Pada 13 September 2020, satu video dari Naratif Malaysia telah tersebar di dalam video tersebut Prof Ahmat Adam mengkritik The Patriots. Kata beliau “mereka berpijak di bumi yang ignorance, bumi kejahilan, mereka tidak tahu sejarah mahu cakap pasal sejarah, mereka tidak tahu pasal budaya mahu cakap pasal budaya, semata-mata untuk menunjukkan semuanya berperanan, atau berpangkal atau berpijak dari Melayu”.
Beliau menambah lagi “mereka mempropagandakan Melayu, its more like ego, jadi kalau kebangsaan biasanya kita memilih sifat-sifat atau ciri-ciri bangsa itu yang baik, kita tidak bangga dengan bangsa yang mencuri, yang menipu, bangsa yang takut menderhaka, dan tidak membaca, jahil, dan mereka ini asalkan Melayu sahaja hebat, tanpa mempersoalkan, tanpa memberikan fakta, jadi The Patriots ini gerombolan yang menghanyutkan orang, yang menipu orang dari segi pembohongan sejarah, membohongi sejarah”.
Kritikan panas ini menyebabkan ramai penulis-penulis dan ahli The Patriot menulis tulisan balas mempertahankan The Patriots, antaranya Mohamad Jamalee yang menulis di laman Facebook beliau:
“Ada orang tanya saya, apa pandangan atau jawapan saya kepada video Prof Ahmat Adam ni. Sejujurnya saya pun tak tau nak jawab apa. Cuba dengar apa Prof Ahmat kata pasal The Patriots (TP).
TP ni segerombolan penipu, yang tak tau sejarah, tak tau budaya, nak cakap pasal semua itu. Dah berbuih cakap, tapi saya ulang juga. Semua artikel sejarah kami bersumber. Sumber pula datang dari kajian-kajian ahli akademik sejarah yang saing-saing Prof Ahmat juga. Bukannya kami petik dari langit atau hasil dari berdialog dengan Jin. Banyak kali saya dan admin-admin lain cakap, kalau ada artikel sejarah kami yang anda rasa salah fakta, bidas sajalah dengan fakta yang betul. Datangkan hasil dan sumber kajian sendiri. Mudah. Ini tak. Taunya komen “Ini merepek. Ini menipu.” Samalah macam dalam video ni. Tak ada pembetulan fakta atau apa, relaks je label orang penipu dan sebagainya. Yang hos pun bangang ia kan saja. Kualiti ke laut.
2. Prof sambung lagi dengan kata kami cuba nak propagandakan semuanya asal dari Melayu. Siapa yang ikuti TP dan benar-benar baca artikel-artikel sejarah ketamadunan Melayu kami akan tahu benda ni tuduhan bodoh dan tak berasas, berakar dari orang yang tidak membaca. Bawakan artikel kami yang katakan SEMUANYA BERASAL DARI BANGSA MELAYU.
3. Prof sambung dengan kata kita kalau nak membentuk identiti kebangsaan, kena ambil sifat-sifat yang baik. Bukannya bangsa menipu, bangsa mencuri, bangsa tak berani menderhaka. Hos tambah pula, bangsa tak membaca. Prof Ahmat, kami di TP sentiasalah mengetengahkan ciri-ciri yang baik bangsa Melayu. Supaya ia menjadi contoh dan panduan untuk anak bangsa. Kalau ikutkan kefahaman saya, Prof Ahmat dan hos ni nak kata bangsa Melayu ni jangan diikut. Kerjanya menipu, mencuri, tak membaca dan kecut telur sebab tak menderhaka. Ni nak cerita pasal kesalahan fakta sejarah yang TP tulis ke nak ‘Malay-bashing’? Academician level taik apa yang diwawancara ni? “
Pergaduhan ini kemudian berlanjut diruangan komen.
