The Independent Insight

Giving truth a voice

  • Email
  • Facebook
  • Flickr
  • Instagram
  • Phone
  • Twitter
  • Vimeo
  • YouTube
  • Home
  • News
  • Politics
  • Podcast
  • Economy
  • Blog
  • Book Review
  • Art Review
  • About Us
  • Contact Us

Berakhirnya Euphoria Perikatan Nasional

October 7, 2020 By Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Seperti Pakatan Harapan yang naik pada mulanya dengan penuh euphoria, begitu juga Perikatan Nasional, dan seperti Pakatan, euphoria itu juga semakin hari semakin pudar untuk perikatan. Kata bapa ekonomi neo-liberal, Milton Friedman, hanya krisis yang akan menatijahkan perubahan, sama ada krisis itu benar atau diada-adakan. Dengan peningkatan mendadak kes Covid-19 hari ini, kita sedang menghampiri titik krisis. Krisis yang memadamkan pencapaian awal kerajaan Perikatan dalam mengawal penyebaran wabak ini.

Polisi double-standard yang diamalkan para menteri, ahli politik, bangsawan, dan agamawan menghakis kepercayaan dan rasa hormat rakyat pada kepimpinan yang ada. Seperti yang ditulis oleh Francis Fukuyama dalam bukunya bahawa legitimasi kerajaan adalah bergantung kepada idea dan persepsi rakyat, apabila kepercayaan itu hilang, legitimasi akan mengikut hilang beransur-ansur.Kemarahan rakyat hari ini walaupun mungkin belum sampai ke tahap yang sama ketika jatuhnya kerajaan Pakatan adalah bersifat kumulatif. Ia bertambah sedikit demi sedikit, isu demi isu, sehingga retorik bangsa atau identiti tidak mampu lagi menutupnya. Isu kelemahan pengurusan pelajar IPT semuanya menyumbang pada proses kumulatif ini.

Kritikan rakyat terhadap Perikatan merupakan suatu senario yang positif, siapapun yang menjadi kerajaan, jika tidak cekap, cuai, dan tidak adil wajar dikritik. Kritikan ini agar kerajaan yang ada berjaga-jaga, tidak selesa dengan kuasa, dan sedar mereka boleh dijatuhkan. Kejatuhan kerajaan kini bukan lagi di luar imaginasi rakyat, kerana ia pernah berlaku, ia mempunyai precedent dalam pilihanraya yang lalu.

Pergaduhan UMNO-PPBM juga merupakan isu yang termasuk dalam proses ini. Keretakan ini menampakkan sifat tamak kan kuasa, menampakkan retorik bersatu demi Melayu hanya umpan untuk mengambil kuasa. UMNO yang pada mulanya menampakkan warna inginkan pembaharuan apabila jatuh kini dilihat kembali kepada bentuk yang lamanya.

Apabila UMNO tidak mampu merendahkan hati untuk duduk bersama dalam Perikatan Nasional ia dilihat sebagai satu keinginan untuk menguasai, untuk mencapai hegemoni, bukan untuk menyatukan perpecahan orang-orang Melayu. Disini adalah satu kesilapan, jika UMNO menjangkakan proses pemulihannya telah lengkap, tidak. Pemulihan UMNO belum lengkap, sokongan rakyat belum pulih, UMNO silap jika mereka beranggapan bahawa ia sudah kuat dan boleh mendominasi sendirian.

(Visited 31 times, 1 visits today)

Related Posts

  • Undi Rosak Suburkan DemokrasiUndi Rosak Suburkan Demokrasi
  • Sabda Politik dan Apparatus PropagandaSabda Politik dan Apparatus Propaganda
  • Kisah terkuburnya perjuangan Reformasi 1998 di MalaysiaKisah terkuburnya perjuangan Reformasi 1998 di Malaysia
  • Pilihanraya Negeri Sabah 2020 Satu TragediPilihanraya Negeri Sabah 2020 Satu Tragedi
  • Impasse: Antara Realis dan IdealisImpasse: Antara Realis dan Idealis
  • Senarai hujah-hujah politik yang kelakarSenarai hujah-hujah politik yang kelakar
Syed Ahmad Fathi Bin Syed Mohd Khair

Author of several books including Berfikir Tentang Pemikiran. Fathi write from his home at Sungai Petani, Kedah. He like to read and sleep.

Filed Under: Politics

Recent Posts

  • Reviu Buku Kembara Darus Senawi 1963
  • Zine Skazka #1
  • Reviu Zine Skazka #1 – Iqbal Imaduddin
  • New Year Dilemma
  • Reviu Buku : Berfikir Tentang Pemikiran

Archives

Copyright © 2021 The Independent Insight