan survival politik mereka, mereka memilih memposisikan diri dengan parti-parti yang dekat dengan ideologi mereka.

Teori kedua memerlukan kita melangkah ke belakang, melihat perjalanan pakatan yang dibina oleh PKR-DAP. Sepanjang sejarah coalition mereka sememangnya akan berakhir dengan perpecahan, veteran politik PKR saudara Tian Chua pernah mengutarakan perkara ini dalam satu forum anjuran SAMM, bahawa pakatan baru akan “mengulangi kesilapan yang sama”. Cuma lebih memalukan, perpecahan kali ini berlaku ketika sudah menjadi kerajaan. Bagi Tian Chua, DAP terlalu ideologikal dan sukar berkompromi, kata beliau DAP akan “meloncat” tiap kali apa-apa yang berkaitan Islam dibangkitkan.

Barisan Alternatif (BA) merupakan siri perpecahan pertama. Walaupun Jelutong sering memetik nama Arwah Tuan Guru Nik Aziz, kononnya sebagai tokoh yang dia hormati. Perpecahan BA adalah ketika zaman Nik Aziz menjadi Murshidul Am PAS. BA lahir selepas tercetusnya gerakan Reformasi 1998. Pada PRU tahun 1999, PAS adalah parti yang berjaya dalam BA, mereka menawan Kelantan dan Terengganu serta menambah kerusi dari 7 kepada 27, sementara DAP menyaksikan nama besar seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah merebut kerusi. Kerana PAS istiqomah dengan negara Islam, dan DAP menyusut sokongan kerana berkerjasama dengan parti yang mempunyai ideologi “negara Islam”, DAP keluar dari BA selepas serangan 11 September pada tahun 2001.

Perpecahan kedua adalah selepas tertubuhnya Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan pada tahun 2008. Antara kontroversi pada era PR ini adalah Langkah Kajang 2013-2014, apabila PKR bertindak memfitnah Khalid Ibrahim bagi menjatuhkan beliau sebagai MB Selangor. PKR akhirnya terpaksa memohon maaf secara terbuka pada Khalid selepas dibawa ke mahkamah. Tindakan PAS tidak mahu bersekongkol dengan finah PKR yang ingin menaikkan Anwar sebagai MB meretakkan hubungan mereka. Ditambah dengan perbezaan ideologi dengan DAP, akhirnya pakatan ini berpecah apabila DAP mengumumkan pada 2015 bahawa pakatan ini telah “mati” kerana tidak boleh berkerjasama dengan PAS.

Mereka kemudian mencipta Pakatan Harapan (PH), namun seperti apa yang dikatakan Tian Chua, mereka “mengulangi kesilapan”. Walaupun sudah menang dan menubuhkan kerajaan. Perbezaan ideologi dan kesukaran DAP untuk berkompromi menyebabkan kerajaan yang dibina sangat rapuh. Cumanya perpecahan kali ini tidak boleh disalahkan kepada PAS. Rakan mereka Bersatu dikritik secara terbuka oleh PKR dan DAP atas dasar-dasar yang mereka perkenalkan. Menjadikan Bersatu tidak selesa kerana setiap hari dikritik dan didesak, mereka tidak merasakan mereka sebahagian dari “rakan” dalam kerajaan. Namun Bersatu yang mempunyai strategis veteran seperti Mahathir ini kelihatan bijak, jika sebelum ini pakatan PKR-DAP berpecah apabila DAP umum keluar dan ishtihar “mati” mereka mengambil langkah awal untuk keluar dahulu dan membentuk perikatan baru.

Kedua-dua teori inilah yang mengisi kekosongan naratif “pengkhianatan” yang kini cuba diketengahkan. Hakikatnya pakatan yang dibina sebelum ini tidak bernafas panjang, tidak mampu berkompromi, dan tidak lestari dari perspektif ideologi. Tapi tiada apa yang kekal di dalam dunia ini, mungkin juga Perikatan baru ini akan bergaduh sesama sendiri merebut jawatan dan berpecah, mungkin juga ia akan ditewaskan melalui undi tidak percaya, tapi biarlah drama itu kita simpan untuk anekdot seterusnya.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran. Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Facebook & Kebangkitan Semula Najib Razak

January 22, 2020 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Najib Razak di satu majlis di Kuala Lumpur pada 25/01/2016 / Gambar oleh: REUTERS/Olivia Harris

Jika kita perasan, semasa hujung-hujung pemerintahan Najib, Najib sudah tidak buat banyak press conference. Segala maklumat dilepaskan kepada awam melalui Facebook beliau sebagai one stop center. Perkara ini saya kira bijak untuk capai dua perkara. Pertama, semua maklumat boleh ditapis, dibentuk dengan teliti sebelum dilepaskan kepada awam. Tiada soalan spontan atau follow-up dari reporter yang boleh cipta isu. Kedua, ia memudahkan capaian terus kepada masyarakat awam, jika media twist sekali pun, rakyat dengan mudah boleh semak semula kenyataan awal. Mahathir masih suka dengan style press conference dan jawab soalan reporter secara live.