Mohamad Jamalee: Apa yang Prof marah sangat dengan kami The Patriots ni? Banyak kali dah kata, siap kami pm Prof sendiri, ada artikel kami yang Prof rasa fakta tak betul, betulkan. Ini kerjanya komen “Merepek. Mengarut.”Prof, ramai yang bagi pendapat yang kami patut berwacana dengan Prof. Saya kata buat apa? Prof Ahmat Adam ni bukan jenis berlapang dada. Kerjanya nak ‘Malay-bashing’ saja. Baca artikel kami pun tidak tapi nak komen macam dia baca semua artikel-artikel kami. Sejelik-jelik ahli akademik. Saya ada masa perbincangan polemik nama Hang Tuah beberapa tahun lepas. Perbincangan yang sepatutnya semua bersetuju untuk bersetuju dengan hasil perbincangan tersebut. Ahli-ahli akademik dalam mesyuarat tu sebulat suara untuk kekalkan nama Tuah dan bukan Tuha. Nama Tuah ni nama yang negara Asia Tenggara acknowledge. Tapi Prof masih berdegil nak tegar dengan teori Tuha tu. Ada kami bantai kata Prof Ahmat ni ahli akademik syok sendiri walaupun semua ahli akademik lain berpendapat berlainan? Tak ada kan? Sebab masih ada rasa hormat. Dan lepas tengok video bantai Melayu ni macam orang Melayu ni saja mencuri, menipu, tak membaca, sekelumit hormat yang saya ada pada anda pudar. You’re just a grudgeful old man.
Prof Ahmat Adam: Pendapat berhubung degan sejarah yang tidak berasaskan penyelidikan rapi/objektif mesti ditentang kerana ia menyelewengkan sejarah satu-satu masyarakat/bangsa. Tidak ada kompromi dalam menegakkan kebenaran dalam sejarah; kecualilah jika ada pendapat yang tidak setuju itu diungkapkan dengan data yang bersifat sahih. Berhadapan atau bersemuka secara berbahas di hadapan khalayak adalah cara terbaik dalam merungkai apa-apa persoalan ilmiah.
Mohamad Jamalee: Dah kata banyak kali artikel-artikel kami semuanya bersumber dan daripada kajian-kajian Prof sejarah dan ahli akademik lain. Apa masalahnya? Apa pandangan hang saja betui ka? Walaupun 50 ahli akademik lain bersetuju nama laksamana itu Tuah bukan Tuha, tapi sebab hang rasa nama dia Tuha, ahli akademik lain tak betul. Macam tu ka?Sudah-sudahlah rasa diri sendiri paling betul dalam bidang sejarah ni. Bukan hang sorang saja pengkaji sejarah dalam dunia ni. Again, I repeat, kalau ada artikel kami yang fakta tak tepat, kemukakan yang tepat. Bagi sekali sumber dan kajian. Simple. As for your slanderous defamation in the video, we’ll take legal actions.
Prof Ahmat Adam: Dalam bidang akademik bukan berapa orang yang mengeluarkan pendapat yang penting. Yang utama ialah hasil research yang munasabah dan sukar ditolak. Pengalaman saya, bukan prof-prof bangsa saya saja yang tidak mampu memberikan bukti tetapi profesor-proferor Barat yang menjadi idola atau guru mereka pun lebih tidak boleh dipercayai. Bacalah tulisantulisan saya mengenai Orientalism dalam kajian sejarah & sastera orang Melayu. Sudahkah anda baca buku-buku saya sebelum membuat ulasan? Buku saya yang bakal terbit sebulan dua lagi nanti akan mendedahkan lebih banyak hujah mengapa istilah “tuha” lebih tepat/sahih untuk gelar (nickname) laksamana Melaka – bukan “tuah”. Bacalah jika mahu bersikap adil.
