1. Trivium – What the Dead Men Say
Baik, kita mulakan muqoddimah senarai kita dengan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi dikalangan metalhead. Trivium adalah salah satu kumpulan heavy metal dari Florida, Amerika Syarikat. Pada tahun lalu, mereka telah berjaya menghasilkan satu album berjudul What The Dead Men Say pada sekitar bulan April. Kalau dibaca sekali imbas, aku teringat cerita Pirate of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales. Album ini dimuatkan dengan 10 buah lagu termasuk instrumental opening yang syahdu.
Bagi aku, album ni agak padu dan boleh dikategorikan sebagai orait. Namun secara jujurnya aku rasa album ni masih tidak dapat menandingi album terbaik mereka sebelum ni seperti Ascendancy dan The Crusade. Ada yang mengadu kata Matt Heafy dah berubah dari segi vokal kerana kurangnya elemen screaming/growling yang sememangnya menjadi trademark buat Matt. Tapi aku rasa tuduhan tu tak berasas. Memang betul Matt pernah mengalami kecederaan di vocal cord 6 tahun lepas dan bagi sesiapa yang memang mengikuti Trivium akan dapat merasakan sedikit perbezaan, tetapi bukanlah suatu perbezaan yang terlampau ketara. Bagi aku Matt tetap Matt. Kalau hang tak mau dengar Matt Heafy, jangan risau sebab Mat Sabu kan ada? Mengapa perlu pening kepala?
2. Nightwish – Human Nature
Nightwish adalah sebuah kumpulan symphonic metal dari Kitee, Finland. Aku dah mengikuti kumpulan ini sejak aku di bangku sekolah yang pada masa tu vokalis dia adalah Tarja Turunen, seorang lagenda/ikon bagi genre ini. Bagi aku dia wajar digelar queen of symphonic metal, sebaris dengan Sharon den Adel.
Namun untuk album yang baru ni, Nightwish telah mendapatkan khidmat Floor Jansen bagi menggantikan Tarja yang meinggalkan Nightwish atas urusan peribadi.
Album Human Nature ini memuatkan 17 buah lagu (Hah ambik kau) secara keseluruhan. Lagu pertama yang berjudul “music” tu pun dah sedap padahal intrumental je pun. Tajuk lagu pun hanya sekadar “music”, jenis main pakai letak tak berfikir panjang.
Bagi aku, album ni berjaya menonjolkan lagi imej symphonic bagi Nightwish dan tidak hairanlah jika kumpulan ini dianggap salah satu pelopor di dalam genre symphonic metal.
3. Al-Namrood – Wala’at
Kumpulan ini merupakan sebuah kumpulan yang bagi aku unik. Kami dipertemukan dengan secara tidak sengaja disekitar tahun 2011-2012. Dari segi nama, aku rasa korang pun dah boleh agak kumpulan ni berasal dari mana. kumpulan Al-Namrood ini merupakan sebuah kumpulan black metal dari Arab Saudi. For your information, semua anggota kumpulan ini kekal anonymous sehingga kini kerana genre muzik sebegini merupakan satu kesalahan yang besar dan boleh dikenakan hukuman mati oleh pihak berkuasa.
Album Wala’at ni dimuatkan dengan 10 buah lagu yang sepatah haram pun aku tak faham. Mana tidaknya, diorang pakai bahasa arab daa.
4. Carach Angren – Frankensteina Strataemontanus
Carach Angren adalah sebuah kumpulan symphonic black metal yang cukup dikenali oleh para metalhead. Namanya begitu gah di merata dunia lebih-lebih lagi di tempat asalnya, Landgraaf, Netherland.
Album ini memuatkan 10 buah lagu. Secara keseluruhannya, aku anggap album ini hanya di level yang so-so kerana aku masih merasakan yang album Death Came Through a Phantom Ship mereka sebelum ini adalah album terbaik yang pernah dihasilkan oleh kumpulan trio metal ni. Mungkin sebab dari segi bunyi dan corak muzik yang agak berbeza.
Tapi apa pun, satu je aku nak pesan. Kalau rasa diri tu cukup jantan, kau cuba pasang video clip Frankensteina Strataemontanus di TV, tutup lampu dan dengar sambil pakai headphone.
5. Nocturnal Bloodlust – The Wasteland
Nocturnnal Bloodlust ini pun adalah antara kumpulan yang aku baru discover pada tahun lepas, selepas menggodek-godek Youtube semasa waktu PKP. Kumpulan ini berasal dari negara matahari terbit, Jepun atau lebih spesifik dari bandar Tokyo.
