The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Berita
  • Politik
  • Ekonomi
  • Teknologi
  • Reviu
    • Reviu Buku
    • Reviu Filem
    • Reviu Muzik
  • Rencana
  • Podcast
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

Kultura Podcast #1 : Syed Ahmad Fathi berbincang perihal buku dan politik Malaysia.

October 23, 2020 By Editor The Independent Insight

Episod pertama Kultura Podcast oleh Mel Van Dyk dan penulis buku dan rencana semasa, Syed Ahmad Fathi membincangkan perihal buku dan politik Malaysia.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Podcast

Pergaduhan Prof Ahmat Adam Dengan The Patriots

September 13, 2020 By Editor The Independent Insight

Gambar Sumber Facebook Prof Ahmat Adam.

Pada 13 September 2020, satu video dari Naratif Malaysia telah tersebar di dalam video tersebut Prof Ahmat Adam mengkritik The Patriots. Kata beliau “mereka berpijak di bumi yang ignorance, bumi kejahilan, mereka tidak tahu sejarah mahu cakap pasal sejarah, mereka tidak tahu pasal budaya mahu cakap pasal budaya, semata-mata untuk menunjukkan semuanya berperanan, atau berpangkal atau berpijak dari Melayu”.

Beliau menambah lagi “mereka mempropagandakan Melayu, its more like ego, jadi kalau kebangsaan biasanya kita memilih sifat-sifat atau ciri-ciri bangsa itu yang baik, kita tidak bangga dengan bangsa yang mencuri, yang menipu, bangsa yang takut menderhaka, dan tidak membaca, jahil, dan mereka ini asalkan Melayu sahaja hebat, tanpa mempersoalkan, tanpa memberikan fakta, jadi The Patriots ini gerombolan yang menghanyutkan orang, yang menipu orang dari segi pembohongan sejarah, membohongi sejarah”.

Kritikan panas ini menyebabkan ramai penulis-penulis dan ahli The Patriot menulis tulisan balas mempertahankan The Patriots, antaranya Mohamad Jamalee yang menulis di laman Facebook beliau:

“Ada orang tanya saya, apa pandangan atau jawapan saya kepada video Prof Ahmat Adam ni. Sejujurnya saya pun tak tau nak jawab apa. Cuba dengar apa Prof Ahmat kata pasal The Patriots (TP).

TP ni segerombolan penipu, yang tak tau sejarah, tak tau budaya, nak cakap pasal semua itu. Dah berbuih cakap, tapi saya ulang juga. Semua artikel sejarah kami bersumber. Sumber pula datang dari kajian-kajian ahli akademik sejarah yang saing-saing Prof Ahmat juga. Bukannya kami petik dari langit atau hasil dari berdialog dengan Jin. Banyak kali saya dan admin-admin lain cakap, kalau ada artikel sejarah kami yang anda rasa salah fakta, bidas sajalah dengan fakta yang betul. Datangkan hasil dan sumber kajian sendiri. Mudah. Ini tak. Taunya komen “Ini merepek. Ini menipu.” Samalah macam dalam video ni. Tak ada pembetulan fakta atau apa, relaks je label orang penipu dan sebagainya. Yang hos pun bangang ia kan saja. Kualiti ke laut.

2. Prof sambung lagi dengan kata kami cuba nak propagandakan semuanya asal dari Melayu. Siapa yang ikuti TP dan benar-benar baca artikel-artikel sejarah ketamadunan Melayu kami akan tahu benda ni tuduhan bodoh dan tak berasas, berakar dari orang yang tidak membaca. Bawakan artikel kami yang katakan SEMUANYA BERASAL DARI BANGSA MELAYU.

3. Prof sambung dengan kata kita kalau nak membentuk identiti kebangsaan, kena ambil sifat-sifat yang baik. Bukannya bangsa menipu, bangsa mencuri, bangsa tak berani menderhaka. Hos tambah pula, bangsa tak membaca. Prof Ahmat, kami di TP sentiasalah mengetengahkan ciri-ciri yang baik bangsa Melayu. Supaya ia menjadi contoh dan panduan untuk anak bangsa. Kalau ikutkan kefahaman saya, Prof Ahmat dan hos ni nak kata bangsa Melayu ni jangan diikut. Kerjanya menipu, mencuri, tak membaca dan kecut telur sebab tak menderhaka. Ni nak cerita pasal kesalahan fakta sejarah yang TP tulis ke nak ‘Malay-bashing’? Academician level taik apa yang diwawancara ni? “

Pergaduhan ini kemudian berlanjut diruangan komen.

Mohamad Jamalee: Apa yang Prof marah sangat dengan kami The Patriots ni? Banyak kali dah kata, siap kami pm Prof sendiri, ada artikel kami yang Prof rasa fakta tak betul, betulkan. Ini kerjanya komen “Merepek. Mengarut.”Prof, ramai yang bagi pendapat yang kami patut berwacana dengan Prof. Saya kata buat apa? Prof Ahmat Adam ni bukan jenis berlapang dada. Kerjanya nak ‘Malay-bashing’ saja. Baca artikel kami pun tidak tapi nak komen macam dia baca semua artikel-artikel kami. Sejelik-jelik ahli akademik. Saya ada masa perbincangan polemik nama Hang Tuah beberapa tahun lepas. Perbincangan yang sepatutnya semua bersetuju untuk bersetuju dengan hasil perbincangan tersebut. Ahli-ahli akademik dalam mesyuarat tu sebulat suara untuk kekalkan nama Tuah dan bukan Tuha. Nama Tuah ni nama yang negara Asia Tenggara acknowledge. Tapi Prof masih berdegil nak tegar dengan teori Tuha tu. Ada kami bantai kata Prof Ahmat ni ahli akademik syok sendiri walaupun semua ahli akademik lain berpendapat berlainan? Tak ada kan? Sebab masih ada rasa hormat. Dan lepas tengok video bantai Melayu ni macam orang Melayu ni saja mencuri, menipu, tak membaca, sekelumit hormat yang saya ada pada anda pudar. You’re just a grudgeful old man.

Prof Ahmat Adam: Pendapat berhubung degan sejarah yang tidak berasaskan penyelidikan rapi/objektif mesti ditentang kerana ia menyelewengkan sejarah satu-satu masyarakat/bangsa. Tidak ada kompromi dalam menegakkan kebenaran dalam sejarah; kecualilah jika ada pendapat yang tidak setuju itu diungkapkan dengan data yang bersifat sahih. Berhadapan atau bersemuka secara berbahas di hadapan khalayak adalah cara terbaik dalam merungkai apa-apa persoalan ilmiah.

Mohamad Jamalee: Dah kata banyak kali artikel-artikel kami semuanya bersumber dan daripada kajian-kajian Prof sejarah dan ahli akademik lain. Apa masalahnya? Apa pandangan hang saja betui ka? Walaupun 50 ahli akademik lain bersetuju nama laksamana itu Tuah bukan Tuha, tapi sebab hang rasa nama dia Tuha, ahli akademik lain tak betul. Macam tu ka?Sudah-sudahlah rasa diri sendiri paling betul dalam bidang sejarah ni. Bukan hang sorang saja pengkaji sejarah dalam dunia ni. Again, I repeat, kalau ada artikel kami yang fakta tak tepat, kemukakan yang tepat. Bagi sekali sumber dan kajian. Simple. As for your slanderous defamation in the video, we’ll take legal actions.

Prof Ahmat Adam: Dalam bidang akademik bukan berapa orang yang mengeluarkan pendapat yang penting. Yang utama ialah hasil research yang munasabah dan sukar ditolak. Pengalaman saya, bukan prof-prof bangsa saya saja yang tidak mampu memberikan bukti tetapi profesor-proferor Barat yang menjadi idola atau guru mereka pun lebih tidak boleh dipercayai. Bacalah tulisantulisan saya mengenai Orientalism dalam kajian sejarah & sastera orang Melayu. Sudahkah anda baca buku-buku saya sebelum membuat ulasan? Buku saya yang bakal terbit sebulan dua lagi nanti akan mendedahkan lebih banyak hujah mengapa istilah “tuha” lebih tepat/sahih untuk gelar (nickname) laksamana Melaka – bukan “tuah”. Bacalah jika mahu bersikap adil.

Mohamad Jamalee: Kami ada lah buku-buku Prof. Malahan ada juga artikel kami yang gunakan buku Prof. Ada sekali tu Prof sendiri hentam pandangan dalam buku Prof sendiri. Betulah tu dalam bidang akademik bukan berapa orang yang kata benda tu betul atau tidak. Yang penting kajian .Tapi kalau dah 50 orang buat kajian kata satu-satu benda tu betul, hanya 1 orang buat kajian kata benda tu salah pun tak guna juga.

Prof Ahmat Adam: Cuba ketepikan sentimen. Tidakkah ada kemungkinannya 50 orang yang mengatakan nama Laksamana itu Hang Tuah itu salah? Saya berpendirian gelar (nickname) nya ialahTuha. Tentang mengapa saya berkata demikian, bacalah Hikayat Hang Tuha (2018). Tidak ada ruginya.

Mohamad Jamalee: Sembang ketepikan sentimen? Apa kata you walk the talk Prof. Dalam video ni you panggil Melayu menipu, mencuri, tak membaca, tu bukan sentimen ke? Apa bangsa lain tak ada ciri-ciri ni ke?You start walking the talk, then we’ll talk. Kalau you sendiri kuat main sentimen, kuat dendam entah apa pasal, takyah sembang. Saya yakin, artikel-artikel kami you tak baca pun. Sebab tu bila minta tulis bidasan you tak boleh buat. Lepas tu ada hati kata Melayu tak membaca. Lepas tu ada hati kata jangan main sentimen. Padahal you label orang suka-suka hati you je. Prof jenis apa you ni? Ni jangan ada kata saya kurang ajar dengan Prof pulak ya. Prof yang kata Melayu tak beranj menderhaka. I’m just trying to prove him wrong. Apa ingat level Prof tak ada orang berani “menderhaka” ke?

Prof Ahmat Adam: Apa yang anda tulis sudah anda tunjukkan dalam hujah-hujah anda. Lantaran faktanya jelas salah? Kalau saya baca makalah anda saya membuang masa saja. Tetapi jika anda ada menghasilkan buku ilmiah saya akan baca. Saya tak pernah buat video yang mengatakan orang Melayu menipu. Tetapi saya ada menulis orang seperti anda dalam The Patriots membohongi sejarah.

Mohamad Jamalee: Celah mana yang kata salah? Ada masalah membaca ke? In fact, Prof sendiri yang mengaku tak membaca artikel-artikel kami. So sembang apa penipu apa bagai ni? Tak baca. Tapi kata merepek dan menipu. Bila ditanya apa yang merepek dan menipu senyap seribu bahasa. Taunya main sentimen saja. You’re the worst kind of academician.

Prof Ahmat Adam: Saya tak baca buku-buku picisan terbitan the Patriots yang tidak ada kena mengena dengan teori atau kajian saya.

Mohamad Jamalee: There you go. Thanks for the info. Tak baca buku dan artikel kami, tapi dalam video label kami penipu, tak bercakap berasaskan fakta, menulis ikut suka. The best reply ever from someone who blatantly condemns Malays “Tak Nak Membaca”.