Selepas jatuh dari takhta kuasa. 3 juta followers yang dikumpul tidak dibiarkan begitu sahaja. Facebook beliau menjawab semua isu-isu nasional, malah berjaya timbulkan isu untuk dijawab kerajaan. Spotlight yang diberi oleh kerajaan tak pernah padam kepada Najib. Dalam industri media, negatif publisiti adalah satu bentuk publisiti, jadi mata rakyat tak pernah lari dari Facebook Najib. Hatta, orang-orang PH dan haters beliau pun like page Najib. Perkara ini merupakan kekuatan utama yang digunakan Najib untuk bangkit semula walaupun tewas di peti undi.

Johan Jaafar menulis kebangkitan ini disebabkan oleh tagline “Malu apa bossku”, saya tak setuju. Tagline itu salah satu sahaja dari apa yang Najib buat untuk turning the tide. Yang besarnya adalah capaian Facebook beliau.

Sementara PH masih lagi pening selepas memegang kuasa, tak ada central information dispenser. Orang nak follow Mahathir kah? atau Anwar? atau Mat Sabu? atau Lim Kit Siang? Tak jelas mana saluran yang boleh jawab semua isu nasional dengan mudah. Malah mereka saling bercanggah antara satu sama lain. Bercanggah hingga ke soal dasar.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran. Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Beza Nasionalisme Dan Monarki

January 20, 2020 By Benz Ali

Nasionalisme dan monarki adalah dua benda yang berbeza. Nasionalisme Soekarno menghentam raja-raja yang berpihak pada Belanda. Kerana itu nasionalisme ada hujung kirinya dalam tubuhnya yang kanan. Nasionalisme kiri anti feudal, anti imperial, seperti PKMM, Parti Rakyat, dan cenderung kepada idea Soekarno sementara nasionalisme kanan, hmm faham-faham sahaja lah.

Kebanyakan raja dan sultan pada masa dulu sangatlah pro kepada penjajah. Mereka tidak terlibat dalam sebarang kebangkitan rakyat malahan di Indonesia, mereka berpihak kepada Belanda, kerana itu nasionalis kiri yang progresif seperti Soekarno mahu sapu bersih mereka semua ni. Kebanyakan mereka pro kepada penjajah kerana mahu mengekalkan keistimewaan yang mereka ada. Penjajah seperti Inggeris menjanjikan kedudukan jika mereka setia, dan mengancam akan menurunkan mereka atau menggantikan mereka dengan sultan yang lain jika mereka melawan, dan begitulah caranya mereka mempertahankan kedudukan mereka.

Seorang nasionalis itu (suatu masa dulu) bukanlah bermakna dia seorang konservatif yang menyokong monarki. Kita boleh lihat seperti Mahathir vs Sultan Johor. Mahathir lebih cenderung nasionalis berbanding menjadi konservatif pro monarki, walaupun tidak semestinya tujuan dia murni untuk rakyat. Tetapi jelas dia bukan royalist.

Dan nasionalism sosialisme (Nationalsozialismus) itu bukanlah nasionalisme progresif. Itu adalah Nazi. Dan nasionalisme yang sebenar adalah ketikamana berlaku penjajahan kuasa luar dan kesedaran kebangsaan suatu masa dahulu. Ia bukanlah boleh dikatakan ideologi yang berterusan. Ia ada zaman dan tempohnya.

Dan tempohnya sekarang sudahpun luput.

Benz Ali
Benz Ali

Filed Under: Politics

Arul: The Poor Just Want a Decent Life

January 7, 2020 By Editor The Independent Insight

By: S.Arutchelvan

Mahathir’s condemning of the poor at the monthly address at the Prime Minister’s Department Monday morning assembly on 6-1-2020 lacks humaneness and is humiliating to the millions of workers and people who work hard, day in, day out, just to survive. Only someone with a Trump mentality would be able to appreciate such a speech that degrades and undermines people.

