The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Berita
  • Politik
  • Ekonomi
  • Teknologi
  • Reviu
    • Reviu Buku
    • Reviu Filem
    • Reviu Muzik
  • Rencana
  • Podcast
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

Team Surplus Langkawi Didakwa Ugut Mahu Belasah Penduduk

August 10, 2026 By Editor The Independent Insight

LANGKAWI, 10 Ogos 2026 – Penduduk Langkawi, Mat Saman Kati dalam satu hantaran media sosial mendakwa dirinya menerima ugutan untuk dipukul daripada seorang individu yang mempunyai kaitan dengan Team Surplus Langkawi susulan pertikaian yang tercetus di media sosial. Sebelum ini dilaporkan bahawa Team Surplus Langkawi telah memfitnah beberapa penduduk Langkawi sehingga menyebabkan dua laporan polis telah dilakukan.

Dakwaan tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran media sosial yang turut mendakwa individu berkenaan sebelum ini kerap menghantar komen berbaur makian dan serangan peribadi terhadapnya. Menurut hantaran itu, seorang lagi individu yang menggunakan nama akaun “Voila_oishi” di platform Threads didakwa memaki hamun serta mengugut untuk “belasah” Mat Saman Kati dalam hantaran berkenaan.

Akaun Threads ‘voila_oishi’.

Menurut Mat Saman Kati tindakan beliau mengambil tangkap layar profil individu terbabit menyebabkan akaun berkenaan kemudiannya dipadam.

“Dalam Threads, ada sorang lagi dari Team Surplus Langkawi yang dok maki hamun aku tiap hari siap sampai ugut nak belasah aku,” menurut beliau.

Hantaran sama turut menyentuh mengenai seorang individu bernama Azrul (FB Azrul Roy Istiqomah), yang didakwa sebelum ini kerap mengganggu penulis menerusi mesej dan interaksi di media sosial. Pada masa sama, Mat Saman Kati memaklumkan Team Surplus Kuala Lumpur telah memaklumkan hasrat untuk berkunjung ke Langkawi bersama individu yang disebut sebagai Sophian Mat Zain dan Abe.

Mat Saman Kati bagaimanapun menegaskan bahawa kehadiran pelancong, artis, pencipta kandungan dan pempengaruh ke Langkawi tidak menjadi masalah.

“Kami di Langkawi menerima sapa saja pelancong yang nak datang. Kami sambut dengan tangan terbuka,” katanya.

Menurutnya, Team Surplus Langkawi juga pernah berada di Langkawi dan memasang sepanduk di beberapa lokasi tanpa menerima gangguan daripada penduduk tempatan. Beliau berkata, reaksi kurang senang yang timbul dalam kalangan sesetengah pihak bukan disebabkan kehadiran kumpulan berkenaan di Langkawi, sebaliknya berpunca daripada tindakan mereka yang menyebarkan fitnah terhadap penduduk Langkawi.

“Orang marah sebab hangpa buat fitnah. Itu saja,” katanya.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: Azrul Roy Istiqomah, Mat Saman Kati, Sophian Mat Zain, Team Surplus Langkawi, Voila_oishi

Team Surplus Langkawi Menyebarkan Fitnah, Dua Laporan Polis Dibuat

August 6, 2026 By Editor The Independent Insight

Gambar dari halaman Facebook Team Surplus Langkawi.

LANGKAWI, 6 Ogos – Satu hantaran yang dimuat naik di media sosial oleh Mat Saman Kati mendakwa sekumpulan individu yang dikenali sebagai “Team Surplus Langkawi” telah menyebarkan beberapa maklumat tidak benar dan berunsur fitnah berkaitan komuniti Rohingya di Langkawi sehingga membawa kepada dua laporan polis.

Menurut Mat Saman Kati, beliau menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang dikenali sebagai Azrul (FB Azrul Roy Istiqomah), yang dikatakan mewakili Team Surplus Langkawi. Mat Saman Kati menyatakan individu berkenaan meminta alamat rumahnya dengan alasan mahu menghantar antara 10 hingga 20 orang Rohingya ke kediamannya.

Mat Saman Kati turut menyatakan Team Surplus Langkawi bukan berasal dari Langkawi, sebaliknya datang ke pulau tersebut bagi menghasilkan kandungan media sosial berkaitan isu Rohingya. Beliau menyatakan pernah diminta membawa kumpulan itu ke kawasan Bukit Malut, namun lawatan tersebut tidak menemukan mana-mana individu Rohingya seperti yang didakwa.

Selain itu, Mat Saman Kati menyatakan pada 1 Julai 2026, kumpulan berkenaan telah memuat naik sebuah video yang mendakwa sebuah gudang haram di Kampung Padang Lalang, Ayer Hangat dimiliki oleh warga Rohingya. Video tersebut turut menandakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

Bagaimanapun, pemilik gudang berkenaan telah membuat laporan polis kerana mendakwa kandungan tersebut tidak benar. Hantaran itu juga mendakwa video berkenaan kemudiannya dipadam, namun tiada permohonan maaf dibuat oleh pihak Team Surplus Langkawi.

Mat Saman Kati turut menyatakan bahawa pada 18 Julai 2026, Team Surplus Langkawi memuat naik satu lagi video yang mendakwa terdapat warga Rohingya berada di sebuah kebun pisang milik seorang tok imam di Padang Gaong. Waris kepada pemilik kebun berkenaan beberapa kali cuba menghubungi pihak yang memuat naik video tersebut untuk mendapatkan penjelasan, namun usaha tersebut didakwa tidak berjaya. Waris berkenaan telah membuat laporan polis, menyebabkan hantaran tersebut dipadamkan oleh pihak Team Surplus Langkawi.

Waris berkenaan memaklumkan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan, namun identiti penuh anggota kumpulan tersebut masih belum dikenal pasti. Sehubungan itu, Mat Saman Kati menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu atau kumpulan yang didakwa menyebarkan maklumat palsu bagi mengelakkan lebih ramai pihak menjadi mangsa fitnah. Ahli kumpulan Team Surplus Langkawi yang didakwa memfitnah ini dikenali sebagai Azrul yang menggunakan nombor talefon 019-6386265. Pihak polis diharapkan bertindak segera terhadap penyebar fitnah ini.

Maklumat Azrul dari FB Mat Saman Kati.
Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: Azrul Roy Istiqomah, LANGKAWI, Mat Saman Kati, Polis Diraja Malaysia, Team Surplus Langkawi

Recent Posts

  • Ucapan “Assalamulaikum” Dalam Dunia Yang Kian Bergolak
  • Skuad Langgar Menyamun, Akhirnya Ditangkap Polis
  • Team Surplus Langkawi Didakwa Ugut Mahu Belasah Penduduk
  • Team Surplus Langkawi Menyebarkan Fitnah, Dua Laporan Polis Dibuat
  • Koroy Akhirnya Mengaku Terima Wang Hasil Mengemis

Archives

Copyright © 2026 The Independent Insight