Prof Ahmat Adam: Untuk erti derhaka dalam budaya Melayu sudah saya telah jelaskan dalam Hikayat Hang Tuha.

Mohamad Jamalee: Apa benda kata tak kata Melayu menipu pulak ni, berpusing-pusing. Dalam video ni terang-terang kata kalau nak bina kebangsaan, kena ambil yang baik-baik. Bukannya ambil yang menipu, mencuri, tak membaca. Eh kami tulis yang baik-baiklah tentang Melayu selama ni. Tak ada pun suruh Melayu menipu dan mencuri.

Prof Ahmat Adam: Jangan salah faham. Memang saya tak baca tulisan anda yang bukan ilmiah. Saya hanya baca tulisan-tulisan yang berdasarkam hujah ilmiah yang berasaskan research. Apa research yang anda telah lakukan? Sila beritahu saya.

Mohamad Jamalee: Tak usah pusing Prof. Bottom line dia mudah je. You kritik, up to a point calling us as liars, tapi tak baca artikel dan buku kami. You tak nak baca sebab you rasa tak sesuai dengan tatacara penulisan akademik, no problem. Kami pun dah banyak kali kata kami bukan buat tesis. Kami menulis untuk memudahkan rakyat kebanyakan baca. But calling us liars and our articles “merepek dan menipu” without even reading them shows a lot about what kind of person and academician you are. Noktah. By the way, your video towards us is very slanderous and misleading. And you yourself admit that you don’t even read our articles and books. So thanks.

Prof Ahmat Adam: Saya tak tahupun saya ada masuk video. Memang dalam ucapan saya kepada khalayak yang membincangkan soal ilmiah saya ada berhujah bahawa Melayu perlu mengejar kemajuan degan menyisih atau membuang nilai-nilai & budaya yang lapuk dan mundur.

Mohamad Jamalee: Kita bincang lawyer to lawyer saja. Saya ada banyak kerja lain nak buat. Tak ada masa nak berdebat dengan orang yang tak baca artikel dan buku kami, tapi masuk video sampai panggil kami penipu.

Prof Ahmat Adam: Saya tak tahu pun saya dirakam dalam video baru-baru ini. Dalam ceramah-ceramah yang saya berikan kepada khalayak di London (sudah lebih 10 tahun dulu) saya ada menyatakan bahawa orang Melayu hanya boleh maju jika sistem nilai yang usang, bobrok dan anti-kemajuan disisihkan. Dan ini saya ulangi dalam tulisan-tulisan di wall Facebook. Memang saya sering mengkritik amalan penipuan, eksploitasi dan korupsi pemimpin Melayu dalam sejarah. Apakah menyinggung perasaan anda?

Mohamad Jamalee: Kami pun selalu saja nasihatkan orang macam tu. Tapi saya ada satu nasihat untuk you juga. Apa kata you amalkan dulu kritikan you pada orang Melayu. Cuba baca dulu artikel dan buku The Patriots dulu sebelum nak panggil orang penipu, merepek dan sebagainya. Learn to practice what you preach. Have a good day.

Prof Ahmat Adam: Saya.sudah beritahu banyak kali bahawa saya tiada masa untuk baca karya-karya yang bukan ilmah. Anda sendiri mendiamkan diri apa buku anda yang ilmiah – tidak pakai emosi , sentimen – but based on research. Mereka yang bukan bona fide historians tak tahu apa yang mereka tulis. Ini saya kritik. Sejarah memerlukan bukti. Orang India yang menulis tentang asal usul Melayu itu pun mengarut saja. Tak perlu tanya “kat mana”. Sarjana tulen hanya membaca buku-buku yang bermanfaat saja. Fikirkanlah. “lawyer to lawyer”? Maksudnya bukan mahu bercakap benar dan tentang perkara-perkara yang benar? Pengalaman mengajar orang yang dah tua seperti saya mana yang karut dan mana yg betul/sahih. Yang karut jagan dibaca. Buang masa saja. Saya dah lìhat video yang dirakam di rumah saya. Terima kasih banyak kpd saudara yang memasukkan video itu. I stand by every word that I uttered in my criticism of The Patriots and also on the negative attitude of the Malays with their archaic feudalistic system of values. Saya akan ulangi kata-kata dalam video itu di mana saja saya diminta bercakap tentang hal yang sama. Saya sudah dan sedang mengkaji tentang sistem nilai orang Melayu berdasarkan manuskrip lama dan jika diberikan usia lanjut oleh Allah SWT mungkin saya akan terbitkan sebagai sebuah buku.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Berita

Minta Maaf, Saya Tak Mampu Melihat Aya Sofya

July 11, 2020 By Editor The Independent Insight

Oleh: Nabihah Insyirah

Baru-baru ini, saya ada membaca satu posting panjang, ia seolah-olah analisa politik seorang rakyat Malaysia terhadap keputusan Museum Aya Sofya ditukar semula kepada Masjid.

Katanya keputusan berikut dibuat oleh Presiden Turki Racep Tayyep Erdogan demi kesejahteraan politik beliau. Kebetulan, posting tersebut dibaca oleh sebahagian pelajar-pelajar berbangsa Turki dan mereka bertanya kenapa orang Malaysia begitu yakin bercakap soal mempolitikkan Aya Sofya?

Apa bukti beliau mengatakan pertukaran Aya Sofya kepada Masjid semula adalah sesuatu yang menguntungkan Erdogan?

Beliau tahu atau tidak yang sudah sekian lama masyarakat di Turki menuntut Aya Sofya menjadi Masjid semula? Ia bukan isu baru. Ia adalah tuntutan daripada masyarakat Turki berzaman-zaman.

Ia bukan idea Erdogan, tapi tuntutan dan desakan daripada rakyatnya. Meskipun golongan sekularis menentang idea tersebut, namun majoriti masyarakat di Turki menuntut pertukaran tersebut.

Saya teringat seorang kawan saya di Istanbul pada tahun lepas. Saya berhajat untuk menziarahi Aya Sofya dan mengajaknya bersama kawan kawan lain. Dia meminta maaf dan menyampaikan rasa hatinya:

“Saya minta maaf. Saya tak mampu untuk melihat Aya Sofya. Setiap kali saya ternampak Aya Sofya, ada satu perasaan yang menggigit jiwa saya. Saya berasa sedih teramat sehingga terasa sakitnya di hati. Saya terasa tak aman jiwa selagi mana dia menjadi museum. Aya Sofya adalah hadiah daripada Allah untuk Fatih Mehmet Sultan sekaligus hadiah untuk kita semua bersujud di dalamnya.”

Untuk pengetahuan pembaca, dia merupakan rakan sekelas, lelaki berbangsa Turki.

Semalam saya ada video call bersama kawan-kawan Turki, saya memetik sebahagian daripada perbualan mereka.

“Malaysia jauh daripada Turki. Rakyat Malaysia mungkin tak tahu betapa ada sentimental value Aya Sofya di hati kami. Janganlah tertipu dengan pandangan dan idea yang membenci Erdogan walaupun kami sendiri bukan pendokong parti beliau. Tapi isu Aya Sofya bukan isu Erdogan. Itu isu kita semua, semua kaum dan bangsa muslim. Pertukaran Aya Sofya kepada masjid semula tak menguntungkan Erdogan apa apa pun kerana pilihan raya lambat lagi, lagi 3 tahun. Dan parti sekular takkan memandang kebaikan apa apa pun dalam hal ini. Malah mungkin akan merugikan beliau.”

Kata mereka lagi.

“Kalau Erdogan bukan pemimpin kami dan ditukar dengan presiden yang lain dari parti yang lain, kami akan tetap mendesak dan menuntut kepada beliau untuk menukar Aya Sofya kepada Masjid kembali. Dan sekiranya beliau melakukan hal yang sama, kami tetap akan bergembira dan bersyukur dengan tindakannya.”

Saya ajak kawan-kawan pembaca untuk kita melihat dari sudut masyarakat di Turki sendiri. Bila kita nak melontarkan komen mengenai pertukaran semula Aya Sofya, saya mengharapkan kita lebih berhati-hati kerana masyarakat sana boleh membaca komen-komen kita.

Kebetulan semalam seorang rakan sekelas saya di Istanbul pada tahun yang lalu menghantar mesej mengenai betapa gembiranya dia Aya Sofya bertukar menjadi Masjid semula dan meminta saya mendoakan moga ia kekal begitu selamanya. 

Tulisan ini diterbitkan petama kalinya di laman Facebook Nabihah Insyirah.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Rencana

There is no health without mental health

July 1, 2020 By Editor The Independent Insight

Oleh: Tulip Ungu

Tujuan aku menulis kali ini adalah kerana aku rasa aku perlu berkongsi pengalaman aku dan menyebarkan kesederan kepada semua tentang kepentingan kesihatan mental.

Sebagai permulaan, aku ingin bercerita tentang pengalaman aku dimasukkan ke dalam wad psikatri pada 28 Jun 2020 setelah melakukan aktiviti mencederakan diri dan cubaan membunuh diri.

Jujur, ini adalah kali pertama aku kantoi dan terpaksa dihantar ke hospital kerana tidak mampu mengawal perasaan diatas beberapa tekanan yang sedang aku alami.

Suasana didalam wad itu tidaklah seperti wad wad lain yang biasanya kita masuk ataupun melawat. Ia juga tidak sama seperti yang dipamerkan di media massa.

Keadaannya amat tertutup dan dikawal ketat, manakala kami sebagai pesakit tidak dibenarkan untuk memegang apa-apa alat perhubungan serta barang peribadi.

Ada ketika, aku berfikir seperti dipenjara, kerana jadual pemakanan serta waktu tidur dikawal ketat disamping sesi terapi dan pemerhatian oleh doktor yang bertugas.

Layanan disana juga agak berlainan dari wad biasa. Di dalam wad itu, kami perlu mendengar cakap dan tidak menimbulkan apa-apa kekecohan yang boleh membuat kami dikawal dengan lebih ketat.

Sungguh, aku berasa sedikit terganggu dengan suasana baru itu namun demi kesihatan mental aku sendiri aku harungi juga rasa tidak selesa itu.

Setelah dua hari “bercuti” didalam wad tersebut, aku kembali waras dan boleh keluar dan meneruskan rawatan secara berkala. Aku bersyukur kerana tidak di hantar ke Hospital Bahagia dan dapat menjalani hidup seperti manusia lain.

Nasihat aku, bersama la kita cakna akan keadaan orang sekeliling kita dan tidak terlalu memghukum kepada mereka yang menghidap penyakit mental. Kita tidak tahu andai kata perbuatan mahupun kata kita memberi impak negatif kepada seseorang hingga menjadi asbab kepada sesuatu yang tidak baik.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Rencana

Ideologi Komunis di import Belanda ke Indonesia

June 25, 2020 By Editor The Independent Insight

Oleh: Muhammad Syahmi Ibrahim

Ajaran komunis tidak wujud hasil daripada kehendak semula jadi rakyat tetapi ia dibawa dari dunia luar. Ia juga tidak diimport dari negara Soviet atau China, malah dibawakan khas dari negara Belanda antaranya ialah N.J.E Snevliet, Baars, J.E.Stokvis, Gramer, Van Bornink dan Van Genedren. Kemudian barulah lahir tokoh-tokoh tempatan seperti Semaun, Darsono, Tan Melaka, Alimin, Prawirodirjo.