Mahathir was quoted as saying, “Why are they poor? Because they are unproductive and do not contribute to society in a way where society would repay them.” He also said the poor should not feel envious of the wealthy because the wealthy pay high taxes and the Government uses this money to pay salaries and develop the country.

Who is Mahathir calling unproductive and not contributing to the society?

Is he talking about the fisher folk who go fishing before daybreak and risk their lives at sea? Or is he talking about the paddy farmers in his hometown in Kedah toiling in the paddy fields to grow rice for the nation? Is he talking about the factory workers, who are forced to work 12 hours to complement the totally inadequate minimum wage? Is he talking about the small farmers who work the land to ensure we get our supply of food? Or the nanny who takes care of our children in the absence of nurseries at the workplace? Or is he talking about the plantation workers, or the cleaners, or the thousands of people who cross the border in the wee hours to do 3D jobs in Singapore? Or the lorry drivers who park their vehicles on the roadside to catch up on sleep? Or is he talking about the civil servants whose pensions he plans to slash? Or is he talking about the miserably paid motorbike riders delivering food, or the grab drivers…..? Who is Mahathir calling unproductive, not contributing to the development of the country, and envious of the rich?

Productivity low?

According to International Trade and Industry Minister Darell Leiking, in truth, Malaysia’s labour productivity grew 2.2% in 2018, surpassing some developed nations including China and Australia, and was ahead of selected Asian countries. Even Japan which Mahathir always looks up to had lower labour productivity.

Now looking at another study – Are Malaysian Workers Paid Fairly?: An Assessment of Productivity and Equity by Athreya Murugasu, Mohamad Ishaq Hakim and Yeam Shin Yau. Their study concludes that Malaysian workers receive lower compensations relative to their contribution to national income from productivity and equity perspectives. They argue that Malaysians are paid a lower wage compared to benchmark countries, even after taking into account productivity differences and secondly they conclude Malaysia has a lower labour share of income despite its labour-intensive nature. This suggests workers are not adequately compensated for their contributions.

Their study raises some serious issues which Mahathir and the rich don’t want us to know. The study questions – While employers(bosses) need to be fairly compensated for their respective factor inputs, the question remains, why is the share of compensation to employers (bosses) higher relatively to workers and why isn’t this reflected in Malaysia’s taxation and distributive policies?

Do the Wealthy pay high taxes?

Now let’s talk about Taxes. Mahathir glorifies the rich for paying taxes. Perhaps he did not hear what Lim Guan Eng said. In one of his post-budget forums, Guan Eng says that even by increasing taxes to 30 per cent, we will still be among the lowest compared with neighbouring countries and he added that the Government does not believe in harsh and abrupt measures in taxation. Perhaps harsh and abrupt measures are reserved for workers only by keeping minimum wages low.

Guan Eng has also said previously that there will be no new taxes on the wealthy so as to prevent shocks to the financial system. He said the government will not introduce capital gains tax on shares and other taxes on the wealthy in order to prevent “shock to the system”. These measures are to ensure there is no capital flight according to him.

So Mahathir’s wealthy will take a flight when taxes are increased. So much for Mahathir’s appreciation of the wealthy and their taxes: the minute taxes go up, they will abandon him, unlike the poor whom he enjoys attacking.

Anyway, how much do the rich people get taxed in Malaysia? Can Mahathir actually give a figure how much tax the richest ten people are paying in Malaysia? While their income has been made public yet their tax payment details come under the Official Secrets Act according to answers given in Parliament. And who can forget, the Government giving Lynas 12 years of tax exemption despite all the controversy over its handling of radioactive waste.

The Poor and The Balance 80%

Looking at purchasing power, Malaysia’s wages are one of the lowest in the region. Most of Malaysia’s poor earn monthly salaries that are two times less than the monthly entertainment allowance of RM2500 paid to MPs. Our MPs even get a fuel subsidy of RM 1500 a month – which is higher than the minimum wage set by the government.

According to an article by Deputy Defence Minister Liew Chin Tong, in an article published in Malaysiakini on Dec 31, 2019, said nearly 30% of Malaysians polled by Gallup in 2018 felt that they did not have enough money for food, while 23% reported not having sufficient money for shelter. 80% of them experience economic insecurity, such as low wages as well as high cost of housing and transport.

What is shocking about his revelation was that he said “The B20 poverty category, as defined by the UN, needs welfare, but in the Malaysian context, it appears that the subsequent 60% (M60) need better jobs, better pay, better business opportunities, better upward mobility for their children, better housing options and better transport alternatives.’