Mohamad Jamalee: Kami ada lah buku-buku Prof. Malahan ada juga artikel kami yang gunakan buku Prof. Ada sekali tu Prof sendiri hentam pandangan dalam buku Prof sendiri. Betulah tu dalam bidang akademik bukan berapa orang yang kata benda tu betul atau tidak. Yang penting kajian .Tapi kalau dah 50 orang buat kajian kata satu-satu benda tu betul, hanya 1 orang buat kajian kata benda tu salah pun tak guna juga.
Prof Ahmat Adam: Cuba ketepikan sentimen. Tidakkah ada kemungkinannya 50 orang yang mengatakan nama Laksamana itu Hang Tuah itu salah? Saya berpendirian gelar (nickname) nya ialahTuha. Tentang mengapa saya berkata demikian, bacalah Hikayat Hang Tuha (2018). Tidak ada ruginya.
Mohamad Jamalee: Sembang ketepikan sentimen? Apa kata you walk the talk Prof. Dalam video ni you panggil Melayu menipu, mencuri, tak membaca, tu bukan sentimen ke? Apa bangsa lain tak ada ciri-ciri ni ke?You start walking the talk, then we’ll talk. Kalau you sendiri kuat main sentimen, kuat dendam entah apa pasal, takyah sembang. Saya yakin, artikel-artikel kami you tak baca pun. Sebab tu bila minta tulis bidasan you tak boleh buat. Lepas tu ada hati kata Melayu tak membaca. Lepas tu ada hati kata jangan main sentimen. Padahal you label orang suka-suka hati you je. Prof jenis apa you ni? Ni jangan ada kata saya kurang ajar dengan Prof pulak ya. Prof yang kata Melayu tak beranj menderhaka. I’m just trying to prove him wrong. Apa ingat level Prof tak ada orang berani “menderhaka” ke?
Prof Ahmat Adam: Apa yang anda tulis sudah anda tunjukkan dalam hujah-hujah anda. Lantaran faktanya jelas salah? Kalau saya baca makalah anda saya membuang masa saja. Tetapi jika anda ada menghasilkan buku ilmiah saya akan baca. Saya tak pernah buat video yang mengatakan orang Melayu menipu. Tetapi saya ada menulis orang seperti anda dalam The Patriots membohongi sejarah.
Mohamad Jamalee: Celah mana yang kata salah? Ada masalah membaca ke? In fact, Prof sendiri yang mengaku tak membaca artikel-artikel kami. So sembang apa penipu apa bagai ni? Tak baca. Tapi kata merepek dan menipu. Bila ditanya apa yang merepek dan menipu senyap seribu bahasa. Taunya main sentimen saja. You’re the worst kind of academician.
Prof Ahmat Adam: Saya tak baca buku-buku picisan terbitan the Patriots yang tidak ada kena mengena dengan teori atau kajian saya.
Mohamad Jamalee: There you go. Thanks for the info. Tak baca buku dan artikel kami, tapi dalam video label kami penipu, tak bercakap berasaskan fakta, menulis ikut suka. The best reply ever from someone who blatantly condemns Malays “Tak Nak Membaca”.
Prof Ahmat Adam: Untuk erti derhaka dalam budaya Melayu sudah saya telah jelaskan dalam Hikayat Hang Tuha.
Mohamad Jamalee: Apa benda kata tak kata Melayu menipu pulak ni, berpusing-pusing. Dalam video ni terang-terang kata kalau nak bina kebangsaan, kena ambil yang baik-baik. Bukannya ambil yang menipu, mencuri, tak membaca. Eh kami tulis yang baik-baiklah tentang Melayu selama ni. Tak ada pun suruh Melayu menipu dan mencuri.
Prof Ahmat Adam: Jangan salah faham. Memang saya tak baca tulisan anda yang bukan ilmiah. Saya hanya baca tulisan-tulisan yang berdasarkam hujah ilmiah yang berasaskan research. Apa research yang anda telah lakukan? Sila beritahu saya.
