Siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Huda Ramli membalas kritikan yang dilemparkan kepada aktivis yang melakukan duduk protes sebagai membantah pencabulan autonomi universiti oleh Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.
“Kalau aku dikatanya lembu, jadi dialah bapa lembu” tulis Huda dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook beliau. Hal ini kerana Xifu Naser adalah pensyarah beliau yang mengajar subjek ‘Critical Thinking’. Beliau juga mula hilang hormat dengan sikap Xifu Naser yang kini bersikap lunak dan tidak lagi kritis dengan tindak tanduk rakannya Maszlee Malik. Kononnya pelajar tidak faham akan philosophical autonomy juga kedengaran dangkal, seolah-olah merendahkan intelek mahasiswa.
Sebelum itu, pensyarah UIAM, Abdul Naser Tun Abdul Rahman atau dikenali sebagai Xifu Naser menulis tulisan bertajuk “Jangan jadi lemboo protest demo” di lama Facebooknya:
“Kerajaan dah buka platform di universiti untuk debat politik seluas-luasnya but few students pilih demo protest yang tak perlu guna otak pun. Duduk-duduk dan tunjuk poster je. Buatlah debat falsafi di universiti dan gunalah speaker’s corner. We must minimize such emo protest and demo and cultivate a critical culture.”
Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada sekumpulan pelajar yang duduk bantah di kementerian pendidikan menuntut Maszlee Malik meletak jawatan sebagai presiden UIAM yang merupakan satu pencabulan terhadap autonomi universiti.
Tulisan beliau ini kedengaran seperti bias dan nampak seperti ingin mengampu pemerintah elit. Dalam sejarah dunia sendiri banyak perubahan berlaku apabila ada direct action seperti demo dan protes. Malah demonstrasi seperti di Mesir dalam menjatuhkan pemerintahan kuku besi merupakan satu yang diangkat sebagai method yang demokratik dan berkesan. Mengajak pelajar membuat debat falsafah dikala autonomi universiti dicabul secara jelas membuatkan ramai orang tertanya-tanya adakah Xifu Naser lebih lembu dari pelajar yang digelarnya lembu? Bayangkan dikala rakyat Afrika Selatan dicabul dengan dasar pemerintahan Apartheid, Nelson Mandela hanya membuat debat falsafah dan beri ucapan di speaker corner.
Pencabulan autonomi universiti ini menjadi polimik apabila Menteri Pendidikan Pakatan Harapan, Maszlee Malik dilantik sebagai presiden UIAM. Perkara ini jelas bercanggah dengan aspirasi Pakatan Harapan yang kononnya ingin membebaskan universiti dari campur tangan politik. Ia mendapat tentangan dan kritikan dari semua pihak.
Ketua pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan terkejut dengan lantikan politik ini. Beliau mengingatkan bahawa Maszlee sendiri pernah membuat kenyataan pada 7 Jun 2018 berbunyi “This is a new era. I will make sure that the Pakatan Harapan (PH) government will never misuse universities for political interests… this includes me.” Perlantikan ini mencerminkan sikap hipokrit beliau.
Malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku dari DAP, Lim Yi Wei turut menggesa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melepaskan jawatannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu kerana wujudnya konflik kepentingan.
Related Posts
Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024) and Homo Historikus (2024). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.
Leave a Reply