Kemasukan ideologi komunis ini bertitik-tolak daripada kemerosotan kekuasaan Belanda di Indonesia untuk melawan pengaruh ajaran Islam. Walaupun Belanda mampu menggunakan kekuatan tenteranya bagi menundukkan orang-orang Islam, namun hakikatnya, mereka terpaksa menelan belanja yang tinggi.

Pada awal abad ke-20, kekuatan umat Islam mula menampakkan sinarnya dengan munculnya sebuah perkumpulan yang diberi nama Syarikat Islam. Dan pada masa ini juga, penentangan Islam melalui senjata sudah mulai berkurang dan mereka banyak menggunakan saluran berorganisasi dan berpolitik.

Ternyata jalan yang digunapakai oleh kelompok Islamis membuahkan kesan yang besar terhadap penduduk Indonesia. Setiap kongres, rapat umum, musyawarah memainkan peranan penting bagi menaikkan semangat untuk menentang penjajah melalui tekanan yang diberikan.

Melalui penelitian Snouck, beliau menyatakan bahawa cara yang paling ampuh untuk menghancurkan Islam adalah dengan membawa ajaran-ajaran yang merosakkan ke Indonesia. Mereka memutuskan untuk membawa kefahaman komunis berbanding semangat nasionalisme.

Mereka tidak menyebarkannya secara terang-terangan, tetapi melatih dan mendakyah beberapa orang tempatan sehingga jiwanya sebati dengan komunis kemudiannya dihantar masuk menyusup ke dalam Syarikat Islam. Maka setiap kali ingin memutuskan sesuatu perkara, akan berlakulah perbalahan sesama ahli dan juga pemimpinnya iaitu antara ahli syarikat yang asli dengan boneka penjajah Belanda yang berfikiran komunis.

Dampak daripada kemasukan ahli-ahli komunis ini dalam Syarikat Islam, maka tersebar luaslah ajaran komunis ini kepada ahli yang lain. Kesannya, berpecahlah Syarikat Islam kepada dua kelompok yang besar, yang satu masih berpegang kepada ajaran tauhid dan satu lagi telah diracuni oleh ajaran komunis.

Maka berhasillah usaha penjajah Belanda untuk memusnahkan kesatuan umat Islam yang kuat dibawah bumbung Syarikat Islam. Harus diingat bahawa tokoh-tokoh besar komunis di Indonesia kebanyakannya adalah orang-orang Melayu-Islam.

Sumber: Sejarah Islam di Indonesia – Dr Wan Ahmad D.S

Ingin membeli buku-buku keluaran Jejak Tarbiyah, Iman, Patriot, Gerak Budaya, DBP, ITBM dan sebagainya, boleh klik disini. Juga jika anda ingin membeli kerepek ubi pelbagai rasa, boleh klik disini.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Rencana

Ketidaksempurnaan Tuhan, antara Misotheism dan Dystheism

May 31, 2020 By Editor The Independent Insight

Oleh: Nuraqal Auji

Seringkali kita tidak sedar bahawa apabila timbulnya rasa geram, benci, meluat, marah, kecewa dan apa-apa jua perasaan yang diekspressikan dengan perkataan yang berkonotasi negatif kepada Si Pembuat, Pencipta kepada alam dan manusia, The Architect, Si Jurutera, The Intellect, The One atau sesetengah dipanggil dengan gelaran The Unmoved Mover. Sedar atau tidak sedar, ini merupakan suatu penetapan minda (mindset) yang disalurkan menjadi suatu perasaan yang geram dan marah pada Tuhan, itulah dipanggil sebagai Misotheism.

Apa sebenarnya Misotheism?

Misotheism adalah “suatu mindset yang kecenderungannya dipaparkan melalui perasaan secara berterusan atau perasaan secara berselang seli timbulnya rasa amarah atau rasa geram pada Tuhan apabila timbulnya sesuatu peristiwa atau situasi atau keadaan yang tidak enak dan tidak menyenangkan manusia samada dari seluruh aspek atau sesetengah aspek sahaja”.

Boleh jadi asalnya Misotheism ini adalah berpunca dari kepercayaan pada banyak dewa dewi (Polytheism), dimana sesetengah dewa dewi ini mempunyai separuh sikap baik dan separuh sikap buruk. Akibat adanya sikap buruk dewa dewi, maka manusia memikirkan cara bahawa ianya sesuatu yang mungkin untuk mengenakan hukuman bagi dewa dewi dengan cara berhenti dari melakukan sebarang penyembahan dari segala apa jua bentuk. Samada berhenti dari melakukan sebarang pengorbanan jiwa ataupun pengorbanan harta.

Selain itu, secara ringkasnya dalam versi yang lain, Misotheism juga lahir dari suatu persoalan dari tamadun greek kuno, iaitu Epicurus, atau disebut sebagai “Teka Teki Epicurus” yang telah menzahirkan tentang persoalan “Asal-usul masalah kejahatan”, iaitu secara ringkasnya menyatakan jika Tuhan itu Maha Baik, Maha Perkasa dan Maha Mengetahui, kenapa Tuhan membiarkan segala Kejahatan berlaku (“Kejahatan/Evil” disini termasuklah linkungan kemiskinan, sengsara, kesakitan, pembunuhan, kebuluran, penyakit atau wabak, kehodohan, kekejaman dan seumpamanya). Atas dasar ini, maka lahirnya sejumlah manusia yang merasakan geram, marah dan benci pada Tuhan.

Perkaitan Misotheism kebiasannya akan “melahirkan” kembar akrabnya yang disebut sebagai “Dystheism” dan “Atheism”

Kita tak perlu fokus kepada Atheism dalam penulisan saya kali ini, tapi kita masuk sedikit dengan pemahaman tentang Dystheism dan penekanan kepada Misotheism.

Dystheism adalah suatu pemahaman dimana Tuhan itu tidaklah Maha Sempurna, Dia tidak mempunyai kualiti-kualiti sebagai Tuhan yang sepatutnya, dan antara linkungan lain yang terkandung dalam sesetengah mazhab Dystheism yang lain mengatakan adalah tak mustahil Tuhan itu juga jahat, ada juga mazhab Dystheism yang mengatakan Tuhan itu baik, tapi dalam perkara lain cenderung mengatakan Tuhan itu juga tak mengetahui segala-galanya, yang pasti apa pun mazhab Dystheism, semua setuju dengan satu poin utama iaitu “Tuhan ada kekurangan dan mungkin salah dalam membuat prediction” cuma samada kekurangan itu dalam semua perkara atau hanya kekurangan dalam bab-bab tertentu.

Maka perlu diingat disini, bermula dengan persoalan “asal usul masalah kejahatan” yang ditimbulkan Epicurus dan disertai dengan apabila ada rasa perasaan geram pada Tuhan atas segala musibah samada secara berterusan atau perasaan geram itu timbul berselang seli, maka itu adalah sikap yang cenderung kepada seorang Misotheist, kebiasaannya dari individu Misotheist akan melahirkan pula fahaman Dystheism.

Kenapa penting tahu pasal Misotheism dan Dystheism? Ada kaitankah dengan kita?

Jika kita telusuri dengan lebih cermat, kita akan dapati ada juga segolongan manusia yang mengamalkan sikap Misotheist iaitu percaya adanya Tuhan tapi membenci Tuhan, contohnya:

1. Kenapa Allah jahat pada aku? Aku berupa hodoh, tak cukup dengan itu keluarga aku miskin tak mampu menanggung kos pembelajaran yang mahal belaka. Ada juga yang secara konteks global mengatakan, kenapa Allah yang Maha Perkasa tak turunkan pertolongan pada Palestin, Rohingnya dan sebagainya dari langit?

2. Ada Misotheist yang menyampaikan rasa marahnya pada Tuhan dengan cara penulisan (kalau zaman dulu cara mereka buat adalah berhenti melakukan penyembahan). Zaman sekarang dilakukan dengan cara menulis novel, boleh jadi menulis artikel, atau membuat filem-filem yang menjurus kepada membenci atau meluat pada Tuhan.

3. Ada Misotheist yang apabila dia solat atau beribadat, dan tak dapat apa-apa, maka dia menyatakan “buat apa aku solat kalau mungkar masih aku buat dan buat apa kalau aku solat, kalau aku tak pun menjadi kaya”. Bunyinya macam pernah kedengaran jika sesiapa yang rajin terlibat dalam medan dakwah, ada bunyi rasa kecewa kerana tak terpenuhi harapan tertentu dari apa jua ibadah yang dibuat pada Dia. Seseorang itu mungkin percaya pada Allah, tapi jika adanya rasa marah dan rasa kecewa itu kemudiannya ditonjolkan dengan meninggalkan solat (atau hal-hal wajib yang lain) secara berterusan. Ini adalah sikap seorang misotheist samada sedar atau tidak.

Dan macam-macam lagi contoh lain. Dapat disimpulkan sedikit secara ringkas Misotheism boleh dipaparkan dalam berbagai bentuk, samada membenci Tuhan dalam bentuk penulisan, dalam bentuk filem, dalam bentuk meninggalkan ibadah kepada Dia samada secara sebahagian atau meninggalkan ibadah secara keseluruhan yang disertai ada rasa kecewa dan meluat. Adakah ada sikap Misotheism dan Dystheism ini dipaparkan dalam al-Quran? Perhatikan sikap manusia sebelum ini, semoga menjadi benteng untuk diri kita dan diambil pengajaran:

“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah)…”


(Al-Maidah:64)

Orang terdahulu berkata Allah itu kedekut ( boleh jadi individu tersebut seorang yang mengaku Allah/Deus/Elohim itu Maha Kaya, tapi dengan nada marah dan geram mengatakan Allah itu kikir dan membuat aniaya, maka sedar atau tidak dialah seorang misotheist dan boleh jadi juga dia seorang dystheist apabila dia yakin Allah atau elohim itu bukanlah Maha Kaya, ada sifat kekurangan, sebab itu Dia kedekut atau kikir dalam memberi)

Ayat seterusnya yang lebih menjurus kepada sikap Misotheism adalah:

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. ”


(At-Taubah: 32)

Jama’ah Jum’at rahimakumullah, dalam Tafsir Ibnu Katsir dijelaskan, orang-orang kafir yaitu musyrikin dan ahli kitab (Yahudi dan Nasni) ingin memadamkan cahaya (agama) Allah, ertinya (ingin memadamkan) apa yang dibawa utusan Allah yaitu petunjuk dan agama yang haq (benar) ingin mereka padamkan dengan bantahan-bantahan dan kebohongan-kebohongan mereka. Jika dilihat dalam konteks zaman sekarang, mereka dan golongan murtad serta Atheist berusaha memadamkan cahaya Allah dengan penulisan-penulisan dan filem-filem mereka, mereka (Misotheist dan Dystheist) yakin wujudnya Tuhan, tapi membenci Tuhan atas kedengkian mereka, salah satu mindset dan sikap seorang misotheist ada dipaparkan dalam diri mereka.