The United Nations Special Rapporteur on extreme poverty and human rights Prof Philip Alston’s report suggested that Malaysia’s poverty rate is most likely between 16% and 20% and Chin Tong while agreeing to this, also said that beyond the B20 group, the rest of the population – perhaps excluding the top 20% – the middle 60% (B21-B40, M40) are about in the same boat.

What was laughable was when Mahathir said, “I hope everyone will focus on the nation instead of themselves.”Why then did Mahathir focus his attack on the poor, and not question the huge allowances paid to his cabinet? Or address the stashing away of wealth in the tax havens by corporate figures, or on the huge salaries drawn by GLC CEOs? His target was the poor man working day in day out trying to make ends meet!

S.Arutchelvan is the Deputy Chairperson for Parti Sosialis Malaysia.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Politics

Sains Politik: Memahami Kejatuhan Maszlee

January 4, 2020 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Malaysia kini mengukir sejarah baharu apabila Menteri Pendidikan meletak jawatan atas “nasihat ayahanda” yang beliau letakkan taat setia. Sukar hendak kita ulas perkara ini tanpa jatuh ke dalam bias politik kepartian, namun kita perlu juga melakukannya, kerana sejarah adalah guru yang baik.

Saya sedar para penyokong sedang bersedih, bukanlah niat saya untuk menambah garam pada luka mereka, sekadar menulis sedikit “certot” berkenaan dengan apa yang saya rasa berkenaan dengan perkembangan ini. Ada penyokong yang terus istihar “no hope” dalam Malaysia Baru, saya rasa ini satu yang naif, Malaysia ini tidak dibina dengan hanya satu sosok tokoh, kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Ada juga yang masih “denial” bahawa bukan DAP yang mendesak. Ada juga yang optimis “jalan terus”. Ada juga yang istiqamah dengan kemenangan bersama atuk.

Tidak kurang penyokong yang marah kerana orang ramai “mengejek” dan “troll” menteri kesayangan mereka. Kemarahan mereka ada asasnya. Tetapi untuk berlaku adil, hampir seluruh menteri lain juga mendapat layanan yang sama. Jadi ada faktor besar lain “beyond” kutukan dan ejekan ini.

Saya juga tidak merasakan “performance” merupakan faktor utama penguguran Maszlee oleh ayahanda. Menteri perpaduan saya kira lebih teruk. Beliau naik bukan secara “demokratik” tidak bertanding pilihanraya dan tidak diundi, sekadar mendapat habuan selepas menyatakan sokongan. Malah sebelum dilantik juga ada rekod memburukkan negara diluar, yang boleh dianggap sebagai “act of treason“. Malah semasa khidmatnya berlaku rusuhan kaum sehingga mengorbankan nyawa! Lebih memalukan selepas menjadi menteri beliau mengasaskan parti baru berasaskan kaum. Bayangkan, seorang menteri perpaduan mengasaskan parti “perkauman”. Tak tertafsir dek akal waras. Tetapi beliau tidak mendapat nasihat dari ayahanda. Mengapa? Kerana langkah ini pada kira saya lebih kuat kerana desakan dalam dan luar untuk membuang “liabiliti politik”.

Dalam karya Khaled Hosseini, ada frasa yang saya kira sangat cocok dengan situasi ini, iaitu “Sometimes you have to cut a finger to save a hand“. Tun bukanlah negarawan baru, ketika tekanan memuncak dari dalam dan luar beliau perlu bertindak pragmatik dalam menyelamatkan “pakatan” yang ada. Beliau juga sedar bilangan kerusi yang sedikit yang parti beliau ada. Mereka berjawatan, tetapi tidak benar-benar mempunyai “kuasa”. Ia kemenangan yang cepat dan singkat dengan asas yang rapuh.

Jika kita telusuri press conference yang diberikan, beliau memulakannya dengan “kejayaan-kejayaan” yang berjaya dilakukan. Tetapi kejayaan ini tidak diketengahkan media. Beliau lebih banyak “diserang” dengan isu-isu politik bukan isu pendidikan. Perkara ini tidak ajaib, kita telah lama tahu sifat media seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malay Mail Online dan yang seangkatan dengannya. Tapi ada isu lain saya kira selain media.

Buku sains politik oleh Bruce Bueno de Mesquita saya kira sangat tepat dalam memahami situasi ini, iaitu mendapatkan kuasa itu sukar, mengekalkannya lebih sukar. Maszlee berjaya dalam langkah pertama tetapi tidak kedua. Mengapa?

