
Terdapat pelbagai persoalan perihal dasar kerajaan Malaysia terhadap pelarian Rohingya meliputi pendidikan, pekerjaan dan tempat tinggal yang ditimbulkan dalam masyarakat hari ini. Berdasarkan jawapan rasmi di Dewan Rakyat pada 25 Mei 2023, dasar kerajaan Malaysia terhadap pelarian yang memegang kad UNHCR, termasuk Rohingya, adalah berasaskan pertimbangan kemanusiaan tetapi tetap tertakluk kepada undang-undang negara.
Antara kemudahan dan ketetapan yang diberikan:
- Kebebasan bergerak – Dibenarkan berada di Semenanjung Malaysia selagi tidak melanggar undang-undang.
- Kesihatan – Mendapat rawatan di hospital dan klinik kerajaan dengan bayaran 50% daripada kadar warga asing.
- Pendidikan – Boleh mendapat pendidikan melalui sekolah swasta yang dikendalikan NGO, komuniti pelarian dan UNHCR.
- Pekerjaan – Dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal atau bekerja sendiri untuk menyara kehidupan.
- Bantuan kemanusiaan – NGO, syarikat dan individu dibenarkan membantu dengan penyelarasan agensi kerajaan.
Jadi sebenarnya pelarian boleh bekerja. Hanya mereka yang jahil dan tidak faham undang-undang sahaja yang mengatakan pelarian tidak boleh berkerja. Memang sudah ada black and white dasar kerajaan yang membenarkan pelarian berkerja
Related Posts
Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024), Homo Historikus (2024), DemokRasisma (2025), dan Dari Orientalisma Hingga ke Genosida (2025). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.