Rentetan dari persoalan “Asal usul masalah kejahatan” yang dari persoalan itu kemudiannya melahirkan Misotheism, dan dari Misotheism kebiasannya ia juga turut melahirkan Dystheism. Tetapi Dystheism boleh juga lahir walaupun tanpa melalui pemahaman Misotheism, dan tidak menolak kemungkinan kedua-dua fahaman itu juga menjadi kunci manusia juga menuju menjadi atheist, harap tak rasa keliru disini.

Apa itu Dystheism?

Ia adalah konsep atau mindset bahawa “Tuhan tidaklah Maha Sempurna” , jika dicermati dengan sebenar-benarnya, bukan sahaja wajib dipaparkan hanya melalui Percakapan mulut semata-mata dengan berkata:

“Tuhan tak Maha Perkasa, sebab sengsara mangsa Rohingya tak selesai, Tuhan tak Maha Kayalah sebab aku minta kekayaan sejak sekian lama, tapi aku belum dapat, tapi bila aku usaha sendiri baru aku dapat”

Ataupun cuba berfikir seperti:

“Dimana ketepatan Allah apabila perihal ramalan hujan dan kandungan bayi pada zaman sekarang manusia dah semakin hampir membina suatu teknologi yang membolehkan manusia kadang-kadang tepat dalam meramal cuaca dan melihat kandungan dalam perut ibu menggunakan scanning technology”

Tetapi konsep atau pemahaman Dystheism “Tuhan tidak Maha Sempurna” itu juga termasuk apabila dizahirkan melalui perbuatan yang bercanggah dengan apa yang dicakap oleh mulut, contohnya:

Contoh Dystheism dalam aspek hablumminallah (hubungan manusia dengan Allah):

“Aku solat, tapi Dia seakan tak beri aku kekayaan, mana Maha Kaya kalau macam tu, lebih baik tak solat” atau “Aku solat, tapi tetap aku buat kemungkaran, sedangkan Dia janji kalau solat aku tak buat kemungkaran, mana bijaksana Dia”

Contoh Dystheism dalam aspek hablumminafsih (hubungan manusia dengan diri sendiri)

“Ya lah, Allah memang Maha Memelihara, tapi Kalau aku pakai tudung pun rasa riak buatapa, atau kalau kau pakai tudung pun hipokrit buat apa, bukan ada jaminan pun pakai tudung tu terpelihara maksiat, walaupun Allah kata terpelihara maruah dan dari maksiat, tapi tengok yang pakai tudung lebih mengada ngada tak jaga maruah dan lagi kuat buat maksiat, bercanggah dengan seperti yang Allah firman, tengok sahaja dalam aplikasi terkenal sekarang bernama Tik Tok, majoriti yang pakai tudung itu tak seperti yang Maha Memelihara dan yang Maha Bijaksana itu firman dalam quran, tak sama dengan realiti, jangan cakap nak tegur saya pula untuk pakai tudung ya”

Contoh Dystheism dalam aspek hablumminannaas (hubungan manusia dengan manusia yang lain):

“Aku yakin Allah itu Maha Sempurna dan Maha Bijaksana, tapi dalam konteks bagaimana ingin menerapkan Islam sebagai suatu sistem Pemerintahan dan dalam konteks sistem ekonomi lebih relevant memegang capitalism yang asasnya ribawi, kerana tanpanya bagaimana ekonomi negara hendak survive.

Dilihat percakapan itu bercanggah dengan apa yang diperbuat, maka walaupun mulut berkata “Aku yakin” tak kira samada dalam konteks hablumminallah, dalam konteks hablumminafsih dan dalam konteks hablumminanaas tapi secara perbuatan mengzahirkan tidak yakin dengan “Kesempunaan Allah dan tidak yakin dengan Allah yang Maha Bijaksana” yang telah menurunkan Rasulullah dan menunjukkan kepada orang-orang beriman metod khusus dalam ruling system dan sistem ekonomi, bukan dengan sistem lain yang tidak diwahyukan dan memegang erat dengan sistem yang sedang digunapakai sekarang ini sehingga begitu dipertahankan dengan bermatian-matian, walhal dari sistem sekaranglah, lahirnya beribu kefasadan, kesyirikkan dn segala jenis isme-isme yang semakin tampak dari semasa ke semasa seperti kanser.

Tanya diri, adakah Allah ada kekurangan hingga tak menurunkan suatu metod dan tak menurunkan ruling system dan sistem ekonomi khusus dalam mengatur sebesar besar perkara bagi kestabilan dan keselamatan manusia sejagat?

Fikir-fikirkan adakah kita sebagai orang-orang yang mengaku beriman ini begitu loser dan pessimist hingga termasuk dalam kalangan Misotheism dan Dystheism samada secara partial atau secara keseluruhan?

Disclaimer: Penulisan artikel ini ada kemungkinan terdapat jaiz aqli dari saya dan bertujuan untuk mengintrospeksi diri samada diri ini pernah mempunyai mindset sedemikian atau masih mempunyai mindset sedemikian, jika masih sedemikian maka belum terlambat untuk berubah sesuai dengan keyakian penuh kepada Allah dan melaksanakan perintah Allah dan rasul secara menyeluruh, artikel ini tidak berniat untuk menghukum para pembaca, tapi para pembaca termasuk diri sayalah yang boleh membuat self-analysis setakat mana dan dimana kita sebenarnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semoga tidak disalah mengerti.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Rencana

Raelianism: Bangsa Allah, Bangsa Elohim, Bangsa Apkallu, Bangsa Anunnaki

May 26, 2020 By Editor The Independent Insight

Oleh: Nuraqal Auji

Apabila menyebut fahaman Atheism, perkara pertama yang muncul dalam benak pemikiran kebanyakkan penganut Theism (iaitu yang beragama secara terorganisasi dan mempunyai kaedah ritual/syariat yang formal seperti Islam, Kristian, Yahudi dan etc) mengenai asal usul kejadian manusia adalah dari beruk, teori dari Darwin, evolusinya manusia dari beruk kerana dikatakan DNA-nya paling hampir menyerupai manusia, sekaligus mungkin ada kategori “orang-orang primitif jenis lain” (Neanderthal, Homo Erectus, Naledia, Habilis dan lain-lain) boleh jadi dari evolusi ataupun bukan dari evolusi. Tidak kurang adanya pendapat jika benar manusia dari proses evolusi, yang pastinya tak sedikit yang berpendapat itu adalah pendapat yang menjurus kepada menafikan bahawa manusia dari Adam yang dimuliakan menurut kitab samawi masing-masing, dan dalam masa yang sama cuba menyangkal kebenaran kitab-kitab samawi.

Artikel ini bukanlah ingin merungkai samada Adam dari mana asal sebenarnya. Tetapi ingin memberi kesedaran tumbuhnya suatu fahaman yang baru sedikit dari Darwin dan Scientology iaitu Rael-ianism, ini bukan Real tapi Rael, baca dengan teliti pasti boleh membezakannya.

Raelianism adalah ideologi/isme berdasarkan Sains dan menolak sebarang kepercayaan kepada Supreme Power (Tuhan), ianya adalah fahaman yang merungkai tentang asal-usul kewujudan manusia dibumi dan apa tujuan hidup manusia dibumi yang sebenarnya. Fahaman ini secara ringkas diterajui oleh Claude Vorilhon (Perancis) pada tahun 1973.

Sesiapa sahaja yang menerima fahaman Raelianism dipanggil sebagai Raelian. Semua Raelian tidak mempercayai adanya sesuatu Yang Maha-kuasa, juga tidak tidak mempercayai siapa yang bertanggung jawab untuk penciptaan Alam semesta dan lalu mengaturnya. Dengan demikian Raelianism adalah salah satu cabang Atheist. Disebabkan tak percaya siapa yang bertanggungjawab mencipta alam dan kemudian mengaturnya, perkara inilah yang kemudian membawa Raelian kepada pertanyaan tentang alam semesta yang tanpa batas (infinite regression of universe). Disebabkan tidak ada awal atau akhir terhadap ketidak terbatasan, pada fahaman Raeliasnism meletakkan sebarang watak Tuhan atau sesuatu yang Maha tinggi sebagai punca yang mencetuskan segala sesuatu sebelum adanya sesuatu adalah tidak mungkin, sebab pada Raelian tidak dapat menciptakan sesuatu dari yang tidak ada, anda perlu ada bahan-bahan mentah (segala jenis gas, tenaga dan bahan organik lain yang berkaitan) yang telah tersedia ada, barulah anda boleh memulakan penciptaan.

Bagaimanapun menurut para Raelian, mereka berpandangan bahwa ada orang-orang seperti kita manusia, yang disebut sang Elohim/sang Allah/sang Apkallu/sang Anunnaki dan etc, yang memiliki teknologi puluhan ribu tahun yang lebih maju dari manusia yang bertanggung jawab datang ke planet ini ribuan tahun dahulu dan menciptakan semua kehidupan seperti yang kita ketahui. Sang Elohim/sang Allah menjelaskan kepada Rael dalam tahun 1973 bahwa diri Elohim atau diri Allah juga diciptakan oleh sebuah ras orang-orang yang juga diciptakan oleh sebuah ras orang-orang dan siklus itu tidak pernah berakhir sepertinya kita adalah sebuah rangkaian dalam sebuah rantai tanpa ujung (infinite regression). Tidak ada awal untuk alam semesta (alam ini qadim) didalam ruang angkasa juga didalam waktu. Disebabkan bangsa Elohim/bangsa Allah adalah para pencipta bangsa manusia, Raelian sangat menghormati mereka tetapi Raelian tidak menyembah mereka sebagai suatu figur/icon Yang Maha-tinggi. Para Raelian mencintai mereka dan sedang mempersiapkan kedatangan mereka antaranya dengan menyemai sikap kasih sayang sesama manusia sejagat.

Para Raelian mengerti bahawa hanya melalui ilmu pengetahuan, terutamanya sains dan teknologi, bangsa Elohim/bangsa Allah dapat mengendalikan DNA dan dari bahan yang tidak bergerak di planet ini telah menciptakan semua kehidupan yang dapat dilihat saat ini.

Sekarang menurut para Raelian, bangsa manusia juga turut mengerjakan hal yang sama dalam laboratorium-laboratorium ciptaan sendiri. Bilamana bangsa manusia juga berhasil menciptakan kehidupan dan menanamkan kehidupan itu kepada yang lain, maka bangsa manusia pula menjadi “The Next Architect” atau “The Next Engineer”. Maka boleh jadi bangsa manusia pula dianggap menjadi “Tuhan” untuk sebuah dunia/planet primitif.

Para Raelian juga tak menolak malah mengiktiraf nabi-nabi terdahulu seperti Musa, Buddha, Yesus dn Muhammad, tapi dengan interpretasi mereka yang tersendiri, iaitu para “nabi-nabi” terdahulu secara hakikat membawa mesej yang terlalu maju dan sukar untuk difahami oleh masyarakat pada zaman tersebut jika ajaran-ajaran/penulisan-penulisan/terminalogi-terminalogi dalam kitab tersebut tidak disesuaikan dengan pemikiran masyarakat pada zaman tersebut. Maka interpretasi yang sebenarnya yang lebih maju dirungkai oleh para Raelian, kerana yang sebenarnya setiap nabi-nabi terdahulu tidak membawa ajaran yang jumud dan hanya membincangkan hal-hal yang kecil.

Anggota Raelian mengikuti ajaran ini tanpa campur tangan orang lain (dalam agama lain yang disebut sebagai pendakwah).