Maszlee sendiri mengaku bahawa beliau datang dari kelompok “aktivis” sebelum berjawatan. Namun apabila sudah berjawatan beliau sering bertindak membelakangi prinsip aktivisme beliau sendiri, contoh ketara adalah kononnya mahu membebaskan universiti dari pengaruh politik, tetapi beliau sendiri kemudian menjadi presiden UIAM. Beliau ditentang keras oleh aktivis mahasiswa sehingga akhirnya jawatan itu dilepaskan. Beliau dilihat menipu manifesto untuk mendapat undi, terutamanya dalam isu janji penghapusan tol Simpang Renggam. Jadi beliau sejak awal telah hilang sokongan dari golongan “aktivis” yang mengutamakan prinsip dan idealisme.

Pada mulanya beliau berpendirian teguh dengan manifestonya. Apabila di tanya tentang pengiktirafan UEC, beliau menjawab sinis sambil bergelak bahawa ia tidak akan mengambil masa yang lama seperti 60 tahun diambil BN. Beliau mungkin berfikiran pada ketika itu bahawa beliau sedang “menyerang” BN, tetapi dalam Malaysia yang besar ini bukan BN sahaja bersifat nasionalis, malah ia sifat yang rentas parti. Segera beliau dimusuhi nasionalis.

Sifat nasionalis ini telah lama ditanam oleh kerajaan. Bukan sahaja golongan kanan, golongan tengah, malah banyak golongan kiri juga bersifat nasionalis apabila tiba dipersimpangan bahasa dan budaya. Membawa imej anti-nasionalis di peringkat awal merupakan kesilapan besar kerana ia menggugurkan banyak sokongan, beliau kemudian tidak lagi disokong “nasionalis”. Tetapi walaupun begitu, saya kira beliau “selamat” kerana tidak sempat mengiktiraf UEC. Kerana jika tidak beliau akan dikenang dalam naratif sejarah dalam perspektif nasionalis sebagai “pengkhianat”, seperti mantan Menteri Pelajaran, Khir Johari yang memansuhkan tulisan Jawi sekitar tahun 1960-an.

Dan apabila penentangan nasionalis semakin kuat, diperkenal pelbagai isu pro-nasionalis, seperti Jawi. Kini beliau dibenci pula oleh “rakan-rakan populis” nya sendiri yang digelar “rasis” oleh ayahandanya. Golongan nasionalis yang sudah tawar hati pun tidak mahu mempertahankannya kali ini. Disini saya kira adalah satu kesilapan strategi politik. Akhirnya beliau berjuang sendirian, tidak didokong kawan apatah lagi lawan, sokongan mungkin hanya dari sebahagian “jemaah”, namun Malaysia lebih besar dari satu “jemaah”, kegagalan mempunyai rakan strategik dari mana-mana kem baik dari kalangan “aktivis” dari “nasionalis” ataupun “populis-rasis” akhirnya membawa kegagalan. Beliau “ditembak” secara terbuka ketika duduk di dalam kubu sendiri oleh rakan-rakannya sendiri. Sebesar mana pun billboard yang diangkat, report card yang dijaja, tanpa pembendungan persepsi, “jiwa besar” atau “idea luar kotak” tetap kalah kepada politik realis dan strategik.

Kepada para penyokong, saya doakan kekal tabah, usah sedih terlalu lama. Meminjam kata-kata Muhammad Ahmad Ar-Rashid “ia hanya gerhana, bukan tenggelamnya matahari”. Walaupun tidak “berkuasa”, tokoh kesayangan mereka masih mempunyai “suara” di parlimen. Beliau masih lagi wakil rakyat yang mendapat undi yang sah. Masih punya masa untuk memansuhkan tol Simpang Renggam. Insha’Allah idea-idea segar dan jenaka-jenaka hambar beliau masih kita boleh dengar di parlimen. Diharap Kak Dina juga bertabah.

Kepada yang bersorak meraikan “kemenangan”, jangkaan saya penggantinya jika bukan ayahanda, salah seorang ahli Parti Bunga juga. Jangkaan saya mungkin silap, tetapi berdasarkan sejarah, begitulah, masa akan menentukannya.

