Tahukah anda, pada era 80an, Jepun langsung bukan kuasa besar bola sepak. Bola sepak mereka sangat teruk sampai nak buat friendly dengan Malaysia pun susah. Jadi apakah yang dilakukan negara Jepun sehinggakan mereka menjadi negara bola sepak terbaik Asia dan pemain mereka menjadi rebutan kelab kelab ternama eropah? Di sini biar saya kongsi kan dua perkara asas.
Pertama, mereka memfokuskan kepada kemahiran teknikal dalam program akar umbi. Pada tahun 1993, jurulatih bernama Tom Byer telah membawa sistem latihan yang memfokuskan kepada kemahiran teknikal seperti kawalan bola dan corak permainan yang mantap. Beliau mengenal pasti yang pemain di Jepun kurang dari segi kemahiran teknikal. Antara pemain antarabangsa Jepun yang berjaya beliau lahirkan menerusi sistem ini adalah bintang bola sepak Jepun Shinji Kagawa. Jepun bukan sahaja memfokuskan kepada sistem akar umbi yang yang kuat malah mereka juga mempromosikan program itu secara meluas ke suluruh Jepun sekaligus memperluaskan lagi ‘pool of players’ yang mereka ada.
Kedua adalah memfokuskan kepada pembangunan Liga Bola Sepak Profesional mereka. Sebelum awal 90an, Japan Soccer League (JSL) sendu tanpa penyokong. Bagi mengatasi masalah ini, JSL telah dijenamakan semula kepada J League yang kita kenal sehingga ke hari ini. Tidak seperti di negara negara yang lain, kelab bola sepak di Jepun ketika itu mewakili syarikat besar sebagai contoh Nissan dan Tokyo Gas. Bagi memperluaskan lagi ‘fan based’, J league telah meletakkan syarat kepada pasukan yang bertanding untuk memilih satu bandar atau kawasan untuk mereka wakili lantas lahirlah pasukan Urawa Reds Diamond yang dahulunya dikenali sebagai Mitsubishi FC dan FC Tokyo yang dahulunya Tokyo Gas FC.
Usaha ini berhasil apabila ramai penyokong bola sepak Jepun mula membanjiri stadium dan J League mula mendapat perhatian meluas media. Ini kerana penyokong mula merasakan kelab bola sepak di Jepun mula mewakili kawasan atau bandar mereka berbanding mewakili syarikat tertentu.
2 perkara asas yang dilakukan Jepun sekaligus membuahkan hasil apabila mereka berjaya layak secara merit ke Piala Dunia 1998 di Perancis. Malaysia bila lagi? atau kita sudahpun berada di landasan yang betul?