Pengikut Raelian dikatakan adalah pencari kebenaran asal-usul manusia melalui kajian sejarah manusia, bukti artifak, falsafah purba dan kebanyakan daripada para pengikut ni turut juga mendapatkan maklumat tentang kebenaran masa lalu melalui media Internet yang telah dikaji oleh Raelian-Raelian yang pakar dalam bidang keilmuan masing-masing, serta mengikuti fahaman ini melalui kesedaran mereka sendiri (self-conciousness).

Raelians dikhabarkan sebagai Freemasonry dalam bentuk Buddhisme juga sering dipanggil mazhab UFO, kerana dikatakan mengikut fakta sejarah anthropologi dan konteks falsafah sesiapa sahaja yang membekalkan ilmu dan mencipta sesuatu atau membuat sebarang inovasi maka dialah “Pencipta”. Sekali lagi ditegaskan, menurut Raelian, dikatakan sejarah manusia bermula dengan bangsa yang maju yang wujud sebelum manusia, iaitu bangsa Allah/bangsa Elohim/bangsa/ Apkallu/bangsa Anunnaki. Bagi individu yang “pernah menganut” agama Islam dan kemudiannya murtad, ada sesetengahnya lebih prefer menggunakan term “bangsa Allah”, dipercayai bangsa Allah ini adalah makhluk yang lebih advance menciptakan manusia dan segala isi di bumi ini, nama bangsa Allah menjadi nama yang lain apabila merujuk kepada bekas penganut agama nasrani atau yahudi iaitu dipanggil bangsa Elohim, juga memiliki description yang sama seperti bangsa Allah, atau bangsa Apkallu, atau dipanggil sebagai bangsa Anunnaki.

Sesiapa sahaja yang meragui kelompok ini memanggil fahaman ini sebagai mazhab Atheist hari terakhir.

Tetapi merujuk kepada buku “Reka Bentuk Intelektual” Raelian adalah penerang bagi agama-agama primitif yang mempercayai perkara-perkara ghaib atau supernatural secara membabi-buta tanpa disertakan penerangan secara proses saintifik.

Para Raelian juga percaya bahawa Rael adalah utusan terakhir bumi untuk menjelaskan identiti “Tuhan (bagi manusia primitif, sedangkan menurut Raelian bangsa Allah/bangsa Apkallu/bangsa Annuki/bangsa Elohim sepatutnya hanya dikenali sebagai “The Architect” atau “The Engineer” atau yang sebanding dengannya, tetapi bukannya dikenali sebagai tuhan seperti yang disebut oleh bangsa manusia yang primitif)” bagi membina kehidupan suci Maitreya untuk membina syurga dibumi (dalam doa ayah kita dari bangsa manusia).

Walaupaun banyak masalah keraguan kepada kumpulan ini seperti bunuh diri dan lain-lain. Tetapi kumpulan berfahaman Raelianisme ini tak pernah mengajarkan ajaran yang mereka kata suaau kebodohan untuk merosakkan diri sendiri, seperti menjadi pengebom berani mati untuk tujuan membunuh manusia lain ataupun membunuh diri cara lain atas perkara yang tak perlu dan bersifat primitif.

Raelian mengajarkan kasih sayang sejagat (mandat Maitreya), kerajaan berdasarkan intelek hasil dari self-conciousness dan membina kehidupan masa depan dengan bantuan teknologi yang semakin maju tanpa agama, kerana agama membantutkan perkembangan teknologi (genokrasi), mengajarkan untuk mencintai diri sendiri dengan sesungguhnya yang bermaksud tiada peperangan, tiada pembunuhan, manusia saling sayang dan disatukan sebagai manusia bukan disatukan kerana agama yang dianuti. Kerana bagi mereka, agamalah penyebab mazhab antara mazhab saling bergaduh, kerana agamalah pemahaman sektor akidah berpecah-pecah dan saling mengkafir antara satu sama lain, saling dengki mendengki antara satu sama lain. Kerana agamalah ramai yang apabila mempelajarinya kemudian dirasakan ilmu tinggi sedikit mula rasa hebat , dan jika ada yang tahu jauh lebih sedikit tentang agama, maka akan ada juga rasa dengki dan ingin menjatuhkan padahal saling mempelajari agama. Selain itu menurut mereka agamalah juga yang menyemai benih-benih kebencian antara satu sama lain, tiada kasih sayang seperti ajaran cinta kemanusiaan seperti humanisme dan Raelianisme yang menjadi salah satu cabang atheism.

Larangan dalam fahaman ini adalah meminum minuman yang mengandungi alkohol, kafein, dan juga dilarang menghisap rokok serta menggunakan dadah kerana ia boleh merosakkan struktur DNA dlm tubuh.

Kenapa perlu tahu tentang Raelianism?

Kita sedia maklum, Atheism bukan sahaja ada di negara-negara Eropah, tetapi juga di Malaysia dan di negara sekelilingnya. Maka untuk tidak mengendahkannya sebagai muslim , sebagai ulama dan sebagai pendakwah rata-ratanya mungkin tidak sesuai, terutama didalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang disertai penerapan undang-undangnya yang liberal bertonggakkan kebebasan untuk berkeyakinan apa pun (termasuklah untuk murtad dan menyebarluaskan fahaman fasad tanpa sekatan secara undang-undang Islam dari wahyu), dan ditambah pula masyarakat yang mula beralih arah kepada pemikiran existentialism secara partial menambahkan lagi peluang success fahaman atheism gaya baru untuk masuk ke dalam benak pemikiran masyarakat hasil dari sistem demokrasi itu sendiri sebagai “kilang menternak” segala fasad di bumi Allah.

Suatu analogi yang saya boleh berikan disini untuk mudah faham, terutama bagi peminat drama fantasi berkategori berat iaitu “Game of Throne”, sistem demokrasi dan atheism gaya baru itu ibarat “White Walker” sejenis makhluk undead yang sedang menerobos masuk ke dalam benteng negara, sedangkan dalam masa yang sama, para raja yang banyak didalam negara tersebut (yang analoginya seperti pelbagai mazhab, pelbagai aliran agama, pemuka-pemuka, para ulama, para daie) sibuk bercakaran untuk menaiki/merebut takhta secara extreme (takhta disini merujuk analoginya seperti penentuan siapa lebih ahli sunnah dan siapa yang bukan ahli sunnah, maka secara extreme saling mengkafirkan walaupun sembah Allah yang sama, ikut rasul yang sama dan membaca kitab yang sama, cuma ada sedikit beza pendapat sahaja)

Maka bergaduh secara dalaman, sedangkan ancaman luar masuk dengan mudah dan bersorak kegembiraan. Poinnya disini, gagal mengenal pasti siapa musuh yang sebenar, iaitu sistem demokrasi, dengan undang-undang yang liberal (menjadi benih bebasnya atheism untuk mula berleluasa) beserta gaya pemikiran dan tingkahlaku masyarakat yang menuju kepada existentialism yang perlu disedarkan bersama untuk membantu usaha ini.

Sedikit jawapan ringkas untuk siklus bangsa yang tiada penghujung menurut claim Raelian (anda boleh kembangkan sendiri hujah-hujah anda mengikut kebolehan berfikir dan dalil-dalil dari wahyu)

Menurut Raelian, selain bangsa Allah/bangsa Elohim, ada lagi diatas mereka bangsa-bangsa lain yang mencipta mereka, dan keadaan ini berterusan dengan rantaian siklus tanpa batas, yang kekal itu hanya alam beserta bahan-bahan mentahnya seperti energy. Maka perlu difikirkan disini, sekiranya anda mempunyai 5 susunan syiling diatas meja yang disusun satu barisan teratur, sebelum ingin menjentik satu syiling pertama untuk syiling pertama bertembung dengan syiling-syiling lain untuk menghasilkan suatu movement dan sesuatu corak tertentu, bayangkan anda perlu meminta kebenaran ayah atau ibu anda untuk jentik syiling tersebut, kemudian ibu/ayah anda minta pula kebenaran datuk/nenek mereka, kemudian datuk/nenek mereka minta pula pada moyang mereka dan moyang mereka, agaknya bila baru anda boleh menjentik syiling tersebut untuk syiling tersebut bergerak pada lokasi tertentu dan menghasilkan corak berhenti yang tertentu? Maka disinilah infinite regression tentang bangsa Allah/bangsa Elohim dan alam ini qadim ada kebathilannya. Yang jelas pasti ada yang Maha Tunggal (Unmoved mover) mencetuskannya dengan satu “jentikkan” untuk tercetusnya alam ini tanpa perlu dapatkan permission dari “tuhan-tuhan” lain (yang kalau tidak sampai bila pun segala makhluk dan alam itu tak siap dicipta kerana terlalu banyak hierarki tanpa kesudahan untuk dapatkan kebenaran untuk cetuskan ciptaan yang cukup besar dialam jagat raya ini, ini bukan projek lipat kertas untuk buat origami, tapi ini mencipta alam yang memerlukan hanya yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana untuk menciptanya, bukan mindless energy yang tiba-tiba mencetuskan sesuatu kewujudan bangsa pertama dialam ini, ada beza disitu harap mudah faham contoh-contoh ini).

Maka Al-quran menjelaskan ada satu Singular Power/Singular Entity that create all those causes, not mindless yet illogical infinite regression:

“Katakanlah, Dialah Allah yang Maha Esa” (Singular causes, Si Pencetus yang tidak dicetuskan oleh sesuatu yang lain)

“Allah tempat meminta segala sesuatu”

“Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan” (bukan dari bangsa atas bangsa lain, kalau Dia ada bangsa, maka ada jangka hayatnya yang tertentu, dengan jangka hayat, dia perlu belajar, dengan belajar berapa lama lagi baru dia boleh cipta alam dan ditambah dengan approval-approval yang perlu sebelum alam dicipta?)

“Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia” (Tak serupa dengan sesuatu apa pun, dan Dia berkeupayaan mengawali sesuatu ciptaan tanpa perlu bahan mentah untuk terlebih dahulu wujud, Dia sahaja yang sebenarnya mencipta dari tiada kepada adanya bahan bahan asas beserta elemen untuk dimanfaat oleh manusia, sedangkan manusia hanya melakukan inovasi, gabungkan elemen dan bahan mentah terhasil objek baru)

(Al-Ikhlas: 1-4)

Jika anda ingin lebih faham tentang fahaman yang cenderung kepada Raelianism melalui pendekatan menonton filem, saya secara peribadi mencadangkan filem bertajuk “Prometheus” tahun 2012 ini.

Ia hampir mirip atau cenderung dengan pembuktian fahaman seakan Raelianism tentang hakikat kejadian manusia dan alam.