Kita ucapkan selamat maju jaya kepada Dr. Maszlee. Semoga pendidikan negara tidak menjadi mangsa pergolakan politik, kasihan anak-anak kita. Mungkin ini kedengaran idealis, tetapi harapannya pendidikan boleh dipisahkan pada satu hari nanti dari “politik kepartian” yang membinasakan. Biarlah ia ditadbir oleh badan bebas dan tidak diperjudikan untuk apa-apa kepentingan politik atau jawatan.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran. Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

Sekularisme dan Islamisasi Malaysia

July 8, 2019 By Mel Van Dyk

Kemunculan Sekularisme Moden

Enlightenment Age, Gabriel Lemonnier

Teori sekularisme wujud apabila terjadinya cubaan pemisahan agama Kristian dari urusan harian oleh pemikir dan ahli falsafah Barat dan penolakan terhadap ajaran Taurat pada abad ke-18 (zaman pembaharuan Eropah). Sekularisme terus menular dengan pantas selepas negara Barat menyaksikan kemajuan sains dan teknologi yang dianggap lebih relevan dari ajaran dan pandangan gereja yang karut dan tidak masuk akal. 

Namun begitu, agama-agama tetap berkembang bukan sahaja di kalangan negara Barat, malah di negara Timur, walaupun berhadapan dengan penentangan idea yang kuat dari kumpulan sekularis. Ini kerana agama masih lagi memainkan peranan penting demi memenuhi tuntutan rohani manusia. 


Radikal Sekularisme 

Menurut fahaman yang lebih radikal, sebarang bentuk kepercayaan dan agama perlu ditolak dari kehidupan kerana ia bertentangan dengan akal dan logik. Nilai agama perlu dipisahkan dari sistem pentadbiran dan pengurusan atas alasan agama mempunyai banyak nilai yang karut dan tidak masuk akal. Golongan sekularis ini seringkali membandingkan keadaan Eropah semasa Zaman Gelap yang penuh penindasan terhadap rakyat oleh Gereja yang mendapat sokongan penuh oleh raja-raja Eropah yang mendakwa menjadi wakil tuhan. 

Pada sekitar tahun 1400M hingga 1800M, tiga Mahkamah Penyiasatan (Inquisition Court) telah ditubuhkan oleh tribunal Gereja Roman Katolik untuk menyiasat dan menghukum golongan yang dituduh menentang ideologi Gereja Katolik. Seramai 340,000 orang telah dihukum mati dan hampir 32,000 telah dibakar hidup-hidup, termasuklah ahli sains termasyhur seperti Jurdano Branos hanya kerana beliau memperkenalkan teori kewujudan planet-planet lain selain Bumi.

Begitu juga dengan Nicolaus Copernicus dengan idea di dalam bukunya yang bertajuk “On the Revolutions of the Celestial Spheres” (1543) yang mengatakan bahawa matahari adalah pusat bagi sistem solar dan bukannya bumi seperti mana ajaran Gereja Katolik. Idea yang sama diambil oleh Galileo Galilei lalu berkembang menjadi teori heliosentris yang mengatakan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. 

Teori ini di tentang hebat oleh Gereja Katolik pada masa itu kerana bertentangan dengan ajaran Kitab Bible yang menyatakan bahawa:  “Tuhan telah menciptakan dunia ini, dan ia tidak boleh bergerak selama-lamanya” (Psalm 104:5). Akhirnya Galileo dihukum secara “Villa Arrest” hingga ke penghujung hayatnya selepas mengaku bersalah dan menarik balik teorinya. 

Prinsip Sekularisme

George Holyoake

Menurut George Holyoake di dalam bukunya yang bertajuk “The Principle of Secularism” (1870), terdapat beberapa prisip utama yang di ketengahkan beliau yang menjadi panduan golongan sekularis hingga kini seperti : 

  1. Sains sebagai panduan hidup Manusia. Holyoake menyatakan bahawa hanya sains dan logik patut dijadikan panduan dalam kehidupan.
  2. Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan dan mengukur kebajikan manusia mengikut hukum utilitarian.
  3. Apa sahaja yang baik adalah baik untuk dilakukan sama ada mempunyai kebaikan atau tidak. 
  4. Prinsip moral liberal untuk membolehkan manusia mencapai matlamat tersendiri.

George Holyoake dengan jelas berpendapat bahawa agama patut diasingkan. Beliau menegaskan bahawa kehidupan sosial dan agama merupakan dua perkara berbeza dan tidak mungkin boleh bergerak selari.

Sekularisme di Malaysia

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1966

Menurut kajian Haslinda Hasan (UM, 2000), di Malaysia, sekularisme telah dibawa masuk menerusi beberapa tahap sejarah tertentu. Antaranya ialah melalui penjajahan, kemerdekaan dan pemodenan. Tiga tahap sejarah ini adalah alat atau mekanisme utama sekularisme di Malaysia.

