Nasionalisme dan monarki adalah dua benda yang berbeza. Nasionalisme Soekarno menghentam raja-raja yang berpihak pada Belanda. Kerana itu nasionalisme ada hujung kirinya dalam tubuhnya yang kanan. Nasionalisme kiri anti feudal, anti imperial, seperti PKMM, Parti Rakyat, dan cenderung kepada idea Soekarno sementara nasionalisme kanan, hmm faham-faham sahaja lah.
Kebanyakan raja dan sultan pada masa dulu sangatlah pro kepada penjajah. Mereka tidak terlibat dalam sebarang kebangkitan rakyat malahan di Indonesia, mereka berpihak kepada Belanda, kerana itu nasionalis kiri yang progresif seperti Soekarno mahu sapu bersih mereka semua ni. Kebanyakan mereka pro kepada penjajah kerana mahu mengekalkan keistimewaan yang mereka ada. Penjajah seperti Inggeris menjanjikan kedudukan jika mereka setia, dan mengancam akan menurunkan mereka atau menggantikan mereka dengan sultan yang lain jika mereka melawan, dan begitulah caranya mereka mempertahankan kedudukan mereka.
Seorang nasionalis itu (suatu masa dulu) bukanlah bermakna dia seorang konservatif yang menyokong monarki. Kita boleh lihat seperti Mahathir vs Sultan Johor. Mahathir lebih cenderung nasionalis berbanding menjadi konservatif pro monarki, walaupun tidak semestinya tujuan dia murni untuk rakyat. Tetapi jelas dia bukan royalist.
Dan nasionalism sosialisme (Nationalsozialismus) itu bukanlah nasionalisme progresif. Itu adalah Nazi. Dan nasionalisme yang sebenar adalah ketikamana berlaku penjajahan kuasa luar dan kesedaran kebangsaan suatu masa dahulu. Ia bukanlah boleh dikatakan ideologi yang berterusan. Ia ada zaman dan tempohnya.
Dan tempohnya sekarang sudahpun luput.