Disclaimer: Ini adalah artikel untuk mencetus kesedaran setiap individu, terutama diri saya, bukan untuk merendahkan usaha-usaha atau segala bakti kaum muslimin dan muslimat yang telah ditaburkan dibumi Allah ini. Segala penulisan ini adalah sekadar jaiz aqli, berdasarkan pengalaman peribadi, pembacaan dari sumber tertentu, dari pemerhatian serta dari diskusi daripada individu individu yang jelas sebagai sumber primary. Semoga tak disalah mengerti dan tidak kecam saya.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Rencana

Hikayat Dewa Gilgamesh, Frankenstein, Rights for Body Modification serta Morphological Freedom

May 17, 2020 By Editor The Independent Insight

Oleh: Nuraqal Auji

“Spesies manusia sememangnya boleh, jika berkehendak, melangkaui (keterbatasan) dirinya, bukan hanya sekadar secara rambang/rawak iaitu satu individu disini (melangkaui keterbatasan dirinya dari satu aspek-aspek tertentu) dan satu individu ditempat lain (melangkaui keterbatasan dirinya dari satu aspek-aspek yang lain pula)..tetapi secara menyeluruh sebagai umat manusia sejagat (seluruh manusia boleh melangkaui keterbatasan dirinya dari segala aspek). Kita memerlukan nama panggilan kepada kepercayaan baharu ini. Mungkin transhumanisma adalah sesuai: orang tetap kekal sebagai orang, tetapi melangkaui dirinya sambil menyedari terdapatnya kemungkinan baharu dan melangkaui (keadaan bentuk) semulajadi manusia dirinya.”


(Julian Huxley, Agama tanpa Wahyu, 1927)

Ringkas Tentang Hikayat Gilgamesh dan Frankenstein tentang keabadian dan menghidup kembali

Dahulu, kononnya dikatakan terdapat seorang raja bernama Gilgamesh pada tamadun terawal di Sumeria iaitu terletak di selatan Mesopotamia, sekarang adalah selatan Iraq, semasa awal zaman gangsa, dan merupakan salah satu tamadun terawal didunia beserta dengan Mesir Kuno, Greek Kuno, China Kuno dan Lembah Indus. Gilgamesh menjadi raja bagi negara kota Uruk. Malahan, didendangkan sebagai wira utama didalam mitos kuno Mesopotamia, dan dimasukkan sebagai protagonist didalam puisi Hikayat Gilgamesh ditulis didalam bahasa Akkadia semasa lewat kedua milenium Sebelum Masihi. Dia berkemungkinan telah memerintah diantara 2800 dan 2500 Sebelum Masihi yang kemudiannya didewakan.

Secara ringkasnya mengenai Gilgamesh didalam Hikayat Gilgamesh (Epic of Gilgamesh), dijadikan sebagai watak separa dewa yang memiliki kekuatan manusia luar biasa yang berkawan dengan Enkidu, mereka mengembara bersama-sama menewaskan gergasi Humbaba dan Lembu Kayangan, dimana lembu ini dihantar untuk menyerang mereka oleh Dewi Ishtar selepas Gilgamesh menolak tawaran menjadi pasangannya. Disebabkan Lembu Kayangan juga turut ditewaskan, maka seterusnya dihantarkan pula penyakit sebagai hukuman, dan yang mati adalah Enkidu, rakan Gilgamesh. Bermula dari itulah Gilgamesh mula takut dengan kematian dirinya. Dan mula mengembara mencari Utnapishtim, seorang bijaksana yang terselamat dari Banjir Besar, dengan itulah Gilgamesh mengharapkan untuk mencari keabadian.

Pengembaraan mencari keabadiaan telah pun bermula sejak dari tamadun awal manusia, dan bahkan mungkin lebih awal dari itu, cumanya cara mereka pada zaman tersebut hanyalah mampu setakat mengharapkan campur tangan kuasa ajaib, atau jampi serapah, atau mengawet mayat sebagai simbolik untuk merelialisasikan panjang umur luar biasa atau cubaan mencapai kehidupan abadi. Itulah salah satu intipati Hikayat Gilgamesh didalam pencariannya untuk kehidupan abadi.

Manakala tidak kurang pula kisah yang ditulis oleh Mary Shelley, seorang penulis karya yang tersohor untuk genre Gothic Novel iaitu Frankenstein yang antara intipati fiksinya adalah menghidupkan sambungan-sambungan mayat yang telah mati. Walaupun hanya sekadar fiksi, tetapi apabila diperhatikan trend secara ringkas seperti Dr. He Jiankui yang dikatakan telah berjaya membuat pengubahan genetik pertama untuk bayi manusia pertama yang berkeupayaan daya tahan terhadap HIV menjadi penanda kepada menuju manusia super dan memberi peluang memperpanjang usia jika HIV menyerang designer baby tersebut dan beberapa usaha lain umat manusia didalam cuba mencapai usaha yang direkodkan didalam mitos Gilgamesh dan fiksi dari Frankenstein yang cuba direalisasikan menjadi realiti. Bertitik tolak dari itu jugalah, menjadi suatu tugasan bagi penganut fahaman transhumanisma bagi menyiapsiagakan hak-hak tertentu untuk memastikan lancarnya penerimaan aliran pemikiran, peraturan yang boleh membentuk acuan masyarakat supaya segala perubahan radikal dengan dibantu teknologi boleh diterima masyrakat baik yang beragama atau yang bukan beragama. Antara hak yang ingin diperjuangkan adalah hak lanjutan dari self-expression body modification Freedom kepada Morphological Freedom.

Apa itu Morphological Freedom?

Manusia adalah makhluk pintar yang diberi mandat samada untuk membina sesuatu atau boleh juga untuk mengacau keseimbangan alam samada secara langsung atau tidak langsung. Salah satu cara untuk manusia melakukan kekacauan adalah dengan cara menerima pakai, memperjuangkan dan melaksanakan secara rela hak-hak kebebasan yang dari hak kebebasan itulah terbitnya salah satu hak lain yang dikenali sebagai Morphological Freedom.

Perlu difahami, mengacau keseimbangan alam bukanlah semata-mata hanya dalam konteks yang melibatkan bencana alam semulajadi, seperti gempa bumi, taufan, banjir dan sebagainya, tetapi mengganggu keseimbangan alam juga melibatkan sebarang perkara yang melanggar perintah dan larangan Tuhan. Antara contoh paling mudah adalah apabila Tuhan melarang tentang homoseksual, maka apabila manusia tetap memilih untuk melakukannya, antara kefasadan yang bakal dan telah menimpa adalah masalah psychology, masalah sosial, penyakit yang mematikan akibat homoseks yang bebas, tiada keturunan (melainkan hanya menumpang ambil anak angkat) dan sebagainya. Ini juga merupakan kekacauan dan kefasadan yang berlaku akibat tangan-tangan manusia.

Kembali kepada Morphological Freedom, ia adalah suatu hak asasi dimana ianya menekankan pembenaran kepada rakyat untuk memiliki keupayaan untuk mengubahsuai bentuk badan pada bila-bila masa menerusi teknologi seperti menjalani pembedahan, menerusi kejuruteraan genetic, menerusi nanotechnology dan memuat naik ego (minda dan emosi) ke tubuh badan baru. Dengan kata lain Morphological Freedom adalah seperti lanjutan atau the next stage untuk Body Modification/Freedom of Self-Expression.

Hak untuk hidup dan Hak untuk mengecapi kebahagiaan menerbitkan Hak untuk Bebas dan Hak untuk bebas melahirkan Morphological Freedom.

Timbulnya Morphological Freedom adalah bermula daripada secara asasnya dari akidah secularism dari zaman pencerahan eropah (peranan perintah dan larangan Tuhan dipisahkan dan tak boleh dijadikan panduan hidup/panduan moral/penetapan batasan sesuatu perkara) yang dari “akidah” tersebut melahirkan acuan hak untuk hidup yang sesuai cara sudut pandang secularism, iaitu hak untuk tidak mencegah diri individu itu bagi meneruskan kehidupannya walaupun apa cara sekalipun termasuklah jika perlu “mematikan kematian”. Ia merupakan pusat utama sesuatu hak, tanpanya hak-hak yang seterusnya tidak akan bermakna dan tak akan wujud.

Kembar kepada hak untuk hidup menurut acuan rangka secularism adalah hak asasi untuk mengecapi kebahagiaan (tetapi ikut cara secularism, bukan penentuan batasan kebahagian itu ditentukan oleh agama/suruhan Tuhan) kerana tidak ada maknanya memiliki kebebasan untuk hidup tetapi tidak memiliki potensi untuk mencapai kebahagiaan hidup dengan apa cara sekalipun (seakan mereka yang tiada tujuan, maka segala cita-cita untuk mencapai sesuatu akan terbantut sama sekali). Apa sekalipun, hak untuk hidup seharusnya seiring dengan hak untuk mengecapi kebahagiaan, kerana kematian atau sebarang ancaman (yang seumpama dengannya yang dikira sebagai mengancam existence diri) merupakan ancaman utama dalam usaha mengejar kebahagiaan.

Bermula dengan asas untuk mengecapi kebahagiaan dan hak untuk hiduplah, maka terbitlah dari kedua-duanya itu suatu hak yang dikenali sebagai hak kebebasan. Sekiranya kita cuba untuk meneruskan kehidupan, kita mestilah dibolehkan untuk bertingkahlaku secara bebas tanpa terikat (terutamanya dari terikat dengan suruhan Tuhan melalui syariatNya) dan tingkahlaku itu haruslah sesuai dengan keinginan diri bukan penentuan agama atau tuhan atau budaya atau sesiapa pun.

Demikian pula, oleh kerana setiap dari kita adalah berbeza, dan memiliki konsepsi kebahagiaan yang berbeza pula (kerana ianya adalah perkara hati nurani yang peribadi yang tidak boleh dipisahkan daripada tingkahlaku untuk mengejar kebahagiaan walau dengan apa cara sekalipun) kita sememangnya perlukan kebebasan untuk melaksanakan/ merelialisasikan perkara-perkara yang boleh mengecapi kebahagiaan (dalam konteks artikel ini salah satu elemen untuk mencapai kebahagian mutlak adalah apabila tiadanya kematian dan abadinya kehidupan).

Oleh kerana (penetapan sesuatu) nilai-nilai itu berbeza (antara seorang manusia dengan manusia yang lain), dan ketidaktentuan didalam illmu dan ketidaktentuan dari segi perbezaan kepintaran itulah yang membuatkan/menghasilkan kesimpulan diantara sesama manusia yang kerap kalinya bertentangan satu sama lain mengenai perihal cara yang paling t erbaik untuk bertingkahlaku walaupun sasaran kita semua adalah sama (iaitu mengecapi kebahagiaan), disinilah lebih-lebih lagi wajar bagi setiap individu manusia itu diberikan kebebasan untuk boleh melakukan pendekatan yang berbeza-beza supaya boleh diuji cuba dan gagal, supaya boleh saling membandingkan dan (supaya semua manusia boleh cuba) untuk mengejar kebahagiaan dengan caranya yang tersendiri sesuai dengan acuan sekularismanya.

Hak untuk kebebasan dan hak untuk kehidupan menandakan (sewajarnya) terbit hak untuk keatas badannya sendiri. Sekiranya kita memiliki hak untuk hidup, tetapi tidak memiliki kebebasan terhadap tubuh badan diri sendiri (tidak boleh buat ikut suka dengan badan ini) makanya dalam secularism kita tidak bebas dan masih terikat dengan budaya kuno, adat, komuniti, agama, undang-undang, peraturan agama dan sebagainya, maka hak-hak yang dianggap lebih maju dan bakal mendatang (iaitu morphological freedom) menjadi tidak relevan. Maka penting untuk sekularisma menjadi akidah/tunjang bagi negara demokrasi-kapitalisma dalam mencorakkan kebudayaan dan membentuk perundangan yang bakal menyediakan masyarakat untuk menuju kearah masyarakat baik yang beragama mahupun tak beragama untuk boleh mengadopsi fahaman Transhumanisma dari masa ke semasa samada secara sedar atau tidak untuk menerima Morphological Freedom dimasa hadapan.