Hal yang berkaitan dengan agama merupakan isu yang besar dan sensitif di Malaysia kerana lebih dari 55 peratus rakyat di negara ini merupakan penganut agama Islam. Maka disebabkan itu, Islam dijadikan agama rasmi persekutuan atas kehendak majoriti orang Melayu yang  disuarakan melalui UMNO yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha memerdekakan Malaya pada tahun 1957. Gagasan pembangkang masa itu yang dipimpin oleh Partai Rakyat Malaya (yang lebih berpengaruh daripada Parti Islam Se-Tanah Melayu PAS) juga tidak membantah. Namun, faktanya adalah Malaya tidak langsung di iktiraf sebagai sebuah kerajaan Islam. Atas faktor inilah yang menggerakkan sebahagian golongan konservatif Melayu yang mahu Malaya di jadikan sebagai sebuah kerajaan Islam.

Pengaruh Timur Tengah

Ulama Alam Melayu abad ke-20

Era kebangkitan Islam yang berlaku di negara kita pada lewat 70-an berkait rapat dengan lahirnya golongan-golongan ilmuan dari Mesir, Pakistan, Syria, Tunisia dan beberapa negara dari Timur Tengah. Pada ketika itu, pengaruh penentangan masyarakat Arab dan Parsi terhadap kerajaan mereka semasa perang dingin sangat kuat dikalangan pelajar Melayu di sana. Mereka merasakan proses modenisasi telah mengabaikan nilai-nilai Islam. Apabila mereka pulang ke tanah air, maka bermulalah era kebangkitan Islam di negara ini.

Gerakan kebangkitan Islam di negara ini juga dipacu oleh fahaman Gerakan Islah yang berlaku di Timur Tengah yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Istilah pembaharuan agama atau Islah al-Din merujuk kepada pembaharuan cara berfikir dan cara hidup umat Islam. 

Revolusi Iran 1972 juga menjadi faktor kebangkitan Islam secara global dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara pemikiran gerakan Islam di Malaysia seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi, dan Syeikh Abu Bakar Al-Asy’ari.

Proses Islamisasi Malaysia

Semasa proses Islamisasi pada awal 1980-an, PAS mengambil tindakan drastik dengan mengusir pemimpinnya, Datuk Asri Muda kerana dianggap sebagai pemimpin yang lemah dan tidak radikal. PAS ketika itu dilihat berubah dari parti politik yang berteraskan agama kepada parti nasionalis Melayu, lalu mengakibatkan PAS kehilangan sokongan orang ramai. Pada 1982, Dewan Ulamak PAS melantik Yusuf Rawa bagi menerajui kepimpinan PAS, sekali gus menyaksikan PAS kembali menjadi parti berteraskan agama yang lebih radikal.  

Manakala UMNO juga mempunyai dasar Islamisasi tersendiri. Antaranya seperti konsep Islam Hadhari (Islamic Civilazation) yang diperkenalkan oleh Tun Abdullah Badawi, prinsip wasatiyyah sebagai penghubung antara etnik berbilang kaum di Malaysia, Indeks Syariah Malaysia sebagai tanda ukur komitmen negara dalam mengurus tadbir berlandaskan prinsip Maqasid Syariah, dan terkini adalah hubungan kerjasama UMNO-PAS dibawah konsep penyatuan ummah.

Biarpun usaha penyatuan ummah antara UMNO dan PAS masih dalam fasa terlalu muda, namun tidak dinafikan bahawa kerjasama ini merupakan satu sejarah baru dalam dunia politik Malaysia khususnya buat orang Melayu. Mahupun begitu, penyatuan ummah ini juga tidak akan mengabaikan kuasa politik bukan Melayu seperti MCA dan MIC dari komponen Barisan Nasional dan juga Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang terdiri dari ahli bukan Melayu. 

Jalan Terbaik

Sistem demokrasi Malaysia tidak perlu diselarikan dengan sekularisme dengan apa jua alasan sekali pun. Prinsip sekularisme ini bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah penindasan dan perpecahan rakyat yang sering diperkatakan, malah ideologinya tidak akan pernah sesuai untuk kebanyakkan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Kita tidak mahu nasib anak bangsa dicaturkan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi. Apa yang kita perlukan adalah dasar penyatuan pada skala yang lebih besar yang bukan sahaja melibatkan orang Melayu, malah seluruh etnik dan bangsa yang lain dengan  berpandukan pada Perlembagaan Persekutuan demi kestabilan sosio-politik Malaysia. 

