Pada 7 Januari 2018 secara rasminya terkuburlah perjuangan reformasi yang dimulakan pada tahun 1998 dengan pengumuman oleh Pakatan Harapan (PH) bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan calon perdana menteri. Rakyat tertanya-tanya apa nilai darah mereka yang jatuh dahulu, badan mereka yang dipukul, tidak sedikit merasakan mereka di khianati. Sementara ahli politik mengejar matlamat jangka pendek mereka dengan mengadai prinsip, mereka terlupa rakyat Malaysia mempunyai ‘collective memory’ yang panjang.
Saya merasa sedikit janggal dengan hujah-hujah dari penyokong mereka, terutamanya dari parti baru yang dianggap Islam progresif. Apabila dibawa isu komponen dari parti mereka yang memboikot konvensyen PH seperti dilapor oleh Star Online dan Malaysiakini dikatakan ia adalah dinamika politik. Dengan mengatakan bahawa peranan du’at (pendakwah) untuk bersama menjayakan perubahan. Perubahan ke mana yang hendak dibawa? Apabila disebut rakyat, adakah rakyat yang dimaksudkan hanya rakyat yang menyokong PH?
Alasan yang diberikan adalah ijtihad politik. Yang pertama, ijtihad politik bukan merupakan satu dalil qat’ei setara dengan Al-Quran dan hadis. Ijtihad gerakan Ikhwan dalam politik Mesir juga tidak semestinya bersih dari kesilapan. Yang kedua, bila disebut politik Malaysia, targetnya adalah rakyat Malaysia keseluruhannya. Jadi ia perlu kepada satu bahasa politik yang dapat difahami oleh rakyat kebanyakan, bukan hanya yang difahami oleh ahli jemaah Islam tertentu.
Ironis, sementara Zimbabwe menurunkan presiden mereka yang berumur 93 tahun. Sebuah gabungan pembangkang disebuah negara berusaha keras menaikkan semula pemimpin lama berumur 92 tahun.
Related Posts
Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di Lautan Ideologi (2022), Dua Sayap Ilmu (2023), Resistance Sudah Berbunga (2024), Intelektual Yang Membosankan (2024) and Homo Historikus (2024). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.
yoga says
Well I sincerely liked reading it. This article provided by you is very useful for proper planning.