Ini kerana, tidak sedikit masyarakat sudah semakin boleh menerima mana-mana individu yang mengatakan “badan aku mungkin lelaki, tetapi jiwa aku sebenarnya wanita, ataupun ada yang mengatakan badan aku mungkin perempuan, tetapi jiwa aku sebenarnya lelaki”, lalu masing-masing mengubahsuai bentuk badan (samada menyembunyikan, membuang atau memasang alat kelamin yang berlainan jantina). Perlu disedari dulunya masyarakat tidak dapat menerima golongan transgender, zaman sekarang sedikit demi sedikit sekularisma yang menjadi akidah/tunjang bagi negara demokrasi-kapitalisma telah berjaya menyediakan suatu corak pemikiran, kebudayaan dan perundangan hingga transgender (yang faham tentang islam tapi tetap memilih untuk ubah gender) dianggap normal dalam masyarakat. Penerimaan perkara ini dari sudut sistem perundangan dan kebudayaan telah menjadi bibit-bibit bersedianya masyarakat untuk menuju kepada era Democratic Transhumanisme (Citizen Cyborg: Why Democratic Societies Must Respond To The Redesigned Human of The Future, James Hughes, 2004) yang salah satu dari banyak trend-trend yang ada didalamnya adalah budaya mengubahsuai badan (Body Modification Culture) iaitu bersesuaian dengan konteks artikel ini yang menyentuh perkara yang jauh sedikit kehadapan yang ingin dicapai oleh para Transhumanist di masa hadapan iaitu Morphological Freedom (Body Switching Culture).

Perlu diingat, sekiranya badan ini dipaksa atau diancam (dengan batasan tertentu seperti syariat yang cuba melarang supaya jangan tukar jantina, jangan berperwatakan selain dari jantina asal, badan ini lemah dan akan mati atau badan ini akan berlaku penuaan dan lain-lain), kita tidak memiliki pilihan lain melainkan untuk patuh apa sahaja tuntutan si pemaksa (khususnya konteks penulisan ini “si pemaksa” itu bermaksud agama atau syariat tuhan) keatas diri ini jika diri ini ingin meneruskan kehidupan (yang terbatas dan mengikut norma kebiasaan). Malah pada pandangan Transhumanist, ianya menjadi lebih buruk lagi jika ada syariat yang cuba membataskan usaha yang bebas untuk membuat apa sahaja perubahan keatas badan atau cuba membataskan perpindahan tubuh badan, ini adalah sesuatu yang mengekang manusia untuk cuba mencapai salah satu elemen mengecapi kebahagiaan iaitu hidup kekal abadi.

Jika benar kita adalah orang yang mengakui kewujudan yang memerhatikan alam iaitu Si Pencipta yang Maha Tunggal dan Si Pencipta itu jugalah yang kita sembah mematuhi perintahNya, maka janganlah kita lupa dengan FirmanNya:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak patut pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka”


(Al-Ahzab: 36)

“Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendakki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan…”


(Al-Qashash: 68)

Kedua-dua ayat ini jelas Allah peringatkan sememangnya manusia Allah ada beri pilihan samada ingin serahkan kembali hak penentuan (definisi-definisi baik jahat, terpuji tercela, siksa nikmat, indah buruk, kebahagiaan & penderitaan, kebebasan & batasan, termasuklah perbatasan teknologi hingga ke tahapan tertentu dan lain-lain) itu kepada Allah dan ikut cara Allah atau ingin memilih cara sendiri yang tidak sesuai syariat Allah. Sekiranya Allah telah memilih kelahiran sebagai perempuan, kemudian sengaja memilih untuk mengamalkan budaya body modification sesuai pada zaman sekarang untuk bercirikan lelaki dan vice versa, maka golongan ini terkena dengan perintah “tak patut bagi laki-laki dan perempuan apabila Allah dan rasulNya menetapkan sesuatu mereka memilih pilihan lain” iaitu dengan berpegang dan mengikuti corak pemikiran trasnhumanisma dengan melaksanakan body modification. Ini jelas mengambil dan melanggar hak-hak Allah.

Begitu juga, jika zaman sekarang semakin menjadi norma yang normal perihal body modification, maka tak mustahil dengan perkembangan teknologi yang cuba diusahakan oleh para jurutera dan saintis yang berfahaman transhumanisma akan cuba membuat teknologi yang lebih radikal untuk melaksanakan body switching yang selaras dengan hak Morphological Freedom. Sekali lagi ini merupakan pelanggaran pada ayat Al-Ahzab ayat 36 dan Al-Qashash ayat 68.

Konteks dalil Al-Ahzab ayat 36 dan Al-Qashash ayat 68 juga menjadi suatu pelanggaran kepada hak-hak Allah apabila manusia memilih sendiri untuk menamatkan riwayatnya/kehidupannya sendiri (bunuh diri) tanpa alasan yang hak dan begitu juga apabila manusia cuba memperpanjang usianya secara radikal dengan melakukan body switching (jika benar mencapai teknologi ini) hasil dari hak Morphological Freedom. Kerana hak untuk membangkitkan manusia (dan makhluk lain) hanyalah hak Allah dan begitu juga dalam mengulangi-ciptaan (recreate) tubuh badan manusia yang baru juga hanyalah hak Allah dan seterusnya syarat membangkitkan manusia (dengan memasukkan roh ke tubuh badan baru) adalah secara normanya yang ditetapkan Allah adalah berlaku di hari akhirat (bukannya didunia ini seperti cita-cita yang cuba ingin dicapai Transhumanist), itu jua merupakan hak Allah bukannya hak manusia.

“…apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti mereka dengan orang-orang yang serupa dengan mereka.”


(Al-Insan: 28)

“We have created humankind in the best of molds”


(At-Tiin: 4)

Mengubahsuai atau menambah teknologi pada tubuh badan manusia bukan hingga ke tahap radikal adalah dibenarkan, dan masih tidak menyalahi dengan dalil surah At-Tiin ayat 4. Jika tahapnya radikal hingga mengambil hak-hak Allah seperti disebutkan sebelumnya, maka berhati-hatilah.

Telah datangnya tawaran tipu daya supaya manusia membuat pilihan yang tak sepatutnya, jika mereka memilih sesuatu yang melanggar syariat (jika benar agenda Transhumanism dalam soal merealisasikan Morphological Freedom beserta technologynya menjadi realiti) dengan melanggar syariatlah kefasadan pasti menyusul, itulah sunnah Allah.

Persoalan/tawaran Sains Fiksi-if-to-be-true:

“Engkau tak mahu ke tubuh badan lain yang lebih baik dari sekarang?”

Atau “Kamu nak tak tubuh badan perempuan ke yang boleh menggantikan tubuh badan lelaki yang kamu miliki saat ini?”

“Kamu tak nak ke hidup kekal abadi dengan saling bergantian tubuh badan baru setiap kali?”

“Kamu tak nak ke bertemu kembali dengan orang yang tersayang seperti mak, ayah, isteri, anak2 yang dah mati dengan cara muat naik simpanan conciousnessnya ke tubuh badan sintetik pilihan kamu?”

“Kamu sebagai penjenayah kes bunuh, tak nak ke berpindah ke tubuh badan baru seorang yang innocent bagi melenyapkan kes jenayah kamu yang terdahulu?”

“Kamu tak nak ke the same Mahathir atau the same Najib rule malaysia? even they have different-different bodies for many many years?, the same George Bush, the same Ramses? the same Qarun?, the same Elon Musk, Steve Job, Why not?” (maybe)

Ingatlah, penggunaan teknologi secara radikal dan menyalahi etika dan kaedah syariat Pencipta merupakan suatu pilihan yang boleh membawa kefasadan dalam banyak aspek, jangan kita lupa:

“…Sambil ia(iblis) berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal abadi (immortal)…”


(Al-Araaf:20)

Potensi masalah yang bakal muncul disebabkan pelanggaran etika wahyu dan pelanggaran perundangan wahyu atau syariat dalam cuba mencapai Immortality (atau minimanya sekurangnya cuba capai super-longevity dalam soal jangka hayat hidup manusia) pasti berlaku dan memberi impak pada cabang-cabang ekonomi, politik, sosial apabila berpotensi besar boleh berlakunya jurang sosial yang besar, sebagaimana kata-kata Blay Whitby seorang Pakar Kecerdasan Buatan dari University Sussex:

“History is littered with evil consequences of one group of humans believing they are superior to another group of humans”…”Unfortunately in the case of enhanced humans they will be genuinely superior. We need to think about the implications before it is too late”

Kenapa pentingnya mengetahui Morphological Freedom?

Cabang-cabang ilmu yang menjadi salah satu penyumbang kepada “agama transhumanisma” untuk disalahhguna diluar dari garis batasan adalah seperti nanotechnology, cybernetics, pharmacology, terapi genetik, dan keterkaitan ilmu computational neuroscience, information management, psychology, teori maklumat, kejuruteraan elektrik dan lain-lain sebagai usaha merelialisasikan penciptaan/kewujudan mind uploading (sila rujuk: www.minduploading.org dan https://carboncopies.org/) untuk menjayakan Morphology Switching (berpindah dari satu tubuh badan ke tubuh badan yang lain).

Sungguhpun perkembangan cabang-cabang ilmu yang disebutkan sebentar tadi masing-masing berada pada tahapan yang berbeza, kesemuanya saat ini telah pun berada pada kitaran awalnya yang tersendiri. Bukanlah mustahil perlaksanaannya nanti bukan sahaja akan tersebar luas malah akan menjadi suatu norma baru yang sesuai dengan acuan fahaman transhumanisma, maka mengketengahkan isu ini adalah kritikal bagi dunia muslim untuk konteks artikel ini adalah berkenaan morphological freedom (dan sebenarnya ditujukan juga untuk segala pakej lain yang dibawa oleh fahaman Transhumanisma, bukanlah hanya sekadar morphological freedom). Kegagalan untuk memenuhi permintaan menjawab persoalan dengan jawapan atau kegagalan untuk menyediakan jawapan pada masa yang tepat apabila fahaman tersebut telah mengakar dalam pemikiran dan jiwa masyarakat, dikhuatiri ianya boleh menjadi parah dan sukar dirawat lagi dalam pemikiran umat islam dan umat manusia, ini secara tak langsung akan merisikokan dengan lebih lanjut kepada masalah sosial, ekonomi, ruling system dan lain-lain lagi dimasa hadapan yang tidak mengikuti acuan wahyu.

“Not necessarily everything must start with try and error and fix it later, some matters have to be implemented correctly right from the beginning”.

Kesannya dari sudut sosial khususnya didalam sebuah negara yang menuju kepada Democratic Transhumanisme

Disamping itu, pentingnya untuk memgetahui perihal ini adalah kerana seperti yang sedia ditekankan sebelum ini, Body Modification yang dibenarkan dibawah rahim sistem demokrasi-kapitalisma tak akan menjadi mustahil untuk dimasa hadapan bagi wujudnya pula Morphological Freedom yang sedang dan akan dituntut oleh fahaman para penganut Transhumanisme (jika teknologinya wujud maka etikanya akan turut dibenarkan untuk melaksanakan morphology switching selagi mana ianya menguntungkan negara demokrasi-kapitalisma).