Mel Van Dyk

Part time independent writer and podcaster from Northern Malaysia.

Filed Under: Politics

Refuting Hafidz Baharom’s article in Malaysiakini: On Israel and Malaysian hypocrisy

January 31, 2019 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

I was surprised reading this article, not that because it was written by a Malay Muslim but by its poor reasoning and lack of grip to the issue. Actually, this kind of reasoning is nothing new, if you joined a closed FB group full of Islamophobes like GE-Global, you’ll find this argument repeated everywhere. Hafidz is just parroting the same argument.

Ok, lets go into the specific detail on what he wrote. Lets start with his underlying thesis which is the bulk of the article. He argued that “why did we banned the Israeli, not others who violate human right such as the U.S., Russia, Saudi Arabia, Myanmar, China”.

There are 2 main flaws with this argument. The first one, its outlandish if not idiotic that whenever we stand for some right we are hypocrites because there are other violation elsewhere. It’s like a Penang Environment Group (PEG) voicing out about the deforestation of their mountains, was jeered off because there are other cases of deforestation in Kelantan, Sarawak, Selangor, Indonesia, Uganda, Micronesia, Palau, Panama, Mexico etc. So PEG is hypocrites unless they also championing the violation in other states. So if we used his logic, we cannot stand for anything unless we stand for all the right in this world all at once, which is impractical and almost impossible.

Second, it is a clever diversion from the real issue. Instead of arguing the substance, he resorted in moving the goal post. It will never end. Say we banned Israeli and U.S. athlete. Then someone can say what about Russia? We banned Russian. Then he will ask what about Turkey? We banned Turkish. He will ask what about Zimbabwe? It will be an infinite whataboutism. If the international community subscribed to his logic, Apartheid South Africa will still exist today as they cannot adopt a concerted targeted effort to end a particular injustice.

Reading through his article. It is not what he wrote were the only dishonest argument that I find, but what he left behind. I only can conclude that Hafidz Baharom was a real hypocrite rather than Tun or Syed Saddiq. We may not banned other athlete from other countries which we had a diplomatic ties, but Malaysia was far from silence. In case of Yemen, Malaysia pull-out our servicemen from the Saudi-led campaign. In the case of Uighur, Malaysia defied China by releasing Uighur detainees. In case of Rohingya, we even built them a hospital! So, while we might not banned their athletes, we respond according to the situation with a diplomatic ties we have. We, on the other hand, never recognized Israel, we have no ties with them. If he had a problem with that, maybe he can try apply an Israeli citizenship.

Then, things get more interesting. Why we singled out Israel? He claimed “Probably because it is convenient, and that is all. It is easier to ban a small, tiny nation we don’t have to trade directly with rather than the superpowers of the world.” Tun made it clear why, instead he used his made-up imagination to put up his case.

Nevermind, let’s look at this flimsy imagination. If we look at the fact, this argument collapsed spectacularly. He failed to mention that Israel is a “mini-military superpower” and was the 7th largest arms exporter in the world. Israel is armed to the teeth with a nuclear capability. Israel even wield huge political power influencing the U.S., Israel has meddled in U.S. through AIPAC long before the accusation of Russian meddling, that is why they are immune to UN resolutions. Just last Monday, U.S. senate advances bill to combat the boycott of Israel. If a country is a tiny country base on its geographical borders, tell me how come a small European island called Britain can colonize India for 200 years.

Hafidz is plain wrong and don’t even know what he is talking about.

Lastly, and this is the most funny of all. Where he used his assumption to make a case which he did not substantiate. He said, I quote “you won’t find Malaysian Muslims suddenly insisting of boycotting haj and umrah packages to Saudi Arabia over Yemen ever.” Farouk Musa of IRF has indeed call for boycott of Saudi Arabia over war in Yaman. So, again, his argument i.e. imagination collapsed miserably.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran. Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read and sleep.

fathi137.wixsite.com/syedahmadfathi

Filed Under: Politics

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »

Recent Posts

  • Historiografi Astronomi: Paradoks Dalam Pensejarahan Tamadun Barat
  • Menganalisa Teori Graham Hancock: Benarkah Wujud Tamadun Maju Semasa Ice Age?
  • Boabdil & Kerajaan Islam Dinasti Nasrid Terakhir di Sepanyol
  • Perbahasan Falsafah dan Perspektif Nusantara Dalam Anime Attack on Titan
  • Falsafah Bahasa Za’ba

Archives

Copyright © 2023 The Independent Insight