Pelbagai emosi meragai diri apabila menonton filem Animal World yang merupakan filem arahan Yan Han dan diterbitkan pada tahun 2018. Amaran awal, ulasan filem ini mengandungi spoiler, baca atas risiko sendiri.
Kisah ini bertemakan kesetiaan dan pengkhianatan. Zheng Kaisi, merupakan watak utama filem ini dan dilakonkan oleh Yifeng Li. Beliau merupakan anak muda yang cerdas dalam ilmu matematik. Namun, ketika beliau kecil, ayah dan ibunya diserang, ayahnya mati, ibunya koma, dan Zheng Kaisi menghadapi trauma yang menyebabkan beliau sering berimaginasi. Namun Zheng Kaisi setia menjaga ibunya yang koma sehingga dewasa, beliau bekerja sebagai badut bagi menampung kehidupan dan membolehkannya menjaga ibunya. Beliau juga mempunyai kekasih, Liu Qing, seorang jururawat yang menjaga ibunya dan merupakan teman sekolahnya.
Nasib malang (atau pengembaraan) Zheng Kaisi bermula apabila dia dikhianati oleh teman sekolahnya, Li Jun untuk menjamin hutangnya. Akibatnya beliau diculik oleh kumpulan mafia perjudian dan perlu memasuki pertandingan perjudian untuk melepaskan diri dari hutang. Permainan itu merupakan perjudian nyawa dengan undang-undang haiwan tanpa moral. Dalam pertandingan itu beliau bertemu kembali dengan Li Jun dan berkerjasama untuk menamatkan pertandingan. Oleh kerana Zheng Kaisi merupakan seorang yang cerdas matematik, beliau berjaya mengalahkan banyak musuh hasil kiraan probability beliau sepanjang pertandingan. Namun di saat akhir beliau sekali lagi dikhianati Li Jun.
Dalam filem ini kita melihat watak Zheng Kaisi yang tidak putus asa melawan takdir buruk yang menimpanya. Walaupun berkali-kali dikhianati beliau tidak menyerah kalah dan tidak mahu menjadi manusia bersifat haiwan. Beliau teguh dengan prinsip moral sehingga berjaya. Beliau setia menjaga ibunya walaupun terpaksa mencatu makanan. Juga kesetiaan Liu Qing kepada seseorang yang tidak punya apa-apa sangat mengesani hati.
Walaupun filem ini sarat dengan perkiraan matematik, tema kesetiaan pada prinsip pasti akan membuatkan penonton tergamam. Saya beri 5 bintang.
Related Posts
Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024) and Homo Historikus (2024). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.