Kesannya adalah Transhumanisma boleh bekerja rapat bersama pendokong LGBTQ bagi membolehkan dan meningkatkan peluang berjayanya Morphological Freedom diterima sebagai undang-undang atau hak rakyat didalam negara pada hadapan. Kerana pada saat ini, hak-hak untuk mengubahsuai bentuk tubuh badan semakin lama semakin diterima, apatah lagi dimasa hadapan jika benar-benar terealisasinya teknologi memuat naik conciousness dan teknologi membangunkan badan sintetik yang sempurna kemudian dengan kemudahan itu para pendokong LGBTQ dapat memenuhi hajatnya untuk memindah badan kepada jantina lain dengan sempurna tanpa dapat dikenalpasti lagi gender asalnya, maka ini merupakan perbuatan melampaui batas dalam menentang atau mencabar hak Tuhan.

Telah sedia maklum, cita-cita Transhumanist antara yang radikal adalah mencapai hak morphology freedom, andaikata cita-cita ini tidak dapat dicapai, minimanya agenda atau trend Body Modification Freedom dapat dicapai juga merupakan pencapaian agung buat masa sekarang bagi mereka dan bagi pendokong LGBTQ. Ini kerana, dengan diterimanya hak pengubahsuaian tubuh badan manusia, dengan menggunakan platform demokrasi-kapitalisma, ianya tak mustahil (provided jika teknologi morphology switching telah wujud dan bioethics melegalkan perkara ini) makanya hak Morphology Freedom boleh berpotensi menjadi legal, dan apabila salah satu tahapan ini telah dikecapi, maka sedarlah kita telah masuk kepada era democratic transhumanisme.

Kesimpulan

Disclaimer: Untuk pengetahuan semua, artikel ini ditulis berdasarkan pembacaan peribadi penulis, perbincangan berbalas pesanan secara santai bersama dengan transhumanist dan berdasarkan analisa peribadi penulis setelah cuba merangkumkan maklumat-maklumat yang didapati kedalam artikel. Sungguhpun demikian, penulisan ini memiliki potensi jaiz aqli, ada kemungkinan Morphological Freedom (Kebebasan Berpindah Tubuh Badan) untuk mencapai “keabadian hidup” dek kerana selagi cukup wang untuk pindah badan boleh dicapai atau jika tidak, minimanya matlamat adalah mengapai hak Body Modification Freedom (Hak Kebebasan Mengubah suai Tubuh Badan). Adapun demikian, Body Modification secara radikal yang diingini oleh LGBTQ dan Transhumanist yang tidak bertepatan dengan wahyu ini sahajapun merupakan suatu kebejatan yang dah cukup berat dibawa oleh golongan tersebut apatah lagi jika terealisasinya Hak Morphology Freedom yang merupakan lanjutan perjuangan transhumanist. Ini kerana sekali lagi diingatkan dengan firman Allah:

“We have created humankind in the best of molds”


(At-Tiin: 4)

Mengubahnya secara radikal adalah dicela oleh Sang Pencipta dan lanjutannya membawa banyak masalah secara berangkai dalam perihal sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Bersama-sama kita ingat akan firman Sang Pencipta:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka, janganlah kamu melakukan kerosakkan dibumi, mereka menjawab, kami adalah orang orang yang melakukan penambahbaikkan. Ingatlah sesunguhnya merekalah orang orang yang melakukan kerosakkan, tetapi mereka tidak menyedarinya”


( Al-Baqarah: 11-12)

Semoga penulisan ini tidak disalah mengerti.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Rencana

Selamat Hari Ibu

May 10, 2020 By Editor The Independent Insight

Oleh: Tulip Ungu

Jujur hati ini sedikit terusik bila membaca pelbagai status sambutan hari ibu hari ini tambahan pula aku baru sahaja membelek buku keramat peninggalan ummi yakni “Mendidik dengan cinta” karya Irawati Istadi.

Jujur aku katakan ini sahaja kenangan yang aku simpan dan mungkin bakal diberikan kepada mereka yang ingin menggunakan sebab selepas pemergian ummi aku terus menerus menghapuskan sedikit demi sedikit memori-memori bersama ummi.

Entah sebab aku marah atau kecewa tapi yang pasti setiap barangan yang mengingatkan aku pada ummi akan aku cuba jauhi, bukan kerana apa, cuma aku takut andai aku tak mampu mengawal diri hingga terbaring berminggu-minggu diatas katil mengulangi episod hitam aku pada tanggal 19 Febuari 2019.

Masih aku ingat pada pagi itu, aku pulang ke rumah pada pukul 4 pagi dan terus tidur. Kemudian pada pagi tersebut,tanpa aku duga bos aku datang kerumah untuk mengejut aku yang aku jangka kerana ingin berniaga pada pagi tersebut kerana sepatutnya kami berniaga malam. Tanpa disangka dia menyampaikan berita bahawa ummi telah pergi buat selamanya dan sampai hari ini aku seakan akan kembali hidup dalam memori itu kadang kala terjaga disaat tengah malam.

Sedikit sebanyak tentang ummi, tak dinafikan cara didikan ummi pada aku dan adik amat berbeza dari pandangan aku. Ummi sentiasa menyuruh aku “push to the limit” dalam banyak perkara yang aku mahu dan tidak mudah memberikan sesuatu yang aku mahu melainkan dengan sesi debat dan perbincangan yang kadang kala akan membuatkan aku terus merajuk.

Ummi juga gemar menyuruh aku mengikuti program program walaupun pada aku, aku terpaksa mengorbankan waktu lapang aku dan juga cuti dan aku masih ingat betapa ummi meraikan sahabat dan senior aku ketika mereka tumpang sebentar di rumah sebelum bergerak untuk menghadiri program di Kedah.

Menyelak kembali setiap nota aku saat aku masih menuntut ilmu di sebuah kolej ,membuatkan aku tersenyum kerana boleh kata hampir setiap hari aku akan menelofon ummi atau berhubung di alam maya bila bila aku mendapat idea dalam mengolah modul pendidikan awal ummi kearah lebih moden dan menarik dan ummi sentiasa menyambut baik dan berulang kali menitik beratkan aspek Tauhid didalam perkembangan awal kanak kanak. Kata ummi yang masih aku ingat “Tauhid dan anak kecil itu ibarat dua aspek yang tidak dapat dipisahkan kerana anak kecil akan sentiasa bertanya asal usul segala sesuatu yang berada dihadapan mereka. Jadi untuk menjadi guru yang terbaik, perlulah tanam sifat kepercayan yang tinggi kepada Allah.”

Aku jugak menjadi saksi sepanjang proses pembesaran aku, betapa rajin dan komitednya ummi dalam kerja dakwah dan tarbiyah bahkan lewat mulut sahabat beliau, ummi sangat komited bahkan dari saat aku berada didalam perut ummi. Bahkan disaat aku membesar dan ingin bermanja dengan ummi seringkali aku disuruh untuk beredar sebentar atau tertidur disamping ummi yang tekun mengolah dan membaca buku untuk persiapan program ataupun usrah hingga kadangkala aku berasa dianak tirikan dan jemaah adalah anak pertama ummi.

Sungguh aku rindu akan kata kata dan belaian ummi, moga ummi dirahmati atas usahanya dulu dan sentiasa diredhai Tuhan.

Selamat hari ibu ummi ku sayang.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Rencana

Adakah Menghina Rohingya Akan Mendaulatkan Malaysia?

April 26, 2020 By Editor The Independent Insight

Rohingya refugees from Myanmar get off a boat after crossing into Bangladesh through the Bay of Bengal on Sept. 11.   © Reuters

Oleh: Tulip Ungu

Semenjak dari pertengahan April hingga hari ini saat jari aku lancar menaip di papan kekunci, secara rasminya kita semua warga Malaysia mahupun imigran telah diarahkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha kerajaan membendung penularan wabak pandemik Covid-19 yang telah mengemparkan seluruh dunia.
Aku akui keadaan ini sedikit sebanyak membebankan bukan hanya sebahagian malahan seluruh penduduk bumi tidak kira dari kalangan bangsawan hinggalah ke golongan pelarian hatta hamba abdi sekalipun sekiranya ada, namun coretan aku buat ulung kali ini hanya ingin meluahkan sedikit sebanyak isi hati tentang isu-isu semasa terutamanya perihal golongan etnik Rohigya yang telah lama ditindas dan diancam oleh gerakan penghapusan etnik yang susur galur perjalanannya amat terpisah jauh dari sifat empati dan belas kasihan.


Perihal yang menjadi sensasinya apabila ada segolongan dari kita yang menyokong kehadiran mereka dan ingin membantu mereka diatas nama keagamaan mahupun keinsanan dan segolongan lagi pula tidak mahu menerima mereka diatas beberapa faktor yang menjadi asbab maraknya kemarahan warganegara seperti ketidakpatuhan undang undang dan pelbagai kerosakan hinggalah kebiadapan segelintir mereka.


Tidak aku nafikan, memang ada di kalangan mereka ini sifatnya tidak terpuji malahan menyusahkan kita dan boleh dikatakan ibarat melepaskan anjing yang tersepit, namun yang menyedih dan membimbangkan aku adalah tatkala luahan isi hati rakyat diadun bersama makian dan juga ugutan.


Inikah sifat sebenar kita bangsa yang terkenal dengan kesopanan dan tata susila yang disegani berabad oleh bangsa lain?


Adakah juga kita ini bertindak memilih bulu dalam memberi perlindungan dan juga menjaga hak kemanusiaan jika tidak mahu ambil dikira agama Islam yang amat dibanggakan penganutnya di negara kita kerna menjadi agama rasmi negara.


Aku hanya ingin ajukan hanya satu soalan pada setiap jiwa yang membaca sedikit coretan yang mungkin bagi lain orang lain akhirnya.


Duduk sejenak,dan tanyalah pada diri kamu adakah setiap makian dan hinaan kamu itu tidak dikira hanya kerna kamu memperjuangankan kedaulatan kamu hingga nyawa insan lain itu tidak berharga?

Jika benar,maka benarlah tuduhan Barat bahawa agama yang kamu sanjungi itu mengamalkan keganasan dan tidak berperikemanusian.


Sekian ini sahaja coretan hati aku yang tidak mengerti akan perihal hati manusia lain.


TulipUngu

26 april 2020

Didalam gelap menangisi jiwa sendiri.

Editor The Independent Insight

Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.

Filed Under: Rencana

  • « Previous Page
  • 1
  • …
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • Next Page »

Recent Posts

  • Ulasan Buku: Feudalisme: Sejarah dan Persejarahan
  • Dar al-Suhyuni: Apabila Ulama Islam Menjadi Neo-Orientalis
  • Alip Moose: “Beginilah Bila Bercakap Tak Tahu Apa-Apa”
  • Pendekatan Dalam Memahami Falsafah Barat Menurut Pandangan Pemikir Islam
  • Naquib al-Attas: Kritikan, Pengalaman dan Syarahan

Archives

Copyright © 2025 The Independent Insight