Coco merupakan sebuah filem animasi produksi Pixar dan Disney yang keluar pada tahun 2017. Mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Miguel, yang terperangkap antara tradisi keluarga yang membenci muzik dan cita-citanya untuk menjadi pemuzik. Konflik ini merupakan tema asas bagi cerita ini.
Miguel menetap di Santa Cecilia, Mexico bersama keluarga besarnya. Moyangnya, Mama Imelda ditinggalkan suaminya yang merupakan seorang pemuzik dan penulis lagu. Imelda mengambil keputusan mengharamkan muzik dalam keluarganya dan memulakan bisnes membuat kasut yang diturunkan kepada anak perempuannya, Coco dan generasi seterusnya.
Coco yang telah lanjut usia, merupakan keluarga terakhir yang mengingati Hector, suami Imelda, Coco mengingati ayahnya Hector yang sering menyanyikan lullaby indah kepadanya ketika kecil. Dia juga menyimpan surat, puisi, gambar, dan lagu-lagu ayahnya.
Satu hari Miguel bergaduh dengan keluarganya yang menghalangnya untuk menyertai pertandingan muzik. Miguel pergi ke gereja untuk mencuri gitar penyanyi terkenal yang telah meninggal dunia, Ernesto de la Cruz. Disitu, Miguel terkena sumpahan dan dihantar ke alam kematian. Di alam kematian bermulalah pengembaraan beliau mencari siapa sebenarnya moyang beliau. Di sana juga beliau mempelajari pelajaran peri pentingnya hubungan kekeluargaan dimana beliau bertemu semula dengan moyang-moyangnya.
Selain tema pertentangan antara cita-cita dan nilai keluarga, cerita ini juga membuatkan kita terfikir, apakah yang generasi baru akan ingati setelah kita tiada. Di alam kematian, Miguel mendapati bahawa mereka yang dilupakan akan hilang, sementara mereka yang diingati terus wujud di alam ruh dan boleh menziarahi keluarga mereka di alam kehidupan pada masa-masa tertentu.
Cerita ini diakhiri dengan Miguel kembali semula ke alam kehidupan dan menyampaikan ingatan kasih sayang Hector, yang mati sebelum sempat berjumpa semula dengan anaknya Coco, yang kini sudah lanjut usianya. Miguel menyanyikan semula lullaby kepada neneknya sambil disaksikan oleh seluruh keluarganya. Nenek beliau, mama Coco kembali mengingati ayahnya sedang keluarganya akhirnya berubah hati dan membenarkan Miguel bermain muzik.
Related Posts
Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran (2018), Lalang di lautan Ideologi (2022) and Dua Sayap Ilmu (2023). Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read, write and sleep.