Kalau dari segi kepentingan ekonomi, selain fikir hendak mengharamkan memanjang, cubalah fikirkan dari sudut yang lain pula.
Rokok tidak jelas haramnya (jangan samakan dengan arak dan judi) sebab itu ustaz-ustaz di kampung atau sesetengah budak Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di kampus, masih menghisap rokok secara sembunyi-sembunyi. Takut tulang rusuk kiri nampak, hilang thiqah.
Kalau tidak jelas hukumnya, dan gagal menyekat keketagihan masyarakat terhadap rokok, mengapa tidak halalkan sahaja (atau harus/mubah sahaja hukumnya) ?
Dengan progressive dalam pemikiran dan penafsiran keagamaan, orang boleh consume rokok buatan tempatan, dan duitnya balik kepada ekonomi rakyat dan negara,
Kita boleh menghasilkan rokok-rokok terbaik, buatan tempatan, tanah-tanah yang terbiar, harus diusahakan jadi ladang-ladang tembakau, biar orang Amerika pula mengimport rokok dari Rusila atau Pengkalan Chepa.
Para saintis perlu mengusahakan cengkih atau habbatus sauda’ atau kurma sebagai bahan campuran dalam tembakau, jadi keketagihan yang tidak menyihatkan sekurang – kurangnya berjaya diubati dan dirawat, dan hegemoni negara Kapitalis terhadap keketagihan ini berjaya dicabar.
Ulama’-ulama’, bersatulah!
Tulisan ini pertama kalinya disiarkan di laman Facebook Benz Ali pada 10 Jun 2015.