Selepas meneliti album yang mempunyai 6 lagu ini, pengaruh metalcore/deathcore yang dibawa oleh Nocturnal Bloodlust ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Kesemua lagu di dalam album ini telah telah aku sematkan di dalam playlist harian aku buat masa ini. Dasyat jugak budak-budak Jepun ni ye tak?
6. Halestorm – Reimagined
Bila sebut saja nama kumpulan ini, serta merta nama Lzzy Mchale akan muncul secara automatik di kotak fikiran para peminat. Kumpulan ini berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat. Bagi saya, kumpulan ini tidaklah Se’metal’ dan sekeras kumpulan-kumpulan yang ada di dalam senarai ini kerana mereka lebih kepada membawakan genre alternative metal/hard rock. Kepada yang minat pada lagu yang ala-ala Evanescene, band Halestorm ini juga sesuai untuk anda.
EP yang memuatkan 6 lagu ini bagi saya lebih lembut dan slow berbanding lagu-lagu yang pernah diterbitkan pada 10 tahun yang lepas. Secara jujurnya ini bukanlah album terbaik yang pernah di hasilkan oleh Halestorm. Oleh kerana kualiti vokal Lzzy Mchale yang masih padu, saya tempatkan juga Halestorm di dalam senarai ini.
7. Annihilator – Ballistic, Sadistic
Annihilator merupakan sebuah kumpulan heavy metal dari Ontario, Kanada. Album ini merupakan album yang ke-17 mereka. Kalau kita teliti sejarah album yang pernah dihasilkan, Annihilator telah menghasilkan album setiap 2-3 tahun sekali. Penat woi!
Album ini mempunyai 10 lagu yang semuanya boleh dilayan. Kalau anda seorang peminat heavy metal, boleh la disarankan untuk mendengar album ni. Bab lagu semua ok, Cuma part kulit album tu je yang aku kurang berkenan. Tapi kalau dibandingkan dengan album Criteria for a Black Widow sebelum ni, ini kira orait lagi la.
8. Lamb of God – Lamb of God
Selepas menyepi hampir 5 tahun, akhirnya kumpulan heavy metal dari Virginia, Amerika Syarikat ini kembali dengan album yang berjudul Lamb of God. Dah macam takda nama lain, tak kreatif betul. Ini mesti sebab malas nak memikir la ni.
Album ni dimuatkan dengan 10 buah lagu yang padu. Penangan riff gitar dari Mark Morton dan vokalis Randy Blythe yang padu sedikit sebanyak mengubat rindu yang menebal di hati para peminat Lamb of God.
Masa video clip Memento Mori baru keluar, aku ada tengok di Youtube. Masa tu lebih kurang pukul 2 pagi. Memang terkejut beruk jugak la. Jantung pulak serta-merta berdegup kencang tak terkawal. Kau orang pergi tengok la sendiri, malas aku nak cerita banyak.
9. Delain – Apocalyse & Chill
Delain merupakan sebuah kumpulan symphonic metal dari Zwolle, Netherland. Corak nyanyian dari Charlotte Wessels memang menguatkan lagi imej dan elemen symphonic bagi band ini.
Album ini didatangkan dengan 13 lagu utama dan 3 lagu tambahan dalam versi orkestra. Antara lagu yang aku suka adalah seperti One Second dan Burning Bridges. Kalaulah aku ni adalah Frodo yang tengah dalam perjalanan ke Mordor, album ni bakal aku bawak sekali sebegai peneman kerana sesuai sangat dengan mood dia.
10. Burgerkill – Killchestra
Untuk kumpulan yang terakhir, kita ada Burgerkill, sebuah kumpulan metal dari Bandung, Indonesia. Bagi aku, ini adalah album yang terbaik pernah dihasilkan oleh Burgerkill.
Dalam album ini terdapat 6 buah lagu yang dihasilkan dengan elemen orkestra dari kerjasama bersama Czech Symphony Orchestra. Ada lagu baru dan ada juga lagu lama yang pernah dibuat oleh mendiang Ivan “Scumbag” Firmansyah, yang lalu disempurnakan oleh mereka berlima. From the bottom of my heart, aku bagi 5 bintang untuk semua track yang ada.
Album Killchestra ini akan menjadi salah satu album pilihan sepanjang zaman dalam list aku.
*Cerita pasal album ni, aku ada contact seorang seller di Perak yang katanya ada jual album Killchestra ni. Tapi bila sampai, apa yang aku dapat hanyalah sebuah CD Verbatim yang di’burn’ sendiri. Gampang betul. Daripada dengar ciplak, baik aku dengar di Apple Music. Sejak dah takda member duduk di Indonesia ni, aku dah jadi susah nak beli album/buku dari sana.
Related Posts
Part time independent writer and podcaster from Northern Malaysia.