The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Berita
  • Politik
  • Ekonomi
  • Teknologi
  • Reviu
    • Reviu Buku
    • Reviu Filem
    • Reviu Muzik
  • Rencana
  • Podcast
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

Muallaf Suman Sivam Sindir Mahasiswa Melayu Sebagai Geng Long Tiger

October 20, 2026 By Editor The Independent Insight

Gambar muallaf bernama Mohamad Suman Sivam

Di sebalik kempen rasisme dan kebencian terhadap pelarian Rohingya Muslim di Malaysia, seorang muallaf bernama Mohamad Suman Sivam telah menyindir seorang mahasiswa Melayu sebagai “geng long tiger”. Sindiran ini dibuat bagi membayangkan bahawa mahasiswa itu sebahagian dari pelarian Rohingya. Tindakan ini difahami sebagai satu sindiran yang berbentuk rasis terhadap mahasiswa tersebut. Apabila dipersoalkan tindakan beliau yang membuat sindiran berbaur rasis ini Sivam menukar topik dan menyatakan:

“ada aku claim masuk syurga ,woi ini soalan sistem keselamatan negara .. nampak tak bangsat batua Rohingya buat naratif jahat pada org ,ini lah dia kita cakap pasal sistem negara dia pi sembang Pasal agama ,etika dan bla bla.”

Mohamad Suman Sivam
Komen berbaur rasis oleh Mohamad Suman Sivam kepada seorang mahasiswa Melayu.
Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita Tagged With: Mohamad Suman Sivam, Rasisme

Masyarakat Malaysia Menjadi Semakin Rasis Ekstremis Akibat Kempen Kebencian Terhadap Rohingya Terus Ditiup

June 12, 2026 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Tangkapan layar dari video yang dimuat naik oleh Ikram Mustafa yang menunjukkan seorang pembuli rasis mengasari anak Rohingya sehingga anak tersebut menjerit dan menangis.

Hasil dari kempen kebencian yang disebarkan oleh influencer, agamawan, dan netizen, sikap masyarakat Malaysia dilihat semakin menjadi rasis dalam bentuk yang ekstrem. Kempen kebencian ini dilihat menggunakan gambar-gambar palsu, video tanpa konteks, dan juga tulisan rekaan janaan AI untuk menyebarkan ideologi rasisme. Kempen kebencian yang digerakkan dilihat mula menular ke dalam masyarakat dan menatijahkan tindakan-tindakan fizikal terhadap saudara se-Islam Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Malaysia.

Di media sosial tersebar bagaimana anak-anak Rohingya yang sedang sopan berjalan telah diganggu dengan ugutan keganasan fizikal. Mereka telah diugut untuk “ditangkap” dan “dipotong” secara terbuka oleh masyarakat yang terpengaruh dengan kempen rasisme. Di sini kita melihat bahawa kempen kebencian yang disebarkan kepada masyarakat Rohingya ini telah berjaya menjadikan masyarakat Malaysia bersifat rasis yang ekstrem. Sifat rasis yang tidak terkawal ini berpotensi berubah kepada perbuatan ganas seperti yang dilakukan oleh golongan Zionis yang membenci warga Palestin.

Kempen rasisme dan kebencian yang disebarkan terhadap pelarian Islam Rohingya juga memperlihatkan masyarakat sudah mula membuat gangguan fizikal terhadap anak-anak mereka yang tidak berdosa. Video yang dimuatnaik oleh Ikram Mustafa pada 11 Jun 2026 misalnya menyaksikan seorang pemuda telah bertindak mengasari seorang anak pelarian Rohingya Muslim. Anak yang ketakutan itu dilihat menjerit-jerit ketakutan sedangkan pemuda pembuli rasis itu dilihat tersengih-sengih dengan perbuatan jengkelnya.

Sifat rasisme dan kebencian yang sedang disebarkan ini sebenarnya bukanlah dari ajaran Islam. Malah ia adalah satu kebodohan akal yang dicela dalam Islam. Ajaran Islam sebaliknya mengajar umatnya saling berkasih sayang merentasi sempadan bangsa. Islam juga mengajar umatnya melindungi saudaranya yang lemah dan ditindas. Islam tidak melihat perbezaan pada warna kulit dan bangsa, sebaliknya martabat manusia di sisi Allah Adalah dinilai berdasarkan ketaqwaannya.

Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.

independent.academia.edu/SyedAhmadFathi

Filed Under: Berita Tagged With: buli, kempen kebencian, Malaysia, Rasisme, Rohingya

Recent Posts

  • Impak Pelarian Kepada Ekonomi Malaysia
  • Muallaf Suman Sivam Sindir Mahasiswa Melayu Sebagai Geng Long Tiger
  • Kumpulan Samseng Haram ‘Skuad Langgar’ Mengganas, Dikecam Teruk Netizen
  • Ucapan “Assalamulaikum” Dalam Dunia Yang Kian Bergolak
  • Skuad Langgar Menyamun, Akhirnya Ditangkap Polis

Archives

Copyright © 2026 The Independent Insight