Mohamad Jamalee: Tak usah pusing Prof. Bottom line dia mudah je. You kritik, up to a point calling us as liars, tapi tak baca artikel dan buku kami. You tak nak baca sebab you rasa tak sesuai dengan tatacara penulisan akademik, no problem. Kami pun dah banyak kali kata kami bukan buat tesis. Kami menulis untuk memudahkan rakyat kebanyakan baca. But calling us liars and our articles “merepek dan menipu” without even reading them shows a lot about what kind of person and academician you are. Noktah. By the way, your video towards us is very slanderous and misleading. And you yourself admit that you don’t even read our articles and books. So thanks.
Prof Ahmat Adam: Saya tak tahupun saya ada masuk video. Memang dalam ucapan saya kepada khalayak yang membincangkan soal ilmiah saya ada berhujah bahawa Melayu perlu mengejar kemajuan degan menyisih atau membuang nilai-nilai & budaya yang lapuk dan mundur.
Mohamad Jamalee: Kita bincang lawyer to lawyer saja. Saya ada banyak kerja lain nak buat. Tak ada masa nak berdebat dengan orang yang tak baca artikel dan buku kami, tapi masuk video sampai panggil kami penipu.
Prof Ahmat Adam: Saya tak tahu pun saya dirakam dalam video baru-baru ini. Dalam ceramah-ceramah yang saya berikan kepada khalayak di London (sudah lebih 10 tahun dulu) saya ada menyatakan bahawa orang Melayu hanya boleh maju jika sistem nilai yang usang, bobrok dan anti-kemajuan disisihkan. Dan ini saya ulangi dalam tulisan-tulisan di wall Facebook. Memang saya sering mengkritik amalan penipuan, eksploitasi dan korupsi pemimpin Melayu dalam sejarah. Apakah menyinggung perasaan anda?
Mohamad Jamalee: Kami pun selalu saja nasihatkan orang macam tu. Tapi saya ada satu nasihat untuk you juga. Apa kata you amalkan dulu kritikan you pada orang Melayu. Cuba baca dulu artikel dan buku The Patriots dulu sebelum nak panggil orang penipu, merepek dan sebagainya. Learn to practice what you preach. Have a good day.
Prof Ahmat Adam: Saya.sudah beritahu banyak kali bahawa saya tiada masa untuk baca karya-karya yang bukan ilmah. Anda sendiri mendiamkan diri apa buku anda yang ilmiah – tidak pakai emosi , sentimen – but based on research. Mereka yang bukan bona fide historians tak tahu apa yang mereka tulis. Ini saya kritik. Sejarah memerlukan bukti. Orang India yang menulis tentang asal usul Melayu itu pun mengarut saja. Tak perlu tanya “kat mana”. Sarjana tulen hanya membaca buku-buku yang bermanfaat saja. Fikirkanlah. “lawyer to lawyer”? Maksudnya bukan mahu bercakap benar dan tentang perkara-perkara yang benar? Pengalaman mengajar orang yang dah tua seperti saya mana yang karut dan mana yg betul/sahih. Yang karut jagan dibaca. Buang masa saja. Saya dah lìhat video yang dirakam di rumah saya. Terima kasih banyak kpd saudara yang memasukkan video itu. I stand by every word that I uttered in my criticism of The Patriots and also on the negative attitude of the Malays with their archaic feudalistic system of values. Saya akan ulangi kata-kata dalam video itu di mana saja saya diminta bercakap tentang hal yang sama. Saya sudah dan sedang mengkaji tentang sistem nilai orang Melayu berdasarkan manuskrip lama dan jika diberikan usia lanjut oleh Allah SWT mungkin saya akan terbitkan sebagai sebuah buku.
Related Posts
Kami mengalu-alukan cadangan atau komen dari pembaca. Sekiranya anda punya artikel atau pandangan balas yang berbeza, kami juga mengalu-alukan tulisan anda bagi tujuan publikasi.