
LANGKAWI, 10 Ogos 2026 – Penduduk Langkawi, Mat Saman Kati dalam satu hantaran media sosial mendakwa dirinya menerima ugutan untuk dipukul daripada seorang individu yang mempunyai kaitan dengan Team Surplus Langkawi susulan pertikaian yang tercetus di media sosial. Sebelum ini dilaporkan bahawa Team Surplus Langkawi telah memfitnah beberapa penduduk Langkawi sehingga menyebabkan dua laporan polis telah dilakukan.
Dakwaan tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran media sosial yang turut mendakwa individu berkenaan sebelum ini kerap menghantar komen berbaur makian dan serangan peribadi terhadapnya. Menurut hantaran itu, seorang lagi individu yang menggunakan nama akaun “Voila_oishi” di platform Threads didakwa memaki hamun serta mengugut untuk “belasah” Mat Saman Kati dalam hantaran berkenaan.

Menurut Mat Saman Kati tindakan beliau mengambil tangkap layar profil individu terbabit menyebabkan akaun berkenaan kemudiannya dipadam.
“Dalam Threads, ada sorang lagi dari Team Surplus Langkawi yang dok maki hamun aku tiap hari siap sampai ugut nak belasah aku,” menurut beliau.
Hantaran sama turut menyentuh mengenai seorang individu bernama Azrul (FB Azrul Roy Istiqomah), yang didakwa sebelum ini kerap mengganggu penulis menerusi mesej dan interaksi di media sosial. Pada masa sama, Mat Saman Kati memaklumkan Team Surplus Kuala Lumpur telah memaklumkan hasrat untuk berkunjung ke Langkawi bersama individu yang disebut sebagai Sophian Mat Zain dan Abe.
Mat Saman Kati bagaimanapun menegaskan bahawa kehadiran pelancong, artis, pencipta kandungan dan pempengaruh ke Langkawi tidak menjadi masalah.
“Kami di Langkawi menerima sapa saja pelancong yang nak datang. Kami sambut dengan tangan terbuka,” katanya.
Menurutnya, Team Surplus Langkawi juga pernah berada di Langkawi dan memasang sepanduk di beberapa lokasi tanpa menerima gangguan daripada penduduk tempatan. Beliau berkata, reaksi kurang senang yang timbul dalam kalangan sesetengah pihak bukan disebabkan kehadiran kumpulan berkenaan di Langkawi, sebaliknya berpunca daripada tindakan mereka yang menyebarkan fitnah terhadap penduduk Langkawi.
“Orang marah sebab hangpa buat fitnah. Itu saja,” katanya.

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.